Saturday, October 01, 2022

‘Sport Bra’, kontroversi panas libatkan wanita M'sia...

 



Baru-baru ini, timbul kontroversi panas melibatkan seorang pengacara muslimah yang dulunya mengendalikan sebuah rancangan bual bicara popular.

Memetik laporan Boom!, hos yang pernah berkahwin itu aktif mengayuh basikal di kawasan perumahan elit miliknya bersama rakan-rakan.

Namun, apa yang mengejut ramai orang adalah penampilan hos itu ketika beriadah. Pengacara itu didakwa berubah seratus peratus apabila dilihat menanggalkan tudungnya di sebuah pusat kecergasan (indoor cycling).

Selain itu, hos wanita itu didakwa berani mati memakai pakaian set lengkap atlet berbasikal yang ketat selain pernah tampil memakai ‘sport bra’ sahaja.

Meskipun di premis tertutup, namun tempat awam itu juga dibuka kepada kaum lelaki bukan muhrim.

Kakak kepada seorang aktor ini bagaimanapun tidak mengendahkan pandangan orang ramai biarpun sedar dirinya diperhati. Sumber: Boom!

Ya, setahun dua kebelakangan ini, tak dinafikan trend berbasikal semakin menjadi pilihan dalam kalangan penduduk negara ini ketika mereka beriadah.

Bahkan kedai sejaras produk basikal juga merekodkan peningkatan ketara dengan pembukaan premis yang banyak, termasuklah meraih hasil jualan berlipat ganda.

Tidak terkecuali, individu berstatus selebriti turut terpengaruh mengikuti aktiviti kesihatan itu, malah dipercayai wujud beberapa organisasi kelab yang dipertanggungjawabkan merancang serta menguruskan acara berkaitan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesimpulannya, pihak manakah yang bertanggung jawab dalam meluruskan 'simpang siur' penyelewengan dunia fenyen pakaian yang melanda dunia negara umat Islam Malaysia ini?

Walaupun 'al-islah' adalah juga tugas individu tiap Muslim bagi melahirkan kecintaan  patuh syariat..


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Hadapi kemaraan DAP yang rasis, perosak keharmonian..

 


1. Menghadapi kemaraan DAP Oleh MUHAMAD MAT YAKIM

DARIPADA keseluruhan 222 kerusi Parlimen, 28 adalah kerusi di mana pengundi Cina melebihi 50 peratus.

Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), daripada 28 itu, 27 berada dalam tangan DAP manakala satu PKR.

Daripada 27 kerusi yang dikuasai DAP, 11 mempunyai lebih 70 peratus pengundi Cina.

Ini bermakna di konstituensi yang polanya bercampur dan bermajoriti Cina, ia dikuasai sepenuhnya oleh PH, terutama DAP.

Ia seakan menjadi akaun simpanan tetap bagi mereka. Namun ini tentunya tidak memadai bagi DAP kerana mereka yakin akan kembali mercu kuasa selepas PRU15.

Maka, untuk PRU15, mereka akan menampilkan calon Melayu yang lebih ramai, mungkin mencecah dua kali ganda berbanding PRU14. Untuk kembali ke Putrajaya, mereka perlu tembus dan memenangi kawasan majoriti Melayu.

Di situ walaupun sudah ada calon-calon Melayu termasuk penyandang daripada PKR dan PAN, DAP tetap mahukan wakil mereka sendiri. Sebagai sebuah organisasi yang tamak kuasa, DAP tidak sedia untuk selama-lamanya mengharapkan PKR dan PAN.

Tambahan pula kemerosotan sokongan terhadap PKR yang ditunjukkan  dalam PRN Melaka dan Johor menjadi asbab dan justifikasi untuk DAP lebih mandiri. Benarlah, kalau boleh bertanding sendiri, buat apa berkongsi?

Justeru, untuk PRU15, DAP baru-baru ini mengisytiharkan akan meletak calon sendiri di kawasan majoriti Melayu, dengan calonnya juga Melayu. Perkara ini telahpun dirundingkan — dan mungkin juga telah dipersetujui — dalam perbincangan sesama parti PH.

Pada PRU14, DAP telah melakukan eksperimen dengan membawa 10 calon Melayu — suatu jumlah yang besar berbanding nisbah ahli parti itu. Lapan daripada mereka — satu kerusi Parlimen dan 7 kerusi DUN menang — lalu ini dianggap satu percubaan yang amat berjaya.

Pada PRU15, kita akan dapat melihat lebih ramai calon DAP Melayu daripada kalangan liberalis, dan mungkin juga golongan ustaz yang lupa diri. Dengan strategi yang serapi ini, usaha PH untuk kembali berkuasa dengan kerajaan dominasi DAP bukanlah mustahil.

Malah ia amat mudah untuk direalisasikan dalam situasi parti-parti Melayu masih tega untuk berpecah belah dan tanpa segan silu memgecam sesama sendiri.

Sama ada kita mahu mengaku atau tidak, itulah yang sedang berlaku — divide & ruleKekalahan yang dirancang oleh orang Melayu sendiri, dan parti lawan sekadar memainkan  bidak-bidak mengukuhkan kedudukan dan mengelak kesilapan.

Mereka hanya perlu melihat dari luar, tanpa masuk ke dalam gelanggang untuk menang berlengan. Inilah apa yang sebenarnya telah dihidu oleh pimpinan PAS yang secara konsisten terus mengusahakan agenda penyatuan ummah. 

Menyatukan hati manusia yang berpecah belah — sanggup berterajang sesama sendiri demi memuaskan emosi — adalah satu-satunya langkah yang paling ampuh untuk menghalang kemaraan PH (baca: DAP) ke Putrajaya selepas PRU15.

DAP dikatakan akan memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi yang diwakili Umno. Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara terhadap Dato Sri Najib Tun Razak, usaha memomokkan Umno imej rasuah dan kleptokrasi dikira akan menjadi senjata kempen paling berkesan untuk mereka mainkan.

Mereka akan menggiatkan penyebaran propa kononnya DAP adalah parti yang paling berintegriti sebagai usaha menembus pasaran politik Melayu yang selama ini melihat parti itu sebagai ‘taboo’. Daripada PN, mereka akan memberi tumpuan terhadap kerusi yang ditandingi oleh Bersatu sebagai melayan dilema  pengundi.

Sebagaimana calon Umno, calon Bersatu yang berasal daripada Umno juga akan digambarkan dengan imej yang sama — perasuah ataupun berpotensi menjadi perasuah. Konon bagaimana acuan, begitulah kuihnya!

Ironinya, orang Melayu tiada pilihan melainkan penyatuan. Anggaplah kita sedang menghadapi fitnah akhir zaman yang menyesatkan, maka tidak ada langkah penyelamatan selain kembali ke perdu agama sebagai bangsa yang bermaruah, berdaulat dan bertanah. – HARAKAHDAILY 1/10/2022


2. DAP rasis, perosak keharmonian negara Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Tuduhan Penasihat DAP, Lim Guan Eng kononnya PAS rasis dan Malaysia akan lenyap (ceased to exist) jika Perdana Menteri PAS berkuasa cukup membuktikan kedangkalan parti chauvinis itu.

Ketua Penerangan PAS, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, seluruh rakyat Malaysia mengetahui patung Buddha terpanjang di Asia masih wujud dan baik terpelihara di bawah kerajaan Kelantan yang diterajui PAS.

Malah katanya, sewaktu PAS menguasai Terengganu pada 1999, cukai gerbang Kampung Cina turut dihapuskan PAS, sekali gus mengukuhkan hubungan baik masyarakat Melayu dan Cina di Terengganu dan Kelantan.

“Sebaliknya, DAP jelas memiliki rekod buruk lagi hina dalam isu-isu membabitkan Islam dan masyarakat Melayu di Malaysia.

“Antaranya perlembagaan DAP sendiri jelas menyebut dalam Perkara 2 Matlamat-matlamat DAP adalah untuk ‘mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja ‘sekular’ yang asal’ ,” kata Khairil Nizam dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, hal berkenaan sahaja sudah membuktikan dan membuka pekung dada DAP yang cukup anti kepada Islam dan Melayu.

Katanya lagi, DAP tidak pernah menyembunyikan permusuhan mereka terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) dengan pelbagai alasan.

Sedangkan katanya, RUU 355 hanya sekadar mahu meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas penganut Islam atas kesalahan syariah sahaja.

“Sejarah membuktikan ketika berkuasa melalui Rejim PH, DAP kuat menyokong supaya konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi, langkah yang jelas bakal mengganggu-gugat keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum sejak merdeka hingga ke hari ini.

“Lim Kit Siang menuduh khutbah Jumaat disediakan JAKIM sebagai menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian.

“Pengerusi Wanita DAP, Chong Eng pula mengkritik khutbah Jumaat berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.

“Timbalan Setiausaha Agung DAP, Dr P Ramasamy pula pernah menggelar pendakwah Islam, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’,” katanya.

Selain itu katanya, DAP pernah mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 tentang keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara.

Tindakan itu dikatakan DAP mengganggu penganut bukan Islam, terutama pada waktu Subuh. Antara yang disebut Guan Eng adalah, “bahkan juga 1,500 tahun yang lampau mana ada pembesar suara?”

“DAP juga pernah mengundang murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 2014 apabila enggan mengemukakan lebih daripada dua nama untuk calon Menteri Besar Selangor susulan Langkah Kajang. Ini tidak termasuk banyaknya lagi celupar pro-DAP terhadap institusi Istana.

“DAP sememangnya terkenal dengan rekod membentak dan ingkar kepada Raja-raja Melayu. Antaranya mengenai isu pelantikan Menteri Besar Perak apabila Lim Kit Siang yang menyeru agar Adun DAP memboikot upacara mengangkat sumpah kerana tidak setuju perkenan Almarhum Sultan Azlan Shah yang melantik Adun PAS sebagai Menteri Besar pada 2008,” katanya.

Tambahnya lagi, DAP juga memiliki rekod melampau dalam isu aurat, contohnya apabila Nga Kor Ming telah menyindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam.

Malah, Kor Ming katanya pernah menyifatkan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’ kerana mencadangkan pramugari MAS memakai pakaian yang menutup aurat.

“Dalam isu murtad, Ngeh Koo Ham DAP Perak telah mengeluarkan kenyataan sebanyak dua kali iaitu pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk murtad keluar dari Islam.

“Ngeh melaungkan kononnya umat Islam mestilah menerima hakikat bahawa jika seseorang Islam atas kehendaknya sendiri mahu keluar dari Islam dia mestilah dibenarkan berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, kata Khairil Nizam, deklarasi Setapak DAP juga menyatakan ‘kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ ditentang’.

Bagaimanapun kata Khairil Nizam, contoh yang dikemukakan beliau hanya sebahagian daripada banyak lagi sikap rasis DAP.

Justeru, beliau mengajak rakyat Malaysia pelbagai kaum menolak DAP yang menurutnya sangat rasis dan sering memecahbelahkan Keluarga Malaysia.

Katanya, DAP perlu ditolak sepenuhnya dari bumi Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang demi negara Malaysia yang aman, makmur, dan sejahtera. – HARAKAHDAILY 30/9/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP perlu ditolak sepenuhnya dari bumi Malaysia dalam PRU 15 akan datang demi negara Malaysia yang aman, makmur, dan sejahtera.

 Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Friday, September 30, 2022

‘Poster Boy’, siapa? Makin jelas PH X berubah..

 


1. Mat Said jadi ‘Poster Boy’, laku ke?

SU Umno Terengganu, YB Dato’ Rozi Mamat mengumumkan bahawa Dato’ Seri Ahmad Said akan menjadi ‘poster boy’ bagi kempen BN Terengganu menghadapi pertarungan dengan PAS Terengganu dalam PRU-15 nanti. Aku tidak tahu apa maksud Dato’ Rozi membuat kenyataan begitu. Adakah beliau sengaja ‘menganjing’, mahu membalas kembali pengumuman mengejut DS Ahmad Said yang meletakkannya bertanding di Parlimen Hulu Terengganu, bukannya di DUN Telemong.

Umum mengetahui bahawa Umno Terengganu menghadapi masalah untuk memilih siapa yang layak menjadi Menteri Besar. Jika Umno Terengganu benar-benar mengikut piawaian, karismatik, pengaruh, cerdik dan amanah, masing-masing, semuanya tidak layak. Tetapi masalahnya, masing-masing merasa dialah yang paling layak. Inilah dilema Umno Terengganu.

Jadi untuk melayakkan diri mereka menjadi calon Menteri Besar Terengganu, Umno mesti menggunakan taktik, membuang semua calon yang layak atau dilihat layak untuk mencabar kedudukannya. Tentulah keistimewaan ini ada pada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, kerana beliau mempunyai kuasa yang besar, walaupun bukan berkuasa penuh.

Ingat dulu kisah bagaimana DS Idris Jusoh mematikan semua calon-calon yang berkaliber dalam mencabar kedudukannya sebagai Menteri Besar pada sekitar tahun 2004 dan 2008? Di Bukit Payong, Dr Latif Awang, juga bekas Exco, ditukarkan dengan Zaidi Muda. Dato’ Abu Bakar Ali di Kemasik, diganti dengan Ir Rosli Othman. Hampir semua Exco lama diketepikannya dalam masa sepenggal itu.

Sehinggakan, DS Ahmad Said sendiri hampir-hampir diketepikan dari senarai calon BN tahun 2008. Dengan bengkengnya Ahmad Said melawan balik dan beliau bukan sahaja berjaya menjadi calon dan menang, malah menjadi Menteri Besar sekali gus mengenepikan DS Idris yang hampir berjaya mengenepikannya. Haa, jangan main-main dengan Abang Mad, kan dah makan diri. Abang Madpun perongos.

Tetapi paling menarik ialah Dato’ Rashid Ngah, Exco Kerajaan Umno di zaman Tan Sri Wan Mokhtar yang DS Idris menggantikannya dengan iparnya Shapian Ali di Seberang Takir. Dan tahun 2008, Shapian pula diketepikan oleh DS Idris, dan menggantikannya dengan DS Ahmad Razif Abdul Rahman, mantan Menteri Besar yang merampas jawatan Menteri Besar dari DS Ahmad Said.

Sekarang, untuk PRU15, dikatakan nama Shapian Ali akan dinaikkan semula untuk mengambil tempat DS Ahmad Razif di situ. Ia jelas kerana DS Ahmad Razif adalah penggugat kedudukan DS Ahmad Said sebagai Menteri Besar nombor wahid selepas Dato’ Rozi, dan memang DS Ahmad Said sudah pernah kena pada tahun 2014 dengan DS Ahmad Razif. Takkan DS Ahmad Said mahu dipatuk dua kali dalam satu lubang, kan? Jadi DS Ahmad Said melihat Shapian lebih kurang mudaratnya.

DS Ahmad Razif tidak mahu menyerah kalah, dikhabarkan, tiga rombongan bas terus pergi ke Kuala Lumpur, mungkin untuk berbincang dengan Presiden Umno. Dan mereka sedang menunggu keputusan itu. DS Ahmad Razif seorang yang mengenang budi. Beliau dinaikkan DS Najib sebagai Menteri Besar dan kita dapat lihat kelibat beliau selalu bersama DS Najib, tanda sokongan.

Aku hanya dapat bayangkan, jika benar berlaku apa yang DS Ahmad Said rancangkan, kita mungkin akan melihat pula adegan tunjuk perasaan oleh pengundi Seberang Takir sekali lagi. Waktu Shapian Ali tidak dicalonkan, penyokongnya berhimpun di hadapan Wisma Darul Iman dengan plakad yang tertulis penyokong Shapian akan turun ke laut, tidak akan mengundi. Adakah mungkin kali ini, penyokong DS Ahmad Razif pula yang akan turun ke laut? Aku rasa mereka tak akan menyerah.

Maklumlah, Seberang Takir, kerusi yang Umno tak pernah kalah semenjak dahulu lagi. Semenjak zaman Menteri Besar Tan Sri Ibrahim Fikri. Namun, semua calon PAS di situ sebenarnya bukan kalah kepada calon Umno, tetapi mereka kalah kepada undi pos askar dan polis hutan, dua kem terbesar yang ada dalam DUN itu. Sebab itu ADUN Umno di DUN ini dipanggil wakil Pos, bukan wakil rakyat.

Eh, panjang pula cerita aku ni, melalut entah ke mana, macam lari dari tajuk pula. Ok sekarang berbalik kita kepada soalan asal aku, laku ke muka DS Ahmad Said nak dijadikan ‘poster boy’ BN Terengganu PRU15 nanti? Ikutlah, asal jangan jadi Boboiboy sudahlah, tua dah.

MOHD NASIR ABDULLAH
30 September 2022 – HARAKAHDAILY 30/9/2022


2. Serangan balas Presiden PAS, makin jelas PH tidak berubah 


PRESIDEN PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melancarkan serangan balas terhadap PH yang dilihat semakin goyah dengan hujahan lapuk dan dangkal. Isu kononnya PAS menerima rasuah daripada Umno sebanyak RM90 juta, dimainkan kembali. Ia dilihat hanya untuk memberikan gambaran kepada pengundi-pengundi baru yang berumur 18 hingga 21 tahun, bahawa PAS ini teruk. Itu sahaja.

Ia bukan untuk menarik perhatian golongan dewasa, kerana pengundi yang matang, telah mengetahui akan cerita sebenar, apa yang berlaku. Umno tidak sebodoh itu, merasuah PAS untuk mengalahkan dirinya sendiri. Cerita dongeng Pak Pandir pun tidak sanggup membuat naratif sebegitu. Umno beri wang kepada PAS, menyuruh PAS kalahkannya dalam PRU. Pak Pandir pasti meggelengkan kepala kerana melihat PH yang lebih pandir darinya.

Cerita fitnah yang digali semula mereka ini, hanyalah menzahirkan peribadi PH yang tidak akan berubah walaupun diberi peluang memerintah sekali lagi. Sekarang, mereka terkial-kial menangkis persepsi rakyat yang begitu yakin, 22 bulan kebobrokan mereka dahulu, akan berlaku lagi, jika menang sekali lagi PRU. Tuduhan rasuah RM90 juta ini, antara buktinya.

SPRM, ketika berada di bawah Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengesahkan di hadapan Speaker, Menteri Besar dan ADUN-ADUN PAS Terengganu bahawa tiada kes salah laku duit Umno yang difitnah diberikan kepada PAS waktu itu. Waktu itu, PH sudah memerintah Malaysia. Lalu Pesuruhjaya SPRM bertukar orang. Latheefa Koya orang kuat PKR dilantik menjadi Pesuruhjaya SPRM. Pun sama, tiada kes seperti tuduhan PH terhadap PAS.

Mengapa ketika berkuasa, mereka tidak mendakwa PAS, jika benar ada kes? Sedangkan isu YB Nik Abduh dengan MBKB pun Lim Guan Eng suruh siasat sebagai kes rasuah. Yang PH percaya ialah dakwaan Clare Brown dari Sarawak Report yang mana si kafir itu turut disaman oleh Tuanku Permaisuri Sultanah Nur Zahirah, kerana memfitnahnya. Satu lagi bukti ialah melalui sekeping kertas photostat hitam yang dipegang DS Anwar ketika berkempen dalam satu Pilihan Raya Kecil.

Kita sudah mengenali PKR, salah satu komponen PH yang kuat memfitnah, sehingga rakan sendiri pun mereka fitnah. Kita juga mengetahui DAP yang amat bencikan Islam yang dibawa PAS, ahlinya tidak menerima orang Melayu Islam sebagai AJK Pusat mereka dengan hanya seorang yang menang pemilihannya.

PAN yang mundar-mandir tiada haluan itu juga kita tahu, hanya menjadi khadam kepada DAP, mengkhianati PAS dari dalam, tidak mempedulikan rakyat yang dilanda banjir, sebaliknya bermain ski ketika bencana. Lengkaplah ‘The Three Stooges’ dalam PH ini. Mereka hanya pandai melawak, menipu penonton bagi membuat orang ketawa. Betul atau tidak, apa mereka peduli. Dan mereka juga telah merekodkan hampir 30 kes rasuah.

Kita mesti memberikan penerangan sewajarnya kepada golongan pengundi kali pertama supaya mereka tahu siapa pembohong yang sebenarnya. PH akan mengulang-ulang berita fitnah yang basi, tetapi dihangatkan kembali, buat santapan anak muda yang tidak mengenali mereka sebelum ini. Bahaya hidangan basi itu, kerana ia akan menjadi racun kepada anak muda ini.

Jadi jelas, PH tidak akan berubah melihat kepada cara kempen mereka yang sama iaitu menggunakan fitnah untuk cuba menang. Fitnah, ia bukan dari Islam, ia bukan dari sikap profesional, ia bukan juga dari budaya kita. Jadi daripada mana PH mengambil contoh? Dari syaitan yang sering menghasut manusia dan PH mengikutnya. Wahai anak muda, jauhilah PH.

Atau agaknya ada pihak dari PH yang takut PAS minta balik duit kempen-kempen PRU waktu bersama PAS dahulu yang mereka tak bayar lagi? Lalu mereka kata PAS sangat kaya, jadi mereka tak perlu bayar duit itu? 

MOHD NASIR ABDULLAH
28 September 2022 – HARAKAHDAILY 28/9/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimMat Said ‘Poster Boy’. Makin jelas PH X berubah..

Jom serang terus PH!


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Syabas Tuan Ibrahim! Pembersihan di sungai Pontian pula..

 

Semalam, tular satu video berdurasi 36 saat memaparkan seorang pemandu lori memberhentikan sebuah lori satu tan sebelum memikul sampah daripada kenderaan berat itu dan membuangnya dari atas jambatan Sungai Wak Rabun Batu 33, Pontian

1. Pemandu lori buang sampah dalam Sungai Pontian sudah ditahan

JOHOR BAHRU: Pemandu lori yang dirakam dalam video tular memaparkan tindakannya membuang sampah ke dalam sungai dekat Pontian, sudah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata lelaki tempatan berusia 52 tahun itu ditahan di bandar Pontian kira-kira 7 malam tadi, lima jam selepas usaha mencarinya dibuat.

"Kita cuba mengesan suspek selama lima jam termasuk di rumahnya tetapi tiada sehinggalah berjaya menghubungi dan menemuinya di kawasan bandar Pontian.

"Apabila berjaya ditemui dan ditahan, kita membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian dan menjalankan pemeriksaan serta siasatan.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun semakan mendapati dia mempunyai banyak rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada acara pelepasan (Flag Off) Konvoi Program Ramah Mesra PDRM Johor bersama Brother Motor di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini. 

Tangkap layar video tular memaparkan perbuatan seorang lelaki membuang sampah dalam sungai di Pontian semalam.

Semalam, tular satu video berdurasi 36 saat memaparkan seorang pemandu lori memberhentikan sebuah lori satu tan sebelum memikul sampah daripada kenderaan berat itu dan membuangnya dari atas jambatan Sungai Wak Rabun Batu 33, Pontian.

Tindakannya itu dirakam orang awam sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook dan mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Kamarul Zaman berkata, Onn Hafiz kemudian menghubungi beliau dan meminta pihak polis membantu mengambil tindakan.

"Saya kemudian mengarahkan Ketua Polis Daerah Pontian untuk mengambil tindakan mengesan suspek," katanya.

Kamarul Zaman berkata, suspek yang kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam percakapan dan diambil tindakan kompaun mengikut Rule 52 LN 166/59 selainmemandu tanpa lesen GDL.

"Perbuatan itu (membuang sampah dari kenderaan) adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan saman atau kompaun sehingga RM2,000," jelasnya.

Difahamkan, lori milik suspek itu dihantar Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan lanjut.

Selain itu, beliau berkata, polis turut bekerjasama dengan pentadbir sungai di Johor iaitu Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang turut menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang mereka.

"SWCorp juga akan siasat, kita sudah bincang dengan mereka, SWCorp juga akan ambil tindakan dan mengenakan kompaun sehingga maksimum RM10,000," katanya.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, suspek mendapat bayaran daripada kerja mengutip sampah dari kilang dan tempat pembuangan sampah dan sampah dikutip sepatutnya dibuang di tempat khas, namun suspek bertindak mengambil jalan mudah.

"Kita sudah tahan suspek dan nasihat, dia juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Mungkin sebelum ini dia buat, orang tidak nampak," katanya. (BH)


2. Tuan Ibrahim kecam perbuatan lupus sampah dalam sungai di Pontian 

Suspek dan lori yang digunakan untuk membuang sampah domestik dalam sungai di Pontian sudah ditahan polis. NSTP/ Togi Marzuki

JOHOR BAHRU: Perbuatan seorang lelaki membuang sampah ke dalam Sungai Wak Rabun dekat Pontian di sini semalam, menarik perhatian Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang mengarahkan tindakan segera diambil terhadapnya.

Tuan Ibrahim menyifatkan, perbuatan lelaki terbabit mengambil jalan mudah dengan membuang sampah ke dalam sungai itu sebagai tindakan yang melampau.

"Saya sudah minta Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk segera menjalankan siasatan serta mengambil tindakan susulan terhadap perbuatan itu," katanya dalam perkongsian di Facebook, malam tadi.

Tuan Ibrahim berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perbuatan seumpama itu boleh menghantar mesej kepadanya.

Perkongsian beliau di Facebook menarik perhatian ribuan pengguna media sosial yang berharap perbuatan terbabit dikenakan tindakan sewajarnya.

Sementara itu, Pengarah JAS Johor, Dr Mohd Famey Yusoff, berkata siasatan awal mendapati sampah yang dibuang lelaki berkenaan adalah sampah domestik dan bukan bahan buangan berjadual.

Pengerusi Persatuan Penjagaan Alam Sekitar Bumi Hijau (GES), P Siva Kumar, berpandangan kesedaran sivik dan usaha memupuk kesedaran berkaitan kepentingan alam sekitar dapat menangani masalah pembuangan sampah ke sungai.

Beliau berkata, peruntukan undang-undang alam sekitar perlu dikaji semula untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada individu yang membuang sampah dan mencemarkan sungai.

"Disebabkan oleh pencemaran, difahamkan hanya 50 peratus daripada sungai di negeri ini boleh digunakan sebagai sumber bekalan air.

"Banyak lagi langkah pro aktif diperlukan daripada peringkat kerajaan negeri atau pusat untuk peranan pro aktif dalam mengekalkan kemampanan sungai kita.

"Kerajaan negeri perlu bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar untuk mengadakan kempen alam sekitar di sekolah sebagai langkah memupuk kesedaran daripada peringkat awal.

"Ia juga dilihat sebagai penyelesaian jangka panjang," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas Tun Ibrahim! Pembersihan di sungai Pontian pula.. Al-hamdulillah.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Pertemuan M/Agama Brunei, Indo, M'sia, S'pura (MABIMS).. & fiqh, ekstrim..

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad di majlis perasmian Seminar Kertas Tema SOM Kali ke-46 di Kota Kinabalu, semalam. NSTP/Ihsan Jabatan Penerangan Sabah

1. Penerapan fiqh al ta'ayush harus diaplikasi dalam gagasan MABIMS

KOTA KINABALU: Penerapan fiqh al ta'ayush harus diaplikasikan dalam gagasan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata penerapan fiqh al ta'ayush, terminologi kontemporari cendekiawan Islam dalam membahaskan teori perdamaian akan mendatangkan impak positif kepada masyarakat dan negara.

Katanya, keharmonian kaum dan agama dalam negara adalah asas kesejahteraan serta kemajuan sesebuah negara.

"Ini kerana ia dapat menghalang kewujudan golongan yang berfahaman sempit membuat tafsiran menyimpang berhubung Islam sehingga melahirkan golongan ekstrim dalam mengamalkan ajaran agama.

"Penghayatan orang Islam terhadap fiqh al ta'ayush secara tidak langsung dapat menyampaikan mesej kedamaian serta keindahan Islam kepada bukan Islam dan menyuburkan kerukunan dalam beragama.

"Fiqh al ta'ayush secara teori dan praktikal amat penting khususnya difahami dan diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia dan negara MABIMS di mana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai latar belakang keturunan, kepercayaan serta budaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perasmian Seminar Kertas Tema SOM Kali ke-46, di sini, semalam. Turut hadir, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Dalam pada itu, Idris berkata, bagi mengaplikasikan fiqh al ta'ayush dalam gagasan MABIMS, prinsip maqasid syariah hendaklah diberikan perhatian dan pertimbangan khusus.

"Perkara ini adalah perihal yang perlu diberikan perhatian dalam menentukan hukum, fatwa dan dasar negara," katanya.

Beliau berkata, bagi mengekalkan keharmonian, kestabilan dan kemakmuran di negara MABIMS, ancaman keganasan, ekstremisme dan jenayah siber yang semakin meningkat harus diberikan perhatian.

Katanya, fenomena ekstremisme boleh berlaku sepanjang masa secara sedar atau tidak sedar.

"Sikap dan fahaman melampau ini lazimnya disusuli tindakan keras serta ganas yang sering menyusahkan masyarakat dan mengancam keselamatan negara

"Dalam Islam, fahaman ini bukan sahaja menghilangkan nilai kemanusiaan dan akhlak Islamiah, malah mencemarkan imej Islam sebagai agama yang membawa perdamaian," katanya.


2. Ancaman keganasan, ekstremisme perlu diberi perhatian 

Foto daripada Facebook Idris Ahmad.

KOTA KINABALU: Ancaman keganasan dan ekstremisme perlu diberikan perhatian setara dengan isu-isu lain, bagi mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara anggota Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata peningkatan ancaman keganasan dan ekstremisme semakin membimbangkan dan boleh berlaku sepanjang masa secara sedar atau tidak sedar.

“Islam mengajar umatnya sentiasa menjaga kerukunan hidup bertunjangkan semangat damai dan sejahtera, oleh itu kerjasama semua negara anggota MABIMS perlu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kertas Tema Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) MABIMS Ke-46 di sini hari ini.

Beliau berkata ekstremisme adalah satu fahaman yang melampaui batas sehingga melebihi had dan ketentuan yang sewajarnya, sama ada dari perspektif peraturan mahupun kemanusian.

Selain itu, Idris berkata SOM MABIMS mampu membentuk kesepakatan negara anggota untuk menjaga maslahat dan kepentingan umat Islam tanpa mencampuri hal-hal yang bersifat politik.

Malaysia merupakan tuan rumah SOM MABIMS Ke-46 yang berlangsung di Kota Kinabalu bermula semalam hingga Jumaat ini.

“Semoga pertemuan kali ini yang dihadiri lebih daripada 200 peserta akan membuahkan hasil terbaik dalam rangka untuk memperkasakan umat Islam di Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura,” kata Idris.

Beliau berkata seminar berkenaan adalah wadah terbaik untuk MABIMS bermuzakarah dan berkongsi idea untuk mengatur strategi bagi merealisasikan kesejahteraan ummah serta kehidupan beragama secara harmoni di negara masing-masing.

“Kesatuan dalam kalangan negara serumpun dan serantau merupakan satu perkara yang amat penting dalam kita mengharungi krisis yang berlaku di peringkat serantau dan global khususnya melibatkan ekonomi, ideologi, sosial, kesihatan dan keselamatan,” katanya.

Katanya matlamat penubuhan MABIMS adalah untuk mewujud dan mengukuhkan semangat persaudaraan sedia ada dalam kalangan umat Islam di Asia Tenggara. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pertemuan Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura (MABIMS).. & fiqh, ekstrim..

Masih dalam rangka 'penyatuan ummah' untuk mewujud dan mengukuhkan semangat persaudaraan sedia ada dalam kalangan umat Islam di Asia Tenggara.


Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails