HONG KONG: Kerajaan China perlu melaksanakan banyak pembaikan dari pelbagai sudut sekiranya ingin memulihkan penurunan populasi rakyatnya.
Sebelum ini, kerajaan sudah melancarkan langkah untuk menggalakkan penduduknya mempunyai lebih ramai anak termasuk potongan cukai, cuti bersalin yang lebih lama dan subsidi perumahan, tetapi setakat ini hanya sedikit tindakan dilakukan.
Biro perangkaan China mengeluarkan laporan sehari sebelumnya yang menunjukkan populasi menurun buat kali pertama sejak 1961.
Bagaimanapun, dengan lebih daripada 1.41 bilion orang penduduknya, China masih mempunyai populasi terbesar di dunia.
Tetapi penurunan kira-kira 850,000 pada 2022 membimbangkan ahli demografi dan penganalisis yang meramalkan masalah akan datang untuk ekonomi jika trend itu berterusan, walaupun penawaran buruh secara keseluruhan masih melebihi permintaan.
Kos pendidikan yang tinggi dan prospek ekonomi yang semakin malap menyebabkan ramai orang memilih tidak mempunyai anak lebih daripada seorang walaupun kerajaan membatalkan dasar satu anak pada 2015.
Penduduk yang dilahirkan dalam tempoh dua dekad selepas polisi itu dikuatkuasakan pada tahun 1980 terutamanya tidak mendapat anak kerana mempunyai tanggungjawab ke atas ibu bapa dan datuk nenek mereka tanpa bantuan adik-beradik.
"Orang yang lahir pada 1980-an atau 1990-an tidak begitu berminat untuk mempunyai anak seperti generasi ibu bapa kita.
"Ibu bapa kita fikir jika mereka mempunyai lebih banyak anak, mereka boleh mendapat lebih banyak penjagaan apabila mereka dewasa. Tetapi generasi muda tidak berfikir perkara ini kerana mereka mempunyai mentaliti yang berbeza kerana membesarkan seorang anak sudah sangat memenatkan," kata Ding Ding, 37, bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
Menurut pakar penduduk, dasar sifar COVID yang ketat di China yang dilaksanakan selama tiga tahun turut menyebabkan kerosakan lebih lanjut kepada tinjauan demografi negara.
China adalah antara negara paling mahal untuk membesarkan anak, hanya dikalahkan oleh Korea Selatan, menurut Penyelidikan Populasi YuWa yang berpangkalan di Beijing. - REUTERS
2. India bakal pintas China untuk jumlah penduduk tertinggi dunia
MUMBAI: Jumlah penduduk di India dilaporkan bakal mengatasi China tahun ini, sekali gus menjadi negara paling ramai penduduk di dunia.
CNN melaporkan, kemungkinan penduduk India akan melepasi angka populasi China beberapa bulan lagi iaitu sekitar April apabila China melaporkan jumlah penduduk menyusut pada 2022 buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun.
Dalam pada itu, peralihan itu akan mewujudkan implikasi ekonomi ketara bagi kedua-dua negara gergasi Asia itu yang mempunyai lebih 1.4 bilion penduduk.
Ketika ini dianggarkan India mempunyai 1.39 bilion penduduk berbanding China, 1.41 bilion penduduk.
Menurut data Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) pada 2021, penduduk bekerja di India kini berjumlah lebih 900 juta orang dan jumlah itu dijangka mencecah lebih 1 bilion penduduk untuk dekad akan datang.
Begitupun, pakar memberi amaran bahawa angka itu boleh bertukar menjadi satu liabiliti jika pembuat dasar tidak mewujudkan pekerjaan yang mencukupi.
Dalam masa sama, data menunjukkan semakin ramai penduduk India tidak mencari kerja berikutan kekurangan peluang dan gaji yang rendah.
Menurut data 2021 daripada Bank Dunia, kadar penyertaan tenaga buruh India, anggaran tenaga kerja aktif dan orang yang mencari pekerjaan, berada pada paras 46 peratus, antara yang terendah di Asia.
Sebagai perbandingan, paras untuk China dan Amerika Syarikat (AS) masing-masing berada pada 68 peratus dan 61 peratus pada tahun sama.
Bagi wanita, angka itu lebih membimbangkan yang mana kadar penyertaan kerja wanita India hanya 19 peratus pada 2021, menurun kira-kira 26 peratus pada 2005.
Kekurangan pendidikan berkualiti tinggi adalah salah satu sebab terbesar di sebalik krisis pengangguran di India.
Menurut Institut Negara McKinsey Global pada tahun 2020 sekurang-kurangnya 90 juta peluang kerja bukan sektor peladangan menjelang 2030 perlu disediakan untuk menyerap pekerja baharu termasuk dalam sektor pembuatan dan pembinaan. - AGENSI
3. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-267: GALAKAN MENIKAHI WANITA YANG SUBUR
Soalan: Apakah terdapat hadith berkaitan galakan menikah dengan wanita yang subur?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Allah SWT menciptakan setiap makhluk itu secara berpasang-pasangan seperti lelaki dan wanita. Lalu Allah SWT mensyariatkan perkahwinan bagi mereka yang mampu sebagaimana firman Allah SWT:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً
al-Rum:21
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”
Tambahan pula, agama kita amat menggalakkan setiap umatnya agar berkahwin berdasarkan hadith-hadith yang sahih. Akan tetapi, di sana terdapat beberapa ciri-ciri yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada kita sebagai panduan sebelum mendirikan rumahtangga.
Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith daripada Ma’qil bin Yasar berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata:
إِنِّي أَصَبْتُ امْرَأَةً ذَاتَ حَسَبٍ وَجَمَالٍ، وَإِنَّهَا لَا تَلِدُ، أَفَأَتَزَوَّجُهَا، قَالَ: "لَا." ثُمَّ أَتَاهُ الثَّانِيَةَ فَنَهَاهُ، ثُمَّ أَتَاهُ الثَّالِثَةَ، فَقَالَ: "تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ الْأُمَمَ."
Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik tetapi dia seorang yang tidak boleh melahirkan anak. Maka, apakah aku boleh menikahinya? Rasulullah SAW menjawab: “Jangan.” Kemudian lelaki itu datang buat kali yang kedua maka Baginda SAW juga melarangnya. Lalu lelaki itu datang buat kali yang ketiga, maka Nabi SAW bersabda: “Kahwinilah kamu akan wanita yang penyayang, subur kerana aku merasa bangga dengan memiliki umat yang banyak.” [Riwayat Abu Daud (1050)] [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith adalah kuat]
Hadith ini menunjukkan bahawa anjuran Nabi SAW agar lelaki ini berkahwin dengan wanita yang penyayang supaya dia (isteri) dapat menyayangi suaminya dan yang subur pula adalah yang boleh melahirkan ramai anak. Hadith ini diikat dengan dua ciri ini kerana jika seorang wanita itu tidak bersifat dengan penyayang maka ia akan menjadikan tarikan suami kepadanya berkurangan. Adapun, jika wanita itu tidak bersifat subur maka ia tidak mencapai salah satu tuntutan iaitu meramaikan umat dengan melahirkan ramai anak. Selain itu, kedua ciri ini kebiasaannya terdapat pada wanita yang masih dara. Tambahan pula, hadith ini juga menunjukkan isyarat agar kekal dengan perkahwinan yang mana terdapat padanya (pada isteri) dua ciri atau sifat tersebut. [Lihat: ‘Aun al-Ma’bud, 33-34/6]
Justeru itu, hadith ini merupakan salah satu petunjuk atau hadyu nabawi dalam memilih pasangan hidup. Tuntutan ini bukanlah bersifat wajib, bahkan ia merupakan satu galakan kerana Nabi SAW berbangga melihat umatnya ramai di akhirat kelak. Seperkara lagi, anak merupakan rezeki daripada Allah SWT dan Allah SWT berhak untuk memberikan rezeki tersebut kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Untuk itu, janganlah kita bersedih jika Allah SWT belum lagi mengurniakan kita cahaya mata atau Allah SWT tidak mengurniakan kita cahaya mata. Tugas kita sebagai seorang hamba adalah sentiasa berdoa serta berusaha dengan bersungguh-sungguh dan selebihnya kita serah kepada Allah SWT.
Penutup
Kesimpulannya, antara kunci kebahagian rumahtangga adalah apabila mana-mana pasangan mendapatkan cahaya mata. Bahkan, ini akan menguatkan lagi hubungan di dalam perkahwinan tersebut. Untuk itu, menjadi tanggungjawab kita untuk mengikut setiap panduan yang telah diberikan oleh junjungan besar kita Nabi SAW. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah serta penyejuk mata buat ibubapa. Amin.
Wallahua’lam.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: China, India, perbanyakkan penduduk. Islam, kahwinilah wanita subur.
Apalagi di Malaysia sekarang, berlaku pertarungan demokrasi melalui peti undi, untuk memenangi pilihanraya, perlukan pengundi yang ramai.
Pesan Nabi, berkahwin dan beranaklah, beliau gembira dengan umat yang ramai. Al-hamdulillah!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
BERITA LANDAK:
Bera: Seseorang memberitahu saya, beliau telah menyelamatkan sepasang Landak Raya beserta 3 ekor anaknya dari banjir sekitar kawasan rumahnya. Apa dia patut buat?
Maklumat, lanjut, sila hubungi:
Ibnu Hasyim, Pengerusi Sementara Penaja Persatuan Penternak Landak W/P. Tel 014-400 2015
7 comments:
Tun Mahathir : Kita lihat sama ada Anwar akan selamatkan Zahid dari dibicara. Kenapa kau menulis pada hari rayuan Bossku di Mahkamah Persekutuan...!?
Kenapa barua LeeKwanYew@DAP yang serah Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew ini menulis pada hari rayuan Bossku di Mahkamah Persekutuan..!? Macam sial saja bila otak korup fitnah jijik tua renta ini bila berbicara..!!
Di bawah ini Tun sedang perincikan perjuangan UMNo yang dah tak ada kena mengena dengan Tun.
Zahid Hamidi mengambil alih sebagai Presiden UMNO. Tetapi Zahid juga hadapi caj rasuah di mahkamah dan sedang dibicara.
Walaupun UMNO menang di Melaka dan Johor tetapi dalam PRU 15 UMNO cuma dapat 26 kerusi.
Apabila Najib tubuh 1MDB dan seleweng duit serta salah guna kuasa, menjadi wang tunai sebagai raja pun tidak berjaya menarik sokongan orang Melayu. UMNO hanya dapat 54 kerusi.
Kita akan lihat sama ada Anwar akan selamatkan Zahid dari dibicara atau tidak. Apakah reformasi Anwar termasuk “The Rule of Law?”
Zahid takut kalau dia tidak jadi Timbalan Perdana Menteri dia akan didapati bersalah. Sebab itu ia tidak benar pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam mesyuarat agong UMNO.
Perincian Tun diatasi adalah satu hal yang langsung tiada kaitan Tun dengan UMNo setelah Tun dan Boboi berambos dari parti itu. Sepatutnya Tun jaga PejWang yang tak ada value yang di tubuhkan nya.
Tun berbicara spt diatas sebab kes tuduhan Bossku sedang disebut semula di mahkamah Persekutuan rayuan hari ini..
Sebenarnya orang tua celaka ini sedang divert perhatian rakyat tentang isu rayuan Bossku di Mahkamah Persekutuan supaya hanjing hanjing nya mengikuti arahan supaya kekal hukuman penjara terhadap perbicaraan yang tidak adil sama sekali terhadap fitnah jijik Bossku..!!
Sampai sekarang Jho Low lesap bebas. Zety yang cuti sakit hingga 23 hari tak lagi dihadapkan ke mahkamah sebagai saksi.
Macam macam alasan vertigo, migrin diberikan tapi boleh pulak hadir majlis makan malam bersama timbalan menteri.Taufik Ayman dan Nazlan haramjadah itu sampai sekarang bebas.
Tun bersuara hari ini sebab takut rakyat bangkitkan isu Bossku ssbenarnya..!!
Ari ni sekor peguam kes 1MDB melingkup masuk ICU karma fitnah jijik sedang makan diri si fitnah... ada seko lagi tggu melingkup masuk ICU.. certeka certeka
#kaubelaPejWangkautujangansibukhalorg
Bila nak tangkap Zety , Jho Low dan keluargs penyamun Taufik Ayman
Zety mengelak dari menghadiri sebutan kes 1MDB dengan alasan muntah, demam dan vertigo, sebaliknya boleh tampil dalam satu majlis lain.
Di hitung keseluruhan ‘cuti sakit’ yang diperolehi Zeti sehingga kini berjumlah 23 hari termasuk hari Sabtu dan Ahad.
Persoalannya, sampai bila Zeti akan menikmati ‘cuti sakit’?
Kes Mohd Nazlan Ghazali, Zeti Aziz dan Tawfiq Ayman masih ‘terperuk’ di Pejabat Peguam Negara sehingga hari ini.
Hanya sekor Cina Jho Low saja dimana semua PM yang ada lansung tak tangkap Jho Low yang sedang tepok tangan ketawa terbahak barsama kaum DAP@ Lee Kwan Yew lihat betapa bodoh bangang kesemua PM ini tak ada telo utk memangkap nya..!! Zety dng kes AMLA 700 juta betul betul depan lubang hidung pun tak mampu ditangkap mereka..!!
Apa tindakan pemimpin UMNO semua buat diam dan buat bodoh semuanya selepas PRU 15 tadah punggung masing masing pada Brother Anwar Bin Ibrahim.
Penyokong 'Bossku' hanya tunggu dan lihat tindakan pemimpin UMNO setelah mereka menadah punggung masing masing pada Brother Anwar Bin Ibrahim.
Tun Mamak jangan soal "Ke mana UMNo".. sepatut nya kau soal pada Boboi dan walau kau "Ke Mana PejWang"..
Kalau kau dah berambos dari UMNo buat cara berambos... biar UMNo selesai kan sendiri... lu sapa pada UMNo skg ni..!?
Barua LeeKwanYew@DAP yang sudah dibakul sampahkan itu juga yang menyerahkan Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew 22 bulan dolo Tun Mahathir cuba menghasut orang UMNO dengan tulisan umpama rekod usang dibawah tajuk “Ke mana umno”.
Yang sangat menggelikan hati apabila Tun Mahathir cuba jadi kan kes yang direkab sendiri terhadap Najb Razak dan Zahid Hamidi sebagai ‘yardstick’ kekalahan UMNO kerana umpama ahli UMNO diterajui oleh pemimpin yang bawa kekalahan.
Helok Tun tanya walaun PejWang "Boboi kat mana sekarang ni..!?
PejuWANG parti yang tak punya matlamat, hala tuju, semua calon hanya mahu kedudukan dan pangkat sahaja, kah..kah..kah..
Betul ke Jolo sekarang berada dinegara2 SAFE HAVEN bagi penjenayah2 dirantau sebelah sana?
Jho Low dipercayai berada dinegara rantau banyak Covit berlaku skg ini... species mata sepet kuat menipu dan manipulasi orang.... dulu China ada vaccine Sinovac ingat suma okey... Mesia beli vaccine Sinovac smpi booster Covit17....
Satu dunia kena tipu dng kaum mata sepet di tanah besar sana...
Akhirnya Covit paling teruk sekarang berlaku di China tanah besar mereka..
Bio mati rakyat nya pun tak aper asalkan untung jual dan eksport vaccine seluruh doonia...
Kat sini ramai pemimpin Melayu terkinja kinja nak jadi barua mata sepet ini...
#mcmhampeh
Mahathir Bin Mohamad tak payah nak menyibok pasal UMNo.... kau bela aje PejWang bodo kau tu anak beranak...
Helok biar Boboi kering kontang kat situ.... helok berambos masuk jadi warga negara Lee Kwan Yew Buat rumah kat Pulau Batu Putih sanun
Post a Comment