Thursday, January 12, 2023

Indo lulus lapangan gas RM13.5 bilion. & Iran..

 

Lapangan Tuna dijangka mencapai pengeluaran kemuncak 115 juta pada 2027

1. Indonesia lulus pembangunan lapangan gas RM13.5 bilion

JAKARTA: Indonesia meluluskan rancangan pembangunan pertama lapangan gas luar pesisir Tuna dengan anggaran pelaburan AS$3.07 bilion (RM13.5 bilion) pada permulaan pengeluaran, kata pengawal selia minyak dan gas huluan, SKK Migas.

Lapangan Tuna, terletak di Laut China Selatan antara Indonesia dan Vietnam, dijangka mencapai pengeluaran kemuncak 115 juta padu kaki standard sehari (mmscfd) pada 2027, kata jurucakap SKK Migas, Mohammad Kemal.

Gas asli dari lapangan Tuna, yang dikendalikan oleh unit tempatan Harbour Energy yang disenaraikan di London, dijangka akan dieksport ke Vietnam bermula 2026, kata menteri tenaga Indonesia sebelum ini.

Pengerusi SKK Migas, Dwi Soetjipto, berkata selain manfaat ekonomi, pembangunan projek itu akan menjelaskan hak maritim Indonesia.

"Akan terdapat aktiviti di kawasan sempadan yang menjadi titik geopolitik paling panas dunia," kata Dwi dalam satu kenyataan.

"Tentera laut Indonesia juga akan terbabit untuk mengawal projek minyak dan gas huluan itu supaya dari segi ekonomi dan politik, ia menjadi satu pengesahan kepada kedaulatan Indonesia."

Aktiviti tenaga di Laut Cina Selatan sejak beberapa dekad kebelakangan ini dibelenggu pertikaian berhubung negara mana yang memiliki hak kedaulatan, dengan kerja oleh Vietnam, Malaysia dan Filipina dalam zon ekonomi eksklusif mereka diganggu oleh pengawal pantai atau kapal pengwasan marin China.

China menuntut kedaulatan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan dengan memetik peta sejarahnya sendiri, mendakwa bahawa satu tribunal timbang tara antarabangsa pada 2016 tidak mempunyai asas perundangan.

Pada 2021, China meminta Indonesia supaya menghentikan cari gali minyak dan gas asli di wilayah maritim didakwa milik kedua-dua negara, kata individu yang rapat dengan perkara terbabit kepada Reuters pada masa itu. (-Reuters)

BERITA BERKAITAN


2. Iran keluarkan amaran wajib bertudung walau dalam kereta 

Gambar fail menunjukkan protes besar-besaran pada Oktober 2022 selepas kematian Mahsa Amini, 22, ketika dalam tahanan polis moral Iran kerana kesalahan memakai tudung. - Foto AP

TEHRAN: Polis Iran mengeluarkan semula amaran bahawa wanita wajib memakai tudung walaupun berada dalam kereta, lapor media tempatan hari ini.

Peraturan itu dikeluarkan ketika protes masih berterusan berikutan kematian Mahsa Amini, September lalu.

Iran dilanda beberapa siri protes sejak kematian seorang remaja wanita Iran-Kurdish, Mahsa, 22, 16 September lalu.

Mahsa meninggal dunia ketika dalam tahanan polis kerana dakwaan melanggar kod pakaian republik Islam itu untuk wanita.

Tehran secara amnya menggelarkan protes itu sebagai rusuhan.

Agensi berita Fars memetik seorang pegawai kanan polis yang berkata, pihak berkuasa itu melancarkan peringkat baharu program Nazer-1 iaitu pengawasan dalam bahasa Parsi.

Menurut Fars, program Nazer sebelum ini dilancarkan pada 2020 yang menumpukan terhadap kesalahan membuka tudung di dalam kereta.

Apabila ia dilancarkan pada 2020, pemilik kereta akan dihantar mesej ringkas yang memaklumkan mereka mengenai pelanggaran kod pakaian dalam kenderaan dan amaran tindakan undang-undang jika ia berulang.

Namun. melalui pentas media sosial, polis dilihat sudah menggugurkan ancaman membabitkan tindakan undang-undang.

"Anda diperhatikan jika membuka tudung di dalam kereta: Adalah penting untuk menghormati norma masyarakat dan memastikan tindakan ini tidak berulang," menurut mesej yang dihantar oleh polis, yang kemudiannya disiarkan di media sosial.

Polis moral Iran yang dikenali sebagai Gasht-e Ershad, atau 'Peronda Pembimbing' mempunyai kuasa untuk memasuki kawasan awam bagi memeriksa pelaksanaan ketat kod berpakaian.

Susulan protes itu, ramai wanita di daerah kelas atasan di ibu negara Tehran, serta di pinggir bandar selatan yang lebih sederhana dan tradisional, dilihat tidak ditahan walau membuka bertudung.

Sejak September, kenderaan rasmi polis moral jarang kelihatan di jalan di Tehran.

Pada awal Disember, Ketua Pendakwa Raya Iran, Mohammad Jafar Montazeri, dipetik berkata bahawa perkhidmatan polis moral sudah dimansuhkan.

Tetapi aktivis ragu-ragu mengenai kenyataannya itu, yang juga maklum balas segera selepas ditanya melalui sidang media, dan bukannya pengumuman daripada Kementerian Dalam Negeri. - AFP


3. Iran senarai hitam hampir 60 pegawai AS  

TEHRAN: Tehran menyenaraihitamkan hampir 60 pegawai Amerika Syarikat (AS) kerana didakwa terbabit dalam kes pembunuhan komander tertinggi Iran, Qassem Soleimani, lapor Xinhua, memetik Agensi Berita Mehr.

Dalam wawancara televisyen menjelang ulang tahun ketiga pembunuhan Soleimani, Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian, berkata Iran sedang menyiasat pembabitan pegawai berkenaan dalam pembunuhan itu.

Beliau mendakwa AS dan Barat menggugat usaha Iran untuk meneruskan kes itu secara sah, walaupun Tehran sudah mengambil langkah yang perlu.

Amir-Abdollahian berkata semasa rundingan Vienna baru-baru ini mengenai perjanjian nuklear 2015, Amerika menuntut bekas pegawai mereka dikeluarkan daripada senarai hitam Iran.

Soleimani maut dalam serangan dron berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada 3 Januari 2020 dan Iran mengutuk keras pembunuhan itu dan menyifatkan ia sebagai 'keganasan negara'.

Pada 8 Januari, Iran bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu ke pangkalan tentera AS Ain al-Asad di wilayah Anbar, Iraq. - BERNAMA

BERITA BERKAITAN

5 comments:

Anonymous said...

PM kita otak genral degree biashe biashe Pengajian Melayu ajer... dah mudarat baru nak cegah kottt..

Thailand akan perketat semula peraturan termasuk untuk pelancong China
Kemuka bukti ambil dua vaksin dan keputusan RT-PCR negatif

tapi

Bang Non kate tiada sekatan pelancong dari Negara China..

Alahaiiii...

Anonymous said...

Datuk Johari dinasihat kena guna cara Bossku selesai masalah Kg Sungai Baru di Kampung Baru seperti idea Bossku dalam Projek Kerinci Residensi untuk selesaikan masalah Sg Baru Kg Baru.

https://mykmu.net/2023/01/03/johari-cuba-yang-terbaik-selesaikan-masalah-kampung-sungai-baru/

Pertemuan dijalankan antara pemaju dan pemilik tanah Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, di sini bersama Menteri Wilayah Persekutuan. Menteri Wilayah jangan jadi Nurul Izzah dalam isu Kerinci Residensi.

https://youtu.be/VEvmx7EW950

Pemaju bersetuju menyediakan tawaran baharu dinamakan Pakej Harmoni kepada pemilik unit flat, yang diputuskan jumlah pampasan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTGWPKL), pada sesi siasatan pengambilan tanah.

Projek Residensi Kerinchi 18 tingkat yang dibina bagi menggantikan flat empat tingkat di Kampung Kerinchi dekat sini adalah bukti kerajaan sentiasa berusaha me­ngubah masa depan rakyat ke arah yang lebih baik.

“Pakej Harmoni menawarkan sebuah unit kediaman berkeluasan 900 kaki persegi yang bernilai RM300,000, dengan jumlah pampasan pengambilan tanah yang diterima oleh pemilik flat dipulangkan separuh kepada pemaju.

Jika dahulu penduduk flat Kerincj Residensi berkenaan tinggal dalam kea­daan rumah yang tidak terurus dan usang­ dengan berkeluasan hanya 300 hingga 450 kaki persegi sejak 1971.

Kini mereka mampu tinggal di pangsapuri berkeluasan 900 kaki persegi yang kondusif dilengkapi kolam renang, surau serta taman permainan tanpa sebarang bayaran berdasarkan konsep trade-off (tukar ganti).

Hanya beberap kerat penduduk Kerinci Residensi yg berputih mata bila dihasut Nurul Izzah semasa jadi MP Lembah Pantai dulu. Menyesal tak sudah pada yang termakan hasutan...

phadan mhukaaa..!!

Anonymous said...

Penduduk2 Permatang Pauh juga yang cerdik dan berjaya menyingkirkan sipolan tu... Rakyat tak nampak apa2 pun deliverable sipolan tu sepanjang jadi MP?

Unknown said...

...yang dihukum mati oleh kerajaan Iran ialah para perusuh jalanan yang membuat kekacauan...membunuh pengawal keamanan,membakar kereta,truk dan memecahkan bangunan serta bertindak agresif ..USA dan barat amat gemar mengsensasikan berita penentangan terhadap kerajaan..namun berita tentang sokongan berjuta rakyat Iran terhadap kerajaannya tidak pula disiarkan di mana -mana media barat dan timur.

Anonymous said...

Adakah si polan tu yang ngecek orang kampung kerinchi. Sampai papa kedana orang kat situ.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails