RASA nak marah baca posting Facebook Exco Kerajaan Negeri Selangor dari DAP yang seorang ini.
Di Selangor sendiri, pada tahun 2020 ada 67 kes kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk. 3 daripadanya melibatkan kematian.
Ingat lagi kes seorang anggota polis maut dirempuh pemandu mabuk? Ya, itu di Selangor. Tahun 2020. Sekarang, mungkin lagi bertambah statistiknya.
Begitu juga kes jenayah yang dilakukan oleh pesalah di bawah pengaruh alkohol. Baru tahun lepas, seorang pemabuk menyamun sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa, Klang. Tak jauh dari kawasan DUN yang diwakili oleh beliau juga di Klang. Itu satu kes.
Banyak lagi kes jenayah sebegini, melibatkan penjenayah di bawah pengaruh alkohol. Itu cerita Selangor.
YB Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan di Penang. Penang juga ada kes yang sama. Sebab itu, kita tak setuju bila arak dijual secara terbuka.
Sebab benda ini menggalakkan pemabuk-pemabuk ini minum arak di tempat terbuka, kemudian bila hilang kewarasan, mula buat sesuatu di luar kawalan. Bawa kereta, langgar sana sini. Buat jenayah, ragut rompak orang.
Nak mabuk, pergilah mabuk dalam rumah. Mabuk dekat tempat awam buat apa? Takkan benda macam ini pun gagal faham? Dan apa kaitan sembahyang kami dengan cerita ini?
Pemimpin DAP rasis dan celupar mulut seperti Teng Chang Khim inilah yang menyebabkan Melayu Islam jauh dengan PH.
NAZRUL NAZIR – HARAKAHDAILY 11/1/2023
2.WALES: Selepas 24 jam bergelut dengan banjir dan angin ribut kencang, penduduk di United Kingdom diberitahu agar bersiap sedia dengan salji ekstrem susulan suhu menjunam pada minggu depan.
Hujan lebat semalam, Khamis (12 Jan) telah menyebabkan sebahagian besar penduduk berhadapan dengan malapetaka sungai yang pecah dan jalan raya yang ditenggelami air, menyebabkan kediaman dan pemandu di jalan-jalan raya berhadapan risiko bahaya, lapor Daily Mail UK.
“Walaupun hari ini dijangka lebih cerah, satu lagi pusingan cuaca basah dan berangin mungkin berterusan sepanjang hujung minggu dan ke minggu depan,” ujar amaran yang dikeluarkan oleh Met Office di UK.
Bahagian barat laut England, Ireland Utara dan Wales Utara semalam dilanda tiupan angin yang bergerak sehingga 113 kilometer per jam, yang mana menjelang minggu depan penurunan suhu akan membawa risiko salji ekstrem ke UK.
Lokasi yang terjejas banjir di United Kingdom pada 12 Jan 2023 termasuk di Somerset, Wales dan Telford (FOTO: Daily Mail UK)“Banjir sungai dan air permukaan tempatan berkemungkinan berlaku di seluruh bahagian England hari ini,” tambah Met Office dan Agensi Alam Sekitar UK, selepas Khamis (12 Jan) menyaksikan amaran banjir dikeluarkan di seluruh negara itu.
Memandangkan suhu semakin menurun pada hujung minggu ini, Britain boleh menjangkakan untuk menghadapi bahaya musim sejuk termasuk salji dan ais.
“Angin kencang akan membawa rasa sejuk kepada orang ramai pagi ini, dengan angin ribut di sepanjang pantai dan di kawasan yang lebih tinggi,” ujar kenyataan Met Office UK.
Tambah kenyataan itu, keadaan akan menjadi lebih tenang di barat laut Scotland, tetapi hujan akan terus melanda ke kawasan utara dan barat.
Keadaan banjir di Peterston-Super-Ely berhampiran Cardiff, United Kingdom pada 19 Jan 2023. (FOTO: Wales News Service)“Walau bagaimanapun, ia dijangka menjadi lebih sejuk pada hujung minggu – dan ke minggu depan – yang kemudian membawa hujan salji yang meluas,” ujar kenyataan itu.
Pakar meteorologi tempatan dalam pada itu berkata, cuaca buruk di UK sebahagiannya disebabkan oleh ‘cuaca sejuk-beku besar-besaan’ yang melanda Amerika Syarikat baru-baru ini.
“Penurunan suhu dalam beberapa hari akan datang bermakna hujan boleh memberi laluan kepada salji di kawasan tinggi di kawasan utara, khususnya Scotland, dan juga di kawasan yang lebih rendah,” kata jurucakap Met Office UK, Stephen Dixon.
“Keadaan basah dan berangin berkemungkinan berterusan sehingga Sabtu (14 Jan) dan Ahad (15 Jan) ini, membawa bersama risiko baharu banjir di kawasan yang telahpun mengalami hujan lebat sebelum ini,” ujarnya.
Tambah Dixon, senario hujan lebat yang turun semalaman belum berakhir pada hari ini, Jumaat (13 Jan) tetapi merupakan permulaan kepada satu lagi bencana hujan ekstrem yang akan melanda di seluruh UK pada hari Sabtu (14 Jan) dan ke pagi Ahad (15 Jan).
“Kami akan memerhatikannya kerana sebahagian daripada hujan itu akan turun di tanah yang sudah tepu.
“Suhu akan turun sepanjang hujung minggu membawa bersamanya hujan musim sejuk, dengan kemungkinan salji di kawasan yang lebih tinggi,” katanya.’
Cuaca musim sejuk berlaku selepas beberapa bahagian di bahagian barat UK dilanda cuaca basah malam Rabu (11 Jan) – termasuk pinggir bandar Bristol di Hanham – dan air sungai Avon melimpahi tebingnya di tengah-tengah hujan lebat.
Tempat letak kereta untuk dua pub – Old Lock & Weir Inn dan Checkers Inn – adalah salah satu tempat yang terjejas teruk akibat kenaikan air.
“Malangnya banjir melanda tebing sungai, hampir dengan beberapa rumah dan pusat perniagaan,” ujar seorang saksi di lokasi kejadian.
Gambar-gambar di media-media sosial turut menunjkkan uncul tentang kereta-kereta yang ditenggelam banjir di Old Bristol Road di Keynsham.
Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Avon berkata kru mereka telah menyelamatkan seorang mangsa daripada kereta mereka sejurus sebelum jam 2 pagi, dan sejurus selepas 8 pagi mereka menyelamatkan tiga lagi orang yang terkandas di dalam kenderaan masing-masing.
Sementara itu, penduduk di Shropshire dan sempadan Mid Wales di Herefordshire diberitahu untuk mengambil tindakan untuk melindungi rumah mereka, berikutan banjir dijangka berlaku di Ironbridge dan Jackfield, serta lima kawasan lain.
Maerdy, sebuah kawasan di Lembah Rhondda Scotland, dilanda hujan pada 82.2mm antara 9 malam Rabu (11 Jan) dan tengah hari Khamis (12 Jan), sementara di Pontypridd (77.2mm) dan di barat daya Dunkery Barat (59.6mm).
Sebuah kereta tersadai dalam air banjir di Walcott Ford, Drakes Broughton, Worcestershire pada 12 Jan 2023. (FOTO: Worcestershire Highways and Travel)Di Wales Selatan pula, tebing Sungai Taff telah pecah membanjiri beberapa taman dan laluan pejalan kaki di sepanjang denai Taff, termasuk Taman Bute Cardiff berhampiran pusat bandar, dan Taman Telaga Taff, yang kini digenangi air banjir.
Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat South Wales berkata, Porth dan Pontypridd adalah kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir.
Ia menyebabkan pusat seni dan muzik popular di Pontypridd, Clwb y Bont terpaksa ditutup kerana mengalami kerosakan akibat banjir.
Beratus-ratus hartanah di Newport pula terputus bekalan elektrik hampir sepanjang hari, manakala sebahagian laluan pejalan kaki runtuh ke Sungai Ebbw, yang membawa kepada penutupannya oleh majlis.
Sementara itu, tebing Sungai Usk di Powys juga telah pecah, membanjiri bahagian penempatan di Crickhowell.
Agensi Alam Sekitar menasihatkan orang ramai supaya memeriksa risiko banjir di kawasan tempat tinggal mereka, menjauhi sungai yang yang tebingnya berisiko untuk pecah dan tidak memandu melalui kawasan yang dilanda air banjir.
Andy Wall dari Sumber Asli Wales, berkata semalam (12 Jan), hujan turun dengan lebat sepanjang 24 jam yang lalu, susulan cuaca yang sangat tidak menentu yang berpanjangan di kebanyakan kawasan di Wales sepanjang bulan lalu.
“Terdapat gangguan perjalanan yang meluas dengan banjir di tanah rendah dan jalan-jalan raya. Kami mendapat beberapa laporan terpencil mengenai banjir dan kerosakan harta benda.
“Nasib baik, kami telah terhindar daripada beberapa yang terburuk yang mungkin berlaku jika hujan lebih lebat, tetapi secara keseluruhan, ia adalah gambaran yang sukar di seluruh Wales,” keluhnya.
Memandangkan hujan yang diramalkan oleh Met Office UK pada hujung minggu ini, tambah Wall, pihaknta menjangkakan untuk melihat sungai kembali dipenuh air, dan berkemungkinan besar banjir akan kembali melanda di tanah-tanah ladang dan jalan-jalan raya, terutamanya di komuniti terpencil di kawasan rendah.’
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini negara telah menyaksikan kekerapan cuaca buruk meningkat akibat perubahan iklim ekstrem, termasuk tempoh kemarau yang panjang serta tempoh cuaca basah yang juga berpanjangan di luar kebiasaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/1/2023
3. Sebab-sebab jatuhnya Granada
BANYAK faktor yang menyebabkan jatuhnya Granada yang merupakan kerajaan terakhir Andalusia, antaranya ialah:
1. Perpecahan dalaman.
Perbalahan dan perselisihan yang berbagai dalam kerajaan seperti perbalahan dalaman antara keluarga dalam kerajaan sehingga membuatkan para Menteri dan pemimpinnya sibuk dengan fitnah yang tiada penghujungnya. Demi memenuhi hasrat sang sultan, maka dikorbankanlah segalanya, dikorbankan sebahagian wilayah kerajaan, dan juga dikorbankan rakyat dengan meninggikan cukai.
2. Sanggup menjilat musuh Islam.
Kerajaan Islam Granada meminta bantuan kepada musuh, iaitu orang Kristian Sepanyol Raja Kastilia. Raja tersebut mempunyai pengaruh besar dalam menyalakan api perpecahan di kalangan pemimpin Islam. Sebagai contoh Ibnu Al Ahmar sanggup menjilat dan bekerjasama dengan Raja Kristian Sepanyol walaupun diperintahkan untuk mengepung dan menyerang Kerajaan Islam Bani Hud di Sevilla sehingga jatuhnya Kerajaan Islam Bani Hud. Akhirnya Ibnu Al Ahmar terpaksa menyerahkan Kerajaan Granada apabila menyedari bahawa Kerajaan Kristian Sepanyol semakin kuat dan berkuasa.
3. Melantik pemimpin pengkhianat.
Antara hal yang menyebabkan jatuhnya Granada ialah naiknya sebahagian raja pengkhianat yang rela menjual jiwa, sebagai contoh Az Zaghal dan Raja Abu Abdullah As Saghir. Mereka rela menjual negerinya dan mensia-siakan kemaslahatan rakyat demi keinginannya menjalinkan pakatan dengan pihak musuh.
4. Kejahilan dalam strategi musuh.
Ketika menyerahkan Granada, Raja Abu Abdullah As Saghir menyangka bahawa dengan melakukan kesepakatan bersama pihak musuh akan dapat menjaga hak-hak keistimewaan umat Islam. Beberapa syarat ia nyatakan agar dihormati oleh pihak musuh seperti hak keistimewaan umat Islam, akan tetapi menyetujui syarat tersebut hanyalah helah pengkhianatan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar lagi. Sehingga pada tahun 897H terbukti, Raja Ferdinand diarahkan untuk meninggalkan Andalusia dan beberapa peraturan yang menindas umat Islam dilaksanakan.
Begitulah antara peristiwa kelam yang berlaku ke atas umat Islam. Sayangnya apabila kita tidak menjadikannya sebagai iktibar untuk tidak berulang kembali.
Semoga Allah berikan kefahaman dan kekuatan untuk kita dapat menjadikan sejarah kelam itu sebagai sempadan untuk tidak berulang kembali.
SYAHRU RAMADHAN – HARAKAHDAILY 13/1/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mabuk lagi, meningkat tapi... UK bakal salji ekstrem? & Granada.
Mabuk punya hal, berlaku kerosakan di muka bumi kerana tangan-tangan manusia. Apakah selepas 24 jam banjir, ribut, UK bakal hadapi salji ekstrem.. dan jatuhnya Granada disebabkan tangan-tangan manusia juga?
Allahu 'aklam.
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
BERITA LANDAK:
Bera: Seseorang memberitahu saya, beliau telah menyelamatkan sepasang Landak Raya beserta 3 ekor anaknya dari banjir sekitar kawasan rumahnya. Apa dia patut buat?
Maklumat, lanjut, sila hubungi:
Ibnu Hasyim, Pengerusi Sementara Penaja Persatuan Penternak Landak W/P. Tel 014-400 2015
Bila nak tangkap dah heret Zety dan Jho Low ke mahkamah..!?
ReplyDeleteBagaimana Zeti atau pihak pendakwaan mahu menjelaskan kehadiran beliau dalam satu majlis pada 15 Disember 2022?
Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?
Mahkamah tidak boleh hadir, Majlis lain boleh? Sejak UMNO tadah punggung pada Bang Non kes Najib tidak dihiraukan lagi..!!
Mana suara pemimpin UMNO sekarang..
“Saya menerima pesanan teks daripada pegawai penyiasat (IO) sekitar 11.56 pagi ini memaklumkan bahawa Tan Sri Zeti yang sebelum ini saya maklumkan akan datang esok, telah memaklumkan melalui peguamnya kepada IO bahawa beliau tidak sihat dan mendapat cuti sakit selama dua hari,” – Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ahmad Ikram
UMNO menerusi satu kenyataan media menggesa agar tindakan sewajarnya diambil apabila tular pula dokumen siasatan berkaitan penglibatan seorang individu dalam skandal 1MDB dan SRC.
Link bawah Kenyataan media UMNO
https://umno-online.my/2022/08/18/sprm-jabatan-peguam-negara-perlu-beri-penjelasan-ahmad-maslan/
UMNO juga meminta agar siasatan terhadap penglibatan Tawfiq Ayman dan Zeti Aziz telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara. Apa status tindakan sekarang..!?
Penyokong 'Bossku' hanya tunggu dan lihat tindakan pemimpin UMNO setelah mereka menadah punggung masing masing pada Brother Anwar Bin Ibrahim.
Zety mengelak dari menghadiri sebutan kes 1MDB dengan alasan muntah, demam dan vertigo, sebaliknya boleh tampil dalam satu majlis lain.
Di hitung keseluruhan ‘cuti sakit’ yang diperolehi Zeti sehingga kini berjumlah 23 hari termasuk hari Sabtu dan Ahad.
Persoalannya, sampai bila Zeti akan menikmati ‘cuti sakit’?
Jom ramai2 pakat boikot kedai2 dan produk2 dap! Or buy them last, kalau penyokong PN yg ramai tu mulakan kempen ni dari sekarang insyaAllah berkesan.
ReplyDeleteOPR naik lagi... nnti Bang Non kata dia tak ade kuasa tu kuasa Bank Negara..
ReplyDeleteSo Bank Negara tu dibawah kementeian Kewangan nnti menteri Kewangan Kata dia tak ada kuasa itu kuasa Perdana Menteri....
Yang penting jawab sambil belit...
KIkikikikiki...