ALOR SETAR: Kedah tidak rugi susulan penutupan sepenuhnya operasi premis judi di negeri itu, berikutan kutipan cukai aktiviti berkenaan hanya berjumlah RM400,000 pada 2021.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata sebaliknya penutupan premis judi mulai 1 Januari lalu, bakal memberi lebih banyak impak positif kepada masyarakat dan negeri pada masa hadapan.
"Pada 2021, keseluruhan pendapatan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kedah hasil daripada cukai premis judi cuma sekitar RM400,000 sahaja, malah jika RM400 juta sekali pun saya tetap tutup premis judi.
"Kesan buruk judi lebih teruk, ada kalangan masyarakat dan ahli keluarga jadi berselerak kerana ada bapa jadi tahi judi, balik rumah pukul anak dan isteri, jual harta dan curi duit hanya kerana gila judi.
"Judi tidak beri langsung untung pada negeri, kita lebih untung apabila masyarakat selamat. Saya harap tindakan ini dapat sokongan kerana ia selari tuntutan Islam," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman hari ini.
Kerajaan negeri pada November 2021 memutuskan tidak lagi memperbaharui semua lesen premis judi dengan lesen terakhir tamat pada 31 Disember 2022 sebagai usaha menjadikan Kedah sebagai kawasan bebas judi.
Muhammad Sanusi berkata, penutupan premis judi sebenarnya dilakukan secara berperingkat sejak 2021 kerana bukan semua lesen judi tamat serentak dengan operator dimaklumkan lebih awal.
Jelasnya, pihaknya turut mengesan ada premis judi yang lesennya tamat lebih awal, namun mengambil peluang meneruskan operasi kedai secara haram sehingga 31 Disember lalu.
"Keputusan (tamat lesen) bukan drastik, operator sudah buat persiapan menukar jenis perniagaan mereka, cuma keadaan sikit panas semula baru-baru ini, tetapi ia tidak menjadi kudis kepada kerajaan negeri.
"Mengenai dakwaan ada premis haram masih jual nombor ekor, saya serahka kepada pihak berkuasa, apa-apa kegiatan tak berlesen ada agensi atau jabatan yang melakukan penguatkuasaan dan pantau," katanya.
Mengulas mengenai keputusan mengehadkan penjualan arak secara terbuka, beliau menegaskan arahan itu juga dimulakan pada 2021 membabitkan premis di kawasan ramai umat Islam.
"Kita akan pastikan penjualan arak hanya dibenarkan di kawasan didiami penduduk bukan Islam dan dalam jumlah munasabah, kita tidak halang orang bukan Islam minum arak, tapi ia tidak boleh dijual di tempat tidak ada orang mengambilnya.
"Di Singapura ada banyak amaran jelas melarang penduduknya minum arak dan memandu, Malaysia baharu hendak nasihat jangan minum dan memandu. Singapura lebih tegas dalam undang-undang berkaitan minuman keras, namun tidak ada pihak yang mengadu," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Kantoi' dalam kereta lakukan seks sejenis.. & RM400 juta sekali pun, tetap tutup premis judi..
Di Singapura ada banyak amaran jelas melarang penduduknya minum arak dan memandu, Malaysia baharu hendak nasihat jangan minum dan memandu. Singapura lebih tegas dalam undang-undang berkaitan minuman keras, namun tidak ada pihak yang mengadu.
Bikin malu Malaysia!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
BERITA LANDAK:
Bera: Seseorang memberitahu saya, beliau telah menyelamatkan sepasang Landak Raya beserta 3 ekor anaknya dari banjir sekitar kawasan rumahnya. Apa dia patut buat?
Maklumat, lanjut, sila hubungi:
Ibnu Hasyim, Pengerusi Sementara Penaja Persatuan Penternak Landak W/P. Tel 014-400 2015
3 comments:
Tahniah MB Kedah... kalau harapkan ex MB Kedah si Boboi apaknya nama Tun Mahathir memang kiamat lah baru tutup kedai judi tu...
Boboi mana ada telo nak tutup kedai judi, betul lah tu apak boboi selambeer aje sambil gentel gentel telo sedekah Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew lgi...
Judi online tak susah pun nak sekat sbenonya... web sugardaddy. com okey jer selamber boleh sekat... judi online sekat jer laman web tu... abis citer
bukan nak pergi rampuh permis pun.. sekat online lingkup ler suma
nak sibu daya tak nak sibu dalih..
Tubuhkan satu jawatankuasa aduan orang ramai judi online secara online..
Kumpulkan semua laman laman web judi online dalam dan luar negara tsb..
Langkah akhir... sekat ajer ler laman web itu...
Pulis boleh pantau, SKMM lagi lah boleh pantau dan sekat duduk kat kosi sambil gentel telo ajerr..!!
Nak sibu daya tak nak sibu dalih...
Atao duit kau tim dah masyukkk oleh tokey judi online....
Keje senang pun liat nak buat... Acah acah power Islamik kott
Pulis boleh pantau, SKMM lagi lah boleh pantau dan sekat. Demer duduk kat kosi sekat web tu sambil gentel gentel telo aje tekan button enter utk sekat web komputer tuhh.. nak seribu daye yeoppp..!!
ruyup lah web judi online tuhh... kikiki
Lantokkkk la yeopppp oiiii... skg ni yeop yang berkuasa
nak sibu daya tak nak sibu dalih..yeoppp
kikiko
Su kata hanya tiada pertandingan. Ini kaedah lapok. Zaman atok pun dah ada. Bila presiden nak terus berkuasa, ujud peraturan. Nanti alasannya untuk rapatkan saf.
Mereka dengan dunia tersendiri. Nanti tersedak cari jajaran. Ego masih tinggi. Kuasa dah hilang.
Group lain x perlu langgar perlembagaan. Tewas boleh senyum. Menang bukan untuk kumpul khazanah.
Lain ditanya, lain dijawab.
Agak ragu ragu juga kebolehan menteri duit.
Simple question pun, jawapan tak betul.
Macam mana nak tangani kemelut ekonomi.
Biarlah pakar yang jaga urusan duit.
Post a Comment