Wednesday, February 01, 2023

Lagi 4 perkara.. Madani, my anak bini. Hasan Karim, Kit Siang, Rafizi..

 


1. Anak dengan Ayah sama aje... Madani, my anak bini

Pelantikan Nurul melanggar reformasi yang dilaungkan selama ini.Malangnya orang PH macam orang UMNO diam bila pemimpin mereka buat perkara bodoh dan merosakkan parti.

Tak ada yang tegur melainkan mengampu. Rakyat dikencing habis-habisan.

PENAFIAN  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. 

Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian  1Media.my  berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


2. Lantik Nurul Izzah salah dari segi moral - Hassan Karim 

Bukan sahaja pembangkang, Hassan Abdul Karim turut tidak sedang dengan pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan kewangan dan ekonomi perdana menteri.

Anggota parlimen lantang Pakatan Harapan (PH) itu berkata ketika penyokong gabungan itu bertanya padanya berkaitan perkara itu, dia menjawab:

"Legally right but morally wrong. (Betul dari segi undang-undang tetapi salah daripada segi moral.)”

Pemuda Bersatu hari ini mempersoalkan tadbir urus Perdana Menteri Anwar Ibrahim  dengan “segala macam jawatan lantikan bertaraf penasihat” ketika pembentukan kabinet lebih kecil.

Jawatan itu juga didakwa bercanggah dengan kedudukan menteri ekonomi Rafizi Ramli.

Badan pemikir Pusat Pendidikan Pasaran (CME) pula berkata Nurul Izzah tidak mempunyai latar belakang khusus dalam ekonomi atau kewangan.

Menurut CME, walaupun kepakaran tidak diperlukan untuk peranan politik seperti menteri kabinet, ia perlu bagi jawatan penasihat dan kaunselor.


3. Masa tak memihak kepada kamu, Kit Siang beritahu kerajaan  

PETALING JAYA: Veteran DAP Lim Kit Siang bersetuju dengan bekas timbalan perdana menteri Musa Hitam bahawa sudah tiba masa untuk kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim bertindak dan bukannya bercakap semata-mata.

Dalam ucapan di majlis Tahun Baharu Cina semalam, Lim berkata Jemaah Menteri kerajaan pimpinan Anwar mesti mempunyai pemikiran bahawa penggal mereka boleh berakhir pada bila-bila masa, memetik kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020.

“Kerajaan perpaduan Anwar perlu mempunyai pemikiran yang penggal mereka mungkin berakhir pada bila-bila masa walaupun mereka berniat untuk berkhidmat sepenuh penggal lima tahun mereka. Kerana inilah mereka perlu mula melaksanakan cadangan-cadangan utama mereka dalam tempoh enam ke 12 bulan yang pertama,” kata bekas Ahli Parlimen itu.

Beliau berkata, Putrajaya mesti menjadikan sidang Parlimen selama tujuh minggu yang bermula bulan depan sebagai “paling diingati” dalam memulakan reformasi institusi.

Katanya, ujian besar terdekat untuk kerajaan perpaduan Anwar akan datang ialah enam pilihan raya negeri tahun ini.

“Saya sentiasa berasa ragu-ragu dengan perbualan mengenai ‘gelombang hijau’ dalam PRU15 sebelum ini, tetapi perkembangan politik baru-baru ini kelihatan seperti telah memberikan tenaga kepada Perikatan Nasional (PN).”

Jumaat lalu, Musa memberitahu masa untuk kerajaan perpaduan Anwar bercakap mengenai pelbagai isu dihadapi negara telah berlalu dan kini adalah masa untuk mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikannya.

Beliau merujuk ucapan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, yang memberitahu panel itu bahawa ia akan mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk menangani masalah ekonomi Malaysia, sambil berkata orang ramai hanya memberi Putrajaya “tiga hingga enam bulan”.

“Selepas itu, mereka tidak akan bersopan santun dengan anda,” kata Musa di sebuah forum yang turut dihadiri Rafizi.


4. Bukankah Rafizi pakar formula sudah dilantik jaga ekonomi, kenapa perlu lagi penasihat? 

Lantikan Nurul Izzah sebagai penasihat sudah disahkan sendiri oleh bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi selepas laporan berhubung pelantikan itu mencuri tumpuan rakyat.

Anak perempuan Anwar yang sebelum ini digelar ‘puteri reformasi’ disahkan bapanya dilantik sebagai penasihat kanan kewangan dan ekonomi, namun persoalannya adakah itu ‘reformasi’ yang dimaksudkan hendak diperkenalkan oleh Perdana Menteri dalam pentadbirannya?

Sejak laporan berhubung pelantikan tersebut, reaksi orang ramai sama ada dalam media sosial dan juga orang politik khususnya adalah sangat negatif, malah tidak kurang juga pelbagai sindiran sinis dibuat terhadap kerajaan campuran.

Tidak kurang juga terdapat dikalangan orang ramai memainkan semula istilah ‘nepotisme’ yang popular sebelum ini di bibir Anwar dalam ceramahnya ketika mengkritik lawan politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan UMNO (sebelum menjadi sekutu politik).

Bagi anak muda, mungkin bait-bait ‘nepotisme’ mungkin sudah jarang kedengaran sekarang sejak Pakatan Harapan (PH) berkahwin dengan UMNO, tetapi bagi orang politik yang ‘season’ atau lama, itu adalah kata-kata yang amat sinonim dengan Anwar.

Semasa era reformasi ketika Anwar kuat melawan Dr Mahathir dan UMNO, pakcik dan makcik di kampung-kampung pun sudah mengetahui makna perkataan ‘bombastik’ yang sering dilontarkan oleh Presiden PKR itu, ketika itu masih belum ada telefon bimbit pintar dimana boleh dicari menerusi carian Google.

Kini selepas menjadi penguasa, nampaknya ‘nepotisme’ itu sendiri menjadi amalan dalam kerajaan campuran sekarang ini.

Malah, rakyat menyindir dengan tajam dalam media sosial dengan bertanya, adakah ini kerajaan anak beranak atau kerajaan yang mahu membantu rakyat seperti yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Ia satu harga yang mahal terpaksa Anwar tanggung apabila laporan berhubung lantikan anaknya itu mendapat perhatian umum, pentadbirannya kini diberi gelaran macam-macam sehingga pejuang siber mereka sendiri pun terkasima hendak menangkisnya.

Bagaimanapun, persoalan paling penting adalah perlukah Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kewangan dan ekonomi kepada bapanya kerana bukankan kerajaan sudah mempunyai Rafizi Ramli?

Rafizi Ramli yang dikenali sebagai pakar formula sudah dilantik menjadi Menteri Ekonomi, bukankah kerajaan boleh mendapatkan khidmat nasihat Timbalan Presiden PKR itu dalam mencari pendekatan yang terbaik untuk memulihkan ekonomi negara, mengapa perlu seorang lagi penasihat? 

Jika Anwar berkata anaknya layak kerana mempunyai kelayakan pendidikan, persoalannya kini adakah Rafizi tidak layak untuk menjadi penasihatnya juga memandangkan portfolio yang dipegangnya itu juga berkaitan dengan ekonomi.

Malah, umum mengetahui Rafizi mempunyai banyak idea dan dilihat sebagai tokoh pemikir kepada PH sebelum ini, pelbagai formula dan kaedah untuk memulihkan ekonomi penuh dalam kepalanya, mengapa tidak digunakan sahaja nasihat daripada beliau?

Atau sebenarnya Anwar tidak mempercayai Rafizi untuk menasihatinya dalam isu-isu berkaitan ekonomi?

Bukankah menteri ekonomi boleh memberi nasihat ekonomi? “On the plus side” Izzah dan Rafizi memang rapat dan boleh menjadi kombinasi baik dan berkesan.

Tidak kisahlah jika Anwar mengatakan anaknya tidak menerima sebarang elaun bagi jawatan dilantiknya itu, tetapi persepsi rakyat tidak dapat dielakkan bahawa ini adalah sebuah kerajaan anak beranak.

Langkah ini hanya akan memberi persepsi pelbagai macam terhadap kerajaan dan apakah pembaharuan yang hendak dilakukan jika tidak bermula di pejabat Perdana Menteri sendiri.....

https://www.agendadaily.com/

Komen Weblog Ibnu HasyimLagi 4 perkara.. Madani, my anak bini. Hasan Karim, Kit Siang, Rafizi..

Ada juga yang memberi komen 'Lantik anak nak singkir Rafizi itu sebenarnya.'

4 comments:

Anonymous said...

Punasihat papa mestilah anak bini papa hehe.
Kalau lantik jadi pengarah anak syarikat atau bekerja sebagai kerani atau pengurus yg mesti masuk opis sebagai pekerja am perjawatan takda la orang nak bising.
Selama ni pun takda orang nak bising soal kalau ada sedara-mara wakil rakyat yg bekerja contohnya dipejabat kemas, pejabat daerah, dsb...
Ini tidak dilantinya jadi punasihat ekonomi perdana menteri yg jugak bapaknya.
Kalau dia tu kerja sebagai professor ekonomi takde la jadi issu sangat malah barangkali dialu alukan dengan sebab meninggalkan profession untuk membantu bapaknya.
Lucu la geng2 PH aka Pakatan Hoihoiyahoi nih.

Najib dulu pun tak lantik Hishamuddin jadi pemangku Tpm sebab untuk mengelak dari dilihat nepotisma, last2 lantik wakjahid yg bawak sial.
Logik la sikit cai.

Anonymous said...

PRN bulan Mei 2023 ini masa terbaik melingkupkan saki baki barua LeeKwanYew@DAP dari tampuk kuasa

Formula turun harga barang ialah dengan melingkupkan saki baki barua barua Lee Kwan Yew @ DAP dari tampuk kuasa negara.

Langkah ke dua mewujudkan beratus ratus billionaire Melayu dan jaringan kartel mafia Melayu di segenap sktor

Kita dah tak perlukan taikun kaum mata sepet ini..Tak kan Melayu nak bergantung pada rangkaian mafia kartel judi, kartel bapak ayam, kartel dadah, kartel arak, kartel babi.

Kartel mafia mata sepet yang monopoli dan menentukan harga barangan asasi memgikut tuan mereka 'little Israel' di Singapura di sana.

Ini lah kebodohan pemimpin Melayu 60 tahun lama nya dibaruakan oleh kaum mata sepet ini sambil bergantung harapan pada kartel mafia LeeKwanYew@DAP/MCA tak guna ini.

Pemimpin Melayu dan PM silih berganti tapi kartel kartel mafia mata sepet tetap orang yang sama, tetap nama yang sama dan tetap menguasai semua sektor perekonomian negara..

Formula mereka mudah sebab nya PM yang ada dolu memang dibawah kawalan kartel mata sepet LeeKwanYew@DAP/MCA berpusat di Singapura@Little Isreal Asia Tenggara..!!

Ayoh semua bangun orang Melayu lingkupkan pemimpin barua mereka ini dari tampuk kuasa negara pada PRN Mei 2023 ini.

Kalau dolu ada billionaire Melayu tetapi mereka di adu dombakan di batu apikan sesama sendiri supaya berbunuhan dan bercakaran sesama Melayu. Ujudkan Team A dan Team B dalam Parti UMNo supaya kartel ini mudah membatu api dan adu domba supaya berbunuhan sesama Melayu..!!

Selagi negara bergantung pada kartel mafia kaum Lee Kwan Yew ini harga barang tak akan turun. Ujudkan kartel Kaum Melayu vs Kaum Kartel Cina pasti lingkup kartel Lee Kwan Yew@DAP.

PRN bulan Mei ini lah masa terbaik untuk orang Melayu hapuskan kesemua saki baki barua pemimpin Melayu yang bertuankan DAP@LeeKwanYew dari tampuk kuasa.

#LingkupkanbaruaLeeKwanYewPRNini

Anonymous said...

Politik hipokrasi Singapura jadi contoh dan ikutan pembangkang di Malaysia.

Pada walaun dan barua yang berkiblatkan parti DAP@PAP di Singapura. Bukti artikel di link di bawah ini menunjukkan betapa kronik nya amalan nepotisma dan kroni keluarga Lee Kwan Yew dalam politik Singapura.

Meritokrasi 'aleutoh' Lee Kwan Yew lah yang walaun kat sini terkinja kinja bodoh meng agong agongkan politik Singapura..Puii..!!

Yg pelik ada Melayu ultra pun boleh berubah jadi barua DAP@PAP Lee Kwan Yew di Malaysia.

Link kat bawah ni hahh..!! siap dengan charta hubungkait dan gambar gambar hubungan keluarga Lee Kwan Yew sesama sendiri untuk menguasai Singapura mengunakan neraca nepotisma dan kroni.

Yang peliknya walaun di Malaysia pun turut terkinja kinja kagum dengan politik Singapura... punya bodohh puiiii..!!

https://jesscscott.wordpress.com/2015/08/30/royal-bloodline/

Bukti dan fakta di bawah ini juga menunjukkan betapa kronik double standard PM Lee Hsien Loong ingin membayar dirinya dan menterinya beberapa kali lebih banyak daripada apa yang mereka perlukan untuk kos sara hidup di Singapura, sementara mahu rakyat Singapura mengurangkan perbelanjaan mereka.

Politik Hipokrasi adalah Kekuatan Nepotisme di Singapura.

Link kat bawah ni haahh sial..! Ada charta dan gambar hubung kait sesama keluarga Lee Kwan Yew.

https://jesscscott.wordpress.com/2015/08/31/siblings/

Orang bodoh saja menyatakan Singapura amalkan meritokrasi... Pada bangsa Melayu dan India warga Singapura fikir fikirkan lah. Politik persepsi yg menghayalkan barua dan walaun di negara ini selama ini.

Nah saksikan link kat bawan ini jadi saksi betapa kronik hipokritnya politik Lee Kwan Yew abang besar DAP itu..!!

https://jesscscott.wordpress.com/tag/family-tree/

Lupakan Singapura tinggalkan Singapura... duri dalam daging bila berbaik dengan Singapura.

Lihat lah fakta di atas bagaimana rangkaian keluarga Lee Kwan Yew menguasai Singapura.

Pada barua dan walaun sekelian bukak biji mata dan buka segala bijik buah yg ada kat badan tuan puan sekelian kamu boleh mengukur dan nilaikan sendiri apakah struktur politik pemerintahan Singapura berdasarkan meritokrasi atau nepotisme / klan dan kekeluargaan...!?

Masa Malaysia eratkan hubungan budaya dan ekonomi antara bangsa serumpun Malaysia Indonesia lebih menguntungkan kedua bangsa serumpun.

Tinggalkan Singapura keseorangan pedulikan dan lupakan Singapura mari pereratkan lagi hubungan Malaysia dan Indonesia saudara serumpun kita.

Anonymous said...

Hihihi tiada beza yang sekarang dengan yang dulu. Anak beranak cucu cicit.
Rasuah dan menyamun. Cuma halus caranya. Tiada gaji.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails