Friday, March 17, 2023

Gong Xi Fa Cai 2023 dari Ibnu Hasyim.

 


1. Islam hormati hubungan antara kaum

KUALA LUMPUR: Islam sangat menghormati dan menjaga hubungan antara kaum serta berlaku adil terhadap rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Islam memandang kewujudan kepelbagaian kaum dan bangsa di Malaysia sebagai satu perkara positif berkonsep masyarakat majmuk yang berasas konsep Negara Madinah di zaman Nabi Muhammad SAW.

Katanya, setiap bangsa mempunyai kelebihan dan kepakaran tersendiri yang boleh dimanfaatkan dengan baik demi membangunkan Malaysia.

“Saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu kepada masyarakat Cina yang hidup bersama kita di Malaysia.

“Maka marilah semua pihak bersama menjalinkan hubungan yang erat antara sesama keluarga, sanak saudara dan seluruh kaum,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, kerukunan sangat penting bagi membina sebuah masyarakat yang harmoni dan negara stabil. – HARAKAHDAILY 21/1/23 


2. PN anjur rumah terbuka Tahun Baharu Cina 


KUALA LUMPUR: Pemimpin PERIKATAN NASIONAL (PN) menghadiri rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM).

Program itu dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAS, Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Ho Chai dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Selain itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta sayap pemuda dan wanita parti komponen PN.

Muhyiddin berkata, beliau gembira kerana majlis tersebut berlangsung dalam suasana penuh semangat kekeluargaan dengan dimeriahi persembahan tarian singa dan acara menggaul Yee Sang. 

in utama PERIKATAN NASIONAL (PN) menggaul Yee Sang ketika majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina PN

“Saya berdoa semoga negara kita terus dilimpahi kemakmuran, keharmonian dan kesejahteraan dan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan selamat. Gong Xi Fa Chai,” katanya pada kenyataan di media sosialnya, hari ini. – HARAKAHDAILY 23/1/23


3. Datuk Presiden PAS miliki ramai anak angkat kaum Cina 

MARANG: Perayaan Tahun Baharu Cina dianggap sebagai salah satu cara untuk mengeratkan lagi silaturahim serta perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan kaum di Malaysia.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masyarakat Cina bukan sesuatu yang asing dalam kehidupan keluarganya.

Kata beliau, datuknya memiliki ramai anak angkat daripada kaum Cina, sama ada yang memeluk agama Islam atau tidak.

“Mereka menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Ketika berlaku Perang Dunia Kedua, terdapat pelarian Cina yang datang ke Pantai Timur.

“Datuk saya pernah menyelamatkan seorang pelarian Cina bukan Islam dan disembunyikan di kebunnya, ketika itu dia merupakan seorang penghulu kampung,” katanya pada catatan di laman sosialnya. 

Tuan Guru Abdul Hadi mempunyai menantu kaum Cina

Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, kebetulan pula salah seorang menantunya daripada kaum Cina.

Keadaan itu, kata beliau menunjukkan hubungan keluarganya dengan masyarakat kaum Cina bukan perkara sesuatu perkara baru.

Menurutnya juga selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur bersama pimpinan PN dan Gerakan beliau meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama anak menantu sekeluarga. – HARAKAHDAILY 23/1/23

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Gong Xi Fa Cai'. Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2023.

3 comments:

Anonymous said...

Ini contoh pimpinan yang berqualiti. Bukan saja punya knowledge yang tinggi dalam berpolitik. Punya knowledge yang tinggi dalam beragama. Tapi juga punya hubungan yang baik merentasi bangsa.

Tahniah tuan guru.

Anonymous said...

Tunggu apa kata mahkamah. Setakat tafsir liberal hanya follow nafs.

Anonymous said...

Takda masalah liberal benci lebai. Rasuah tetap rasuah. Tin milo nanti pun masuk mahkamah. Tapi dana judi bebas mahkamah. 22 tukar 8 pun halal kata liberal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails