Atlet Johor, Sureeya Sankar (kanan) menewaskan atlet Selangor, Thevadharshan Kali Thass pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 dalam perlawanan akhir Kumite bawah 67kg di Pusat Sukan Universiti Teknologi MARA Shah Alam. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah
SHAH ALAM: Atlet Johor, H S Sureeya Sankar membawa momentum kejayaan di Sukan SEA Vietnam 2021 ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, sekali gus mendedikasikan kilauan emas diraihnya itu untuk sambutan Hari Malaysia.
Sureeya yang memenangi dua emas di Hanoi dalam acara 67 kilogram (kg) lelaki dan kumite berpasukan lelaki, menewaskan lawannya dari Selangor, K T Thevadharshan dengan keputusan 8-0 di Dewan Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, hari ini.
Lebih manis, kemenangan itu cukup bermakna buat dirinya apatah lagi ini adalah penampilan sulungnya dalam temasya SUKMA.
"Dari awal saya sudah meletakkan sasaran emas. Walaupun sedikit tertekan, perlawanan ini boleh dikatakan seimbang. Apapun, dengan mengikuti perancangan asal, saya mampu melakukannya.
"Perlawanan ini tidak mudah tetapi seimbang. Saya perlu bertenang dengan memberikan tumpuan kepada perkara yang lain," kata atlet berusia 20 tahun yang selepas ini mensasarkan dapat mewakili kontinjen negara ke Sukan SEA Kemboja tahun depan.
"Emas ini saya dedikasikan untuk Hari Malaysia. Tentunya saya berbangga kerana dapat meraih emas pada hari yang istimewa ini," katanya.
Sementara itu, kategori 75kg lelaki dimenangi atlet Selangor, M Gogulnath yang memenangi pertembungan dengan seteru dari Wilayah Persekutuan, K Logen dengan keputusan 3-0.
2. PAS: Seni mempertahankan diri tuntutan agama Oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi
Masyarakat Melayu Islam sudah sinonim dengan seni mempertahankan diri sehingga ia menjadi darah daging yang tidak dapat dipisahkan.
Bahkan, nama-nama pahlawan Melayu yang mempertahankan agama dan negara dari penjajah telah meniti dibibir turun temurun seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Janggut, Datuk Maharajalela, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong dan lain-lain lagi.
Beberapa hari lepas saya sempat menghadiri majlis penutup kursus latihan parang anjuran Persatuan Seni Silat Gayong Johor. Saya rasa bertuah kerana dapat menghadiri majlis ini khususnya pertemuan dengan Pengerusi Majlis Gurulatih PSSG Johor, Jazwan Kahar yang pernah meneyrtai Fight Masters Silat, National Geographic.
Seni mempertahan diri sama ada dengan senjata atau tanpa senjata, bukan saja satu budaya yang mesti dipertahankan, bahkan ia salah satu tuntutan agama untuk disuburkan dalam masyarakat.
Masyarakat kita selalu ditanam dengan mafhum hadis Nabi SAW bahawa syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Mereka lupa bahawa di sana ada hadis juga yang mafhumnya; syurga itu di bawah bayang-bayang pedang.
Bahkan juga di sana terdapat hadis; saranan Nabi SAW supaya mengajar anak-anak aktiviti lasak dan seni persenjataan.
Pun begitu perkara ini tidak mengambarkan Islam adalah agama ganas sebagaimana tuduhan sesetengah pihak apabila membicarakan topik jihad dan peperangan; termasuk persiapan untuk berperang.
Konsep jihad begitu luas di mana membawa erti bersungguh atau bersabar di dalam memikul tanggungjawab agama. Islam mendahulukan damai dan mengambil perang sebagai jalan terakhir.
Sekalipun Islam menyarankan umatnya untuk berperang, akan tetapi peperangan di dalam Islam mempunyai cara, kaedah, syarat dan adab-adabnya.
Setiap kali Nabi SAW mengutuskan Sahabat-sahabatnya ke medan perang, baginda berpesan jangan sekali-kali membunuh kanak-kanak, orang tua, perempuan dan paderi-paderi di dalam rumah ibadah mereka.
Di saat umat Islam dilabel sebagai pengganas, sebenarnya mereka adalah mangsa keganasan. Sekitar tahun 1990-an umat Islam di Balkan menjadi mangsa keganasan Serbia sehingga mengorbankan lebih dari 200 ribu nyawa.
Umat Islam di Palestin, termasuk Kristian menjadi mangsa keganasan regim zionis dari tahun 1948 sehingga sekarang. Puluhan ribu umat Islam Arakan di Myanmar menjadi mangsa keganasan fanatik Buddha yang tidak berkesudahan.
Sesetengah pihak di barat menuduh Islam tersebar dengan pedang. Walhal realitinya kebanyakan negara-negara yang dibuka oleh Islam adalah dengan jalan dakwah.
Pedang atau agama
Tidak dengan peperangan seperti wilayah nusantara yang mempunyai jumlah umat Islam paling ramai. Malah sejarah membuktikan sebaliknya berlaku apabila tentera Sepanyol mendarat di wilayah Amerika Selatan, mereka memberikan kata dua kepada penduduknya; sama ada kamu menerima pedang kami atau kamu menerima agama kami.
Islam sendiri menyuruh kita mempertahankan agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Bermakna Islam memadukan jasad dan roh agar kekuatan tersebut dimanfaatkan kepada lima kepentingan yang dinyatakan itu.
Kerana itu para pengamal seni mempertahankan diri jangan terheret oleh dogma ketakutan dan pasif lantaran tuduhan-tuduhan seperti ini. Sedangkan kalian berada di satu martabat jika meletakkan niat ilmu persilatan yang ditimba untuk ugama. Tidak mudah mempersiapkan jasad dan roh seperti yang dilakukan anggota seni mempertahankan diri.
Oleh itu, kekal dan teruskan ia menjadi ilmu yang diwarisi atas semangat dan tuntutan agama dengan dipersiapkan penuh kesungguhan (jihad). Abaikan tuduhan-tuduhan yang memanah, sebaliknya amalkan secara benar mengikut ajaran Islam dan menurut disiplin diterapkan.
Kerana disebalik segala rekayasa memburukkan agama ini, hakikatnya Islam adalah agama yang tertegak dengan hujah nyata dan jelas di mana ia lebih tajam dari mata-mata pedang.
Sekian.
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!