Gambar fail menunjukkan kumpulan pelarian Rohingya di pusat perlindungan sementara disediakan kerajaan tempatan Aceh di Pidie, Aceh, Indonesia, pada 28 Disember lalu. - Foto EPA
1. Bot dengan 185 pelarian Rohingya mendarat di Aceh, Indonesia
JAKARTA: Sebuah bot dengan 185 pelarian Rohingya dilaporkan mendarat di pantai wilayah Aceh, Indonesia hari ini.
Difahamkan ini adalah kumpulan terbaru menyusuli ratusan yang tiba lewat tahun lalu selepas melarikan diri dari keadaan bersesak di kem pelarian di Bangladesh.
Menurut ketua agensi bencana Aceh Besar, Ridwan Jamil, separuh daripada mereka yang tiba sekitar jam 2.30 petang adalah wanita dan kanak-kanak.
Malah, nelayan di Aceh juga melaporkan melihat tiga bot yang disyaki membawa pelarian Rohingya di perairan berhampiran Pulau Rondo, menurut agensi berita negara, Antara, semalam.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada bot yang mendarat adalah salah satu daripadanya.
Sementara itu, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) berkata, 2022 boleh dikatakan antara tahun paling dahsyat di laut dalam hampir sedekad bagi pelarian Rohingya, yang sekian lama dianiaya di Myanmar.
Selama bertahun-tahun, pelarian Rohingya melarikan diri ke negeri jiran seperti Thailand, Bangladesh, Malaysia dan Indonesia yang majoritinya beragama Islam.
Dilaporkan hampir sejuta Rohingya hidup dalam keadaan sesak di Bangladesh, termasuk ramai daripada ratusan ribu yang melarikan diri daripada tindakan keras di bawah junta tentera Myanmar pada 2017.
Malah, pelbagai pihak menggesa junta tentera Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.
Kumpulan hak asasi manusia mencatatkan peningkatan ketara dalam jumlah pelarian yang meninggalkan kem di bangladesh, namun tidak jelas apa yang mendorong tindakan itu.
Ramai percaya penarikan sekatan COVID di seluruh Asia Tenggara mungkin mendorong mereka beramai-ramai mencuba nasih selepas hampir tiga tahun di bawah kekangan ancaman coronavirus. - REUTERS
2. Simbolik: Politik ayam dan babi
DI BALIK kesungguhan Anwar Ibrahim memujuk politik orang Melayu-Islam dengan pelarutan diri dengan simbol identiti Melayu-Islam seperti muncul di masjid dan berdampingan ulamak.
Malangnya usaha memujuk ini dikambus oleh menteri dengan mengangkat simbol negatif bagi orang Melayu-Islam yakni babi.
Begitu juga dalam isu ayam dan telur yang merupakan simbol makanan majoriti rakyat Malaysia dibuat acuh tak acuh. Hingga keluar kata-kata, jika ayam mahal jangan beli ayam.
Namun, bab babi yang merupakan simbol makanan minoriti rakyat Malaysia dipernampakkan sungguh-sungguh. Rakyat melihat bab babi bersungguh, ayam menangguk air keruh.
Namun, Kita tidak perlu hairan, kerana dalam PRU15 lalu, golongan minoriti telah memberikan 95 peratus sokongan kepada PH. Walaupun dilihat minoriti tapi ianya majoriti di sisi PH.
Manakala orang Melayu-Islam pula hanya berikan 11 peratus kepada PH. Nampak majoriti, tapi orang Melayu-Islam hanyalah minoriti di sisi PH.
Penilaian majoriti-minoriti antara kita dan PH adalah berbeza.
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
BERITA LANDAK:
Bera: Seseorang memberitahu saya, beliau telah menyelamatkan sepasang Landak Raya beserta 3 ekor anaknya dari banjir sekitar kawasan rumahnya. Apa dia patut buat?
Maklumat, lanjut, sila hubungi:
Ibnu Hasyim, Pengerusi Sementara Penaja Persatuan Penternak Landak W/P. Tel 014-400 2015
1 comment:
Kenapa UMNO masa PAU tak jemput Anwar..
'No DAP No Anwar' gema PAU sebelum PRU 15. Himpunan PAU lepas PRU kalau jemput Anwar maka banyak lah ayat ayat sentap, perli, merah telinga merah muka dan merah biji kata perwaklian yang datang..
Melayu ni dari dulu suka jadi barua, lky dpt singapur kerana bantuan melayu khianat Seman Wok, dia bodoh angkat bangsa asing, diampu, sepenuh jiwa hingga lah sekarang Singapur yg asalnya penempatan Melayu dan nelayan bawah kerajaan Johor terlepas Pulau Batu Putih kpd pendatang yg datang beribu batu..
Yang paling teruk ialah Indonesia semua pemimpn jadi barua dan kroni mata sepet ini...
Mata sepet ini dah tak boleh dibezakan warna nama dan percakapan mereka sebab mereka sudah berismilasi dng bangsa Melayu dan Jawa...
Tetapi perangai mereka tetap memanipulasi memgawal dan memguasai bangsa Indonesia yang lain...
UMNO sebenarnya turut dibayangi sebagai parti tamak kuasa. Persepsi itu masih melekat pada pemikiran rakyat. Keputusan dan tindak-tanduk pemimpin UMNO dan BN di Sabah kini seolah-olah mengesahkan lagi persepsi rakyat yang 'orang UMNO' ini 'gila kuasa' sambil gila terkinja kinja jadi barua Lee Kwan Yew@DAP asalkan dapat kuasa.!!
Post a Comment