Friday, January 27, 2023

Filem ini kutip RM1 juta seminggu. Traddisi Mak Yong..

 

Filem bergenre aksi dengan menyelitkan elemen tradisional Melayu, Duan Nago Bogho berjaya meraih kutipan RM1 juta dalam tempoh seminggu tayangan.

HALAMAN HIBURAN
1. Duan Nago Bogho kutip RM1 juta seminggu

KUALA LUMPUR: Filem bergenre aksi dengan menyelitkan elemen tradisional Melayu, Duan Nago Bogho terbitan Kalamarif Holdings Sdn Bhd berjaya meraih kutipan RM1 juta dalam tempoh seminggu tayangan.

Penerbitnya, Arisz Ab Rahman berkata, kejayaan itu membuktikan usaha mengangkat perjuangan seni Mak Yong diterima, sekali gus berharap terus mendapat sokongan untuk minggu seterusnya.

"Terima kasih kepada penonton yang menyokong filem berbentuk tradisional Melayu ini. Saya bersyukur perjalanannya bukan mudah dan ini juga adalah filem pertama saya.

"Mengikut kajian, kutipan 80 peratus disumbangkan oleh penonton Pantai Timur iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan. Akan tetapi, penonton sekitar Lembah Klang turut memberi sokongan.

"Bagaimanapun, saya ingin menegaskan filem ini untuk seluruh rakyat Malaysia, bukannya khusus orang Pantai Timur sahaja. Cuma, pengarah, Sabri Yunus meminjam latar dan dialek Kelantan," katanya kepada BH Online.  

Antara babak Sangeeta dalam filem Duan Nago Bogho.

Dalam masa sama, Arisz menyifatkan kejayaan itu membuktikan sesebuah filem tidak hanya bergantung kepada populariti pelakon dalam media sosial.

"Jika lihat ada juga filem tidak berjaya biarpun mengetengahkan pelakon yang memiliki jutaan pengikut dalam media sosial. Kehendak penonton Malaysia sudah berubah, mereka mahu lihat kelainan dan kualiti filem.

"Bagaimanapun, saya tidak menafikan populariti pelakon turut menyumbang kepada kejayaan. Kedua-duanya perlu berjalan seiring," katanya.

Duan Nago Bogho menampilkan Asrul Faizal selaku teraju utama, selain Datuk Rosyam Nor, Jojo Goh, Sangeeta Krishnasamy, Angeline Tan, Husairi Husain, Jason Chong, Issey Fazlisham, Saidi Sabri dan ramai lagi.

Filem berkisarkan Duan (Asrul) yang juga pemegang watak Mak Yong dengan dua personaliti berbeza. Duan mencintai seni tradisional, namun dalam masa yang sama, suka bergaduh.

Kisahnya bermula apabila Duan bergaduh dengan penonton Mak Yong yang mengganggu ketika sedang membuat persembahan sehinggalah bapa memintanya meninggalkan kampung dan mencari kerja lain.

Filem pertama terbitan Kalamarif Holdings itu menelan kos perbelanjaan sebanyak RM2 juta dan menemui penonton di pawagam sejak 19 Januari lalu. (BH)


2. Duan Nago Bogho angkat perjuangan Mak Yong 

Barisan pelakon filem Duan Nago Bogho, Jojo, Asrul, Sangeeta dan Rosyam. - NSTP/Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Filem bercorak aksi antara genre pilihan penonton di Malaysia. Namun, tidak ramai penerbit berani mengetengahkan karya berbentuk tradisional Melayu.

Justeru, syarikat produksi Kalamarif Holdings Sdn Bhd memecah tradisi apabila berani menghasilkan naskhah istimewa berjudul Duan Nago Bogho arahan pengarah hebat, Sabri Yunus.

Menampilkan pelakon Asrul Faizal selaku teraju utama, filem itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Jojo Goh dan Sangeeta Krishnasamy.

Asrul berkata, dia berbesar hati apabila ilmu Mak Yong dipelajari sejak 1999 dapat diketengahkan dalam filem Duan Nago Bogho sebagai tontonan buat generasi muda.

"Saya mula mendalami ilmu Mak Yong sejak belajar di Universiti Malaya (UM), jadi sudah lebih dua dekad saya berkecimpung dalam seni ini. Jujurnya, Mak Yong adalah seni yang sangat sukar, tak boleh dipelajari dalam masa singkat.

"Ia memerlukan masa bertahun-tahun dan pemahaman juga sukar untuk dikongsikan menerusi kata-kata. Misalnya cara menyanyi, rentak tari dan muzik.

"Jadi, saya bersyukur Sabri mengambil saya sebagai watak utama dalam filem ini. Sebelum ini, ada naskhah yang mengetengahkan kisah Mak Yong, tetapi tiada secara mendalam.

"Menerusi filem ini, ia juga menampilkan anak seni kelahiran Kelantan. Jadi, saya percaya naskhah berkisarkan Mak Yong dapat membuka mata mengenai keindahan seni itu sendiri," katanya yang pernah bergelar tunjang utama filem Budak Kelantan.

Rosyam berkata, dia teruja berpeluang bekerja di bawah arahan pengarah berkaliber itu buat kali pertama.

"Watak saya dalam filem ini tidak besar, tetapi saya melihat kredibiliti Sabri sebagai pengarah dan menjadi faktor utama saya menerima tawaran berlakon filem ini.

"Saya melihat Sabri memiliki sentuhan berbeza dan tersendiri. Sebenarnya, sudah lama saya bertanya bila Sabri mahu memanggil saya berlakon, sebab karya arahannya rata-rata menggunakan loghat Kelantan.

"Alhamdulillah, akhirnya saya berpeluang, tetapi saya membawa watak gangster di Bukit Bintang, jadi ia tidak memerlukan saya bertutur dalam loghat Kelantan.

"Jujurnya, saya seronok bekerja dengan Sabri kerana sebolehnya mahu watak dibina itu bersahaja dan selamba," katanya ketika hadir sesi fotografi bersama barisan pelakon filem Duan Nago Bogho, baru-baru ini. 

Asrul berbesar hati ilmu Mak Yong dipelajari sejak 1999 dapat diketengahkan, Sangeeta sukakan dialek Kelantan. - NSTP/Aziah Azmee

Percaya dengan karya sentuhan Sabri, Rosyam berkata, penonton dapat melihat sisi lakonannya sebagai Fendi berbeza dari watak gangster atau taiko yang dihidupkan sebelum ini.

Begitu juga dengan Sangeeta, dia gembira apabila dapat menimba ilmu lakonan bersama Sabri dan mendalami seni Mak Yong.

Kata Sangeeta, meskipun sukar dan hanya diberi tempoh dua hari membuat persediaan menjayakan watak Pak Yong atau raja dalam tarian Mak Yong iaitu Salmi, dirinya tetap menerima dengan tangan terbuka.

"Ketika tawaran diberikan, saya dapat tahu ia sepatutnya dijayakan seorang pelakon, tetapi menarik diri. Saya dan Sabri pernah bekerjasama, jadi dia tahu cara saya bekerja.

"Sabri memberi sepenuh keyakinan walaupun tawaran ini diberikan dua hari sebelum penggambaran.

"Sejak dulu, saya sukakan Mak Yong dan dialek Kelantan. Jadi, dapatlah saya mengutip ilmu walaupun sedikit.

"Saya tidak nafikan tertekan juga menjayakan penggambaran filem ini. Bukan sahaja perlu bertutur dialek Kelantan, saya juga perlu belajar tarian Mak Yong dalam masa singkat.

"Orang lain menimba ilmu Mak Yong bertahun-tahun, tetapi saya beberapa hari sahaja," katanya.

Sangeeta berkata, dia dapat rasai suasana Kelantan kerana rata-rata kru berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

"Saya sudah lakukan yang terbaik mengikut kemampuan. Saya percaya sentuhan Sabri dan kebolehannya dalam dalam mencipta watak setiap pelakon," katanya.

Jojo yang melakonkan watak Nancy berkata, dia mengalami kesukaran memahami loghat Kelantan, namun gembira tetap diberikan kepercayaan untuk membintangi filem itu meskipun bahasa menjadi kekangan.

"Saya agak sukar memahami apa yang dituturkan, mujur Sabri bertutur dalam loghat biasa, jadi saya faham apa yang diinginkan.

"Sebagai pelakon, untuk memahami bahasa pengarah tidak sukar. Secara peribadi, saya rasakan loghat di Malaysia semuanya ada keindahan tersendiri.

"Seperti saya menjayakan filem Hong Kong, saya turut merasakan bahasa Kantonis yang digunakan ada keindahannya.

"Mungkin ada yang saya tidak faham, tetapi saya boleh menimba pengalaman dan ilmu membintangi filem Melayu," katanya. 

Rosyam teruja bekerja di bawah Sabri buat kali pertama, manakala Jojo mengalami kesukaran memahami loghat Kelantan. - NSTP/Aziah Azmee

Filem Duan Nagho Bogho adalah naskhah bahasa Melayu kedua dijayakan oleh Jojo selepas filem 29 Februari. Jojo berjaya meraih trofi Pelakon Harapan Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) menerusi filem berkenaan.

Secara ringkasnya, Duan Nago Bogho berkisarkan Duan (Asrul) yang juga pemain peranan Mak Yong yang memiliki dua personaliti.

Duan yang mencintai seni tradisional, namun dalam masa yang sama, suka bergaduh. Kisahnya bermula apabila Duan bergaduh dengan penonton Mak Yong yang mengganggu ketika sedang membuat persembahan sehinggalah bapa memintanya untuk meninggalkan kampung dan mencari kerja lain.

Rakannya, Awi yang tinggal di Kuala Lumpur mengajak Duan ke ibu kota. Awi memberitahu Kuala Lumpur memberikan peluang lebih luas dalam bidang seni, termasuklah sebagai pemain Mak Yong.

Awi adalah pekerja seni yang cuba membawa seni Kelantan ke arah yang lebih luas dan maju. Selain itu, Duan turut membantu Nancy, anak kepada Jimmy Ang, seorang lelaki cina keturunan Kelantan sehingga membawa konflik dalam hidup Duan.

Filem Duan Nago Bogho akan menemui penonton di pawagam mulai 19 Januari ini. Ia turut dibintangi Angeline Tan, Husairi Husain, Jason Chong, Issey Fazlisham, Saidi Sabri dan ramai lagi.

Filem pertama terbitan Kalamarif Holdings menelan kos perbelanjaan sebanyak RM2 juta dan menggunakan dialek bahasa Kelantan sebanyak 80 peratus. Menjalani penggambaran selama 30 hari di Kuala Lumpur dan Kelantan pada April 2021.(BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimFilem ini kutip RM1 juta seminggu. Traddisi Mak Yong..

Masihkah tidak patuhi syariah menurut hukum Islam di negara ini?

9 comments:

  1. Sejak jadi kerajaan PH dah pandai keluar para Sumpah plak dah..?

    Masa Bang Min tak ada kuasa dulu... bang non kata 'sumpah tak hado dlm isle'

    Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu Raja Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata amat penting untuk pemimpin PAS menjawab persoalan tersebut ketika isu mengenai rasuah pilihan raya terus diperkatakan orang ramai.

    "Pemimpin PAS mesti menjawab isu video yang tular menunjukkan seorang warga emas meminta penerima wang pemberiannya bersumpah atas nama Allah mereka mengundi PAS.

    "Adakah benar orang tersebut merupakan ahli jawatankuasa PAS di salah sebuah kawasan dalam Terengganu?

    Sejak jadi kerajaan PH dah pandai main sumpah sumpit...


    kikiku..

    ReplyDelete
  2. Agak sangsi jugak. Dah puluh puluh tahun pulun rasuah. Umur pun dah masuk 6 series. Tiba tiba dalam masa dua minggu, dah tukar tabiat. Tak ambik rasuah.

    Elok sangat passport tu mahkamah pegang.

    Sama juga, dah puluh puluh tahun fitnah. Tiba tiba, jadi tak fitnah. Jadi jujur. Terkejut besor pulak.

    Beza ngan pas. Puluh puluh tahun tak ambik rasuah. Tiba tiba nak ambik rasuah.

    Pas nak menang cara gentlemen. Cara matang. Ikut budaya istiqamah. Bukan menang cara rasuah.

    Akar umbi menyumbang guna tin milo. Berkat dari duit yang halal.

    ReplyDelete
  3. Bro an tu pura pura jer pakai kereta lokal. Tapi rumah 12 miliun. 100 miliun sumbangan banjir tak sampai kat kerajaan negeri. Resit pun tak da. Kemudian cakap pasai jujur dan amanah.

    Dengan penyamun hangpa bolehlah klentong. Dengan rakyat klentong hangpa tak laku. Hangpa alim macam kucing, melantak macam rimau.

    Tu akibat berkawan dengan dengan penyamun dan komunis. Takda nasihat peringat. Yang ada komplot. Macam mana nak pulun miliun miliun.

    ReplyDelete
  4. Dah berpuluh tahun bercakap soal kemiskinan, kemiskinan Baling, petani miskin, nelayan miskin, pekebun miskin, tapi sehingga hari ni tak berbuat apa2 yang nampak berkesan? Dah berpuluh tahun beritorik, sembang KARI!!!! Kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  5. Tak dapat jumpa Erdogan dapat jumpa anak Erdogan pun dah dikira mencapai klimak? Kah..kah..kah.. punya la tergila2 populariti, publisiti...

    ReplyDelete
  6. Dah bepuluh2 tahun rakyat tempatan berjaya bangunkan segala bende dalam Malaysia. Petronas, PNB, TNB, Sime Darby dan ribuan syarikat gergasi lain. Tiba2 teman SEKATIL PH nak bawa sekutu BESAR mereka untuk tengok2kan kerajaan tempatan, hal2 rumah, kah...kah..kah... itu pun masih ramai yang buta, tak tahu niat sebenar mereka... habis la kalau macam ni, alamat tergadilah segala2nya!!

    ReplyDelete
  7. Amat bahaya bila mereka2 yang berideologi KOMUNIS berselindung dibawah panji2 demokrasi didalam negara ini. Duri dalam daging ini sentiasa menunggu peluang dan ruang.

    ReplyDelete
  8. Bila formula ke laut dalam , akhirnya tiru langkah kerajaan dolu dolu..

    Akhirnya tiru langkah kerajaan BN. Rafizi tiba-tiba ketandusan formula. Formula Rafizi suma dah jadi bodoh bangang. Walaun formula tiba tiba jadi bangang. Baru beliau tahu bahawa kerajaan tidak mampu memberi formula mengarut sebagaimana “trademark formula” Rafizi sebelum ini.

    Rafizi yang memperlekehkan perkara yang terbentuk ketika zaman BN kerana berprasangka negatif semasa di luar kerajaan kini akur kepada langkah-langkah terdahulu tanpa mampu memberi formula terbaru.

    Sikap angkuh, bodoh, sombong dan sering memperlekehkan Barisan Nasional (BN) yang sinonim dengan Rafizi Ramli akhirnya memakan diri beliau sendiri

    Rafizi mengesyorkan apa yang sudah dilakukan oleh kerajaan BN. Beliau mahu pengguna sentiasa membuat perbandingan harga menerusi aplikasi Price Catcher dan membeli dalam kuantiti yang diperlukan serta tidak mengamalkan pembelian panik.

    Akhir nya dengan cara halus dan berlapik jika barang naik gunakan kuasa pengguna tidak beli barang tsb... sama lah macam menteri cap ayam cakap terus dan tidak berlapik "kalau harga ayom naik jangan makan ayommm.."

    #formulakelautwalaunpunkelautakhirnya

    ReplyDelete
  9. Tolak Islam extreme.

    Tolak angan2 tegakkan Islam atas dasar perkauman.

    Tolak angan2 lantik orang agama yg tak tahu perintah...tapi nak juga jadi yb.

    ReplyDelete