Saturday, December 17, 2022

K/Siang hasrat M'sia bukan Negara Islam. MoU Anwar.. Perkauman, agama.

 


1. Lim Kit Siang tanpa sembunyikan hasrat lihat Malaysia sebagai Negara Bukan Islam

Kejayaan cemerlang Perikatan Nasional di empat negeri menggusarkan pihak Pakatan Harapan khususnya Lim Kit Siang yang lemas melihat Gelombang Rakyat atau Tsunami Melayu. Beliau andaikan gelombang semasa PRU15 sebagai Gelombang Hijau merujuk ketakutan beliau kepada PAS.

Atas kebimbangan ini beliau terus membina persepsi buruk atas apa yang berlaku sebagai proses ke arah Islamisasi yang diperjuangkan oleh PAS. Beliau lantas menyuarakan hasrat jahat beliau tidak mahu melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Jelas tindakan jahat Lim Kit Siang ini telah menimbulkan kemarahan khususnya orang-orang Melayu yang keseluruhannya beragama Islam. Tindakan Lim Kit Siang dilihat memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan Islam adalah Agama Persekutuan. 

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam adalah agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.

Maka apa-apa usaha melanggari Perlembagaan Persekutuan adalah sangat dikecam dan melanggari jatidiri warganegara Malaysia.

Sewajarnya Lim Kit Siang perlu didakwa dan diheret kepada pihak berkuasa atas kesalahan meleceh dan melanggari Perkara-perkata dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagi umat Islam khususnya melihat tindakan Lim Kit Siang seolah-olah menghina orang Melayu kerana mengaitkan Islam dengan "kebencian, perkauman, ketakutan dan pembohongan".

Pandangan jahat Lim Kit Siang mengenai negara Islam adalah juga kerana ia adalah bertentangan perjuangan DAP yang berhasrat membentuk sebuah negara Demokrasi Sekular. Hasrat ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Adalah diingatkan kepada Lim Kit Siang bahawa Gelombang Hijau itu adalah benar. Keceluparan dan keangkuhan Lim Kit Siang akan dibalas dengan kebangkitan anak muda sebagai pencetus Gelombang Hijau atau Tsunami Melayu dalam PRN pada tahun hadapan.

Lim Kit Siang bersama DAP akan sentiasa mencari jalan untuk menghalang usaha ke arah negara Islam dengan mengurangkan amalan dan syiar Islam dalam kalangan umat Islam. 

Pada masa yang sama juga pihak DAP pula akan berterusan mendesak segala perkara yang dilarang Islam untuk diadakan seperti Oktoberfest, Bon Odori dan macam-macam lagi.

Pihak DAP melihat model negeri Sejahtera oleh Kedah, Kelantan dan Terengganu sebagai satu model negeri yang berjaya menambat hati sebilangan besar rakyat Melayu. Tambahan pula negeri-negeri ini telah berjaya menutup kedai-kedai judi yang mana hampir semua pengusaha kedai-kedai judi adalah pengusaha berbangsa Cina.

Sehubungan itu adalah diharapkan persepsi jahat DAP tidak dapat meracuni fikiran generasi muda untuk menjadikan mereka balaci kepada doktrin Demokrasi Sekular DAP.

Ditulis oleh
THORIQ MISHARY


2. MoU sokong kerajaan Anwar cetus persoalan perundangan, Perlembagaan.

Memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pemimpin-pemimpin parti bagi memastikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kekal berkuasa semalam boleh disifatkan sebagai melanggar undang-undang dan tidak selari dengan Perlembagaan, di mana seorang peguam memberi amaran mereka boleh disiasat berkait jenayah kerana memaksa ahli Parlimen dalam pengundian di Dewan Rakyat.

Haniff Khatri Abdulla berkata klausa dalam MoU tersebut yang mengatakan seseorang ahli Parlimen boleh hilang kelayakan jika tidak mengundi usul kerajaan bukan sahaja bercanggah dengan pindaan Perlembagaan baru-baru ini berhubung lompat parti, bahkan ia juga tidak selari dengan perlembagaan pelbagai parti politik yang terlibat dalam perjanjian tersebut.

Beliau berkata walaupun selepas Perkara 49A Perlembagaan melarang ahli Parlimen bertukar parti, namun tiada mana-mana parti politik meminda perlembagaan dalam memperincikan apa yang dibolehkan dan larangan yang boleh menjejaskan status mereka sebagai wakil rakyat.

"Sama ada perkara itu disukai atau tidak oleh parti, menjadi tanggungjawab parti untuk memasukkannya dalam perlembagaan atau peraturan-peraturan mereka jika mereka mahu, tetapi tidak dilakukan pada masa itu secara khusus oleh mana-mana parti.

"Tidak ada peruntukan dalam perlembagaan parti masing-masing yang mengatakan seandainya ahli parti yang menjadi ahli Dewan Rakyat melakukan A, B atau C, atau tidak melakukan X, Y atau Z, akan dipecat dari parti," kata Haniff dalam sebuah program dalam talian malam tadi, di samping turut menambah peruntukan akta anti lompat parti yang dipinda dalam Perlembagaan baru-baru ini jelas menyatakan bahawa ahli Parlimen yang dipecat daripada partinya tidak akan kehilangan kerusi.

Perkara 49A Perlembagaan tersebut antara lain menyatakan  seorang ahli Parlimen akan kekal sebagai anggota Dewan Rakyat jika dia dipecat daripada partinya.

Oleh itu, Haniff berkata walaupun MoU ditandatangani, seorang ahli Parlimen tidak akan kehilangan kerusinya walaupun pengundiannya bercanggah dengan arahan parti kerana ia sudah dijamin Perlembagaan.

Beliau juga memberi amaran disebabkan wujud konflik dengan Perlembagaan ini, ahli Parlimen yang terjejas boleh membawa perkara itu ke mahkamah.


3. Kit Siang ‘boleh’ bakar api perkauman, agama? 

DAP yang agak kurang bercakap sebelum PRU15, semakin mendiamkan diri sepanjang tempoh kempen selama dua minggu. Malah, dalam beberapa hari menanti keputusan pelantikan Perdana Menteri juga DAP tidak kelihatan.

Ada yang nakal mengusik sinis menyatakan DAP sedang melakukan uzlah iaitu mengasing diri bermeditasi dan muhasabah. Supaya nanti akan tampil dengan pendekatan sebaik-baik serta selunak mungkin di khalayak warga.

Tetapi waktu itu DAP hanyalah mengunci mulut dan tidak menonjolkan diri dari terlihat fizikal. Pun begitu, segala tabiat dan watak, nafsu dan tuntutan, gesaan dan desakan, telunjuk dan cengkaman DAP tidakpun berubah.

Sekalipun DAP mungkin cuba menahan diri, namun tidak dapat mengawal atau menyekat cauvinisme dan ultra kiasu pihak lain. Kerana radikalisme demikian hakikatnya tumbuh dari benih disemai DAP sendiri sejak sekian lama.

Seperti isu Dong Zong untuk Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf, pilihan raya Kerajaan Tempatan (PBT), serta tindakan kerajaan terhadap BERNAS. Sekurang-kurangnya tiga isu ini dilihat bahawa DAP wujud ‘di sebalik tabir’.

Itu belum lagi pandangan umat Islam terhadap isu pengguguran beberapa Pengerusi Kariah Masjid oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan larangan wakil rakyat memberi ucapan di surau atau masjid di Perak.

Penafian dan realiti

Sikap DAP menyinggung hal ehwal Islam bukanlah kali pertama atau keterlanjuran tidak disengajakan. Tetapi sejak dahulu konsisten celupar, biadab dan keras menzahirkan penentangan walaupun berkali-kali juga parti itu menafikan.

Sedangkan setiap kali menjelang PRU, DAP pasti akan memberikan penyataan bahawa parti itu menjunjung Perlembagaan Malaysia dan segala terma termaktub di dalamnya. Termasuk bersungguh-sungguh menyangkal parti itu anti-Islam.

Veteran ulung DAP, Lim Kit Siang sendiri antara paling giat menepis perkara tersebut dan sedaya-upaya meyakinkan kononnya DAP difitnah dan dimangsakan. Beliau akan paling ke depan memperisaikan DAP setiap kali berbangkit isu tersebut.

“Semasa bergelar Ahli Parlimen, saya melawat Mesir, Jordan, Turkiye, dan Indonesia untuk berjumpa dengan pemimpin Islam di samping mempelajari Islam yang saya lihat sebagai salah satu agama hebat dunia.

“Kita juga ada ADUN Melayu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak dan Pulau Pinang. Jadi bagaimana (Presiden PAS) Abdul Hadi (Awang) boleh menuduh DAP mempromosikan Islamofobia?” ujarnya baru-baru ini.

Tetapi sering kali apabila terdapat usaha untuk memperkasakan lagi Islam dalam negara, maka DAP muncul membantah. Malah, DAP cukup tegar mengembangkan salah faham, prasangka dan paranoid terhadap Islam.

Antaranya isu berkaitan arak, judi dan babi, selain momokan pentadbiran Malaysia akan menjadi seperti Taliban Afghanistan. Kit Siang juga begitu di mana paling terkini mengulas mengenai ‘Gelombang Hijau’ yang berlaku pada PRU15.

Halang Islam?

Kit Siang ternyata tidak menyembunyikan keresahan bahawa ‘Gelombang Hijau’ itu akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU17 tahun 2032. Beliau seperti ‘mengarahkan’ Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya menyekat kebangkitan itu.

Kenyataan Kit Siang itu hanya mengesahkan betapa DAP sama sekali tidak pernah berubah. Sebaliknya mungkin semasa tempoh berdiam diri sebelum ini, parti itu sedang mengasah tajamkan lagi pisau permusuhan mereka.

Ini terang jelas satu gugatan melampau mengapikan sentimen perkauman dan agama yang ekstrem. Kit Siang telah menyalahi hak dan kebebasan bersuara dengan mencabar suatu peruntukan dalam undang-undang tertinggi negara. 

Kenapa Kit Siang mahu menghalang sedangkan ia berlaku menurut lunas demokrasi yakni menerusi pilihan rakyat? Juga selaras peruntukan Perlembagaan Malaysia yang memartabatkan Islam sebagai Agama Persekutuan?

Adakah Kit Siang akan menggembleng ‘kuasa luar’ atau tindakan secara ‘luar tabii’ bagi menidakkan perkembangan tersebut? Apakah yang boleh ditakrifkan daripada reaksi beliau itu jika bukan kerana kebencian dan sikap anti-Islam?

Di mana reaksi Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamad Fadzil yang sebelum ini melontarkan amaran berkaitan isu tersebut? Namun, bagaikan mustahil Fahmi ada ‘keberanian’ untuk menegaskan pendirian sama kepada DAP!

Inikah maksud ‘Kita Boleh!’ yang menjadi slogan kempen Pakatan Harapan (PH)? 

IZWAN ABDUL HALIM

Komen Weblog Ibnu Hasyim: K/Siang hasrat M'sia bukan Negara Islam. MoU Anwar.. Perkauman, agama.

"Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam adalah agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.

Maka apa-apa usaha melanggari Perlembagaan Persekutuan adalah sangat dikecam dan melanggari jatidiri warganegara Malaysia.

Sewajarnya Lim Kit Siang perlu didakwa dan diheret kepada pihak berkuasa atas kesalahan meleceh dan melanggari Perkara-perkata dalam Perlembagaan Persekutuan." (Ditulis oleh THORIQ MISHARY seperti di atas.)

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Kanun jenayah baru Indo, pihak luar campur tangan?

 

Gambar di atas hiasan sahaja.

1. Wakil PBB di Jakarta dipanggil

JAKARTA, 12 DIS – Kementerian Luar Indonesia memanggil wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di negara itu pada Isnin berhubung kenyataan media yang dikeluarkan pertubuhan itu mengenai kanun jenayah baharu negara itu.

Jurucakap kementerian, Teuku Faizasyah berkata wakil pertubuhan itu dinasihatkan supaya berinteraksi menggunakan saluran yang betul untuk membincangkan sebarang isu.

“Kita harus mengelakkan penggunaan media massa untuk menyampaikan sesuatu perkara sebelum mendapat maklumat yang jelas,” katanya dalam sidang media.

PBB Indonesia, dalam satu kenyataan pada Rabu, menyatakan sebahagian daripada kanun jenayah Indonesia yang disemak semula kelihatan tidak menepati kebebasan asasi dan hak asasi manusia.

Menurut kenyataan itu lagi, beberapa artikel melanggar hak wanita, dan minoriti agama, serta menjejaskan hak kebebasan bersuara dan berpersatuan.

Kanun jenayah baharu yang mengandungi lebih 600 artikel diluluskan Parlimen Indonesia pada 6 Disember setelah bertahun-tahun menggunakan undang-undang warisan penjajah Belanda. – Bernama


2. Pengebom marah dengan kanun jenayah baharu  

Pegawai keselamatan mendapatkan bukti dari motosikal dipercayai milik pengebom. - FOTO Reuters

Bandung: Seorang individu yang dipercayai marah dengan pelaksanaan kanun jenayah baharu Indonesia, mengambil tindakan nekad dalam serangan bom berani mati yang membunuh seorang lagi dan mencederakan sekurang-kurangnya 10 individu lain.

Pengebom berani mati itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan yang diilhamkan Negara Islam Jamaah Ansharut Daulah (JAD) dan sebelum ini pernah dipenjarakan atas tuduhan keganasan, kata ketua polis Indonesia Listyo Sigit Prabowo pada sidang akhbar.

Ketua polis berkata penyerang, yang dikenali sebagai Agus Sujatno, dibebaskan pada akhir 2021 dan penyiasat telah menemui berpuluh-puluh dokumen yang membantah kanun jenayah baharu.

"Kami menemui berpuluh-puluh kertas membantah kanun jenayah yang baru disahkan," katanya

Walaupun terdapat peruntukan berasaskan syariah dalam kanun jenayah baharu yang disahkan oleh parlimen pada Selasa, beberapa kumpulan mungkin berasa marah dengan artikel lain yang boleh digunakan untuk membanteras penyebaran ideologi ekstremis, kata penganalisis.Ketua polis Jawa Barat Suntana sebelum ini memberitahu Metro TV bahawa pihak berkuasa telah menemui sebuah motosikal berwarna biru di tempat kejadian, yang mereka percaya digunakan oleh penyerang.

Dilampirkan pada basikal itu adalah nota yang membawa mesej yang mengecam kod jenayah baharu itu sebagai "produk kafir," kata Suntana.

Todd Elliott, penganalisis keselamatan kanan di Concord Consulting di Jakarta berkata kemungkinan serangan itu telah dirancang untuk beberapa lama dan merupakan penolakan ideologi terhadap undang-undang baharu negara itu.

"Walaupun semua perhatian tertumpu pada beberapa peruntukan berlandaskan syariah dalam kanun jenayah dan bagaimana itu merupakan petunjuk penyebaran Islam konservatif di Indonesia, terdapat juga perubahan dalam kanun jenayah yang tidak disokong kumpulan ini.

"Ia termasuk mengharamkan ideologi yang bertentangan dengan ideologi negara, Pancasila, dan itu juga termasuk ideologi ekstremis."

Rakaman video dari tempat kejadian menunjukkan kepulan asap dari balai polis yang rosak, dengan serpihan di tanah.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan... Saya nampak beberapa anggota polis keluar dari balai dan mereka tidak dapat berjalan dengan baik," kata Hanes, seorang peniaga jalanan berusia 21 tahun yang menyaksikan letupan itu kepada Reuters.

Anggota JAD bertanggungjawab atas beberapa siri pengeboman gereja berani mati di kota Surabaya pada 2018.

Serangan itu dilakukan oleh tiga keluarga, yang turut memasangkan jaket berani mati kepada anak-anak mereka, dan membunuh sekurang-kurangnya 30 orang.

Pada tahun 2021, sepasang pengantin baru JAD melakukan serangan bom bunuh diri di sebuah gereja besar di Makassar, namun hanya menyebabkan mereka terbunuh.

Dalam usaha untuk membanteras militan, Indonesia mewujudkan undang-undang antikeganasan baharu yang sukar selepas pengeboman berani mati dikaitkan dengan JAD.

Kumpulan itu, yang kini sebahagian besarnya berpecah, telah dilemahkan dengan ketara oleh gelombang tangkapan oleh agensi antiterorisme dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kata penganalisis.

Disiarkan pada: Disember 7, 2022 @ 5:36pm

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kanun jenayah baru Indo, pihak luar campur tangan?

Betul, memang biadap!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Tipu, wujud k'jaan cacamerba. Banduan & hiburan bahaya?

 


1. Cacamerba kerajaan berakibat dari sindrom penipuan 

SEBELUM ini aku dah nyatakan kerisauan kepada pembentukan kerajaan yang ada pada hari ini, yang telah hilang prinsip dan dibina atas asas penipuan. 

Tanpa prinsip dan berasaskan penipuan itulah kerajaan yang ada kini. 

Oleh itu, kita tak perlu pelik dengan segala tindakan dan kenyataan pelik yang keluar dari mereka. Namun, kita risau. 

Ada beberapa hal pelik sehari dua ini; 

1. SOSMA

Merekalah yang kata nak pinda hatta ada kata nak hapuskan. Bila dah dapat kuasa yang dibina atas asas penipuan dan tanpa prinsip,

Tanpa rasa malu, diumumkan “SOSMA masih diperlukan”.

2. Royalti petroleum

Sebahagian mereka antara yang lantang memperjuangkan hak rakyat Kelantan dan Terengganu untuk dapatkan royalti. Pelbagai aksi gila dibuat agar bayaran dari PETRONAS terus kepada negeri. Ianya satu hak. 

Namun, bila dapat ‘kemanisan’ kuasa, dialah yang cadang agar royalti dilewatkan dan diberikan kepada satu badan yang lain mengulangi JPP zaman BN bukan terus kepada negeri pembangkang. Gila.

3. PASTI

Tanpa prinsip itulah menyebabkan mereka melanggar semua hal. Anak-anak kecil seusia 4-6 tahun di PASTI juga mahu mereka ‘langgar’ kerana mereka sudah tiada prinsip, yang penting hanyalah kuasa. Tiada berperikemanusiaan. 

Kawan, seperti aku katakan, tak perlu pelik dengan tindakan dan kenyataan mereka ini. Kerana mereka dibangunkan atas asas penipuan dan tanpa prinsip. 

Namun, kita risau apa akan jadi dengan negara kita bila dipimpin oleh sebuah kerajaan sebegini. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 15/12/2022


2. Antara banduan mulia dan banduan cepat koyak 

NABI Yusof tidak pernah menyaman sesiapapun atas dasar beliau digelar banduan, malah merasa bangga kerana Baginda terpelihara dan terselamat dari fitnah disebabkan duduknya Baginda dalam penjara itu. Baginda diampunkan setelah diakui sendiri oleh Zulaikha yang dialah pembuat fitnah terhadap Yusof. Baginda juga memaafkan semua lawannya.

Nelson Mandela tidak kisah menceritakan semula kisahnya dipenjara kerana perjuangan menentang dasar aparteid di Afrika Selatan. Malah cerita itulah antara penguat peribadinya sebagai seorang pejuang bangsanya sendiri kerana beliau telah membuktikan kepada semua, yang beliau dipenjara atas alasan pengorbanannya yang murni, bukan kerana jenayah. Beliau tidak menyaman musuhnya untuk sindiran bekas banduan.

Imam Abu Hanifah tidak pernah dipandang atau merasa hina, walaupun pernah dipenjara oleh khalifah kerana keengganan beliau untuk dilantik menjadi khadi. Beliau tetap menepis segala tawaran malah ugutan supaya dia menerima posisi itu. Beliau takut nanti beliau akan disuruh mengeluarkan fatwa yang batil, sesuai dengan kehendak khalifah dan bukannya kehendak Allah. Beliau tidak mempunyai peguam bagi segala urusan membuka fail mahkamah berkenaan saman malu, jika musuhnya menganjing.

Sayyid Qutb mati sebagai seorang banduan kerana ketegarannya berjuang untuk memastikan Islam tertegak dengan penuh kemuliaan di Mesir. Beliau tidak pernah diam dalam berjuang, sehinggakan ketika di dalam sel, beliau berjaya menyiapkan sebuah karya ulung ‘Fil Zilal al-Quran‘. Beliau tidak pernah mempedulikan ejekan-ejekan manusia yang menghinanya kerana menjadi penghuni penjara. Bukan dia sahaja, malah dunia maklum kenapa beliau dipenjarakan.

Begitu juga Haji Abdul Malik Karim Amrullah yang dikenali sebagai Hamka, seorang ulamak, pejuang di Indonesia. Beliau dipenjarakan oleh Sukarno ketika menjadi Presiden Indonesia. Hamka berjaya menulis tafsir Azhar ketika di dalam penjara. Malu, terhina? Tidak, tidak pernah, malah Hamka sering mengimbau kisah beliau di dalam penjara. Beliau ditangkap dan dihukum atas kesalahan yang beliau tidak lakukan. Sehinggakan Sukarno juga beliau maafkan dan menjadi imam solat jenazah Sukarno.

Beberapa kisah besar ini adalah sejarah yang tidak dapat dinafikan oleh semua orang bahawa perjuangan yang benar, tidak akan disambut di atas permaidani merah, walau siapapun kamu, sama ada Islam atau bukan-Islam. Tiada juga rasa malu kerana dimasukkan ke penjara, disebabkan kesalahan yang dikatakan salah itu, tidaklah salah sebenarnya kerana ia adalah pengorbanan diri bagi sebuah perjuangan mulia.

Bagi pejuang-pejuang tulen sebegini, ketika mereka duduk dalam penjara, mereka akan dihormati dan tidak diganggu oleh banduan lain, tidak manja, menggunakan alasan sakit itu dan ini, merengek, menagih simpati. Mungkin mereka akan dilantik menjadi ketua atau guru oleh banduan lain. Mereka tidak memerlukan lakonan dan penipuan bagi menaikkan ‘rangking’ mereka kerana mereka tidak mengejar dunia. Mereka mencari redha Allah. Sang algojo juga akan bersimpati dan cuba membantu sedaya mungkin banduan terhormat itu.

Tetapi jika banduan itu sememangnya melakukan kesalahan sebagaimana yang dituduh, dia mungkin akan mula merasa panas jika dipanggil bekas banduan. Tambah lagi banyak percubaan mengangkat diri sendiri, menyamakan dengan pejuang lain, tetapi orang tidak percaya. Tentu sahaja, kerana dia memang dikenali dengan perangai yang suka menipu, prinsip berterabur, janji dicapati, semua benda dia sapu asal boleh kuasa, ramai kawan rapatnya dahulu meninggalkannya kerana sikapnya, maka dia akan cepat koyak jika disebut bekas banduan. 

Suka memberi amaran, menyaman orang, guna kuasa yang ada apabila berkuasa, semahunya. Sudah lupa waktu dia susah dahulu orang yang menolong dia. Itulah bezanya pejuang tulen yang begitu teguh dengan prinsip sebelum dan selepas penjara dan memaafkan lawan, berbanding dengan pejuang hipokrit yang cepat koyak dan lupa diri. Nampak tu?

MOHD NASIR ABDULLAH
14 Disember 2022 – HARAKAHDAILY 14/12/2022


3. Empat parah rempuhan konsert di London 
Siasatan sedang dijalankan di lokasi kejadian di Jalan Stockwell Brixton. - Foto AGENSI

LONDON: Empat orang cedera parah dan empat lagi dimasukkan ke hospital berikutan kemalangan di tempat konsert di selatan London.

Polis dan perkhidmatan kecemasan lain dikejarkan ke Akademi O2 di Brixton pada jam 9:35 malam (waktu tempatan), semalam berikutan laporan 'sebilangan besar orang cuba merempuh masuk ke tempat itu'.

Beberapa orang yang mengalami kecederaan dipercayai berpunca daripada rempuhan.

"Detektif sedang menyiasat keadaan yang menyebabkan empat orang mengalami kecederaan kritikal," kata polis Metropolitan.

Dua orang 'cedera kurang parah' dirawat di tempat kejadian, manakala lapan lagi dibawa ke hospital dengan ambulans.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.

"Ia adalah insiden yang sangat menjengkelkan yang menyebabkan empat orang kritikal di hospital.

"Siasatan polis sudah dilancarkan dan ia akan memerlukan forensik untuk menentukan dengan tepat apa yang berlaku malam tadi," kata Komander Ade Adelekan.

Beliau berkata, pegawai pakar akan memeriksa tempat kejadian dan CCTV, dan merayu sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan. - AFP


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tipu, wujud k'jaan cacamerba. Banduan & hiburan bahaya?

3 perkara merbahaya sedang berlaku kini..

(i) Cacamerba kerajaan berakibat dari sindrom penipuan, seperti kerajaan baru Malaysia PM10.

(ii) Antara banduan mulia dan banduan cepat koyak seperti contoh di atas.

(iii) Tragedi, 4 parah rempuhan konsert di London. Perkara begini selalu berlaku. Kerana itu perlu dikaji semula dan diperbetulkan. Kalau di negara umat Islam, perlu diislahkan konsep dan ativiti hiburan yang bersesuaian menurut syariah agama Islam.

Sekian.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Lagi sebat mendidik Taliban. & Brunei eksport telur ke S'pura.

 

Pejuang Taliban duduk di atas trak ketika rondaan di ibu negara Afghanistan, Kabul. - Foto AFP

1. Taliban laksana hukuman sebat 20 pesalah di khalayak ramai

ISLAMABAD: Seramai 20 pesalah di Afghanistan dihukum sebat di khalayak ramai kerana melakukan kesalahan berzina, mencuri dan jenayah lain.

Jurucakap Taliban bagi pejabat gabenor di selatan wilayah Helmand, Mohammad Qasim Riyaz, berkata hukuman itu dilaksanakan di perkarangan stadium di Lashkar Gah di ibu negeri Helmand.

Beliau berkata, setiap pesalah disebat antara 35 hingga 39 sebatan dan hukuman itu dijalankan di hadapan pegawai daerah Taliban, golongan ulama, warga emas dan penduduk setempat.

Katanya, segelintir mereka yang disebat turut dikenakan hukuman penjara berdasarkan jenayah yang mereka lakukan.

Hukuman sebatan itu dilaksanakan seminggu selepas pihak berkuasa Taliban melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah kerana membunuh, hukuman mati di khalayak ramai yang pertama sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun lalu.

Menurut jurucakap kanan Taliban, Zabihullah Mujahid, hukuman tembak mati itu dilaksanakan oleh bapa mangsa sendiri di hadapan ratusan orang awam dengan kebanyakannya terdiri daripada pegawai Taliban, di wilayah Farah.

Hukuman itu menerima kritikan antarabangsa dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyifatkan hukuman terbabit perlu diselaraskan dengan hak untuk hidup.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Ned Price, berkata kerajaannya mengutuk hukuman mati di khalayak ramai.

Price berkata, hubungan antarabangsa antara Taliban dengan Washington pada masa depan bergantung kepada tindakan mereka berkaitan dengan hak asasi manusia.

Setakat ini, tiada mana-mana negara mengiktiraf kerajaan Taliban selepas mereka mengambil alih pemerintahan susulan pengunduran tentera AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tahun lalu. - AP


2. Brunei pengeksport telur terbaru ke Singapura.  

SINGAPURA: Telur ayam dari Brunei tidak lama lagi akan sampai ke rak pasar raya tempatan, selepas negara itu disahkan menjadi pengeksport telur terbaru ke Singapura.

Ini menjadikan jumlah 17 pengeksport telur ke Singapura, termasuk Malaysia, Thailand, Jepun, Australia, Sepanyol dan Poland.

Menambah Brunei kepada sumber telur Singapura membantu republik itu mempelbagaikan sumber import telurnya, dan Brunei sedang berusaha meningkatkan eksport telur, kata Agensi Makanan Singapura (SFA), dalam satu kenyataan.

Telur itu, dari Ladang Ternakan Golden Chick Brunei, akan diimport oleh Dasoon Eggs, sebuah syarikat pembekal tempatan, yang membawa masuk dua penghantaran kecil telur itu bulan lalu.

"Lebih baik bermula dengan penghantaran kecil bagi melihat bagaimana hasil semua ujian oleh SFA dan juga untuk pengeksport Brunei mengetahui standard yang diperlukan Singapura," kata pengarah Dasoon, Sng Kaijun.

Semasa lawatan ke Ladang Ternakan Golden Chick Brunei semalam, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Grace Fu, menegaskan sekuriti makanan adalah isu penting.

"Keselamatan makanan juga penting untuk kita. Oleh itu, kami berada di sini untuk memastikan bekalan memenuhi standard kami yang tinggi dari segi keselamatan haiwan dan makanan.

"Kami berharap akreditasi ini akan membuka pasaran baru untuk industri teknologi pertanian di Brunei," tambahnya.

Usaha mempelbagai sumber telur Singapura bermula sejak tiga tahun lalu dan membantu negara itu menghadapi gangguan bekalan yang timbul daripada isu penyakit dan ketegangan geopolitik, kata SFA.

Singapura kini mempunyai tiga ladang telur tempatan yang menyediakan sekitar 30 peratus daripada permintaan telur negara.

Ini dijangka meningkat kepada sekitar 50 peratus apabila ladang keempat siap dan beroperasi dalam beberapa tahun.

Sebagai sebahagian daripada lawatan tiga hari beliau ke Brunei sejak semalam, Fu akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan, Menteri Sumber Utama dan Pelancongan Brunei.

Ini bagi membincangkan cara mengukuhkan kerjasama dalam pembangunan pertanian makanan, perlindungan alam sekitar, pengurusan sumber air dan perubahan iklim. - AGENSI


Komen Weblogg Ibnu HasyimLagi sebat mendidik Taliban. & Brunei eksport telur ke S'pura.

Lihat seterusnya mengenai hukum sebat dalam Islam.

Sebatan di khalayak: Mencegah jenayah, memulihkan pesalah
Imej mungkin tertakluk pada hak cipta. Ketahui Lebih Lanjut

Kandungan berkaitan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - BAYAN LINNAS #148: POLEMIK SEBATAN SYARIAH DI TERENGGANU

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - BAYAN LINNAS #148: POLEMIK SEBATAN  SYARIAH DI TERENGGANU
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - BAYAN LINNAS #148: POLEMIK SEBATAN SYARIAH DI TERENGGANU

Uswatun Hasanah - PERBEZAAN CARA SEBATAN HUDUD VS SIVIL Hukuman hudud lebih mendidik dan membendung masyarakat daripada terjebak kepada jenayah dan hukuman ini dilakukan di khalayak ramai bagi memberi amaran dan 'peringatan'

Uswatun Hasanah - PERBEZAAN CARA SEBATAN HUDUD VS SIVIL Hukuman hudud lebih  mendidik dan membendung masyarakat daripada terjebak kepada jenayah dan  hukuman ini dilakukan di khalayak ramai bagi memberi amaran dan 'peringatan'
Facebook
Uswatun Hasanah - PERBEZAAN CARA SEBATAN HUDUD VS SIVIL Hukuman hudud lebih mendidik dan membendung masyarakat daripada terjebak kepada jenayah dan hukuman ini dilakukan di khalayak ramai bagi memberi amaran dan 'peringatan'

Beza Sebatan Kesalahan Jenayah Syariah Dan Sebatan Jenayah Sivil

Beza Sebatan Kesalahan Jenayah Syariah Dan Sebatan Jenayah Sivil
Babab.Net
Beza Sebatan Kesalahan Jenayah Syariah Dan Sebatan Jenayah Sivil

Cara sebat dalam Islam vs Cara Sivil, yang mana pilihan anda? | Hudud Islam

Cara sebat dalam Islam vs Cara Sivil, yang mana pilihan anda? | Hudud Islam
Hudud Islam - WordPress.com
Cara sebat dalam Islam vs Cara Sivil, yang mana pilihan anda? | Hudud Islam

Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.): Sebat syariah didik, insafkan pesalah

Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.): Sebat syariah didik, insafkan pesalah
Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.)
Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.): Sebat syariah didik, insafkan pesalah

Cara sebat dalam Islam vs Cara Sivil, yang mana pilihan anda? | Hudud Islam

Cara sebat dalam Islam vs Cara Sivil, yang mana pilihan anda? | Hudud Islam
Hudud Islam - WordPress.com
Cara sebat dalam Islam vs Cara Sivil, yang mana pilihan anda? | Hudud Islam

Sebat syariah lebih berperikemanusiaan

Sebat syariah lebih berperikemanusiaan
Harian Metro
Sebat syariah lebih berperikemanusiaan

RUU355 dan Hudud: Tidak cukup sekadar sebatan secara Islam... | Cenangau Daunkari

RUU355 dan Hudud: Tidak cukup sekadar sebatan secara Islam... | Cenangau  Daunkari
Cenangau Daunkari
RUU355 dan Hudud: Tidak cukup sekadar sebatan secara Islam... | Cenangau Daunkari

Dr Tanaka Mustafa - PERTUBUHAN HUMAN RIGHT YANG PREJUDIS TERHADAP ISLAM Oleh: Dr Tanaka Mustafa 1) Sebatan Sivil mencederakan, melukakan, sampai terkeluar kulit, berdarah, lebam, bengkak, boleh dijangkiti kuman, pedih, perit berminggu-minggu.

Dr Tanaka Mustafa - PERTUBUHAN HUMAN RIGHT YANG PREJUDIS TERHADAP ISLAM  Oleh: Dr Tanaka Mustafa 1) Sebatan Sivil mencederakan, melukakan, sampai  terkeluar kulit, berdarah, lebam, bengkak, boleh dijangkiti kuman, pedih,  perit berminggu-minggu.
Facebook
Dr Tanaka Mustafa - PERTUBUHAN HUMAN RIGHT YANG PREJUDIS TERHADAP ISLAM Oleh: Dr Tanaka Mustafa 1) Sebatan Sivil mencederakan, melukakan, sampai terkeluar kulit, berdarah, lebam, bengkak, boleh dijangkiti kuman, pedih, perit berminggu-minggu.

Apakes - Beza sebatan sivil dan sebatan syariah.. | Facebook

Apakes - Beza sebatan sivil dan sebatan syariah.. | Facebook
Facebook
Apakes - Beza sebatan sivil dan sebatan syariah.. | Facebook

5 perlaksanaan hukuman hudud yang ramai salah anggap | SOSCILI

5 perlaksanaan hukuman hudud yang ramai salah anggap | SOSCILI
SOSCILI
5 perlaksanaan hukuman hudud yang ramai salah anggap | SOSCILI

Hukuman Sebat Masih Sesuai - KDN - Semasa | mStar

Hukuman Sebat Masih Sesuai - KDN - Semasa | mStar
mStar
Hukuman Sebat Masih Sesuai - KDN - Semasa | mStar
Lihat lagi

Mengenai telur di Malaysia??

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015