Tuesday, January 17, 2023

K'jaan PH-BN langgar demokrasi tubuh JPKKP.. & Anwar lupa..

 

1. PH-BN mahu tubuh JPKKP di negeri PAS-PN

SELEPAS bantuan banjir disalurkan melalui JPP di negeri pembangkang. 

Kerajaan PH-BN meneruskan pelanggaran demokrasi dengan hasrat menubuhkan JPKKP di negeri tidak sealiran dengan Kerajaan PH-BN. 

Sedangkan sudah ada JPKK di setiap negeri. Ada budak-budak PH buat tanya, kenapa tak boleh ke? 

Penyaluran JPP dan penubuhan kembali JPKKP ini menggambarkan Kerajaan PH-BN tidak menghormati pilihan rakyat di negeri-negeri.

Mereka menubuhkan kerajaan lain di negeri-negeri pembangkang. Jahat puak-puak ini.

Aku tahu, satu saja matlamat mereka, nak menekan dan menghukum rakyat di negeri pembangkang kerana memilih PAS-PN. 

Soalnya, inilah taktik yang digunakan pada Kelantan sejak 30 tahun. Berjayakah dijatuhkan Kelantan? Lagi ditekan, lagi kami pertahan. 

Busuk hati sungguh PH, sanggup bersubahat dengan BN mendera rakyat di negeri pembangkang. Jijik dan hina.

Walhal pemimpin PH hari inilah dulunya duk di hadapan lawan penubuhan JPP dan JPKKP. 

Sungguh celaka kalian, menikam demokrasi dan mendera rakyat Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. 

Begitulah nasib, rakyat di negeri-negeri majoriti Melayu-Islam, dianiayai dan diperkotak-katikkan hingga ke kampung. 

Duhai pembesar-pembesar negara, janganlah jadi celaka.

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 16/1/2023


2. Lupakah Anwar pada santun budi orang Kelantan?    

SEJAK akhir 70-an serta awal 80-an, PAS dan ABIM berkongsi banyak cita dan impian. Revolusi Iran contohnya, menjadi satu perkara yang dikaji, diadakan perbandingan, diletak sebagai sumber inspirasi. Juga menggaris pengalaman penting serta telah mewujudkan gelombang kekuatan pengaruh gerakan Islam tanah air. Namun PAS dan ABIM kedua-duanya bersetuju ia tidak boleh ‘ditiru’ dalam konteks Malaysia. 

Begitu juga hal-hal lain. Dua organisasi ini berkongsi banyak perkara sehinggakan Presiden ABIM sering naik ke pentas ceramah PAS, mengutarakan idea, mengecam tindakan serta cara Umno memerintah negara. Beliau pernah digambarkan sebagai antara pimpinan masa hadapan PAS.

Dalam satu temubual dengan Razali Nawawi yang merupakan Presiden ABIM pertama pada 25 Mei 1998 di Shah Alam, pernah dikatakan Almarhum Datuk Asri Muda selaku Yang DiPertua PAS pada waktu itu telah menawarkan jawatannya kepada Anwar Ibrahim, tetapi ia ditolak. Semua itu satu catatan dan lipatan sejarah sahaja. 

Anwar akhirnya melakukan perkara bertentangan dengan pandangan umum iaitu dengan menyertai Umno pada 29 Mac 1982 sehingga menimbulkan perpecahan, kontroversi, pergeseran dan persimpangan antara jemaah-jemaah Islam serta pendukungnya di Malaysia. Pening seketika. Namun sebaliknya di pihak Umno, mereka meraikannya dengan gembira sehingga disebut, “…one of the biggest coups ever achieved by the Umno-led government”. 

Anwar dikatakan mahu ‘mencuci Umno daripada dalam’ serta ada yang mengatakan ia adalah satu gerakan terarah daripada tokoh gerakan Islam antarabangsa iaitu Ismail Faruqi yang mahu mendekatkan Dr Mahathir dan ABIM. Banyak juga teori-teori lain. Ia tidak penting pun kerana hakikat akhir Anwar sudah bersama Umno.

Bermula di Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi PAS melalui Zabidi Ali sejak 1978, Anwar bertiket BN merampasnya pada 1982 dan berterusan mewakili rakyat di sana selama 4 penggal. 

Terus melebarkan sayapnya dalam Umno, karier politik Anwar menjadi hebat dan setahun selepas masuk parti ‘keramat’ itu, beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983.

Pada tahun 1984, Anwar mengetuai Kementerian Pertanian Malaysia sebelum menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986 dan 1993. Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri selepas dipilih sebagai Naib Presiden Umno untuk menewaskan Tun Ghafar Baba yang diramal sebagai pengganti Tun Mahathir.

Sepanjang tempoh Anwar berada dalam kerajaan ini, beliau kuat dan teruk menghentam serta menyerang PAS termasuklah Negeri Kelantan yang diperintah parti Islam. Hal ini bukan rahsia sehinggakan Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa siang dan malam memohon bantuan Ilahi dalam mengemudi negeri dengan pelbagai tekanan dan hambatan.

Tahun 1998 bermulalah kes liwat dan tuduhan salah guna kuasa ke atas Anwar. Tiada tempat lain yang beliau tuju melainkan kembali rujuk dan memohon ‘perisai’ daripada Almarhum Tok Guru Nik Aziz serta Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang. 

Itu tidak terkecuali peranan besar Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor yang menggerakkan pelbagai gerakan bagi membela nasib Anwar. PAS yang selama ini lunyai dipijak serta disepak, telah menjadi baju besi utama yang beliau dambakan. Tok Guru Haji Hadi sendiri penuh iltizam membantu insan yang terzalimi dengan menulis buku bertajuk Qazaf.

Pada 16 Mei 2018 pula, Dato’ Seri Anwar diberikan pengampunan penuh tanpa sebarang syarat oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Ini satu titik tolak kepada permulaan episod baharu karier politik beliau sehingga berjaya menjadi Perdana Menteri kini. 

Persoalannya adalah, mengapa setelah banyak kali pemimpin Kelantan termasuk Almarhum Tok Guru Nik Aziz dan rakyat negeri ini, bahkan Sultan negeri ini, menghulur susu kepadanya, namun tuba jua yang mahu dibalas? 

Jika dahulu Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) pernah menjadi duri dalam daging, kerajaan dalam kerajaan yang meninggalkan luka yang tidak sedikit kepada Kelantan, mengapa kini Anwar mahu mengembalikan semua kisah pahit itu? 

Kenapa RM50 juta dana banjir untuk rakyat mahu diberi kepada JPP? Ajaib sungguh. Memang payah dah nak jumpa orang yang tak pandai mengenang budi sepertinya. Jarang anak Melayu sepertimu.

NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 14/1/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: K'jaan PH-BN langgar demokrasi tubuh JPKKP..  & Anwar lupa..

PM10 rupanya kembali ke zaman kezaliman BN sebelumnya... Jahat!

5 comments:

Anonymous said...

TUAN HAKIM
KES NAJIB DAN KES ZAHID
PINDAH NAIK PANGKAT
DARI TUAN HAKIM
JADI TUAN HAKIM
MAHKAMAH RAYUAN

APA MAKNA...!?

MAKNA NYA ATOK MASIH MENGUASAI PERCATURAN BARUA BARUA DAP@LEEKWANYEW

JIKA BROTHER ANWAR MENCATURKAN HAKIM LAIN SELAIN DARI HANJING TUN MAKA PERANG SESAMA BARUA LEE KWAN YEW AKAN MELETUS..

KHALAS

Anonymous said...

Tok mat puji dap. Tapi dap tibai presiden tok mat. Pulang paku buah keras. No anwar no dap.

Akar umbi umno tak malu ker. Presiden ko orang dah kena tibai dengan dap.

Anwar dap puji. Sebab itu aset dap. Anwar sekongkol ngan umno sebab nak jawatan. Tanpa parti kurap anwar tak dapat jadi pm.

Anonymous said...

Selagi amalkan sikap assobiah memang patut ditekan.

Anonymous said...

Bro An pun songlap duit persekutuan. Bagi kat kaki tangan ph. Itu lebih hodoh. Patutlah kluster wak sokong bro an. Dan bro an macam kurang tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Anonymous said...

Bro an cakap macam suci sangat. Tapi kat punggung penuh tahi. Berulat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails