Tuesday, January 10, 2023

Mat Sabu tinjau 'ayam telur' di Tamil Nadu.. X perlu import -Dr Wee Ka Siong..



Mat Sabu meninjau sebuah pusat ladang ayam telur di Tamil Nadu baru-baru ini.

1. Mat Sabu lawat ladang ayam telur di India

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu, berlepas ke Namakkal, Tamil Nadu, India, hujung minggu lalu bagi melihat sendiri proses pengeluaran telur ayam yang dieksport ke Malaysia.

Memetik laporan Harapan Daily, lawatan itu juga bagi memastikan telur yang diimport untuk rakyat Malaysia adalah bersih, selamat dan lebih murah dari telur tempatan.

Mohamad menghabiskan masa selama dua jam di ladang pengeluaran dan pusat pengumpulan telur untuk pasaran Malaysia.

"Setelah melihat sendiri, saya yakin telur ini selamat dan melalui proses dalam persekitaran yang bersih untuk dimakan oleh rakyat Malaysia," katanya.

Ladang pengeluaran telur di Namakkal itu terletak lapan jam perjalanan darat dari lapangan terbang Chennai, Tamil Nadu, selatan India.

Sementara itu, melalui klip video yang dihantar, Mohamad turut melawat pusat pengumpulan telur sebelum ia dihantar ke Malaysia, Maldives, Qatar, Oman dan beberapa negara lain lagi.

Mohamad menjelaskan selepas mendapati telur berkenaan selamat dan bersih serta dapat diterima rakyat, maka telur berkenaan akan diimport menggunakan kapal laut.

Katanya, disediakan kontena pendingin hawa bagi memastikan kualiti telur tidak jatuh sepanjang perjalanan.

"Harganya diyakini akan lebih rendah selepas ini dan kompetitif dengan harga telur tempatan. Saya berpuas hati dengan kebersihan dan kualiti telur yang dihasilkan di ladang ini.

"Dengan usaha ini saya berharap orang ramai tidak akan ada masalah dengan bekalan telur lagi terutama sekali di musim perayaan," katanya.

Mulai 15 Disember lalu, telur yang diimport dari Namakkal, India di bawa masuk ke Malaysia melalui penghantaran percubaan.

Langkah itu bertujuan menyelesaikan masalah kekurangan bekalan telur ayam di pasaran yang dibawa dengan kargo udara menyebabkan harganya lebih mahal kerana kos pengangkutannya.

Sumber I Sinar Harian 


2. 'Abang Mat, tak perlu import telur dari India' 

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu, disaran meninjau ladang telur di Yong Peng, Johor dan tidak perlu ke India bagi menangani masalah bekalan bahan itu di negara ini.

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata Mohamad Sabu perlu mengutamakan penternak tempatan dan tidak mempunyai keperluan untuk menjelajah jauh ke India untuk meninjau ladang telur di Namakkal, Tamil Nadu.

"Tak perlu import telur dari India jika bekalan mencukupi. Kementerian Abang Mat turut menjaga keterjaminan makanan? Fikir-fikirkanlah Abang Mat! Telur dan ayam adalah makanan asas rakyat tak kira kaum atau agama. Patut dijadikan keutamaan," katanya.

Beliau juga mempertikaikan penetapan harga telur tempatan yang lebih murah berbanding harga telur diimport dari India, yang boleh menjejaskan penternak ayam dalam negara.

"Abang Mat, telur tempatan hanya boleh dijual dengan 41 sen sebiji kerana ada kawalan harga. Penternak tempatan mengalami kerugian kerana harga kos mereka melebihi harga kawalan telur. Jika mereka mengalami kerugian, penternak tidak akan menternak ayam untuk menghasilkan telur.

"Saya rasa pelik pula, telur diimport dari India dijual dengan 50 sen sebiji. Kalau diangkut menggunakan kapal, telur dari India mengambil masa tiga hingga empat minggu untuk sampai ke Malaysia. Segarkah telur India berbanding telur tempatan?" katanya. 

Terdahulu, media hari ini melaporkan, Mohamad Sabu berlepas ke Namakkal, Tamil Nadu, India, hujung minggu lalu bagi melihat sendiri proses pengeluaran telur ayam yang dieksport ke Malaysia.

Lawatan itu juga bagi memastikan telur yang diimport untuk rakyat Malaysia adalah bersih, selamat dan lebih murah dari telur tempatan.

Presiden MCA itu turut mencadangkan kepada Mohamad Sabu supaya menetapkan harga kawalan kepada 50 sen sebiji sama seperti harga telur yang diimport dari India.

"Saya rasa kalau harga kawalan ditetapkan 50 sen sebiji, mungkin penternak tempatan sanggup menternak ayam kerana mereka tidak akan rugi.

"Kalau kerajaan mampu dan bersungguh mahu membantu golongan B40, boleh wujudkan elaun telur secara tambah nilai kepada golongan B40 untuk menanggung bebanan kewangan iaitu selisih harga 9 sen sebiji. 

"Kalau RM200 setahun, banyak telur boleh dimakan oleh keluarga B40," katanya.

Sumber I BH Online

Komen Weblog Ibnu HasyimMat Sabu tinjau 'ayam telur' di Tamil Nadu..  Tak perlu import -Dr Wee Ka Siong..

Setuju Dr Wee Ka Siong, tak perlu import. Dah puluhan tahun merdeka, masih tiada telur sendiri? Porrah!

11 comments:

Anonymous said...

Tak kira apa anutan.
Samada Islam, syiah, liberal, komunis.
Semua perlu makan.
Yang penting halal dan ada unsur ibadah.

Anonymous said...

Kalau bende2 yg perlukan teknologi tinggi, mesin2 canggih, bolehlah impot. Setakat telur ayam elok cari kaedah untuk majukan industri tersebut dikalangan pengusaha tempatan. Tak perlu jauh pi India sana? Yang penting menteri perlu lebih kreatif dan inovatif...

Anonymous said...

Lulusan kulinari kreatif la sket menu tu.... kena inovatif le sket... tak kan nak robus tolo pun nak impot dri India

Masak rondang daun kotum ko,, chease kek kotum bubuh tolo ko...

Apo la haaiii

Anonymous said...

Masa PN jadi kerajaan tak bising pulak tolo tak ada... sekarang semua bising... apek pun tumpang bising kata tolo ada kat ayer hitam...

Anonymous said...

Kejap pagi walaun dah cokuppp jomlah, melebihi dari cokuppp deletelah komen ni😂😂😂

Anonymous said...

Import telur langkah sementara ajek. Bukan bela ayam hari ni esok boleh bertelur... cadangan import hanya utk stabilkan penawaran utk memenuhi permintaan. Banyakkan membaca supaya komen tak nampak macam tak berapa cerdik

Anonymous said...

Berapa komisyen teloq dapat ke india. Nak tunjuk buat kerja. Pada hal dlm negara banyak lagi yang penting. Saja makan angin.

Anonymous said...

Tak banyak.. 95bilion ajek

Anonymous said...

Fotostat black and white

Anonymous said...

Yang tu 95b seperti sebaran warga net atau warga kluster.

Tengku tanpa mahkota said...

Ayam ternak untuk bekalan telor tempatan yang tua tak diganti...mereka jaga ayam telor untuk eksport sahaja. Ini lah cara ugut kerajaan untuk naikkan harga telor tempatan. Sisepet ni rakyat dan tinggal di Malaysia, tetapi semangat dan sikap penipu kepada penduduk majoriti cukup kuat. Sebabnya kerajaan terlalu beri muka kepada mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails