Tuesday, January 17, 2023

Ini tips poligami, al-hamdulillah. & Ubi kayu ganti beras..

 


1. Kisah sebenar artis nikah dua

Seorang lelaki, Mamat baru sahaja berkahwin dengan wanita pilihannya, Minah. Kedua orang tua Minah, berkerja sebagai penoreh getah. Perkahwinan yang pada awalnya berjalan dengan sangat baik dan penuh kasih sayang.

Namun takdir menentukan, tidak berapa lama, mereka berkelahi. Berkelahi besar mereka. Sehinggakan ibu bapa si isteri masuk campur dan menghalau menantunya. Keadaan itu berlanjutan sehingga lebih dua bulan.

Cempaka yang juga membenci Minah sebelum ini, sangat gembira mendengar berita itu. Dia pun mula memasang strategi menambahkan cerita buruk Minah. Sehinggalah suatu hari, Minah muntah-muntah bagai terkena sihir lagaknya. Terus terlintas di dalam fikiran ibubapa Minah, mungkinkah Mamat si menantu telah menggunakan bomoh untuk menyihir anaknya.

Celaka si menantu, bermain kasar. Segeralah mereka ke bomoh untuk melihat apakah jin atau santau yang telah dihantar oleh menantu mereka. Selepas beberapa bomoh dijengah, tiada apa yang dapat bomoh katakan kecuali menasihatkan agar mencuba pergi berjumpa doktor pula.

Cempaka juga tidak ketinggalan menyokong Mamat, tumpang membenci Minah, mengada-ngada, bagaikan ia kisah rumahtangganya. Bergegas Minah dihantar ke klinik dan akhirnya, Minah disahkan mengandung dua bulan. Begitu marah mereka kepada Minah kerana telah mengaibkan maruah mereka.

Lalu disuruh mengaku dengan siapa anaknya bermukah. Dijawab jujur oleh si Minah, apabila mak dan ayah turun menoreh, tiap-tiap hari Abang Mamat datang memanjat masuk bilik dan memujuk Minah, akui Minah. Maka terloponglah kedua mulut orang tua Minah mendengarnya.

Akhirnya, mereka memutuskan untuk memanggil menantu mereka Mamat kembali ke rumah. Hiduplah mereka bahagia, aman damai bersama anak cucu mereka. Manakala Cempaka juga turut melopong kerana terlupa yang Minah dan Mamat belum bercerai, cuma tidak tinggal bersama sahaja.

Kisah ni, bukan dikaitkan dengan politik. Cuma aku teringat dulu ada seorang artis lelaki Ashraf Muslim bernikah dua. Punyalah makcik-makcik bawang mengamuk, macam bini pertama Ashraf tu anak dia. Sekali bini pertama berbaik dengan bini kedua, tunjuk pulak kemesraan mereka, makcik-makcik bawangpun sambung potong bawang, sambil mulut kumat kamit, bodohkan bini pertama Ashraf.

OK sambung politik lepas ni.
PH nikah ramai makcik tak kisah pulak.

Mohd Nasir Abdullah
7 Januari 2023


2. Ubi kayu jadi makanan ruji rakyat Malaysia ganti beras 

SHAH ALAM: Ubi kayu boleh kembali menjadi makanan ruji rakyat negara ini selain nasi kerana mengandungi banyak khasiat yang diperlukan untuk tubuh badan.

Menurut Dekan Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Dr. Farida Zuraina Mohd. Yusof, potensi untuk ubi kayu menjadi makanan ruji tersebut disokong oleh faktor sejarah semasa pendudukan Jepun yang menjadi sebahagian makanan harian masyarakat di negara ini.

“Terbukti khasiat ubi kayu yang dimakan mampu menyihatkan tubuh badan masyarakat pada zaman pendudukan Jepun. 

“Hari ini, kita mengimport sebahagian beras untuk memenuhi keperluan makanan ruji masyarakat negara kita. Sedangkan ubi kayu boleh dijadikan makanan ruji alternatif kerana ia mampu ditanam dengan meluas tanpa banyak kerenah dari sudut pengurusan dan baja,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena program Inovasi Produk Makanan Baharu Berasaskan Ubi yang melibatkan pelajar semester 5 dan 6 Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan (AS246) UiTM Shah Alam dan UiTM Kuala Pilah bagi subjek Pembangunan Produk Makanan (FST 668), baru-baru ini.

Tambah Farida Zuraina, bagi memastikan bekalan ubi mencukupi untuk dijadikan makanan harian masyarakat Malaysia, tanah-tanah terbiar harus dimajukan sebagai pusat penanaman ubi kayu secara komersial.

Mengulas mengenai pertandingan tersebut Farida berkata, pada pertandingan tersebut hasil kajian dan penyelidikan para pelajar membuktikan produk berasaskan ubi boleh dijadikan makanan lazat seperti pengat dalam tin, yogurt dan makanan barat seperti churros.

“Apa yang pasti setiap produk berasaskan ubi yang dibangunkan boleh dikomersilkan dengan bantuan pihak industri di negara ini. 

Kita berharap produk- produk ini boleh dipasarkan secara meluas oleh pihak pemain industri dan tidak sekadar menjadi tema pertandingan untuk melengkapkan kursus semata-mata,” ujarnya.-UTUSAN

Komen Weblog Ibnu HasyimIni tips poligami, al-hamdulillah. & Ubi kayu ganti beras..

Kali ini 2 tips hadiah untuk anda.

(i) Tips poligami, al-hamdulillah. 

(ii) Ubi kayu ganti beras.. Ingat susah di waktu senang.

1 comment:

Anonymous said...

UMNO Sabah sudah buat dinding pemisah dengan kerajaan negeri..

Timbalan Ketua Menteri bertindak berkomplot dengan parti lawan untuk menumbangkan kerajaan sendiri, dengan sendirinya telah membina dinding pemisah dengan kerajaan, apa tah lagi menarik sokongan dengan maksud Ketua Menteri hilang sokongan majoriti mudah.

Dalam masa terkini Bung Moktar telah menolak pembentukan Kabinet Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Hajiji Noor. Bung Moktar Raden mengatakan ADUN yang dipilih kononnya mewakili UMNO itu tidak mendapat restu UMNO Sabah. 'Pembelot’ dalam kabinet Hajiji tak wakili Umno dan kabinet Sabah Adalah Haram", kata Bung Moktar

Kerana tindakan menumbangkan kerajaan sendiri, adalah noda yang menghalang rekonsiliasi, kerana jika pun berlaku bermaaf-maafan, parut tetap berbekas, lagi pun kecurigaan akan sentiasa terperuk di dada yang dikhianti. Dalam keadaan demikian, perjalanan pentabiran walaupun dilihat berfungsi, akan tetapi tidak efektif.

Parti-parti yang sepasukkan di peringkat Pusat akan tetapi berlawanan di peringkat negeri. Keadaan ini terkait dng Umno, kerana ada ADUN yang bertindak sebagai pembangkang, ada ADUN parti itu penyokong kerajaan.

Maka UMNO Sabah yang buat dinding pemisah masih mampukah kerja berpasukan di Sabah boleh dibentuk..!?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails