DALAM PAU yang baru selesai kita dengar pimpinan tertinggi Umno memberi justifikasi mengapa mereka memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PH walau sebelum ini mereka cucuh serangan pada parti berkenaan.
DAP yang sebelum ini dilabel ekstremis dan rasis tiba-tiba setelah ditunggangi dijulang dan dipuja sebagai penyelamat dan rakan baik.
Kerjasama Umno dan DAP sekarang ini dakwa mereka disesuaikan dengan keperluan dan kedinamikan semasa.
DAP tidak bermuka-muka dan berpura-pura setiakawan kata mereka. Dalam kata lain DAP yang sebelum ini musuh ketat sehingga PAU sebelumnya menegaskan ‘No DAP‘ hari ini rupa-rupanya DAP itu baik dan ikhlas. Moga Umno gembira dengan DAP.
Hari ini setelah selesai PAU pemimpin DAP yang tidak berpura-pura setia kawan itu keluar kenyataan. Timbalan Pengerusi DAP P.Pinang P. Ramasamy mendakwa:
“Zahid mungkin tidak terjejas buat masa ini, tetapi dia seolah-olah menjadi ‘beban’ kepada Umno dan sedikit sebanyak kepada Pakatan Harapan (PH) atau Kerajaan Perpaduan,”.
Cukup berani dan tidak berpura-pura kenyataan Ramasamy ini. Wajar sungguh ahli-ahli Umno dengar dan terima secara terbuka.
Tambah beliau:
“Umno tidak boleh diremajakan tanpa membersihkan imejnya yang ‘dicemari rasuah’ terlebih dahulu, sambil menambah bahawa Zahid nampaknya ‘pemimpin paling tercemar’.”
Kawan baik yang baru dakwa Presiden Umno ‘pemimpin paling tercemar’. Dulu masa berkawan dengan PAS tidak pernah rasanya pemimpin Umno dimaki begitu.
Tapi pemimpin Umno hari ini sudah banyak termakan budi dengan DAP. Ahli-ahli Umno jangan kata apa-apa, sabar dan terima sahaja kenyataan kawan baru ini.
Kalau mereka terus celupar begitu, maka ratiblah sebagaimana soldadu yang mengiringi si Luncai … biarkan biarkan.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 16/1/2023
2. PAS yakin PN mampu ambil-alih Selangor
PAS Selangor berkeyakinan penuh bahawa PERIKATAN NASIONAL mempunyai peluang baik untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 di Selangor walaupun cuba dinafikan pihak lawan.
Keyakinan ini bersandarkan beberapa perkembangan mutakhir dan beberapa faktor yang ternyata menyumbang ke arah keyakinan itu.
Sesungguhnya rakyat di Negeri Selangor sudah muak dengan siri-siri pembohongan dan janji-janji palsu Pakatan Harapan dan ia diterjemahkan dalam bentuk undi.
Calon-calon PH dan Barisan Nasional kecundang di enam kerusi Parlimen di negeri ini dalam PRU Parlimen ke-15 baru-baru ini malah BN gagal memenangi walau satu kerusi pun di Selangor.
PH dilihat tidak memiliki kemampuan membawa imej yang dikehendaki rakyat dalam pentadbiran tambahan apabila mereka sanggup pula bekerjasama dengan Barisan Nasional yang selama ini mereka serang sebagai kleptokrat dan serba pincang.
Rakyat Selangor masih tidak dapat melihat sebarang bentuk penyelesaian yang memuaskan dari Kerajaan PH berhubung beberapa permasalahan besar di negeri ini termasuklah isu kos hidup, peluang pekerjaan dan perumahan, isu banjir, pengurusan cerun dan tanah tinggi, pencemaran air dan kemudahan infrastruktur serta liputan internet.
Rakyat Selangor inginkan sebuah kerajaan negeri yang berwibawa penuh berintegriti dan dapat membela nasib dan kehidupan mereka di samping membawa pembangunan kepada rakyat dan negeri.
Bukannya sebuah kerajaan yang populis dan gemar menabur janji-janji tetapi gagal membantu dan menangani permasalahan rakyat.
Atas faktor inilah dan mengambil kira ‘Gelombang Hijau’ yang membawa kemenangan besar pada PAS dan PN dalam PRU ke-15 baru-baru ini termasuk undi dari anak-anak muda, PAS yakin akan mampu mengambil-alih kerajaan negeri bersama PERIKATAN NASIONAL dengan menjanjikan sebuah pentadbiran yang bersih dan stabil sebagaimana dikehendaki rakyat di negeri ini.
SAYA sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga menyokong usaha Ahli Parlimen Permatang Pauh; YB Ustaz Muhammad Fawwaz bin Mat Jan yang menegur promosi arak secara terbuka di pasaraya bawah Parlimen beliau.
Ini berdasarkan peratusan pengundi Melayu Islam di kawasan beliau 74.49 peratus dan menjadi kewajipan beliau untuk menjaga sensitiviti umat Islam di sana.
Sensitiviti arak ini dilihat gagal diuruskan dengan baik oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. Perkara ini boleh dilihat daripada bilangan premis arak yang dibenarkan di negeri ini.
Sehingga tahun 2020, sebanyak 80 lesen kebenaran jualan arak telah dikeluarkan di DUN Bayan Lepas, kedua terbanyak selepas DUN KOMTAR dengan 108 lesen. Walhal DUN Bayan Lepas mempunyai pengundi Melayu sebanyak 65.05 peratus.
Saya pernah bertanya bilangan pembeli arak di semua DUN Pulau Pinang dalam sidang DUN, namun kerajaan negeri kata tiada maklumat. Bagaimana lesen penjualan arak boleh dikeluarkan dengan begitu banyak di tempat ramai orang Melayu Islam sedangkan tiada data menunjukkan keperluan untuk dijual dengan banyak dan perkara ini cukup sensitif kepada umat Islam.
Kerajaan negeri perlu belajar dengan Kerajaan Negeri Kedah berkaitan penjualan arak yang hanya dijual di tempat majoriti bukan-Melayu Islam dan dijual hanya mengikut keperluan.
Kita berharap agar sensitiviti agama dapat dipelihara dalam negara kita yang terdiri daripada masyarakat majmuk.
Perkara ini amat penting dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan negara. Terima kasih.
“Malaysia Sejahtera”
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
BERITA LANDAK:
Bera: Seseorang memberitahu saya, beliau telah menyelamatkan sepasang Landak Raya beserta 3 ekor anaknya dari banjir sekitar kawasan rumahnya. Apa dia patut buat?
Maklumat, lanjut, sila hubungi:
Ibnu Hasyim, Pengerusi Sementara Penaja Persatuan Penternak Landak W/P. Tel 014-400 2015
ha ha ha...retak sudah jadi.semakin besar di Putrajaya..bukan apa...cuma menunggu gegaran yg.meranapkan spt mana runtuhnya jln.genting th.lepas...keseian...apa?..kesian... !
ReplyDeleteDua dua lanun. Satu tamil eelam. Satu lagi lanun pau.
ReplyDelete"Hassan Karim memulakan kritikan dengan memetik Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 33A(1) yang menyatakan bahawa Yang diPertuan Agong (YDPA) hendaklah terhenti menjalankan fungsi YDPA jika dipertuduh atas suatu kesalahan.
ReplyDelete“Bahasa mudahnya bermaksud bahawa YDPA kena meletakkan jawatan jika baginda dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan"..
Hmmm.. nampaknya Anwar telah mengkhianati sesuatu yg besar nih dengan melantik sesaorang yg bukan berada diperingkat dituduh tapi sudah berada diperingkat untuk dipanggil membela diri menurut orang kanan Pkr sendiri...
Hehe
kenapa DAP mencela UMNO mudah ajer pukul anak sindir menantu.. nak bagi signal pada Brother Anwar Bin Ibrahim... DAP tak dapat apa apa bila UMNo ada dlm pH...
ReplyDeleteBila nak jawatan tpm, langgar keputusan pau.
ReplyDeleteNo anwar no dap.
Bila nak jawatan presiden ikut pau.
No contest.
Loklak tahap berapa.
Boleh main mainkan pau sebagai unit tertinggi.
Jenis macam ni, negara pun rosak.
Bro an pun ikut loklak.
Tok Mat jadi bodoh setelah diliwat Brother sambil puji DAP tapi Ahli DAP sendiri meluat dan mengutuk UMNO dan kepimpinannya.
ReplyDeleteAgak agak lah Tok Mat nak bodek, ampu dan puja puji ni... DAP pun meliat..
Dalam keghairahan Zahid dan Mad Hassan memuja tuhan politiknya DAP hingga Zahid menggambarkan bahawa UMNO akan menjadi sebahagian anggota kerajaan di Pulau Pinang dalam PRN yang akan datang.
Rupanya orang kuat PH Pulau Pinang sendiri menolak Zahid.
Timbalan ketua DAP Pulau Pinang itu, berkata Umno tidak boleh diremajakan tanpa membersihkan imejnya yang “dicemari rasuah” terlebih dahulu, sambil menambah bahawa Zahid nampaknya “pemimpin paling tercemar”.
DAPig dan sekutunya sebenarnya tidak mahukan najis yang merata di tubuh Zahid terpalit ke muka mereka.
Kenyataan ahli DAP, P Ramasamy yang menyifatkan pujian Tok Mat itu tak mendatangkan kegembiraan kem DAP bila Ahmad Zahid Hamidi terus menjadi ‘duri dalam daging’ selagi mana terus menjadi presiden parti itu.
Kalau mereka mahu menggunakan UMNO dan BN pun hanya sekadar satu cabang biro Melayu dan islam kepada DAPig. Bukannya parti yang boleh menentukan tapi sekadar hamba sahya yang sekadar menjadi pak turut.
Bagi Zahid pula ianya adalah kunci untuk terus memainkan peranan bagi kelansungan hidup politik cikgunya. Bagi Zahid hanya Anwar Aljuburi sahaja yang boleh memberikannya nyawa. Hanya Aljub sahaja yang mampu melepaskan dirinya dari penjara agaknya.
Najis hanya boleh bermesra dengan najis. Bro an boleh bermesra dengan dap. Dua duanya najis. Najis liberal ngan najis komunis. Masuk pulak mat membawang. Lagi tambah ramuan najis. Bro an pun dah pandai membawang.
ReplyDeleteSatu lagi najis yang dah kena rodok dengan bro an ialah wak kluster. Kejap tolak pau. Kejap ikut pau. Yang mat womeniser pulak tambah melengkapkan team najis.
Jom bersama team bersih. Jom bersama pas. Jom bersama pn. Kita bersihkan malaysia dari tong taik.
Menurut resam tamil elam sesaorang yang dianggap najis dari sekutu (se-ekor kutu) mereka maka untuk menyucikannya mestilah orang tersebut dimandikan dengantaik lembu yang belum jatuh ketanah...
ReplyDeleteJadi untuk itu silalah orang yang dikatakan najis tadi pergi mandi taek lembu kalau dah nak sangat ber perpaduan dengan tamil elam.
Sebelum pru15 bila pas kata yang "masih ada yg tak bersih dalam umno maka menyalak sakan geng2 hohoyahoi,
ReplyDeleteNah sekarangbila ph yg kata mengapa diam membisu?