Monday, January 09, 2023

Islam, demokrasi dihalang, buktinya k/pusat mana berani larang judi!

 

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

1. Islam, demokrasi sedang dihalang - Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Presiden PAS yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini menyatakan, Islam di seluruh dunia sedang dihalang walaupun sudah memilih pendekatan secara demokrasi.

Beliau berkata, kebangkitan semula umat Islam untuk berkuasa di seluruh dunia sedang dihalang dengan pelbagai fitnah dan penipuan.

Katanya, apabila umat Islam berkuasa memerintah negara dengan adil, mewujudkan kerajaan yang bersih daripada segala penyakit rasuah dan salah urus, ia tetap ditolak oleh golongan berkenaan.

"Islam tetap dihalang di mana sahaja di seluruh dunia, walaupun sudah memilih pendekatan demokrasi yang dikira sinonim dengan Islam.

"Namun, demokrasi ala-Barat hakikatnya mengharamkan Islam berkuasa semula. Alasan di sini kerana PAS mendapat kerusi paling banyak, walaupun PAS sedia berta'awun (saling membantu) dengan semua kumpulan yang tidak ekstrem.

"Maka, terciptalah satu kumpulan ahzab (barisan, parti dan kumpulan) yang berbeza ideologi dan niat yang tidak ikhlas, bersatu untuk menentang Islam yang pernah dihadapi oleh generasi awal dengan penuh keimanan," katanya menerusi Minda Presiden, hari ini.

Abdul Hadi berkata, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), baru-baru ini, sudah menyaksikan gelombang kebangkitan anak muda Melayu Islam yang memenangkan PN.

Katanya, PAS secara khusus amat merasai kebenaran al-Quran, apabila anak muda yang dianggap mentah itu sudah mencetuskan kemenangan kepada suara Islam, sehingga mereka menolak segala habuan kebendaan serta slogan kuat menipu, yang kononnya menentang rasuah dan salah laku dengan propaganda yang hebat.

"Ketika itu, dipaparkan sokongan profesor dan ilmuwan yang nyata berilmu tetapi kecil akalnya, semata-mata bagi menggoda anak muda.

"Selain itu, turut digunakan segala media sosial yang canggih tanpa sempadan dan banyak ditaburkan janji bohong yang lama tidak ditunaikan lagi dan janji yang baharu tidak tertunai.

"Semua tawaran sedemikian ditolak oleh anak muda yang ditipu ketika PRU-14 lalu, sekali gus menolak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-15. Sehinggakan, pencapaian kerusi mereka (PH) bergantung kepada undi bukan Islam, manakala BN pula bergantung kepada warga tua di saluran satu yang terlebih (awal) makan garamnya," katanya.

Beliau berkata, perkara yang terpenting adalah anak muda mendapat petunjuk Allah untuk menunaikan kewajipan mengundi yang bukan lagi fardu kifayah, tetapi jihad fardu `ain, kerana Islam dan umatnya diancam.

"Adapun kalangan mereka yang tua pula tidak menunaikan kewajipan yang besar ini kerana merasakan ia tidak penting, disebabkan jahil murakkab (berganda) setelah dikatakan negara ini sudah merdeka lebih setengah abad.

"Adapun penubuhan kerajaan pasca pilihan raya adalah di luar tabii demokrasi yang sebenar bersama penipuan yang nyata dengan mengumpulkan semua kumpulan penipu, penyangak dan oportunis," katanya. (BH)


2. Pengharaman judi: Bila giliran Kerajaan Pusat? 

TAHNIAH YAB DS Muhammad Sanusi Md Nor yang telah secara rasmi menamatkan semua lesen judi seperti mana yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada 14 November 2021.

DAP Kedah menjadi manusia pertama dalam Kedah yang menyatakan bantahan terhadap keputusan ini dan mengharapkan Kerajaan Negeri dapat pertimbang keputusan ini.

DAP melalui Biro Undang-undang membantu empat orang memfailkan saman mencabar keputusan ini. Saman difailkan melalui Messr Karpal Singh & Co pada 19 November 2021.

Antara hujah dikemukakan oleh DAP adalah Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan tindakan itu mencabuli kebebasan peribadi orang bukan-Islam. 

Saya berpandangan, pertamanya DAP tidak boleh bercakap mewakili mana-mana agama atau bangsa. Hujah dangkal Malaysia berbilang kaum merupakan alasan DAP membela tauke-tauke judi. Cuba DAP sebut mana-mana agama dalam dunia ini yang membenarkan judi?

Dari aspek sosial juga, judi ini memberikan kesan yang sangat besar. Satu kajian oleh Shaw et al.(2014) yang diterbitkan oleh Universiti Cambridge mendapati perjudian menyumbang kepada kegagalan sebuah keluarga, mengganggu perkahwinan, membawa kepada kadar perceraian yang tinggi serta penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

Selain itu, seorang pakar jenayah dari Universiti Sains Malaysia P. Sundramoorthy berkata dengan pembatalan lesen judi ini, akan muncul lebih banyak premis perjudian tanpa lesen. 

Berkenaan dakwaan ini, saya yakin ianya bukan hanya kerana penutupan pusat judi berlesen. PDRM melaporkan serbuan judi haram dalam talian meningkat dari 779 serbuan pada 2020 kepada 1,528 pada 2021. Ini menunjukkan judi haram tetap wujud walaupun pusat judi berlesen disediakan. 

Apa yang dibuat oleh Kerajaan Kedah adalah selaras dengan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Tiada siapa berhak pertikaikan tindakan Kerajaan Negeri. Saya juga yakin, tindakan ini merupakan kehendak rakyat Kedah secara keseluruhan tidak mengira bangsa dan agama. 

Langkah seterusnya merupakan bidang kuasa Kerajaan Pusat melalui Kementerian Dalam Negeri dan PDRM. Saya yakin pihak PDRM melalui Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah mampu membanteras judi haram ini. 

Persoalan yang timbul, bilakah Kerajaan Pusat akan membatalkan dan mengharamkan judi? Saya sarankan kepada YAB Perdana Menteri ke-10 untuk segera mencontohi tindakan Kerajaan Kedah, Kelantan dan Terengganu ini. PN yang kononnya menerima dana judi pula haramkan judi, PH-BN bila lagi?

Dengan kuasa yang ada pada KDN dan PDRM, tentu boleh digunakan sebagai jentera penguatkuasaan dibantu oleh penguatkuasa PBT Negeri. Kalau Menteri KDN tidak mampu atau tidak berani (kerana takutkan DAP), saya sarankan, lantik YAB DS Sanusi Md Nor sebagai Menteri KDN dan beri kuasa sepenuhnya kepada beliau. Insya-Allah semua pusat judi dan maksiat akan dihapuskan sepenuhnya. 

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 3/1/2023

Kerajaan Pusat tidak mahu melaksanakan Islam sepenuhnya, kerana begini lidahnya..

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam, demokrasi dihalang, buktinya k/pusat mana berani larang judi!

Lidah  bercabang!

5 comments:

Anonymous said...

Gedong fitnah ada pada bro An. 600 billion kononnya. Dana pilihan raya dari duit judi. Pas naikkan 22 ke 8. Guru dan murid bergabung bentuk pakatan. Harga babi dibincangkan peringkat kabinet.

Anonymous said...

Jom pakat pakat hentikan budaya fitnah.
Jom pakat pakat hentikan budaya rasuah.
Jom pakat pakat hentikan budaya menyamun.
Jom pakat pakat hentikan budaya bincang harga babi kat kabinet.
Jom pakat pakat hentikan budaya menteri membawang.
Jom pakat pakat tolak liberal.
Jom pakat pakat hentikan budaya temberang.

Pilihan sudah ada.
Sokong yang bersih.
Sokong yang tidak makan rasuah.
Sokong yang tidak bincang harga babi kat kabinet.
Sokong yang tidak perkauman.
Mudah mudahan negara selamat, rakyat sejahtera.

Anonymous said...

. Suatu kajian perlu dijalankan kenapa pemimpin Melayu sangat suka membaruakan diri mereka pada kaum Cina..?

Biar pun pemimpin PM Melayu barua mereka silih berganti taikun dan tokey tokey kaum Cina tetap orang yang sama. Kartel taikun yang sama. Mafia taikun mereka tetap yang sama juga hasil didikan tuan mereka Lee Kwan Yew@DAP setelah 22 tahun 22 bulan berjaya membaruakan PM Melayu dan terkini diganti barua mereka yang baru..

Contoh paling celaka sekali hanya sekor Jho Low saja dia sedang ketawa terbahak bahak tepok tangan geli hati melihat betapa bodoh nya, betapa bangang nya, betapa tolol dan tongong nya pemimpin pemimpin Melayu di perkotak katikkan oleh Jho Low. Berantakan semua pemimpin Melayu buat fitnah jijik satu sama lain.

Kaum Jho Low juga turut tumpang ketawa terbahak bahak sambiltepuk tangan melihat pemimpin Melayu berbunuhan sesama sendiri..

Jho Low lesap ada bekas ketua pulis Melayu (hrmmm Melayu lagiii..) jadi beruang dll. Ini lah speicies prmimpin Melayu yang DAP@Lee KwanYew paling suka sekali yang bodoh bangang dan dicucuk hidung...!!

Begitu juga species kaum kepala bapak Cina ini nun jauh di tanah besar China disana lagi kuat penipunya. Tiba tiba kita dikejutkan outbreak Covit 19 disana. Sedangkan China pembekal dan pengeluar vaccine Sinovac seluruh dunia. Malaysia pembeli vaccine Sinovac semasa pendemik lockdown dulu.

Link bawah "Medicine Shortages Humiliates China"

https://youtu.be/3Y-A8TLWizY

Adakah rakyat China tidak mengunakan vaccine SINOVAC ciptaan mereka sendiri..!? Ini satu penipuan terbesar dlm sejarah manusia moden.!! Apa muslihat kaum Cina ditanah besar sana tidak mengunakan vaccine Sinovac ciptaan mereka sendiri..!?

Mana pergi nya vaccine Sinovac dari China untuk rakyat China sendiri..!? Sedangkan China adalah pengeluar vaccine dan pembekal supply vaccine Sinovac seluruh dunia...!?

Mana vaccine Made In China untuk rakyat China tsb..!? Dah ramai pemimpin tertinggi elit komunis China mati pasal Covit.. Mana vaccine Sinovac ciptaan mereka sekarang..!? Ini lah bangsa paling kuat menipu..!!! Bangsa paling penipu..!!

Ini lah species kaum paling kuat penipu mu tetapi pemimpin Melayu tetap ajer jadikan contoh dan terkinja kinja berlumba jadi barua barua kaum penipu mata sepet ini..

Saya ulanggg...

Ini lah speicies prmimpin Melayu yang DAP@Lee KwanYew paling suka sekali yang bodoh bangang dan dicucuk hidung...!!

Anonymous said...

Tak lama lagi mereka akan menyambut hari PERKAUMAN terbesar? Orang2 Islam tidak menyambut hari perkauman!

Anonymous said...

Perayaan tidak termasuk perkauman.
Perkauman itu bila harga babi dibincang kat kabinet.
Macam tiada isu lain yang bersifat menyeluruh.
Perkauman itu bila negara yg paling banyak covid dibenarkan masuk.
Negara lain ada yang dah sekat.
Tak pulak dikata perkauman.
Perkauman itu bila agama Islam disekat.
Sedangkan agama Islam jelas termaktub dalam perlembagaan.
Perkauman itu bantah judi dihapuskan.
Sedangkan judi mudharat kepada agama dan semua orang.
Perkauman itu bila tibai orang melayu kaya.
Kaum lain kaya, tidak pulak kena tibai.
Perkauman itu bila market untung dari orang melayu.
Untung kongsi dengan bangsa nya saja.
Begitulah cerewetnya orang nombor satu dalam membela penduduk asal negara ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails