Monday, January 09, 2023

Murid 6 tahun tembak guru. & DAP tolak judi..

 

Mangsa yang cedera parah dalam kejadian tembakan di Sekolah Rendah Richneck, Newport News, Virginia, Amerika Syarikat, Abby Zwerner kini masih dirawat di hospital. (FOTO: New York Post)

1. Guru ditembak pelajar berusia 6 tahun: Amaran buat AS

NEWPORT NEWSVirginia: Insiden seorang guru cedera parah ditembak seorang pelajar berusia 6 tahun di sebuah sekolah menunjukkan bahawa ia adalah sebagai tanda amaran ‘bendera merah’ buat Amerika Syarikat.

“Ini adalah amaran ‘bendera merah’ untuk negara (Amerika Syarikat),” tegas Datuk Bandar Newport News, Phillip Jones ketika pihak berkuasa tempatan masih bergelut untuk memahami bagaimana seorang kanak-kanak yang masih terlalu muda tersebut boleh terlibat dalam kejadian tembakan di Sekolah Rendah Richneck  itu, lapor AP.

Dalam kenyataan pada Ahad (7 Jan), Jones berkata bahawa keadaan mangsa tembakan, Abby Zwerner, 25, yang masih dirawat di hospital kini menunjukkan perkembangan yang ‘semakin  positif’. 

Kejadian guru ditembak pelajar berusia enam tahun di Sekolah Rendah Richneck pada 6 Jan 2023 ini menjadi bukti ia menjadi kebimbangan yang sangat serius di peringkat kebangsaan Amerika Syarikat. (FOTO: WTVR)

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai kejadian tembakan itu, atau bagaimana budak lelaki itu mendapat akses kepada pistol, atau siapakah sebenarnya  yang memiliki senjata tersebut.

“Saya fikir, susulan insiden terbaharu ini, perlu diadakan perbincangan di seluruh negara tentang bagaimana perkara seperti ini boleh dicegah pada masa hadapan,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Polis tempatan, Steve Drew bertemu dengan guru itu dan keluarganya pada pagi Sabtu (7 Jan).

“Keadaannya (Abby Zwerner) telah bertambah baik dan kini dalam keadaan stabil,” katanya  dalam satu kenyataan media. 

Keadaan di luar Sekolah Rendah Richneck pada hari kejadian 6 Jan 2023. (FOTO: New York Post)

Menurutnya, budak lelaki itu menembak dan mencederakan Zwerner dengan pistol di dalam kelas darjah satu pada Jumaat (6 Jan) di sekolah terbabit.

Drew berkata, tembakan itu bukan secara tidak sengaja susulan berlaku pertengkaran, yang mana beliau bagaimanapun enggan menerangkan secara terperinci apakah yang membawa kepada pertengkaran atau sebarang butiran lain tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah berkenaan, sambil menegaskan bahawa siasatan yang sedang dijalankan.

Undang-undang jenayah Virginia

Dalam pada itu, sistem undang-undang jenayah Virginia tidak membenarkan kanak-kanak berumur 6 tahun dibicarakan sebagai orang dewasa.

Di samping itu, seorang kanak-kanak berusia 6 tahun juga diklasifikasikan sebagai terlalu muda untuk komited dalam jagaan Jabatan Kehakiman Juvana jika didapati bersalah. 

Insiden tembakan pada awal Tahun Baru 2023 di Amerika Syarikat ini semakin menimbulkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka ketika berada di sekolah. (FOTO: CTV News)

Walau bagaimanapun, hakim juvana mempunyai kuasa untuk membatalkan hak penjagaan ibu bapa dan meletakkan anak mereka di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Sosial.

Pakar yang mengkaji keganasan senjata api pula berkata bahawa kejadian tembakan itu merupakan kejadian yang sangat jarang berlaku kerana seorang kanak-kanak kecil yang membawa pistol ke sekolah dan mencederakan seorang gurunya.

David Reidman

“Ia sangat jarang berlaku dan saya bukanlah sesuatu yang sistem undang-undang benar-benar direka atau diposisikan untuk menanganinya,” kata penyelidik David Riedman, yang juga pengasas pangkalan data yang menjejaki siri kejadian penembakan di sekolah-sekolah AS sejak 1970.

“Setakat ini, seingat saya, cuma ada tiga lagi tembakan yang disebabkan oleh pelajar berusia enam tahun.

“Ini termasuk tembakan maut seorang rakan pelajar pada 2000 di Michigan; serta tembakan yang mencederakan pelajar lain pada 2011 di Texas dan 2021 di Mississippi,” jelas beliau.

Kes pelajar berusia lima tahun

Menjelaskan lebih lanjut Riedman berkata dia hanya mengetahui satu lagi contoh pelajar yang lebih muda daripada kes terbaharu itu menyebabkan kejadian  tembakan di sebuah sekolah, yang  mana seorang pelajar berusia lima tahun membawa pistol ke sekolah Tennessee pada 2013 dan melepaskan tembakan secara tidak sengaja tetapi tiada yang cedera.

Sementara profesor di Universiti Johns Hopkins yang mengkaji keganasan senjata api, Daniel W. Webster bersetuju bahawa seorang kanak-kanak berusia enam tahun menembak seorang guru di sekolah adalah ‘sangat luar biasa’.

Daniel W. Webster

Namun, beliau berkata bahawa penyelidikannya menunjukkan bahawa contoh kanak-kanak kecil mengakses senjata api dan menembak diri mereka sendiri atau orang lain secara tidak sengaja di rumah atau tetapan lain adalah semakin meningkat di AS.

“Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun mendapat akses kepada pistol yang dimuatkan peluru dan menembak dirinya atau orang lain, jarang berlaku,” katanya dalam e-mel.

Sementara, Newport News Public School dalam laman Facebooknya mengeluarkan kenyataan bahawa penyiasat masih menyiasat dari mana kanak-kanak tersebut memperoleh pistol itu.

“Kesemua pelajar dan ibu bapa di sekolah ini telah disatukan dalam satu pertemuan,” ujar kenyataan tersebut.

Menurut laman web Jabatan Pendidikan Virgina, Sekolah Rendah Richneck mempunyai kira-kira 550 pelajar yang berada di tadika hingga darjah lima.

Sementara Newport News merupakan sebuah bandar dengan populasi berjumlah 185,000 orang di tenggara Virginia terkenal dengan limbungan kapalnya, yang membina kapal pengangkut pesawat negara dan kapal Tentera Laut AS yang lain. – HARAKAHDAILY 9/1/2023


2. DAP pernah sokong supaya hapus aktiviti perjudian 

[FAKTA 1]

Ahli Parlimen DAP YB Tuan Lau Dak Kee dari kawasan Pasir Pinji (kini dikenali sebagai Ipoh Timur), pernah berucap di Dewan Rakyat menyokong dan menggesa supaya semua bentuk perjudian hendaklah dihapuskan. 

Merujuk kepada Penyata Rasmi (hansard) Dewan Rakyat bertarikh 17 Oktober 1989, Lau Dak Kee menyatakan bahawa semua agama termasuk Islam, Buddha dan Kristian tidak mengizinkan aktiviti perjudian dihalalkan. 

Bahkan, beliau dengan tegas menyatakan bahawa perjudian akan merosakkan akhlak manusia dan tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat Malaysia. 

Menurut beliau lagi, tidak wajar mengorbankan moral seorang manusia semata-mata untuk mendapatkan hasil cukai daripada aktiviti perjudian. 

Kesungguhan Lau Dak Kee untuk menghapuskan aktiviti perjudian ini juga dapat dilihat apabila beliau bangun bertanyakan soalan kepada pihak Kerajaan Persekutuan mengenai langkah-langkah positif yang diambil untuk menghapuskan semua aktiviti perjudian di dalam negara ini. 

[Fakta 2]

Pendirian YB Tuan Lau Dak Kee di atas turut senada dengan ucapan YB Tuan Kerk Kim Hock (DAP-Kota Melaka) di Dewan Rakyat pada 17 Oktober 2000. 

Ketika Kerk Kim Hock mengambil bahagian di dalam perbahasan mengenai Akta Rumah Perjudian Terbuka (Open Gambling House), beliau menyatakan bahawa kesan daripada aktiviti perjudian telah menyebabkan orang yang terlibat dengannya menderita dan mengalami kerugian ribuan ringgit. Beliau turut menggesa supaya tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap aktiviti perjudian perlu dilaksanakan secara serius khasnya daripada pihak PDRM. 

Bahkan, Kerk Kim Hock menyatakan terdapat pandangan supaya PAS perlu diberi kepercayaan memegang kuasa politik di Melaka ketika itu untuk menguatkuasakan undang-undang bagi membanteras aktiviti perjudian. 

Berdasarkan 2 fakta di atas, amat jelas bahawa DAP melalui 2 orang Ahli Parlimennya pernah menyokong supaya aktiviti perjudian di dalam negara ini dihapuskan. 

Ianya amat berbeza dengan pendirian DAP Kedah melalui kenyataan YB Teh Swee Leong yang tidak bersetuju dengan tindakan YAB Menteri Besar Kedah menamatkan lesen premis perjudian di seluruh Negeri Kedah bermula 1 Januari 2023. 

Swee Leong turut menyatakan tindakan menamatkan lesen judi tersebut kononnya akan berlaku ketidakharmonian kaum. Terdapat juga pandangan lain yang menyatakan tindakan ini juga akan turut merugikan Kerajaan Negeri kerana tidak dapat mengutip cukai daripada premis perjudian. Kedua-dua hujah ini disangkal dengan jelas oleh hujah yang bernas daripada Tuan Lau Dak Kee dan Tuan Kerk Kim Hock seperti yang dinyatakan sebelum ini. 

Kesimpulannya, isu penamatan lesen premis judi ini bukannya isu politik kepartian atau perkauman. Ianya adalah isu moral dan kemasyarakatan bersifat sejagat dan ‘universal’ yang perlu didukung bersama oleh semua pihak. 

Justeru, isu ini amat tidak wajar dipolitikkan oleh DAP semata-mata untuk meraih undi daripada masyarakat Cina yang menjadi tempat pergantungannya. 

DAP sepatutnya terus menyokong tindakan Kerajaan Negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan dalam usaha membanteras amalan perjudian yang dilihat menjadi punca kepada kerugian harta, kerosakan moral dan kemusnahan akhlak masyarakat, sama seperti yang pernah disuarakan oleh pemimpin DAP terdahulu. 

Sebelum ini, Pengerusi Biro Undang-undang DAP Kebangsaan Ramkarpal Singh memfailkan semakan kehakiman terhadap tindakan Kerajaan Negeri Kedah menamatkan lesen premis perjudian. 

Bagaimana pula pendirian mereka terhadap kenyataan 2 Ahli Parlimen mereka sendiri yang  pernah menyokong supaya dihentikan aktiviti perjudian? 

AFNAN HAMIMI DATO’ TAIB AZZAMUDDEN
Ahli Parlimen Alor Setar
5 Januari 2023 – HARAKAHDAILY 5/1/2023

4 comments:

Anonymous said...

Kenapa UMNO masa PAU tak jemput Anwar..

'No DAP No Anwar' gema PAU sebelum PRU 15. Himpunan PAU lepas PRU kalau jemput Anwar maka banyak lah kena taji dng ayat ayat sentap, perli, merah telinga merah muka dan merah biji mata perwaklian yang datang..

Melayu ni dari dulu suka jadi barua, lky dpt singapur kerana bantuan melayu khianat Seman Wok, dia bodoh angkat bangsa asing, diampu, sepenuh jiwa hingga lah sekarang Singapur yg asalnya penempatan Melayu dan nelayan bawah kerajaan Johor terlepas Pulau Batu Putih kpd pendatang yg datang beribu batu..

Yang paling teruk ialah Negara Indonesia semua pemimpn jadi barua dan kroni mata sepet ini...

Mata sepet ini dah tak boleh dibezakan warna nama dan percakapan mereka sebab mereka sudah berismilasi dng bangsa Melayu dan Jawa...

Tetapi perangai mereka tetap memanipulasi memgawal dan menguasai bangsa Indonesia dan Jawa yang lain...

UMNO sebenarnya turut dibayangi sebagai parti tamak kuasa. Persepsi itu masih melekat pada pemikiran rakyat.

Keputusan dan tindak-tanduk pemimpin UMNO dan BN di Sabah kini seolah-olah mengesahkan lagi persepsi rakyat yang 'orang UMNO' ini 'gila kuasa' sambil gila terkinja kinja jadi barua Lee Kwan Yew@DAP asalkan dapat kuasa.!!

Anonymous said...

Betul ke berita celaka ini.. atau gimik sial bodoh bangang dari tuan yang sedang demam gelabah cemas terdesak nak selamatkan kroni dan anak cucu...!?

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mendedahkan terdapat ancaman bunuh terhadapnya dan tindakan menakut-nakutkan badan kehakiman dalam kes membabitkan tokoh politik yang dibicarakan tahun lalu.

Dalam kes Jho Low kesemua PM bermula dari barua DAP@LeeKwanYew paling celaka si tua renta buat bodoh bangang buat2 buta mata lansung tak tangkap Jho Low yang sedang tepok tangan ketawa terbahak barsama kaum DAP@ Lee Kwan Yew lihat betapa bodoh bangang kesemua PM ini tak ada telo utk memangkap nya..!!

Kes AMLA songlap RM700 juta Zety hakim hakim yang ada depan lubang hidung orang tua bodoh pun tak mampu ditangkap mereka..!! Ni lah yang dikatakan bila kuali ngata bontot periok hitam legam... sila pergi mampos legasi sial tak guna ini..!!

Alhamdulillah keturunan dan legacy celaka fitnah jijik haramjadah ini semua sudah pupus hilang wang deposit di PRU 15 lalu. Sila berambos barua celaka Lee Kwan Yew dari radar politik Malaysia...!!

Sekarang perang sesama barua lama dan barua baru DAP@LeeKwanYee muncul kembali sebelum kaum yang dijanjikan dari timur muncul kembali..!!

Mengulas lanjut, Nasrul berkata Wira Putra tetap berdiri teguh dan mempertahankan kebebasan badan kehakiman sebagai salah satu cabang institusi sistem Raja Berperlembagaan.

Wira Putra turut menyifatkan individu atau kumpulan yang cuba menakut-nakutkan atau cuba menggugat badan kehakiman adalah perosak kebebasan badan kehakiman.

Kalau ada ancam ugut nak kena bunuh bagai pergi balai buat repot PDRM lagi wooiii...!!

#macamsial

Anonymous said...

Kempen dolu dolu.
No anwar, no dap.

Kempen la ni.
Yes anwar, yes dap.

Sekelip mata.
Macam main silap mata.

Benar kata sudin.
Alip mim nun wau.
Alip tendang nun.
SARKIS.

Anonymous said...

Dunia dah terbalik.
Yang ada kluster.
Terlantik jadi pimpinan.
Dah mundur ke zaman jahilliah.

Jadi jajaran.
Musuh jadi gabungan.
Liberal jadi ideologi.
Bakal melingkopkan bangsa.

Masih ada masa.
Bukan ikut trend.
Tapi azali bersandarkan hukum.
Terbukti berpadan dengan fitrah.
Jom pakat pakat sokong pas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails