Friday, January 27, 2023

Kalau UMNO/BN boleh merudum apa sangat DAP PP..

 


1. 'Hasrat PN goncang Pulau Pinang sekadar angan-angan' - Guan Eng

GEORGETOWN: Tindakan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan keyakinan bahawa Perikatan Nasional (PN) dapat 'menggoncang' Pulau Pinang hanya disifatkan sebagai angan-angan.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng secara berseloroh turut membayangkan kenyataan bekas Menteri Besar Perlis itu umpama peribahasa 'biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya'.

"Biarkan si labu dengan... biarlah biar...kalau dia nak (goncang Pulau Pinang) biarlah dia dengan dia punya anggan-angan dia," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Pulau Pinang di sini, malam ini.

Semalam, Shahidan menerusi hantaran berbentuk klip video di laman Facebook beliau berkata PN mempunyai strategi tertentu untuk menawan Negeri Sembilan dan Selangor, selain yakin dapat 'menggoncangkn Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, DAP belum membuat sebarang perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung pembahagian kerusi dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. 

Beliau turut berpendapat, perkara itu tidak akan didedahkan buat masa ini meskipun perbincangan mengenainya dilakukan kelak."Kalau adapun perbincangan (pembahagian kerusi) kita tidak akan dedahkan. Saya rasa tunggulah kita akan umumkan," katanya ringkas.

Isnin lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tiada halangan untuk pimpinan peringkat negeri mengadakan perbincangan berhubung pembahagian kerusi antara PH dan BN.

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR itu turut menjelaskan setakat ini belum ada perbincangan rasmi berhubung perkara itu sebagai persiapan PRN akan datang.


2. GERAKAN jangka tanding lebih banyak kerusi di Pulau Pinang 

Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai (dua dari kanan) ketika sidang media selepas majlis pelancaran Bilik Gerakan PRU15 Perikatan Nasional P103 Parlimen Puchong di Bandar Puchong Utama, Subang Jaya. - Foto Hairul Anuar Rahim

KUALA LUMPUR: Parti GERAKAN yang menjadi antara komponen Perikatan Nasional (PN) menjangka akan diberi lebih kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan depan.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, berkata parti itu juga mungkin diberi lebih banyak kerusi Parlimen di Pulau Pinang berdasarkan pengalaman dan sumbangan GERAKAN selama 39 tahun di negeri itu.

"Ketika rundingan walaupun GERAKAN adalah parti bukan etnik, tetapi persepsi di bawah PN, kawasan yang bukan Melayu dan bukan Muslim akan diberi kepada GERAKAN kerana kekuatan parti ialah kerusi campuran," katanya selepas melancarkan bilik gerakan PRU15 PN Parlimen Puchong dekat sini, hari ini.

GERAKAN mendominasi Pulau Pinang selama 39 tahun bermula 1969 dan menyertai komponen Barisan Nasional (BN) selepas 1974.

Pemerintahan GERAKAN di Pulau Pinang berakhir selepas tewas kepada Pakatan Harapan (PH) dalam PRU12 pada 2008 dan parti itu meninggalkan BN pada 2018 selepas kalah di semua kerusi ditandinginya di seluruh negara.

Sementara itu, Hoe Chai yang tewas dua kali di Parlimen Batu memberi bayangan bertanding di Pulau Pinang kerana ingin kembali memimpin dan bangkit semula di negeri itu.

Beliau juga mengingatkan pemimpin GERAKAN supaya tidak mengutamakan kerusi tradisi kerana objektif utama parti ialah memenangkan PN.

Katanya, rundingan pembahagian kerusi di peringkat PN hampir selesai dengan beberapa lagi kerusi dalam penilaian terakhir sebelum senarai lengkap calon mewakili PN diumumkan dalam masa terdekat. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimKalau UMNO/BN yang berkuasa sejak merdeka pun boleh merudum apa sangat DAP PP..

Lihat: Mampu ke PM10 jadi 'Lee Kwan Yew' pada Melayu PP? 

Tok sah cakap besaq la, kes terowong rasuah pun mash belum selesai...

10 comments:

Anonymous said...

Apa yang quality sangat tu berkenaan dasar Perumahan Singapura (HDB) dibawa ke Malaysia..?

Cuba walaun barua LeeKwanYew@DAP bodo piang Ingat balik kisah Kerinci Residensi

Pengerusi Amanah negeri, Dr Ismail Salleh mempertahankan keputusan untuk mendapatkan khidmat pakar dari Singapura dan menyifatkan kritikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai tidak wajar.

Jelasnya, kualiti perumahan rakyat yang dibuat oleh Singapura melalui HDB sangat tinggi berbanding dengan Malaysia.

Walaun barua LeeKwanYew@DAP kata di antara kemudahan disediakan oleh HDB Singapura di tempat tinggal – pangsapuri termasuklah kemudahan lengkap tempat bersanding serta kenduri kendara dan juga tempat mandi jenzah orang Islam tanpa perlu keluar dari kawasan tempat tinggal mereka.

Itu semua 1PRIMA, Rumah Selangorku, Rumawip dan lain lain program dah hado sumo... hado kolam renang gym tadika surau tiap kawasan dll

Rumah 1PRIMA lagi quality dari Perumahan HDB..

Contoh terbaik pembangunan idea Bossku Kerinci Residensi konsep 'one off trade off'

Teringat kisah penduduk Kerinci Residensi apakah nasib penduduk yang termakan hasutan pemimpin Pakatan Harapan sekarang ini...! Phadan Mukha la dng walaunn..!!

Penduduk termakan hasutan Nurul Izzah kini menyesal - Najib

https://m.malaysiakini.com/news/373868

Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membidas Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang sebelum ini cuba menggagalkan pembangunan semula flat empat tingkat di Kampung Kerinci, Apa lah nasib penduduk yang termakan hasutan pemimpin Pakatan Harapan itu sekarang..!?

http://pemudaselempangmerah.blogspot.com/2017/02/residensi-kerinci-18-tingkat-tanpa-apa.html?m=1

Projek Residensi Kerinchi 18 tingkat yang dibina bagi menggantikan flat empat tingkat di Kampung Kerinchi dekat sini adalah bukti kerajaan sentiasa berusaha me­ngubah masa depan rakyat ke arah yang lebih baik. Nurul terkinja kinja di istana Segambut yang melopong kena hasut walaun bodo phadan mukhooo ko orang..!!

Bodoh tu helok simpan sket


#simpansketbodohtu

Anonymous said...

Bila Bang Non nak panggil Duta Sweden menghadap dan hantar mereka balik Sweden.. hrmmm memang sah Bang Non acah acah power Islamik...!!

Kenyataan kita amat tegas tapi mereka (PAS) agak terlewat untuk nyatakan pendirian..

Sepatutnya Brother kita nih ajak bersatu membantah… ini mencari salah orang salah PAS. Nnpk tak Bang Non ni tak cerdik mana juga dalam Islam dihina sempat pulak pukul saudara semuslim.

Kerajaan yang tak habis-habis kerja nk hentam sana sini.. buat kerja lah wooiii

Bang Non ada telo dan berani ker hantar Duta Sweden balik ke Sweden..!!

Anonymous said...

Tetiba saja barua LeeKwanYew@DAP yang sudah dibakul sampahkan Tun Mahathir tulis pasal Sultan Dulu yang tak mendatangkan faedah dlm masa yang sama hina kutuk berkenaan Najib sebab hendak “divert” kes Sulu dan tindakan disiplin barua barua nya dari UMNO hari ini

Mahathir telah di anggap sebagai barang ‘reject” oleh masyarakat Melayu ditolak 100% dengan kehilangan wang deposit dimana sahaja parti ada jenama Mahathir bertanding , namun sikap ego Mahathir dan sikap tidak sedar diri tidak membuat Mahathir terhenti menulis dan mengkritik Najib.

Apabila direnung dan difikirkan , apakah yang mendorong Mahathir tiba tiba menulis berkenaan Najib? Maka beberapa perkara didapati.

Kalau barua barua dipecat dan UMNo maka Tun tiada lagi tempat pergantungan nasib boboi Marina Mokhzani Muram dan anak cucu nya. Kemelingkupan legasi Tun akan lebih cepat lagi.

Mahathir tulis pasal Datuk Seri Najib dan menuduh Najib akibatkan kerosakan akhlak orang Melayu.

Mahathir akan tulis apa sahaja asal bukan berkenaan rasuah Zeti dan Nazlan.

Umum tahu sebab sebab nya.

Sebenar nya Mahathir malu kepada Najib dan sentiasa melepas geram nya kepada Najib. Najib suka beri wang rakyat kepada rakyat ,perbuatan ini memalukan Mahathir yang terkenal kedekut dan suka alih wang rakyat kepada kroni nya dalam bentuk “bailout” atau penciptaan projek.

Itu cara Mahathir alih wang tanpa terlihat mencuri.

Mahathir cuba alih tumpuan terhadap ramai balaci dan barua nya akan digantung atau dipecat dari UMNO hari ini.

Anonymous said...

Mahkamah dah timbang dan putuskan Najib tidak membunuh Analtunya. Sesiapa yang termakan hasutan dan fitnah GODFATHER sebuah parti chauvanis disarankan dengan segera meminta maaf. Takut2 nanti Allah bagi CASH kat dunia ni lagi!!!

Anonymous said...

Sekarang ni mana lagi dapat seketul ayam dan sayur RM7-8 hinggit? Tak percaya suroh menteri ikan kembong tu pergi makan kat kedai mamak!!! Kah..kah..kah..

Anonymous said...

Harga ubat2an pula dijangka meningkat! Diharap menteri raja formula songsang cepat bertindak. Perlu segara keluarkan formula2 hebat anda dalam mengekang kenaikan. Kah..kah..kah..

Anonymous said...

Sedangkan bn boleh jatuh....

Inikan pn dgn parti2 pandai cakap tapi x tahu buat keje... Lagi cepat jatuh

Anonymous said...

Maknanya bn tidaklah pandai memerintah. Puluhan tahun orang melayu kena tipu dengan bn. Last last, untuk tunjuk releven terpaksa juga jadi khadam dap. Pkr dan pan dah lama jadi khadam dap.

Bang non juga tak pandai perintah. Ikut cara bn. Kalau bn bergelumang dengan kluster, bang non ambik cluster jadi partner. Habis tu, macam mana nak selesai rasuah.

Kalau bn gelar pas pelacur, tiada beza dengan bang non. Yang jadi pelacur sekarang ialah bn. Yang melanggan ialah bang non.

Anonymous said...

Ha ha Itu bn dluuuuuu.

Bn skrng pandai dah. Kasi cantas geng pn dlm bn. Bru bleh tumpu ekonomi dan pilihanraya nanti.

BN pengalaman memerintah.

PH nak bersih dan akan kawal.

Perpaduan memerintah dengan kawalan yang bersih.

Terbaik ph bn.

Hidup YDPA.

Anonymous said...

Terbalik tu. PN ialah versi umno yang bersih. Dlm PN tiada kluster. Dlm BN kluster jadi ketua. Presiden BN jadi tpm tapi passport mahkamah pegang. Jadi orang buangan. Pat mat duduk di kampung pun boleh tunai umrah guna passport.

Masih nak jual nama perpaduan. Realiti nya kerajaan campuran. Nampak macam suci. Hakikatnya dalam gabungan hanya ada parti yang bermasalah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails