Tuesday, January 24, 2023

Konsert begini di negara umat Islam M'sia, wajarkah?

 

Radhi (kanan) akan mendendangkan rangkaian lagu malar segar OAG sepanjang konsert, esok. Foto OAG Official

HALAMAN HIBURAN
1. OAG rakam nyanyian peminat dalam konsert esok

KUALA LUMPUR : Konsert OAG 30 Tahun Generasiku di Stadium Malawati, Shah Alam, esok, bakal melakar sejarah peribadi buat band itu.

Acara itu menjadi konsert berskala besar yang julung kali dipentaskan band itu selepas tiga dekad OAG berada dalam belantara muzik tempatan.

Berkongsi perkara itu, pemain dram kumpulan alternatif terkenal itu, Qi Razali berkata, konsert itu bukan sahaja menghimpunkan penggemar setia, malah, dianggap dokumentari yang memaparkan perjalanan band itu sejak mula aktif di pentas muzik.

"Pada konsert itu, kita kumpulkan semua orang yang pernah bersama OAG dari dahulu sampai kini.

'Kita pun tahu sejarah OAG yang ahlinya sering bertukar ganti. Jadi, kami mahu meraikan kejayaan ini bersama-sama.

"Selain menyanyikan antara 20 hingga 30 lagu, konsert itu juga menayangkan video yang menceritakan awal pembabitan kami dalam bidang muzik seperti gig pertama yang kami sertai. 

Konsert OAG 30 Tahun Generasiku anjuran BSX Box dengan kerjasama Kongres Muzika Malaysia mengisi festival seni yang bermula seawal 9 pagi sehinggalah 12 tengah malam, esok. Foto IG OAG Official

"Radhi banyak menyimpan video lama kami. Sambil berhibur, dapat juga kita imbau memori 30 tahun dulu," kata Qi pada sidang media di Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Yang turut hadir, vokalis, Radhi dan bekas anggota OAG, Naza serta wakil penganjur.

Mengulas persiapan menjelang konsert itu, Radhi atau nama sebenar, Muhammad Radhi Razali perkara utama yang akan dititikberatkan adalah tahap kesihatan.

"Usia saya sekarang pun bukan muda lagi. Jadi, untuk mengekalkan stamina, saya jalani kehidupan sihat dengan melakukan senaman termasuk berjoging.

"Saya tahu ramai yang mempersoalkan kemampuan saya dan sangsi. Saya faham, takkan ada seorang pun yang akan menonton konsert artis 'lalok'.

"Justeru, sejak sebulan lalu, saya berusaha melawan 'kejahatan' dalam diri bagi memastikan saya 'bersih'," luah penyanyi lagu Slumber ini.

Bagi memahat kenangan bersama peminat yang sentiasa ada di saat jatuh dan bangun mereka, Radhi memberitahu, mereka akan mengabadikan vokal penonton konsert itu dalam single baharu mereka berjudul Ori.

"Selama ini, mereka hanya menjadi penyanyi latar setiap kali kami membuat persembahan.

"Disebabkan itu, timbul idea untuk memuatkan suara peminat dalam lagu ini. Lagu ini belum siap sepenuhnya.

"Kami hanya tunggu penonton menyanyikan rangkap mereka untuk dirakam dan dimuatkan dalam single itu," katanya.

Maklumat pembelian tiket boleh didapati didapati di laman sesawang www.oagforever.com.

OAG atau Old Automatic Garbage yang sebelum ini dikenali sebagai band 'underground' mula menembusi pasaran arus perdana menerusi lagu 60's TV pada awal 1990-an.

Konsert anjuran BSX Box dengan kerjasama Kongres Muzika Malaysia bukan sekadar konsert, malah, festival yang bermula seawal 9 pagi sehinggalah 12 tengah malam.

Pelbagai program dikendalikan di perkarangan stadium termasuk gerai jualan, pameran, pertandingan dan persembahan beberapa kumpulan muzik lain.


2. Blue tetap datang KL 

Konsert Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour akan dipentaskan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, pada 10 Februari depan. Foto IG Official Blue

KUALA LUMPUR : Konsert meraikan dua dekad kumpulan popular British, Blue, di sini, bulan depan diteruskan biarpun salah seorang anggotanya, Lee Ryan terbabit dalam kes salah laku perkauman dan kekerasan, baru-baru ini.

Penganjur yang juga pengasas Honeymoon, Kesavan Purusotman, berkata, setakat ini tiada perubahan dimaklumkan pengurusan Blue dan konsert berkenaan diteruskan seperti biasa.

"Seperti yang ramai sedia maklum, Ryan terbabit dalam kes berkaitan undang-undang di United Kingdom (UK). Tetapi, setakat ini, tidak ada perubahan untuk siri jelajah Blue.

"Mereka melakukan siri jelajah ke beberapa negara di Asia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Kami, selaku penganjur tidak ada sebarang maklumat terperinci berkaitan kes itu," katanya.

Kesavan atau lebih dikenali sebagai KC berkata, pihaknya dimaklumkan kumpulan yang popular dengan lagu All Rise itu akan tampil dengan anggota lengkap iaitu seramai empat orang.

"Dalam perbincangan bersama pihak pengurusan Blue, kami dimaklumkan mereka akan tampil berempat. 

Kumpulan Blue akan mengubat rindu peminat melalui rangkaian lagu ‘hit’ pada konsert di KLCC, bulan depan. Foto IG Official Blue

"Apa yang saya faham, kalau dalam persembahan berkumpulan, sekiranya ada yang tidak dapat hadir atas isu peribadi, anggota lain akan mengambil alih kekosongan itu," katanya.

Konsert Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour akan dipentaskan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, pada 10 Februari depan.

Sementara itu, anggota Blue, Simon Webbe tidak sabar untuk menghiburkan peminat menerusi rangkaian konsert jelajah sempena ulang tahun ke-20 kumpulan itu.

Webbe masih teringat sambutan diberi peminat ketika mereka bertandang ke Malaysia pada awal pembabitan sebagai kumpulan vokal.

"Ketika kali pertama kali datang Asia dan kami sempat singgah di Malaysia. Kami terkejut dengan sambutan yang diberi ketika itu. Peminat tunggu kami di lapangan terbang untuk sambut kami.

"Tidak sangka kami ada peminat di negara lain dan sehingga kini, kami tidak akan lupakan kenangan itu," katanya pada sidang media secara virtual di sini, baru-baru ini.

Bagi Antony Costa pula, dia berharap peminat akan terhibur dengan untaian lagu 'hit' Blue pada konsert jelajah itu.

Setakat ini, tiket konsert jelajah Blue di Malaysia anjuran Hitman Solutions dan Happymoon itu sudah terjual lebih 60 peratus.

Tiket untuk menyaksikan konsert masih boleh didapati di laman sesawang www.hitmanlive.com.


Komen Weblog Ibnu HasyimKonsert begini di negara umat Islam Malaysia, wajarkah diadakan?

Sila kemukakan pandangan anda berserta hujjah-hujjahnya, termasuk dari sudut agama masing-masing, jika perlu..

Sekian, terima kasih.

5 comments:

Anonymous said...

Apa yang liberal buat dikatakan halal. Apa yang pas buat dikatakan haram.

Jadi rakyat kena fikir fikirkan.

Anonymous said...

Antara dapofobia ialah bila kampong melayu di pulau pinang dihapuskan.
Bila kampong orang melayu dirampas untuk dibina kondominium.
Bila jumlah penduduk orang melayu disingkirkan supaya jadi minoriti.

Anonymous said...

Bila menteri formula suruh boikot kedai makan, macam pernah dengor cadangan stupid sebelum ini.
Harga ayam naik, jangan makan ayam.
Ingatkan dah kena tibai pasai ayam, dah guna cara baru.
Rupanya tidak.
Gelap bengap pasai ekonomi.
Patut restoren owner pun tibai menteri formula.
Pasai restoren owner pun beli cabai, terong, kobis, bendi.

Cadangan yang menyakitkan hati.
Sakitkan hati pengguna.
Sakitkan hati pengusaha.
Menteri menteri banyak duit.
Tak ambil gaji pun, rumah harga 12 juta.

Mentri bulan pun ambik gaji, tapi rumah tak sampai harga 12 juta.
Gaji sikit pun tapi tak ambik rasuah.

Anonymous said...

Konsert ada halal ada haram.
Rasuah tiada yag halal, semua haram.
Sedeqah tiada yang haram, semua halal.
Liberal tiada yang halal, semua haram.
Patwa.

Anonymous said...

Bila dapig campur tangan dalam hal agama Islam, maka sakit hati orang Islam.
Maka wujud dapofobia.
Bila nga kok pit sebut pasai taliban, maka sakit hati orang Islam.
Maka wujud dapofobia.
Bila siang kit kata Islam buat mundur, maka sakit hati orang Islam.
Maka wujud dapofobia.
Bila dapig ada terroris tamil eelam, maka terganggu ketenteram awam.
Maka wujud dapofobia.

Tapi dapig ada backup.
The liberal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails