Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin
1. 'Lantik Nurul Izzah jadi penasihat bukti Anwar khianati perjuangan reformasi'
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak memegang pada janji apabila mengkhianati semangat perjuangan reformasi yang dilaungkannya sejak 20 tahun lalu selepas melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan, semalam.
Susulan itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Anwar perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan, selain menasihati Nurul Izzah supaya turut melakukan tindakan sama.
Beliau berkata, masa depan Nurul Izzah dalam politik tidak seharusnya dicemarkan dengan pelantikan dibuat tidak kena pada tempatnya.
"Anwar pula masih belum terlambat untuk memperbaiki keadaan...letak jawatan sebagai Menteri Kewangan dan seharusnya fokus kepada tugas sebagai Perdana Menteri, lebih-lebih lagi ketika rakyat dan negara sedang menghadapi waktu yang sukar.
"Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tercetus apabila Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak, adalah juga Menteri Kewangan. Anwar tidak patut mengulangi kesilapan sama," katanya melalui kenyataan, di sini.
Semalam, media melaporkan Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, yang juga ayahnya, berkuat kuasa 3 Januari lalu.
Perdana Menteri kemudian menjelaskan pelantikan Nurul Izzah tidak akan menerima sebarang elaun dan beliau sendiri mempelawa anaknya, yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membantunya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.
Pelantikan itu juga mengundang perdebatan dalam kalangan pengguna di media sosial selain kritikan banyak pihak lain.
Muhyiddin yang juga Ketua Ahli Parlimen PN berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri melantik anak sebagai penasihat.
"Pelantikan ini menjadikan slogan reformasi yang dilaungkan Anwar sejak lebih 20 tahun lalu sebagai omongan kosong," katanya.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, Anwar juga perlu mengarahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya mengambil cuti sehingga kes mahkamahnya selesai.
Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tidak bermula dengan langkah yang betul sejak awal penubuhan lagi yang mana janji tatakelola yang baik dikhianati apabila Anwar melantik Ahmad Zahid yang sedang berdepan tuduhan jenayah di mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Katanya, ia dilakukan Anwar, semata-mata kerana ingin membalas budi Ahmad Zahid yang berjaya memaksa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) memberikan sokongan kepada Presiden PKR itu sebagai Perdana Menteri.
"Malulah rakyat Malaysia jika beliau ke luar negara bertemu pemimpin dunia atas tugasan rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri sedangkan kesnya masih dibicarakan di mahkamah. Apa agaknya tajuk berita di negara yang dilawatinya.
"Sebagai pemimpin parti pembangkang, saya boleh saja mengambil kesempatan daripada kesilapan demi kesilapan yang dilakukan Anwar dan kerajaannya.
"Tetapi sebagai rakyat biasa, saya tidak rela melihat maruah negara tercalar kerana keterlanjuran Perdana Menteri," katanya.
2. Ratusan umat Islam di Indonesia berarak, kecam tindakan bakar al-Quran
Ratusan Muslim Indonesia berarak ke Kedutaan Sweden yang dikawal ketat untuk memprotes pembakaran al-Quran oleh ahli politik ekstrem Denmark-Sweden, Rasmus Paludan di Sweden dan Belanda. - Foto AGENSIJAKARTA: Ratusan umat Islam di Indonesia berarak ke Kedutaan Sweden bagi mengecam insiden pembakaran al-Quran yang dilakukan secara berasingan di Sweden dan Belanda.
Seramai 300 penunjuk perasaan menyertai perarakan yang dikawal ketat itu dengan mengibarkan bendera putih dengan tulisan enam rukun iman dibawa sekitar bandar Jakarta.
Mereka turut membakar potret aktivis anti-Islam, Rasmus Paludan bersama dengan bendera Sweden, Denmark dan Belanda.
Seramai 200 polis dan tentera dikerahkan berada di sekitar bangunan terbabit selain melakukan sekatan di sepanjang jalan menuju ke kedutaan serta memasang kawat duri.
Awal bulan ini, Paludan mendapat kebenaran daripada pihak polis untuk mengadakan protes di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm, bagaimanapun pada Sabtu lalu dia melakukan tindakan membakar al-Quran.
Beberapa hari kemudian, pemimpin Belanda, Edwin Wagensveld mengoyakkan halaman al-Quran di hadapan Parlimen Belanda sebelum memijaknya.
Tindakan yang dilakukan oleh dua individu itu ternyata menimbulkan kemarahan jutaan umat Islam di seluruh dunia sehingga mencetuskan protes, termasuk negara Islam Indonesia yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia.
Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Teuku Faizasyah berkata kerajaan Indonesia mengecam sekeras-kerasnya pembakaran al-Quran oleh Paludan dan sudah memanggil Duta Sweden, Marina Berg minggu lalu.
"Tindakan yang dilakukan itu menyakiti umat Islam serta mencemarkan toleransi beragama," kata kementerian itu dalam satu kenyataan Ahad lalu.
"Kebebasan bersuara mesti dilaksanakan dengan cara yang bertanggungjawab," katanya. - AP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukti Anwar khianati - Muhyiddin. & Indo kecam bakar al-Quran.
Perjuangan tetap diteruskan. Di Malaysia tuntut keadilan dalam pemerintahan, di antarabangsa tentang pembakaran Al-Quran.
Allahu akbar!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
BERITA LANDAK:
Bera: Seseorang memberitahu saya, beliau telah menyelamatkan sepasang Landak Raya beserta 3 ekor anaknya dari banjir sekitar kawasan rumahnya. Apa dia patut buat?
Maklumat, lanjut, sila hubungi:
Ibnu Hasyim, Pengerusi Sementara Penaja Persatuan Penternak Landak W/P. Tel 014-400 2015
10 comments:
dengaq khabar berita anak ex PM ni cita cita sohor nak buka kelab malam. patut geng mung sokong cito cito dio. nanti buka lagu nasyid 24 jam. maklum mung kan sokong tegar boss mung tu. boss mung ni tak liberal ea walau anok dio jadi penyanyi apo tu prist susoh nok sebut, buke macang nuar beraim tu liberal.. sebab tu ana puas hati ado kawe lagu ning jadi boss presideng mung meme 100% sokong... nanti mung boleh la layang nasyid kat kelab male dio... elok buak di Marang bandar termaju di malaysia ning..
Pengkhianat cakap ttng pengkhianatan.
Ha ha lawak bodoh
Dsai hebat dimata pemimpin dunia
Khabarnya kj nak tubuh parti baru. Cukuplah.
Kalau kj sayang bangsa melayu, jangan perbanyakkan perpecahan.
Bersertalah bersama parti yang sedia ada.
Lupakan kepentingan peribadi.
Perbalahan peribadi.
Perpecahan dan banyak parti melayu, memudahkan musuh Islam.
Memang itu dinanti.
Perkuatkan parti yang sedia ada.
Bersaing sihat .
Kalau dah tewas, berundur.
Tidak merugikan bangsa melayu.
Dr khairuddin dipecat dari pas, tidak tubuh parti baru.
Nik abduh tidak terpilih sebagai calon, masih bersama pas.
Mulia mereka banding atok dan boboi.
Sentiasa dikutuk kerana agenda peribadi.
Abam tubuh parti baru, terpaksa bersama dap.
Mat sabun tubuh parti baru, terpaksa jadi khadam dap.
Kalau kj bersama pkr, sia sia perjuangannya yang dilaungkan selama ini. No anwar no dap.
Kalau bersama umno, maka meneruskan agenda hoi hoi ya hoi.
Satu satu yang dibenci oleh pkr ialah hoi hoi ya hoi. Penyamun.
Tapi semua itu merupakan pembohongan.
Pkr berbohong, umno pun berbohong.
Tiada berprinsip langsung.
Patut le em b kata hampa bodo kat penyokong p end.
Penyamun dlm perpaduan.... dibawah kawalan ph. X de masalah.
Masa penyamun dlm kerejaan midin... bukan dibawah, tapi sama2 DIATAS URUS sampai negara hutang trillion.
Ph kawal bn?
Perpaduan?
Adoi bengap betui.
Lantik anak jadi penasihat.
Luar tabii.
Bapak nasihat anak.
Baru betui.
Bapak pun tak yakin dia betui.
Terpaksa lantik anak.
Bermulanya nepotism.
Bermulanya jahiliah.
Perpaduan?
Campuran?
Biar betui.
PRN bulan Mei 2023 ini masa terbaik melingkupkan saki baki barua LeeKwanYew@DAP dari tampuk kuasa
Formula turun harga barang ialah dengan melingkupkan saki baki barua barua Lee Kwan Yew @ DAP dari tampuk kuasa negara.
Langkah ke dua mewujudkan beratus ratus billionaire Melayu dan jaringan kartel mafia Melayu di segenap sktor
Kita dah tak perlukan taikun kaum mata sepet ini.. Monopoli dan menentukan harga barangan asasi memgikut tuan mereka 'little Israel' di Singapura di sana.
Selagi negara bergantung pada kartel mafia kaum Lee Kwan Yew ini harga barang tak akan turun. Ujudkan kartel Kaum Melayu vs Kaum Kartel Cina pasti lingkup kartel Lee Kwan Yew@DAP.
PRN bulan Mei ini lah masa terbaik untuk orang Melayu melingkupkan kesemua saki baki barua pemimpin Melayu yang bertuankan DAP@LeeKwanYew dari tampuk kuasa.
#LingkupkanbaruaLeeKwanYewPRNini
Kamu semua kena hati2 yer mentori penerangan telah akan melantik pakar2 IT singapork yg dibawah regim telaviv itu untuk menjadi "rakan" kementerian itu ye..
Hahaha... Msia dah dijajah bro, dijajah pada cengkaman aras tahap tinggi baru...
mengumumkan yg perjalan kaki dilebuh raya bertol tidak lagi perlu membayar tol berkuatkusa serta merta bagi menangani kenaikan harga barang.
Bagi pengguna yang tidak mahu membayar tol disarankan supaya memboikot lebuhraya bertol dengan menggunakan jalan biasa atau berjalan kaki dilebuh raya.
Post a Comment