1. Perintah tunduk pandangan, bukan bererti wanita boleh buka aurat
Konsep maruah sangat dititikberatkan dalam hubungan lelaki dan wanita hingga Islam menetapkan hukum menutup aurat termasuk antara mahram atau sesama jantina, selain memerintahkan orang beriman untuk menundukkan pandangan.
Penetapan hukum sedemikian berasaskan manusia secara fitrahnya memiliki nafsu hingga pasti akan terpancing dan terdorong untuk melihat aurat individu terutama berlainan jantina.
Malah, ada kemungkaran atau dosa dilakukan yang dimulakan dengan pandangan mata tidak dikawal batas syariat, begitu juga dengan tindakan mendedahkan aurat.
Penceramah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang juga penceramah Rasmi Tabung Haji, Khairiel Moktar, berkata hal itu perlu difahami umat Islam sebelum membincangkan isu rancangan JAIM memasang papan tanda mengingatkan pengunjung di Pulau Besar supaya berpakaian sopan susulan insiden pelancong warga asing berbikini hingga turut diulas pengarang Turki, Mustafa Akyol.
Mustafa ketika ditanya portal berita menjelaskan walaupun al-Quran menetapkan wanita Islam untuk menjaga kehormatan, ia tidak boleh dikenakan kepada individu berbeza tradisi agama dan pandangan dunia.
Malah, Mustafa turut memetik surah an-Nur ayat 30 yang menyuruh lelaki Muslim untuk 'menundukkan pandangan mereka', selain menekankan Islam menghormati ajaran agama lain walaupun ketara berbeza dan berlainan khusus dari segi ketuhanan dan syariat.
Bagaimanapun, Khairiel mengingatkan Allah SWT memang menyuruh lelaki dan wanita perempuan menjaga pandangan daripada melihat perkara haram, tetapi Dia juga memerintahkan kita untuk menjaga maruah dan kemaluan dengan menutup aurat.
"Allah SWT juga memerintahkan wanita untuk menutupi belahan dada dengan apa yang mereka gunakan untuk menutup kepala mereka sebelum ini. Ia bertujuan mengelakkan syahwat lelaki ajnabi sekiranya terpandang bahagian berkenaan," katanya.
Khairiel berkata, sepatutnya dengan kebijaksanaan dan kepintaran sebagai pengkaji, Mustafa perlu menyedari mana-mana negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi seperti Malaysia, pastinya kebanyakan kebanyakan pemimpin dan rakyatnya juga beragama Islam yang berusaha melaksanakan syariat setiap masa.
"Oleh itu, umat Islam perlu mematuhi dan mengikut syariat termasuk dalam persoalan akhlak yang berupaya memelihara keselamatan dunia dan akhirat, malah pematuhan itu juga dapat menyelamatkan rakyat bukan Islam sekalipun daripada keruntuhan moral dan salah laku sosial serta jenayah.
"Sudah tentu kerajaan perlu memastikan hukum syarak dapat diamalkan sebaik mungkin, justeru adalah wajar pihak JAIM bertindak meletakkan papan tanda yang mengingatkan pelancong di Pulau Besar terbabit supaya berpakaian sopan," katanya.
Khairiel berkata, tujuan utama tindakan JAIM adalah untuk memberi peringatan bahawa perintah dan larangan agama Islam dalam berpakaian wajib dipatuhi sepenuhnya oleh lelaki dan wanita yang beragama Islam.
"Lelaki dan wanita bukan beragama Islam pula mesti berpakaian sopan yang tidak menjolok mata bagi menghormati ajaran agama Islam serta budaya adab susila masyarakat setempat.
"Mustafa sebagai seorang Muslim memiliki ilmu pengetahuan, sudah tentu faham dengan baik maksud dan tafsiran surah an-Nur ayat 30 yang dipetiknya," katanya.
Firman Allah SWT: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai apa yang mereka kerjakan." (An-Nur: 30)
Khairiel berkata, merujuk kepada tafsiran ayat dalam mana-mana kitab tafsir muktabar seperti Tafsir Ibnu Kathir, ia bukan sekadar menuntut lelaki dan wanita beriman agar menjaga pandangan serta kemaluan daripada perbuatan dilarang Allah dan perintah menutup aurat dan menjaga maruah diri.
"Sebaliknya, ia juga bermakna sentiasa mengambil tahu dan mengambil berat mengenai aurat serta berpakaian sopan dan menjaga batas pergaulan sesama keluarga, ipar-duai, saudara-mara, sahabat-handai, rakan sekerja serta masyarakat supaya tidak melanggar batasan.
"Bagi lelaki dan wanita bukan Islam terutama di negara yang Islam menjadi agama rasmi, mereka juga perlu menghormati ajaran agama yang menuntut berpakaian dan berhias dengan cara yang sopan dan tidak keterlaluan," katanya.
Malah, Khairiel turut mengingatkan Nabi Muhammad SAW bersabda secara tegas terhadap Muslim atau Muslimat yang sengaja mengabaikan dua perkara di atas dalam hadis diriwayatkan Uqbah 'Amru al-Ansori RA: "Apabila hilang akan sifat malunya, maka lakukanlah apa yang kamu suka." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Sehubungan itu, kita sentiasa berdoa semoga Allah SWT memelihara keislaman, keimanan dan ketakwaan kita semua agar terhindar daripada api neraka yang berpunca kecuaian menyampaikan perkara makruf dan kelekaan daripada menghindari perkara mungkar," katanya. (BH)
2. “Kalau ada campur tangan politik sila maklum saya,” – MB Perlis
Mohd Shukri Ramli ketika menyampaikan Amanat Menteri BesarKANGAR: “Sekiranya ada campur tangan politik dalam gerak kerja anda, sila beritahu saya. Saya pasti akan menyebelahi tuan-tuan (penjawat awam),” kata Menteri Besar Perlis.
Mohd Shukri Ramli berkata, tanpa kerjasama penjawat awam sudah pasti gerak kerja kerajaan tidak berjalan lancar.
“Kritikan yang baik, pastinya akan membina masa depan lebih baik. Begitu juga jika beri pujian berlebihan pun tidak boleh juga.
“Saya mengimpikan sebuah negeri yang bersih dan indah. Contoh seperti di negara jiran kita, selepas operasi pasar malam semua peniaga balik di mana keadaan bersih seperti tiada apa-apa aktiviti,” katanya pada majlis Amanat Menteri Besar di Dewan 2020, di sini hari ini.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis, Ruselee Eizan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Hasnol Zam Zam Ahmad; Penasihat Undang-Undang Negeri, Mohd Radhi Abas dan Pegawai Kewangan Negeri, Zepri Saad.
Pada majlis ini, setiap ketua jabatan diberi Buku Bajet Tahunan 2023.
Kakitangan awam yang menghadiri majlis Amanat Menteri Besar Perlis.Menteri Besar berkata, di bawah kepimpinan PERIKATAN NASIONAL (PN) kerajaan negeri membuka ruang seluasnya kepada penjawat awam untuk menyuarakan cadangan atau pendapat demi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.
“Saya teringin sangat melaksanakan perkara ini di Perlis. Jadi selepas diamanahkan sebagai Menteri Besar, kita mahu buat di samping melakukan penambahbaikan,” ujarnya.
Walaupun pendekatan itu tidak menjadikan pentadbiran Perlis popular, namun beliau yakin penerapan nilai kebersihan akan membawa kebaikan.
Katanya, orang melihat Perlis bersih, cantik dan tidak sakit mata memandang.
“Tidak mungkin tiada niat dalam hati kita kebersihan itu adalah sesuatu yang utama. Kebersihan adalah separuh daripada iman. Sebagai orang Islam, kita harap penjawat awam akan membantu kerajaan mendidik rakyat mementingkan kebersihan,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/1/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perintah tunduk pandangan wanita.. Kalau ada campur tangan politik.. -MB Perlis
Perlu diketahui, konsep maruah sangat dititikberatkan dalam hubungan lelaki dan wanita hingga Islam menetapkan hukum menutup aurat termasuk antara mahram atau sesama jantina, selain memerintahkan orang beriman 'menundukkan pandangan'.
Ini menyebabkan puak-puak anti Islam pura-pura tak faham. Apa lagi 'barua-barua'nya, lebih tuan dari tuan. Bengong!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
BERITA LANDAK:
Bera: Seseorang memberitahu saya, beliau telah menyelamatkan sepasang Landak Raya beserta 3 ekor anaknya dari banjir sekitar kawasan rumahnya. Apa dia patut buat?
Maklumat, lanjut, sila hubungi:
Ibnu Hasyim, Pengerusi Sementara Penaja Persatuan Penternak Landak W/P. Tel 014-400 2015
1 comment:
Pertelingkahan sesama sendiri di Sabah siapa yang nak bunuh UMNo.. Bersatu atau Zahid & The Gangs..!?
5 Orang ADUN UMNO Sabah nampaknya tak bagi muka kat Bung Mokhtar... Mereka mahu Bung Mokhtar Radin meletak jawatan dengan serta merta... Mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Bung Mokhtar Radin dalam UMNO dan BN Sabah...
BN nampaknya sedang goyang teruk di Sabah nih.. Ianya sedang mencetuskan satu ketidakseimbangan dan kecelaruaan.
Mereka kata Bung Moktar sudah mencemar nama baik Umno dengan melakukan langkah untuk menjatuhkan kerajaan negeri.
Datuk Seri Bung Moktar Radin membawa parti itu bersama UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor, sekali gus mendesak beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.
Tiada sebab konkrit tumbangkan Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri, demikian ulasan ADUN Tanjung Keramat merangkap Ahli Parlimen Putatan yang juga salah seorang anggota kabinet kerajaan Negeri Sabah- Datuk Ir Shahelmey Yahya.
Bung Moktar dan UMNO diterajui Zahid Hamidi sedang berusaha menjatuhkan Kerajaan Sabah dibawah keeajaan perpaduan yang dilaung laungkan ketika ini.
Post a Comment