TUMPAT: Biarpun ada pihak cuba menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam terhadap PAS, namun golongan minoriti terbabit di Kelantan tidak mudah terpengaruh.
Mereka mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat Melayu sejak beratus tahun lalu ketika datuk nenek mereka berhijrah ke Kelantan dan Pantai Timur.
Malah institusi masjid dan surau yang menjadi tempat orang Islam beribadat juga mereka pernah jejaki bagi menerima bantuan yang disampaikan wakil rakyat.
Keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Kelantan sudah berlaku sejak turun temurun dan terus dipertahankan di bawah pemerintahan PAS sejak 1990.
Lee Ciang FattSeorang warga emas di Tumpat, Lee Ciang Fatt, 60, berkata, keharmonian kaum di Kelantan terus dipertahan sejak dahulu sehingga sekarang.
Katanya, keharmonian itu berlaku sejak beliau di alam remaja lagi di mana sering berkawan dengan budak Melayu.
“Tiada masalah hidup dalam masyarakat pelbagai kaum biar pun ada pihak cuba gembar gembur kononnya orang Melayu menindas penduduk Cina dan bangsa lain di Kelantan. Itu mengarut belaka.
“Kita hidup seperti anak beranak. Mungkin ada pihak dengki dengan keharmonian kita sehingga cuba nak menghasut, tapi masyarakat bukan Melayu di sini tidak mudah termakan dakyah palsu,” katanya ketika ditemui.
Oie Ching ChongOie Ching Chong, 62, dari Kampung Kuala Taba, Pengkalan Kubor pula berkata, kerajaan diterajui PAS tidak pernah menganaktirikan masyarakat bukan Islam di Kelantan.
Katanya, kaum Cina hidup bersama masyarakat Melayu, India dan Siam tanpa sebarang masalah.
Malah, kata beliau penduduk bukan Melayu sering menerima bantuan kerajaan negeri termasuk ketika banjir dan wabak Covid-19.
“Tiada masalah kerana kita sudah saling memahami antara satu sama lain, kita sangat tahu budaya masing-masing,” katanya.
Eh Chan al Chau LoyPenduduk keturunan Siam, Eh Chan al Chauloy, 67 turut mengakui setiap kaum di Kelantan sudah memahami adat resam masing-masing.
Menurutnya, perkara itu berlaku sejak beratus tahun dahulu, malah penduduk bukan Islam mempunyai perwatakan dan percakapan seperti orang Melayu. – HARAKAHDAILY 25/1/23
2. Bakar al-Quran: Anwar lambat panggil Duta Sweden menghadap
Demonstrasi Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam berhampiran Kedutaan Sweden di Jalan Mayang Sari, Hampshire Park, Kuala Lumpur pada hari ini, 27 Jan 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Jamal Kemala)KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dilihat lambat bertindak memanggil Duta Sweden menghadap bagi memberi penjelasan berhubung isu membakar al-Quran digesa untuk memberi kata putus kepada kerajaan Sweden.
Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan biadab dan Islamofobia ahli politik kanan Sweden, Rasmus Paludan itu bukan pertama kali dilakukannya.
“Saya menggesa kerajaan Malaysia Madani untuk memanggil Duta Sweden datang menghadap, desak mereka mengeluarkan penjelasan dan mengutuk sekeras-kerasnya serta mengambil tindakan terhadap ahli politik berkenaan (Rasmus Paludan).
“Ini bagi membuktikan bahawa kerajaan Malaysia benar-benar bertindak, bukan hanya sekadar menghantar nota bantahan tiga perenggan sahaja tetapi benar-benar bertindak untuk membuktikan bahawa kita umat Islam terluka dengan perbuatan itu,” tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam Demonstrasi Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam oleh Ahli Politik Sweden berhampiran Kedutaan Sweden, di Jalan Mayang Sari, Hampshire Park, di sini, hari ini, yang disertai kira-kira 1,000 orang.
Turut hadir, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Salamiah Mohd Nor; Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, Ahmad Faizal Azumu; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah; Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya dan beberapa wakil badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Presiden Majlis Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup.
Tambah Ahli Parlimen Pasir Mas itu, tindakan penghinaan Islam dilakukan ahli politik berdarah Sweden-Denmark itu telah mencabar kesucian agama Islam serta membangkitkan kemarahan dalam kalangan penganutnya.
Demonstrasi Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam bermula selepas umat Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid KLCC sebelum berarak ke kedutaan Sweden, Kuala Lumpur. (FOTO: HARAKAHDAILY/Jamal Kemala)“Membakar al-Quran adalah sepertimana membakar jasad-jasad kita, tindakan itu umpama membakar tubuh-tubuh kita, untuk mempertahankan al-Quran saya mencabar anak-anak muda mempertahankannya dengan tubuh kita.
“Demonstrasi ini merupakan amaran kepada kerajaan Sweden, jangan benarkan perbuatan ini berulang pada masa yang akan datang,” kata Ahmad Fadhli lagi.
Tiada istilah lambart dalam perjuangan Islam
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi Azhar, mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteriyang mengatakan bahawa perhimpunan solidariti ini sudah terlambat sebagai tiada istilah ‘lambat’ dalam perjuangan menegakkan kesucian Islam.
“Yang penting kami tahu, anda (Anwar) yang lambat panggil Kedutaan Sweden untuk menyatakan pendirian; hanya setakat tiga empat perenggan, maka kerja dah selesai – ia tidak (boleh) begitu (sahaja).
“Jadi, perhimpunan ini memberi mesej yang jelas supaya kerajaan mengambil tindakan lebih serius,” katanya kepada media selepas menghantar memorandum bantahan penghinaan agama Islam di Kedutaan Sweden di sini, hari ini.
Dalam masa yang sama, beliau menggesa pihak berwajib negara ketiga terbesar di Eropah Barat itu untuk mengambil tindakan segera terhadap pemimpin pelampau tersebut.
Kerajaan Malaysia Madani digesa memberi kata putus kepada Sweden berhubung tindakan ahli politik sayap kanan kerajaan negara itu, Rasmus Paludan membakar kitab suci al-Quran baru-baru ini. (FOTO: HARAKAHDAILY/Jamal Kemala)Khairul Nadzir serta tiga individu lain iaitu Ketua Penerangan Armada Nasional Bersatu, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul, wakil daripada Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) dan selebriti terkenal Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice mewakili pempengaruh media sosial dipercayai telah menghantar memorandum bantahan itu di Kedutaan Sweden, hari ini.
Terdahulu pada Sabtu lalu, Paludan yang merupakan pemimpin berhaluan kanan parti Stram Kurs membakar kitab suci al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye selepas mendapat permit kerajaan Sweden dengan dikawal ketat pasukan polis.
Perbuatan biadab Paludan itu menyebabkan Turkiye bertindak balas membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonson ke negara berkenaan.
Beberapa negara Islam lain juga mengecam perbuatan biadap pemimpin yang turut memiliki kerakyatan Denmark itu sebagai ‘provokasi kebencian yang amat melampau’. – HARAKAHDAILY 27/1/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan Melayu ditindas? Mengarut. Anwar yang lembab, ini..
Nampaknya PM10 Malaysia lembab dalam menangani masalah maruah Islam.
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
BERITA LANDAK:
Bera: Seseorang memberitahu saya, beliau telah menyelamatkan sepasang Landak Raya beserta 3 ekor anaknya dari banjir sekitar kawasan rumahnya. Apa dia patut buat?
Maklumat, lanjut, sila hubungi:
Ibnu Hasyim, Pengerusi Sementara Penaja Persatuan Penternak Landak W/P. Tel 014-400 2015
6 comments:
Ngapa abam lembab sangat panggil kedutaan sweden. Panggillah cepat. Sebelum Quran dibakar lagi. Lembam betul.
Kamu kan ker kerajaan. Nanti kamu pas lembab. Kamu yang lembab sebenarnya.
Ni paludan nak bakar lagi Quran kat denmark. Panggillah kedutaan denmark. Pasai apa Denmark bolehkan paludan bakar Quran. Lembab betul abam.
Paludan pun satu hal. Dia marah kat Erdogen, dia usik sedunia umat Islam. Kamu marah kat Erdogen, usik Erdogen sorang jer. Yang kamu usik umat Islam seluruh dunia, apa hal.
Quran tu bukan untuk Erdogen jer. Quran tu untuk Islam kat Arab Saudi. Kat pakistan. Kat India. Kat Bangladesh. Kat Russia. Kat Malaysia. Kat Singapura. Kat Indonesia. Kat Brunei. Kat Alaska pun ada.
Jadi tak hairan kalau orang Islam Pakistan marah kat Paludan. Orang Islam kat Malaysia pun marah. Orang Islam seluruh dunia pun marah.
Cuma abam jer acah acah marah.
Melihat gambo demonstrasi aman diatas, macam best saja. Apa kata buat satu lagi demonstrasi AMAN besar2an dengan permit polis yang sah untuk membantah kenaikan harga makanan yang terus menggila. Ramai yang sudah tak sabar ni!!!
Demo kat condo.
Masalah abam ialah beliau ni tak nak bersama orang melayu Islam. Beliau lebih cenderung bersama komunis dapig. Mungkin masalah hilang kampung melayu menepati Malaysia Madani ciptaan beliau.
Sekarang ini beliau setuju dengan kemasukan pakar dari Temasek. Jadi budaya yang dibawa ialah budaya Temasek. Sedangkan budaya Tanah Melayu tidak lagi mesra. Andai tidak ditangani dengan segera.
Cer lihat Menteri formula. Cer lihat Saifuddin. Dan yang lain lain. Mereka lebih bergaya seperti gaya komunis dapig. Dari segi bercakap, berpakaian, berfikir, bahkan cara beraqidah. Lebih mengutamakan bangsa berbanding bangsa sendiri.
Ini kut Malaysia Madani.
Suma barua Tun Mahathir dlm UMNo kena pecat... Hagak hagak Tun akan ambil tindakbalas ka..?
Perang nak mola sesama barua baru dan barua lama LeeKwanYew@DAP
haahh tepokkkkk kasi tambah pop corn...!!
Wak pecat kj dan noh. Apakah dua orang ni punya kes mahkamah lebih banyak dari wak. Mungkin 48kes. Atau 100 kes.
Tak pa lah. Ni soal dalaman. Tapi untuk jadi pimpinan negara adalah hal yang berbeza.
Mana mungkin negara dipimpin oleh seorang yang bermasalah. Sibuk selesaikan masalah sendiri. Adakah punya masa yang cukup untuk selesaikan masalah negara. Macam orang lemas dalam air. Capai apa saja untuk selamatkan diri.
Ahli parti yang jadi pak turut, tidaklah patriotik. Patutlah merudum hanya dapat 26 kerusi.
Post a Comment