Saturday, November 05, 2022

Lagi pusat hiburan punya hal.. K-pop Indo pengsan, Kongo maut.

 

Seorang peminat kumpulan muzik K-pop NCT127 sedang berehat di atas pengusung selepas konsert kumpulan itu dihentikan di Serpong, wilayah Banten, selepas kekecohan berlaku dan 30 orang pengsan. - Foto AFP

1. Konsert kumpulan K-pop di Indonesia dihentikan selepas 30 orang pengsan

TANGERANG SELATAN: Kumpulan K-pop NCT 127 terpaksa menamatkan konsert pertama mereka di Indonesia lebih awal selepas 30 peminat pengsan dalam rempuhan.

Indonesia masih dibayangi insiden hitam selepas 130 orang, termasuk lebih 40 kanak-kanak, maut dalam rempuhan stadium bulan lalu.

Jurucakap polis, Endra Zulpan, berkata konsert berhampiran ibu kota Jakarta itu berlangsung selama kira-kira dua jam apabila peminat mula bergerak ke hadapan untuk menghampiri pentas.

"Akibatnya, 30 orang pengsan. Oleh itu, bagi mengelakkan kejadian lain, kami memutuskan untuk menghentikan konsert pada 9.20 malam (waktu tempatan)," katanya. 

Sementara itu, seorang saksi, Syifa Aulia, 19, berkata sebelum rempuhan, kumpulan iti sedang memberikan hadiah percuma kepada peminat.

Katanya, peminat di belakang bertindak menolak ke arah pentas sehingga pagar penghadang runtuh.

"Kami kecewa dengan peminat-peminat itu kerana sudah diberi amaran untuk tidak menolak antara satu sama lain oleh ahli NCT 127 sendiri, namun mereka sangat mementingkan diri.

"Hanya untuk rakaman, mereka mengabaikan keselamatan orang lain," katanya.

Polis bagaimanapun membenarkan konsert NCT 127 pada hari kedua berlangsung pada Sabtu, namun melarang pengedaran barangan kepada peminat dan memerlukan langkah lebih ketat untuk memisahkan peminat.

"Untuk menebus kesalahan itu dan memberikan pengalaman terbaik, kami akan menambah lebih ramai paramedik dan anggota keselamatan untuk pertunjukan hari kedua," kata penganjur konsert Dyandra Global Edutainment di Instagram.

Peminat Miftahul Janna, 18, berkata peminat 'benar-benar meminta maaf' kepada kumpulan itu.

"Kami minta maaf kerana kami membuatkan anda bimbang dalam konsert pertama di Indonesia. Daripada kejadian ini, kami berharap kami dapat mematuhi peraturan keselamatan dengan lebih baik dan mengambil berat mengenai orang lain," katanya.

Hujung minggu lalu, polis membatalkan festival muzik Berdendang Bergoyang hari ketiga di Jakarta selepas hampir 30 orang pengsan akibat lebihan kapasiti.

Pada hari yang sama, lebih 150 orang terbunuh dalam rempuhan orang ramai di pesta Halloween di Seoul. - AFP


2. Rempuhan di konsert Fally Ipupa, 11 termasuk anggota polis maut 

Fally Ipupa ketika membuat persembahan konsert di Stadium Martyrs yang dipenuhi penonton di Kinshasa, semalam. - FOTO REUTERS

KINSHASA: Sembilan penonton dan dua anggota polis terkorban akibat rempuhan ketika konsert bintang muzik Afrika, Fally Ipupa, berlangsung di stadium terbesar di ibu negara DR Congo, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Daniel Aselo Okito memberitahu portal berita Actualite.cd, terlampau ramai penonton dibenarkan memasuki Stadium Martyrs yang mempunyai kapasiti 80,000 pengunjung, bagi menyaksikan konsert malam itu.

"Seramai 11 individu maut, termasuk dua anggota polis," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian sambil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Beliau kesal dengan insiden 'kehilangan nyawa manusia dan kerosakan peralatan' yang sering dilaporkan berlaku ketika acara diadakan di stadium berkenaan.

"Penganjur terbabit melangkaui kapasiti 100 peratus... mereka mesti dihukum," katanya.

Ketika kejadian, stadium itu dilaporkan begitu padat dan sesak dengan penonton, malah seorang saksi dilaporkan mendakwa 'peminat turut melimpahi kawasan koridor stadium berkenaan.

"Kematian terbabit berpunca daripada rempuhan yang menyebabkan mangsa lemas," kata seorang anggota polis di lokasi kejadian kepada ACP.

Menurut laporan agensi itu yang membuat liputan konsert terbabit di stadium, polis menghadang tiga kawasan untuk melindungi sekitar padang, tempat duduk tetamu kenamaan dan pentas.

"Polis tidak dapat bertahan lama susulan keadaan ketika itu," menurut laporan ACP.

Fally Ipupa, 44, yang juga anak kelahiran Kinshasa, merupakan antara artis terkenal Afrika dengan albumnya terjual di seluruh dunia. - AFP


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi pusat hiburan punya hal.. K-pop Indonesia 30 pengsan, Kongo 11 maut.

Untuk keselamatan patut ditiru macam pentadbiran di negeri-negari bawah pemerintahan PAS (Parti Islam) di Malaysia, dengan disiplin 'hiburan patuh syariat' yang dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.

Bagi negeri-negeri lain di Malaysia yang mahu begitu, sila undi PAS dalam PRU15 ini.

Sekian.

Penamaan calon, Wan Azizah tercicir k/p, & PH hilang DUN Kemayan.

 

Dr Wan Azizah (tengah) berarak bersama penyokong menuju ke Pusat Penamaan Calon Parlimen P124 Bandar Tun Razak di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Foto Bernama

1. PRU15: Wan Azizah tercicir kad pengenal ketika berarak

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tercicir kad pengenalan ketika berarak ke pusat penamaan calon di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini.

"Saya dah selitkan IC (kad pengenalan) dalam pas SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) ini tapi itulah tadi tercicir masa perarakan, mujurlah saya dapat balik. Penting ni!" kata calon Pakatan Harapan (PH) itu kepada pemberita selepas proses penamaan calon P124 Parlimen Bandar Tun Razak.

Kad pengenalan Wan Azizah yang berjaya ditemukan seorang penyokongnya ternyata memberi kelegaan kepada kira-kira 200 penyokong Pengerusi Penasihat PKR itu ketika beliau memasuki pekarangan pusat penamaan calon itu.

Parlimen Bandar Tun Razak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan Wan Azizah, penyandang kerusi Datuk Kamarudin Jaffar (Perikatan Nasional) dan Ketua MCA Tun Razak Datuk Chew Yin Keen (Barisan Nasional).

Seramai 119,185 pemilih layak mengundi di Parlimen Bandar Tun Razak pada PRU15.

SPR menetapkan 19 November sebagai hari pengundian dan 15 Nov bagi pengundian awal. – BERNAMA


2. PH hilang kerusi di DUN Kemayan, borang penamaan calon ditolak SPR 

Calon Pakatan Harapan, Manolan Mohamad (tiga kanan) membuat rayuan selepas borang pencalonannya bagi DUN Kemayan ditolak ketika proses penamaan di Pusat Penamaan Calon P.090 Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera sempena Pilihanraya Umum ke-15. - Foto HAIRUL ANUAR RAHIM

BERA: Pakatan Harapan (PH) hilang satu kerusi selepas borang penamaan calonnya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini.

Penolakan borang pencalonan Manolan Mohamad diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera, Datuk Zaman Azam Mohamat Sarif ketika mengumumkan senarai akhir calon yang bertanding bagi kerusi DUN berkenaan.

Susulan daripada penolakan itu, DUN Kemayan dalam Parlimen Bera menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Khaizulnizam Mohamad Zuldin dengan Shapuan Hussin (PN).

Punca penolakan borang pencalonan itu akan dimaklumkan kelak oleh SPR Pahang. DUN Kemayan sebelum ini dimenangi Mohd Fadil Osman dari BN dengan majoriti 4,618 undi.

Sekian. (IH)

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Presiden PAS pimpin solat hajat.. & TH lonjak untung 150%

 


1. TG Abdul Hadi pimpin solat hajat sebelum ke Pusat Penamaan Calon

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengimami solat hajat sebelum menuju Pusat Penamaan Calon (PPC) Parlimen Marang Bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pejabat Tanah dan Daerah Marang di sini.

Beliau selaku calon PAS mewakili PERIKATAN NASIONAL bagi bagi Parlimen Marang tiba di Masjid As-Salam, Kampung Kijing pada jam 8.05 pagi disambut pimpinan PAS dan Bersatu negeri serta para hadirin.

Solat hajat bermula jam 8.10 pagi yang turut disertai Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Razali Idris, Bendahari dan Pengarah Pilihan raya PAS negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Ustaz Ariffin Deraman bersama kira-kira 500 ahli, penyokong PAS dan Bersatu.

Turut serta ialah wakil calon kepada Tuan Guru Abdul Hadi iaitu Mohd Nasir Ismail, Ustaz Ahmad Maarof (pencadang) dan Mohd Rosbi Yusof (penyokong).

Sejurus selepas itu, mereka mulai perarakan ke PPC Parlimen Marang dalam keadaan hujan renyai-renyai. – HARAKAHDAILY 5/11/2022


2. TH Plantations lonjak untung hingga 150 peratus bawah PN 

MASIH ingat bagaimana Pakatan Harapan (PH) meluluskan penjualan ladang milik anak syarikat Tabung Haji seluas 77,000 hektar suatu ketika dahulu?

PH seringkali menjaja cerita bahawa jika ladang-ladang ini tidak dijual, ianya akan membuatkan syarikat TH Plantations akan muflis.

Ternyata ini semua adalah kesimpulan dangkal PH semata-mata. 

Semasa lawatan kerja saya ke Sabah, saya sendiri telah melawat ladang-ladang milik anak syarikat Tabung Haji ini. 

Ladang-ladang ini ditinggalkan dalam keadaan yang menyedihkan, dibiarkan tidak terjaga dan tidak dibaja selama hampir 2 tahun semasa kerajaan dahulu kerana ingin dijual.

Ibarat lembu yang kurus, kalau dijual dapatlah harga lembu kurus. Tetapi jika dijaga, diberi makan yang cukup, bahkan dibiakkan pula, pemiliknya pasti akan dapat keuntungan berganda, dalam bentuk susu, daging dan anak-anak lembu, yang akhirnya akan memberi manfaat kepada lebih ramai orang.

Kalaulah 77,000 hektar ladang-ladang milik Kumpulan TH Plantations Berhad (THP) ini dijual, berapa banyak aset dan ekuiti orang Islam akan tergadai? Berapa ramai anak-anak Melayu Bumiputera kita akan hilang pekerjaan?

Setelah kajian dibuat, perancangan jualan aset oleh PH telah dihentikan, antaranya penjualan ladang-ladang milik THP seperti penjualan Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas Sdn Bhd kepada syarikat Tamaco.

Aset-aset perladangan yang selama ini diabaikan semasa pemerintahan Kerajaan PH telah dipulihkan dan disatukan untuk menambah baik operasi dan nilai syarikat.

Inisiatif transformasi untuk meningkatkan kecekapan pengurusan dan operasi seperti program mekanisasi di ladang-ladang, penambahbaikan aset di kilang-kilang, aktiviti pembajaan serta program penanaman semula sedang dilaksanakan.

Hasilnya, Kumpulan THP terus menunjukkan peningkatan prestasinya pada tahun kewangan 2021 berbanding tahun 2020. Ini dapat dilihat daripada peningkatan pendapatan sebanyak 37 peratus daripada RM555 juta pada tahun 2020 kepada RM761 juta pada tahun 2021. 

Keuntungan sebelum cukai Kumpulan THP juga telah melonjak sebanyak 150 peratus daripada RM54 juta pada tahun 2020 kepada RM138 juta pada tahun 2021. Prestasi Kumpulan THP terus cemerlang pada separuh pertama tahun 2022 di mana pendapatannya meningkat sebanyak 46 peratus berbanding separuh pertama tahun 2021. 

Bagi PH, ladang-ladang ini adalah satu beban. Bagi kami, ladang-ladang ini adalah aset-aset milik Tabung Haji yang sangat berpotensi untuk dibangunkan. Sekiranya ia dijual, mana mungkin keuntungan daripada aset-aset ini dapat dirasai oleh 8.6 juta pendeposit Tabung Haji yang juga adalah umat Islam.

DATUK AHMAD MARZUK SHAARY
4 November 2022 – HARAKAHDAILY 4/11/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimPresiden PAS pimpin solat hajat.. & TH lonjak untung 150%

Al-hamdulillah. Solat hajat untuk kemenangan Islam, TH berbisnes demi ummah dan jamaah. Hingga wujud negara Islam Malaysia, insya Allah!

Syaratnya, UNDILAH PAS dan kumpulannya.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Presiden PAS bongkar lagi.. & Poliik artis Aishah..

 

1. PRU15: Ada lagi pemimpin BN akan sertai PN

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ada lagi dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berminat untuk menyertai PERIKATAN NASIONAL.

“Ya ada lagi, ada lagi, sedang dalam proses,” ujarnya pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Calon PAS Terengganu PRU15 di Dewan Tok Guru, Rusila, malam tadi.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh mereka.

“Saya tak boleh beritahu berapa kerusi. Apa yang penting ada di utara, ada di tengah, ada di selatan,” ujarnya yang diisytiharkan bertanding di Parlimen Marang.

Semasa ditanya bila akan diumumkan, beliau yang juga Timbalan Pengerusi PERIKATAN NASIONAL berkata,”…nantilah nama calon hari Sabtu”.

Tuan Guru Abdul Hadi juga ditanya mengenai Dato’ Seri Shahidan Kassim yang diumumkan sebagai calon PERIKATAN NASIONAL pada PRU15.

“Beliau dari awal lagi bersama dengan kita di Parlimen. Kerjasama di Parlimen daripada awal lagi dan beliau menunjukkan keberanian mengkritik presiden Umno, dengan itu dia diambil tindakan secara terbuka,” jelasnya.

Tambahnya, PAS juga menyedari pengaruh Shahidan bukan sahaja di Arau tetapi DUN-DUN di Perlis dan parti itu juga mempunyai perancangan untuk menawan negeri itu pada PRU kali ini.

Tuan Guru Abdul Hadi turut mengumumkan penyandang kerusi Parlimen Maran, Dato’ Seri Dr Ismail Abd Muttalib sebagai calon PERIKATAN NASIONAL pada PRU15.

Shahidan adalah Menteri Wilayah Persekutuan sementara Ismail adalah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pada majlis itu, Pengerusi PERIKATAN NASIONAL Negeri Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengisytiharkan bakal calon-calon yang akan bertanding di lapan Parlimen negeri ini.

Mereka terdiri daripada enam penyandang iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Marang, Datuk Ahmad Amzad Hashim (Kuala Terengganu), Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun), Ustaz Che Alias Hamid (Kemaman), Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir (Setiu) dan Dato’ Rosol Wahid (Hulu Terengganu).

Dua muka baharu ialah Exco kerajaan negeri Dato’ Dr Alias Razak di Parlimen Kuala Nerus dan Dato’ Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Besut). – HARAKAHDAILY 4/11/2022


2. Poliik artis Aishah kini, dituduh masuk politik sebab tak laku 

Aishah bersetuju apabila ditawarkan kali keempat sebagai calon, namun menangis mengenangkan tanggungjawab yang bakal dipikul.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Janji Manismu, Aishah melalui pengalaman dimaki dan dicerca ketika berkempen sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Kongsinya, berbanding industri hiburan, orang politik lebih taksub dengan parti masing-masing.

"Hanya kerana kita tidak sehaluan dengan mereka, kita akan dimaki hamun sewenang-wenangnya.

"Ada yang menuduh saya masuk politik kerana sudah tidak laku sebagai penyanyi. Malah, ada juga yang bersikap sinikal dengan berpura-pura simpati kepada saya apabila tahu saya bertanding sebagai calon di kawasan mereka."Meskipun sikap mereka itu mencabar kesabaran saya, namun, pengalaman yang saya kutip sepanjang bergelar anak seni memberi kelebihan untuk menghadapi situasi seperti ini," kata penyanyi bersuara nyaring ini. 

Mengimbau kembali pengalaman menjayakan kempen untuk meraih undi, Aishah atau nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin, 56, lebih selesa menggunakan pendekatan diplomasi. Aishah menolak usaha melakukan serangan peribadi ke atas calon yang bersaing dengannya.

"Ketika berkempen, saya sering memberi amaran supaya kita tidak menyentuh hal yang membabitkan fizikal calon lain. Tidak perlulah sampai hendak aibkan calon dengan menghina bentuk tubuh mereka.

"Kita boleh dedahkan kepincangan atau salah laku yang dilakukan calon itu atau parti yang diwakili mereka menerusi fakta yang kita kemukakan.

"Namun jangan sesekali menghina mereka kerana ia akan mencerminkan sifat kita sebenar. Saya sifatkan perbuatan seperti itu sebagai politik kelas ketiga," katanya. 

Bekas Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu (kanan) ketika mengumumkan Aishah sebagai calon PRU13 bagi Parlimen Jempol tewas di tangan Isa Samad.

Biarpun tewas di tangan calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ketika itu, namun pemenang Penyanyi Wanita Popular dan Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 1990 ini tidak pernah kecewa dengan keputusan bertanding pada PRU13.

"Tujuan asal saya menyertai politik adalah untuk menjadi ahli biasa sahaja, bukannya memegang mana-mana jawatan.

"Sejujurnya, saya sudah tiga kali ditawarkan untuk bertanding atas tiket calon PAS, namun, semuanya saya tolak dengan alasan masih hijau dan biarlah peluang itu diberi kepada mereka yang lebih 'senior'.

"Hanya selepas ditawarkan buat kali keempat, barulah saya setuju untuk memikul tanggungjawab itu. Itupun sebaik sahaja sampai di rumah, saya menangis mengenangkan tanggungjawab yang bakal dipikul selepas bersetuju," katanya.

Aishah mengakui gembira sebaik diumumkan dirinya tewas merebut kerusi Parlimen Jempol.

"Saya rasa segala beban di bahu hilang serta-merta. Walaupun ketika ini saya sudah tidak lagi aktif dalam politik kerana mahu fokus pada kerjaya seni, namun saya masih lagi mengikuti perkembangan.

"Kepada artis atau penggiat seni yang bakal bertanding pada PRU15, teruskan perjuangan dan betulkan niat. Kita kena tahu tujuan kita bertanding," pesan Aishah. (Sumber BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimPresiden PAS bongkar lagi.. & Poliik artis Aishah..

Kelmarin, pada majlis pengumuman calon PRU15 Gerakan Tanah Air (GTA)-Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri serta teman seangkatan dunia seni, Datuk Seri Eizlan Yusof, diumumkan calon GTA bagi PRU15.

Ahmad Idham dan Eizlan daripada badan bukan kerajaan (NGO), Gagasan Bangsa, masing-masing akan bertanding di Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam, atas tiket PEJUANG.

Selain dua selebriti itu, pelakon Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando dilaporkan turut dicalonkan bagi Parlimen Tanjung Karang. 

Sekian.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Friday, November 04, 2022

Bongkar lagi, kerjasama Anwar–Zahid? ..& Dicari pengundi.

 


1. Sejauh mana kebenaran pendedahan kerjasama Anwar–Zahid?

BEBERAPA sumber telah mendakwa bahawa wujud satu kerjasama sulit yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut laporan, kerjasama antara PH dan BN itu bersetuju untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. 

Sumber tersebut mendakwa lagi, bagi memperkukuhkan kedudukan, mereka bersepakat akan meletakkan ‘calon lemah’ di kawasan yang ditandingi masing-masing. BN menjanjikan akan meletakkan calon yang lemah di Tambun supaya Anwar Ibrahim daripada PH akan menang mudah di kawasan tersebut dan begitu juga di kawasan Zahid Hamidi.

“Saya individu pertama yang akan menentang pakatan Anwar-Zahid.” Itu adalah reaksi Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat PKR. Menurutnya, sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan, beliau tidak berminat untuk mengadakan kerjasama dengan GTA, BN mahupun PN tetapi memilih antara GRS atau GPS yang mewakili Sabah dan Sarawak.

Sumber lain pula menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada desas-desus pakatan Anwar-Zahid tersebut. Antara sebabnya adalah mana mungkin akar umbi Umno akan menerima kerjasama dengan PH yang di dalamnya ada DAP. Begitu juga DAP dan akar umbi PKR tidak mungkin menerima Umno sebagai rakan kerjasama. 

Sejauh mana kebenaran desas-desus pakatan tersebut masih menjadi tanda tanya. Namun, para penganalisis politik menjangkakan tiada satu pun gabungan parti sama ada BN, PH, PN mahupun GTA akan beroleh majoriti mudah secara bersendirian untuk membentuk sebuah kerajaan melainkan ada kerjasama antara gabungan-gabungan parti ini.  

Andainya kerjasama PH-BN ini benar-benar berlaku, ia dilihat sebagai ‘a win-win situation’ bagi menerajui Kerajaan Malaysia. Namun, adakah gabungan antara dua seteru ini stabil dan mampu bertahan? Bagaimana pula dengan impak dan manfaatnya terhadap rakyat Malaysia?

QGENANALYST – HARAKAHDAILY 3/11/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100042985766158/posts/pfbid0KR7n2L1TjzQBc8AmvB3kS3iWx6FvUGCJoQA8gmwFVouXMKzyWTMgbmauZNMFLcrLl/?sfnsn=mo 

Rujukan:

1) https://www.malaysia-today.net/2022/10/31/pru15-laporan-perisik-terkini/ 

2) https://www.thethirdforce.net/pendedahan-maklumat-kerjasama-anwar-zahid-sebab-sebenar-pas-tolak-umno-berserta-video/ 

3) https://malaysiadateline.com/jangan-percaya-pakatan-sulit-anwar-zahid-hamidi-tidak-mungkin-berlaku/ 

4) https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/11/01/saya-individu-pertama-tentang-jika-wujud-pakatan-anwar-zahid-kata-rafizi/ 

5) https://www.astroawani.com/berita-politik/lapor-langsung-anwar-nafi-terbabit-dalam-audio-tular-perbualan-bersama-zahid-292098 

6) https://www.thesundaily.my/local/no-likely-clear-winner-in-ge15-MB9982583 

7) https://themalaysianreserve.com/2022/10/26/ge15-four-possible-plausible-scenarios/ 


2. Pakej pemimpin yang dicari pengundi 

SEJAK beberapa hari lepas, gabungan-gabungan parti politik telah mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada PRU15. 

Berdasarkan statistik, daripada jumlah 21.1 juta pengundi, 1.4 juta  pengundi pertama kali. 

Pilihan raya pada kali ini agak unik kerana empat gabungan parti-parti politik yang akan bertanding iaitu BN, PH, PN dan GTA. 

Para pengundi yang telah cenderung untuk memilih gabungan-gabungan tertentu mungkin tiada masalah untuk memangkah kertas undi nanti. 

Ada yang mungkin tidak mahu mengundi berdasarkan parti atau gabungan, tetapi lebih memfokuskan kepada calon. 

Namun, ada di kalangan pengundi yang masih belum membuat keputusan dan keliru.  

Mungkin ini dapat membantu anda.

Berdasarkan Kajian QgenAnalysts (QGA) secara lapangan di tiga kawasan berbeza pada hujung tahun 2020, tiga kriteria pemimpin yang menjadi pilihan utama para pengundi ialah: Mesra rakyat, Berintegriti dan Berwibawa. 

Tiga kriteria ini secara umumnya menjadi pilihan semua kaum dan tidak mengira umur. 

Kaum Melayu juga meletakkan beragama sebagai salah satu ciri yang dicari dalam seorang pemimpin. 

Kajian yang hampir sama telah dilaksanakan pada tahun 2021 dan dapatannya konsisten seperti pada tahun sebelumnya.

Pada tahun 2022, QGA telah menjalankan kajian persepsi ke atas anak muda di 4 kawasan berbeza. 

Secara umumnya dalam membuat pilihan pemimpin, anak muda mengutamakan imej calon, kemudiannya baru imej parti. 

Bagi anak muda, seorang pemimpin perlulah ikhlas, berani menjuarai isu rakyat dan mesra rakyat. 

Imej parti yang dicari oleh anak muda ialah yang sebuah parti yang mengutamakan soal integriti iaitu sebuah parti yang telus, amanah dan berakauntabiliti. 

Selain itu, parti tersebut juga dilihat berusaha memelihara kedaulatan negara dan menyelesaikan isu rasuah.

Senarai calon telah dikeluarkan,
Tanggungjawab mengundi jangan diabaikan,
Bijaklah pengundi membuat pilihan,
Demi kelangsungan hidup masa hadapan.

Selamat menilai calon dan gabungan!

QGENANALYST – HARAKAHDAILY 3/11/2022

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02FCV958W8kyLxDdjj6eMW5xskjTeV92XRV5bNyRoDnUyRdHWB97c3yqFW5WwsrcYal&id=100042985766158&sfnsn=mo 

Rujukan:

1. https://qgenanalysts.org/category/publications/ 

2. https://www.facebook.com/photo?fbid=3235516273403899&set=pcb.3235517326737127

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bongkar lagi, kerjasama Anwar–Zahid?  ..& Dicari pengundi.

Senarai calon telah dikeluarkan,
Tanggungjawab mengundi jangan diabaikan,
Bijaklah pengundi membuat pilihan,
Demi kelangsungan hidup masa hadapan.

Selamat menilai calon dan gabungan!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails