Thursday, January 12, 2023

PRN15: PN-PAS tawan S'ngor? Perpaduan wajib/haram..

 

Wan Hasrina Wan Hassan

1. PRN15: PERIKATAN NASIONAL sasar 30 kerusi DUN Selangor

KUALA LUMPUR: PERIKATAN NASIONAL (PN) menyasarkan mampu memenangi tidak kurang daripada 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam  Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 yang dijangka berlangsung pada awal Mac atau Mei, atau selewat-lewatnya Jun tahun ini. 

Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan berkata demikian  sambil menegaskan sehubungan itu, PN diyakini mampu menubuhkan kerajaan di negeri Selangor. 

“Kalau kita melihat kepada senario PRU15  yang lepas (pada Nov 2022), insya-Allah kita yakin PERIKATAN NASIONAL dapat menguasai DUN Selangor dalam PRN15 kelak,” ujarnya kepada HarakahDaily

PRN15 yang dijangka dijangka berlangsung kurang daripada enam bulan lagi akan membabitkan negeri Selangor, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. 

Menjelaskan lebih lanjut Wan Hasrina memberitahu, dalam menghadapi PRN kali ini, pihaknya selaku jentera wanita PAS/PN Selangor sedang giat memperkemaskan lagi jentera PN.

“Selain memantapkan jentera wanita PAS/PN Selangor, kerjasama antara PAS dan Bersatu serta Gerakan turut dilakukan.

“Kita turun ke setiap DUN yang ada di negeri Selangor bagi mendapatkan semaksimum mungkin pengundi-pengundi Umno yang cukup kecewa dengan penggabungan antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) yang telah membentuk kerajaan pada hari ini  selepas berlangsungnya PRU15 Pada Nov lalu itu,” jelasnya.

Tambah beliau, gerak kerja jentera wanita PAS/ Perikatan Nasional (PN) juga turut ditumpukan kepada  golongan anak muda.

“Hal ini memandangkan Selangor merupakan salah satu negeri yang mempunyai pengundi termuda yang paling ramai. Jadi, Insya Allah banyak gerak kerja yang PAS/PN sedang giat lakukan pada masa kini. 

“Kita lihat, pengundi-pengundi muda lebih terdorong kepada PN kerana golongan ini yakin dengan kebolehan dan kemampuan jentera PN untuk membentuk kerajaan,” tegasnya lagi.

Menurutnya, justeru, slogan yang sama masih digunakan, iaitu PN BEST yang bertemakan Prihatin, Bersih dan Stabil. 

“Hal ini dapat dibuktikan  melalui rekod ahli-ahli parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), terutama negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS menunjukkan rekod yang cukup cemerlang dan bersih. 

“Insya-Allah gerak kerja ini akan berterusan sehingga berlakunya pilihan PRU15 Selangor kelak,” ujarnya. 

Alternatif kekal menang, tambah pengundi

Dalam pada  itu, bagi Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi pula berkata, antara persediaan yang dilakukan oleh jentera PAS/PN Selangor untuk menghadapi PRU15 jentera parti sedang meneliti kawasan DUN yang telah dimenangi PN dalam PRU15. 

“Jentera ini akan mencari alternatif yang lebih berkesan untuk mengekalkan kemenangan di 16 kawasan yang telah dimenangi oleh PN dan menambahkan lagi bilangan pengundi yang akan menyokong PAS/PN di Selangor,” tegasnya.

Ahmad Yunus Hairi

Justeru, beliau turut memberitahu, bagi memperkasakan lagi jentera PN Selangor agenda perpaduan ummah diteruskan agar kemenangan dapat dikuasai oleh PN dan seterusnya dapat merampas Selangor daripada dikuasai oleh PH. 

Pada masa ini, ujar beliau, PAS/PN turut menekankan agenda sokongan daripada golongan anak muda dan pengundi yang kali pertama keluar mengundi. 

“Selain itu, PAS/PN juga bergiat aktif mendapatkan sokongan daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengundi-pengundi BN/ Umno dan PH yang yang cukup kecewa dengan penggabungan antara BN dan PH yang telah membentuk kerajaan pada hari ini selepas berlangsungnya PRU15,” katanya.  – HARAKAHDAILY 9/1/2023


2. Perpaduan yang wajib dan haram 

Minda Presiden PAS
[Bil: 72 / 2022]
PERPADUAN YANG WAJIB DAN HARAM

Semua kumpulan mengajak kepada perpaduan mengikut kepercayaan agama dan ideologi masing-masing. Bermula daripada peringkat rakyat sehinggalah peringkat satu bangsa, satu negara dan antara berbagai-bagai bangsa dan negara.

Kesemua ajaran itu tidak lengkap dan tidak memenuhi ciri-ciri fitrah manusia yang tidak mungkin dapat disatukan laksana barangan yang tidak bernyawa dan tidak berakal. Hal ini disebabkan manusia itu bukan sahaja jasad yang bernyawa, berakal dan berilmu, tetapi juga mempunyai nafsu yang tidak boleh dikawal dengan mudah.

Islam menegaskan prinsip perpaduannya sendiri mengikut petunjuk Allah, Pencipta manusia yang Maha Mengetahui, Maha Adil dan Maha Bijaksana. Perkara ini wajib dipercayai dan dilaksanakan oleh mereka yang beriman, demi kebaikan di dunia dan di akhirat.

Hanya perpaduan yang mengikut hidayah (petunjuk) Allah sahaja akan membawa berkat, berwawasan kukuh dan kekal, daripada dunia hingga akhirat.

Allah SWT menegaskan prinsip dan konsep perpaduan secara amali dalam al-Quran kepada mereka yang beriman, sebagaimana firman-Nya:

﴿وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءٗ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنٗا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٖ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ١٠٣ وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ١٠٤ وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُۚ وَأُولَٰئِكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٞ١٠٥﴾

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni‘mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) saling bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu kerana ni‘mat Allah, kamu menjadi orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (103); Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan (Islam), menyuruh kepada yang ma‘ruf dan mencegah daripada yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung. (104); Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksa yang berat. (105)” (Surah Ali ‘Imran: 103-105)

Petunjuk perpaduan umat itu dilaksanakan sehingga berjaya menegakkan sebuah kerajaan perpaduan yang sebenarnya yang dipimpin oleh Islam, dengan berpegang teguh kepada agama Allah (Islam). Keadaan itu telah berjaya menyatukan generasi awal bangsa Arab yang paling liar dan ganas, setelah itu dengan mudah berjaya menyatukan umat manusia daripada pelbagai bangsa dan agama yang lebih besar jumlahnya dan paling majmuk masyarakatnya.

Perpaduan itu diwajibkan kepada umat Islam terlebih dahulu, kerana mereka diwajibkan memimpin seluruh manusia, melalui pendekatan menyampaikan Islam tanpa paksaan. Seterusnya, mengajak seluruh manusia bermasyarakat majmuk berada di bawah keadilan kerajaan Islam untuk semua, dalam kehidupan bermasyarakat dalam urusan dunia. Firman Allah SWT:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ١٣﴾

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu saling kenal-mengenal (bermasyarakat madani). Sesungguhnya, semulia-mulia dalam kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat: 13)

Peranan aqidah beriman yang ada dalam diri kepimpinan Islam yang bertaqwa akan mengawal dirinya agar beristiqamah menegakkan rahmat Allah SWT dan keadilan Ilahi kepada semua. Hal tersebut merupakan ciri penting yang tidak terdapat dalam agama lain dan ideologi ciptaan manusia.

Firman Allah SWT:

﴿لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّهُۥ عَزِيزٌ حَكِيمٞ٦٣﴾

“Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya, Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Anfal: 63)

Rasulullah SAW melaksanakan konsep perpaduan ketika menegakkan negara di Madinah dengan menyatukan penganut Islam dalam kalangan Muhajirin (yang datang daripada luar Madinah) dan Ansar (penduduk asal Madinah).

Kemudiannya, diikuti pula dengan penyertaan golongan bukan Islam yang tidak ekstrem dan berdamai dengan pelbagai agama, sama ada dari Madinah dan dari luarnya mengikut sempadan yang telah ditetapkan. Mereka semua termasuk dalam kalangan bukan Islam yang tidak bermusuh terhadap Islam, penganut dan negaranya.

Semuanya telah dirakamkan dalam Sahifah Madinah (Piagam Madinah) yang terkenal. Konsep perpaduan yang menerima Islam memimpin, hukum Islam adalah tertinggi bagi menyelesaikan semua masalah yang berlaku dengan adil dan saksama, serta hak kebebasan beramal dengan agama masing-masing yang dijamin dalam al-Quran dan Sunnah. Perkara berikut telah dinyatakan dalam piagam itu:

‌وَإِنَّهُ ‌مَا ‌كَانَ ‌بَيْنَ ‌أَهْلِ ‌هَذِهِ ‌الصَّحِيفَةِ ‌مِنْ ‌حَدَثٍ ‌أَوْ ‌اشْتِجَارٍ يُخاف فَسَادُهُ، فَإِنَّ مردَّه إلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَإِلَى مُحَمَّدٍ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

“Dan sesungguhnya apa-apa yang berlaku dalam kalangan mereka yang terlibat dalam piagam (perjanjian) ini seperti perbalahan atau pertelingkahan yang dibimbangi merosakkan hubungan sesama mereka, maka hendaklah ia dirujuk penyelesaiannya kepada Allah (al-Quran) dan Muhammad SAW (Sunnah).” (Ibn Hisyam, al-Sirah al-Nabawiyyah, jld. 1, ms. 504)

Allah SWT telah memerintahkan kepada Rasulullah SAW (pemimpin negara) agar menjadikan Kitab Allah sebagai satu-satunya petunjuk yang tertinggi, di samping dirinya sendiri yang menjadi teladan. Hal ini dijelaskan oleh firman-Nya:

﴿إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَىٰكَ ٱللَّهُۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآئِنِينَ خَصِيمٗا١٠٥﴾

“Sesungguhnya, Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang-orang yang khianat.” (Surah al-Nisa’: 105)

Dan juga firman Allah SWT:

﴿وَمَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ ٱلَّذِي ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ وَهُدٗى وَرَحۡمَةٗ لِّقَوۡمٖ يُؤۡمِنُونَ٦٤﴾

“Dan Kami tidak menurunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.” (Surah al-Nahl: 64)

Adapun perpaduan tanpa petunjuk Allah SWT tersebut adalah diharamkan, disebabkan oleh kerapuhannya. Ikatannya yang membawa padah di dunia dan akhirat kerana pelaksanaannya tidak berprinsipkan aqidah dan tidak mempunyai konsep amar ma‘ruf dan nahi munkar yang mengawal kehidupan manusia serta pergaulannya dalam bermasyarakat. Hal ini disebabkan tiada asas aqidah untuk mengawal diri dan tidak berakhlak.

Firman Allah SWT:

﴿وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَمُهَيۡمِنًا عَلَيۡهِۖ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُۖ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡحَقِّۚ لِكُلّٖ جَعَلۡنَا مِنكُمۡ شِرۡعَةٗ وَمِنۡهَاجٗاۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمۡ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ وَلَٰكِن لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِي مَآ ءَاتَىٰكُمۡۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ٤٨ وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ٤٩ أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمٗا لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ٥٠﴾

“Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (sahaja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah jua kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu. (48); Dan hendaklah kamu memutuskan perkara antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (daripada hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasiq. (49); Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? (50)” (Surah al-Ma’idah: 48-50)

Allah SWT memberikan amaran yang paling keras terhadap orang yang memilih kalangan bukan Islam dalam kerjasama semata-mata bagi mendapatkan kuasa, sehingga mereka meninggalkan konsep kepimpinan Islam. Allah meletakkan golongan itu dengan sifat munafiq. Firman Allah SWT:

﴿بَشِّرِ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمًا١٣٨ ٱلَّذِينَ يَتَّخِذُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۚ أَيَبۡتَغُونَ عِندَهُمُ ٱلۡعِزَّةَ فَإِنَّ ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعٗا١٣٩ وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَيۡكُمۡ فِي ٱلۡكِتَٰبِ أَنۡ إِذَا سَمِعۡتُمۡ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ يُكۡفَرُ بِهَا وَيُسۡتَهۡزَأُ بِهَا فَلَا تَقۡعُدُواْ مَعَهُمۡ حَتَّىٰ يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيۡرِهِۦٓ إِنَّكُمۡ إِذٗا مِّثۡلُهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ جَامِعُ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ وَٱلۡكَٰفِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا١٤٠﴾

“Khabarkanlah kepada orang-orang munafiq bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih. (138); (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi wali (teman-teman penolong) dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka, sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. (139); Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya, Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafiq dan orang-orang kafir di dalam Jahannam. (140)” (Surah al-Nisa’: 138-140)

Islam mengharamkan sebarang hubungan yang menghilangkan kepimpinan Islam atau tidak menegaskan kedaulatan Islam atau tiada kuasa Islam untuk mentadbir kehidupan manusia. Begitu juga, apabila bersama kalangan yang nyata bermusuh terhadap Islam, sama ada mereka yang menghina ajarannya atau bermusuh terhadap penganutnya atau bersikap melampau mahu berkuasa terhadap umat Islam. Bahkan, kalangan Islam yang melakukan perkara sedemikian dianggap munafiq.

Rasulullah SAW beristiqamah dengan tegas berpegang kepada prinsip dan konsep yang telah ditunjukkan oleh Allah SWT, sehinggakan Baginda sanggup membatalkan hubungan dengan bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar syarat dan adab perpaduan dalam Islam.

Teladan Rasulullah SAW itu menjadi amalan negara Islam generasi awal sepanjang zaman, sehingga berjaya menjadi sebuah negara besar, mempunyai masyarakat majmuk berbagai-bagai agama dan bangsa yang menjangkau tiga benua besar, dari Asia Tenggara sehingga Asia Tengah dan Asia Barat, Utara Afrika dan Selatan Eropah.

Kita menyaksikan ideologi yang memimpin kerajaan perpaduan berasaskan bangsa, ekonomi, sempadan wilayah, kerjasama pertahanan dan keamanan sangat singkat masa bertahannya. Hal ini demikian kerana, kepimpinan tidak boleh mengawal nafsu manusia yang tidak dikawal oleh akal dan ilmu yang berpandukan iman atau aqidah yang menjadi petunjuk Allah Pencipta alam.

Allah SWT menolak golongan pelampau yang merosakkan perpaduan, walaupun mereka itu daripada kalangan penganut Islam sendiri. Perkara ini ditegaskan oleh firman-Nya:

﴿وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱقۡتَتَلُواْ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَهُمَاۖ فَإِنۢ بَغَتۡ إِحۡدَىٰهُمَا عَلَى الۡأُخۡرَىٰ فَقَٰتِلُواْ ٱلَّتِي تَبۡغِي حَتَّىٰ تَفِيٓءَ إِلَىٰٓ أَمۡرِ ٱللَّهِۚ فَإِن فَآءَتۡ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَهُمَا بِٱلۡعَدۡلِ وَأَقۡسِطُوٓاْۖ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ٩﴾

“Dan jika ada dua golongan daripada mereka yang beriman itu berperang, maka hendaklah kamu mendamaikan antara kedua-duanya! Tapi jika salah satunya melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah kamu perangi yang melanggar perjanjian itu sehingga dia kembali kepada perintah Allah. Sekiranya dia telah kembali, damaikanlah antara kedua-duanya dengan adil, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al-Hujurat: 9)

Islam membenarkan perbezaan pendapat, bahkan kebebasan beragama tanpa paksaan dengan sempadan yang tidak hanyut (liberalisme). Akan tetapi, Allah mewajibkan agar berlaku adil kepada semua dan diharamkan bersikap melampau dan zalim (ekstrem), walaupun terhadap musuh bukan Islam yang bukan dalam kalangan rakyatnya. Perkara ini dinyatakan oleh firman-Nya:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَآنُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ٨﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ma’idah: 8)

Islam menegaskan bahawa perpaduan itu wajib dipimpin oleh Islam yang bercirikan keimanan kepada aqidah, syariat dan akhlaknya yang terdapat pada kepimpinan, bukan sekadar mempunyai ilmu dan pengaruhnya sahaja tanpa hidayah Allah SWT. Pada masa yang sama, perpaduan itu disertai oleh kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem dan tidak memusuhi Islam, serta melarang dengan hukum haram daripada bersama dengan golongan yang nyata ekstrem dan bermusuh terhadap Islam dan penganutnya. Firman Allah SWT:

﴿۞عَسَى ٱللَّهُ أَن يَجۡعَلَ بَيۡنَكُمۡ وَبَيۡنَ ٱلَّذِينَ عَادَيۡتُم مِّنۡهُم مَّوَدَّةٗۚ وَٱللَّهُ قَدِيرٞۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ٧ لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُولَٰئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ٩﴾

“Mudah-mudahan, Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa; dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (7); Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8); Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan orang-orang yang memerangimu kerana agama sebagai kawanmu dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” (Surah al-Mumtahanah: 7-9)

Inilah petunjuk Allah SWT daripada kitab mukjizat dan pelaksanaan Rasulullah SAW yang menjadi teladan sebenar, bukannya ciptaan manusia yang berakal dan bernafsu, sekalipun berilmu tetapi tiada hidayah. Fahamilah firman Allah SWT:

﴿وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِي مُسۡتَقِيمٗا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ١٥٣﴾

“Dan bahawa (yang Kami perintahkan) inilah jalan-Ku yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutinya, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah, diperintahkan oleh Allah agar kamu bertaqwa.” (Surah al-An‘am: 153)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh:  2 Jumada al-Akhirah 1444 / 26 Disember 2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PRN15: PN-PAS tawan S'ngor? Perpaduan wajib/haram..

Ya, PRN15, PN-PAS akan tawan Selangor, insya Allah! 

31 comments:

Anonymous said...

Allah SWT memberikan amaran yang paling keras terhadap orang yang memilih kalangan bukan Islam dalam kerjasama semata-mata bagi mendapatkan kuasa, sehingga mereka meninggalkan konsep kepimpinan Islam. Allah meletakkan golongan itu dengan sifat munafiq.

Anonymous said...

Kenapa Brother Antar Bin Ibrahim tak dijompot..!? Bila nak ambil tindakan pada ahlul UMNo tersebut...!?

'No DAP No Anwar' gema PAU sebelum PRU 15 masih kah bernostalgia dalam UMNo.?

Umno juga menamakan Hishammuddin Hussein (Sembrong), Hasni Mohammad (Simpang Renggam), Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan Jalaludin Alias (Jelebu) antara 10 Ahli Parlimen yang menandatangani SD itu.

Baki 10 lagi Ahli Parlimen itu yang didedahkan Zaid adalah M Saravanan (Tapah), Wee Jeck Seng (Tanjung Piai), Isam Isa (Tamping), Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah), Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) dan Abdul Rahman Mohamad (Lipis).

Semua Ahli Parlimen itu menandatangani SD itu pada 20 Nov, sehari selepas pilihan raya umum ke-15. Tindakan tersebut adalah satu kesalahan kerana mereka sudah menandatangani SD untuk menyokong Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi sebelum PRU15 lagi.

Hapo pasal plak UMNO tak jompot Brother Anwar Bin Ibrahim..?

'No DAP No Anwar' gema PAU sebelum PRU 15. Himpunan PAU lepas PRU kalau jemput Anwar maka banyak lah kena taji dng ayat ayat sentap, perli, merah telinga merah muka dan merah biji mata perwaklian yang datang..

Melayu ni dari dulu suka jadi barua, Lee Kwan Yew dpt Singapur kerana bantuan Melayu khianat Seman Wok, dia bodoh angkat bangsa asing, diampu, sepenuh jiwa hingga lah sekarang Singapur yg asalnya penempatan Melayu dan nelayan bawah kerajaan Johor terlepas Pulau Batu Putih kpd pendatang yg datang beribu batu..

Yang paling teruk ialah Negara Indonesia semua pemimpn jadi barua dan kroni mata sepet ini...

Mata sepet ini dah tak boleh dibezakan warna nama dan percakapan mereka sebab mereka sudah berismilasi dng bangsa Melayu dan Jawa...

Tetapi perangai mereka tetap memanipulasi memgawal dan menguasai bangsa Indonesia dan Jawa yang lain...

Dalam masa yang sama UMNo Sabah dan BN Sabah menarik balik sokongan terhadap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah.. guano ni bohh.!!

Anonymous said...

Wooii UMNo kalu dah hado 140 bhaii.. Ko orang buat apa Ketua Bahagian UMNo berkumpul dan bersolidariti..ko lawan yo lahh..?

Jika benar ada 140 bahagian berada di belakang Zahid Hamidi dan Mohamad sekarang, kenapa masih takut dan pengecut dengan pertandingan?

Dengan mendakwa memiliki 140 sokongan daripada 191 bahagian UMNO yang ada di seluruh, mereka yang berkumpul malam tadi sepatutnya bersuara dengan gagah – makna kata lagu ni lagi lebih kurang “marilah berlawan dengan kami kerana kami ada sokongan majoriti”.

Yang ko orang berkumpul beramai-ramai dan mendakwa memiliki sokongan daripada 140 bahagian, namun masih pengecut untuk berlawan?

Konon ada 140 Ketua Bahagian, hairannya semacam kecut perut nak berlawan dengan lawan yang hanya tinggal 51 bahagian bersama mereka.

UMNo ni dah kalah makin bodoh pendek akai pulokk dohh...!!

Betulkah ko org dah ada 140 sokongan daripada bahagian-bahagian sebagaimana didakwa itu? Cecite.. cecite..

Anonymous said...

Orang2 Melayu dah beralih angin dan bernaung dibawah panji2 PAS. Tak lama lagi gelombang hijau ini akan melanda Selangor, N Sembilan dan P Pinang?

Anonymous said...

60 tahun Melayu dikudakan oleh kaum Cina maka PN ambil alih ujudkn billionare Melayu... ujudkan kartel kartel Melayu, ujudkan mafia mafia Melayu ujudkan rangkaian mafia kertel Melayu di semua sudut.. Hapuskan taikun dan kartel barua barua LeeKwanYew@DAP

Anonymous said...

Katanya X sokong pas kafir.

Itulah sj modal.

Mmng seronok dengar

Tapi rakyat Kedah Kelantan Terengganu semakin ketinggalan

Anonymous said...

Jgn tunjuk bodoh

Mana billionaire Melayu p end?

Anonymous said...

Atok dan warisan billiunaire mamak. Pak syed pulak dah kena pau. Iri hati masih kuat.
Mana nak maju total.
Bagi lah pulak yg ada basic agama. Jom berubah. Tinggalkan legasi penjajah. Yang benci orang melayu maju.

Anonymous said...

Tunggu PN memerintah dan semua billionaire yang dibela oleh Tun yang bodoh itu perlu dihapuskan.... bela billionaire Cina bertuankan Lee Kwan Yew @ DAP... akhir nya pengkhiant acah acah power Melayu Islamik serah buta mcm tu pada Anak Lee Kwan Yew...


Selagi ada PM yang tak ade telo nak tangkap Cina Jho Low dan Zety Taufik Ayman lahanat itu jangan di harapkan dengn PM Melayu semua nak melingkup kan Melayu

#susahsgtkenaktangkappukimak2tu?

Anonymous said...

Bila PM Melayu bertukar ganti taikun taikun mafia dan taikun gang kartel mata sepet ini masih nama yang sama juga harga barang masih melambung dan dikawal oleh tuan nya Singapura

Bayangkan tak ada satu bijik tolo ayomm di Singapura tak ada satu reban ayomm pun di Singapura tapi keperluan tolo tolo ayam di Singapura mencukupi... Tak ada satu pokok pun kelapa sawit di Singapura tapi keperluan minyak masak di Singaura mencukupi tapi bekalan minyak masak di Malaysia yang tak ada..

Begitu juga gula tak ada satu pokok tebu pun di Singapura bekalan gula mencukupi tapi disini harga gula turun naik dan stok kadang kadang tidak ada.. taikun sapa yang menguasai barangan ini..!?Taikun yang lahir di sini tapi bertuankan Lee Kwan Yew di Singapura...

Di Malaysia menteri tolo ayam melawat reban ayam di India... akai hado akai lotak kat bontot sambil tadah untuk dibontoti.!?

Sebab itu semua barang keperluan diutamakan ke Singpura dulu.. rakyat Malaysia dimangsakan sbb barang di sorok dan dj manipulasi oleh kartel dan mafia tokey dan taikun ini.

Lingkup taikun rangkaian kartel mafia mata sepet ni melingkuplah Singapura. Dan ini lah masa kita untuk membina rangkaian produk Melayu tikun taikun mafia dan kartel Melayu pula diwujudkan untuk menstabilkan harga barangan keperluan sekarang..!!

JOM UBAH...!!

Anonymous said...

Depa dok kata orang agama tak pandai tadbir negara.
Abis tu, orang sastera pandai tadbir negara.
Orang pandai cakap omputeh, pandai tadbir.
Orang komunis pandai tadbir negara.
Tak payah loklak.

Pasai pandai tadbir negara, rasuah berleluasa.
Pasai pandai tadbir negara, penduduk asal dipinggirkan.
Pasai pandai tadbir negara, terpaksa gabung dengan kluster.
Pasai pandai tadbir negara, fitnah terpaksa digunakan.
Pasai pandai tadbir negara, penduduk asal tertinggal di negara sendiri.

Yang betul betul pandai tadbir negara.
Bila rasuah zero.
Bila sokong tak bayar undi.
Bila pimpinan tidak guna kesempatan untuk kumpul harta.
Pendapatan negara meningkat.
Ramai penduduk asal jadi kaya.


Anonymous said...

FITNAH dan FATWA SESAT
inilah kerja PAS

Anonymous said...

FITNAH dan FATWA SESAT
inilah kerja PAS

Jangan lupa 90 juta.
jangan lupa 90 billiun.
Jangan lupa pak syed.
Jangan lupa dana judi.
Jangan lupa 22 jadi 8.

Anonymous said...

Orang agama ada 2

1. Orang agama extreme pandang rendah kaum lain memang x tahu perintah. Cth TGHH dan seangkatannya.

2. Orang agama sederhana dihormati dan memerintah bijaksana. Cth TGNA

Anonymous said...

Enemy at the gate : Rekayasa fitnah jijik oleh barua dimainkan semula.. tak sedar lagi tak serik serik lagi ke orang Melayu kena bodo bangang kan..!?

Pattern fitnah jijik oleh barua masih sama..!!

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin sama macam kes di awal 1MDB dan Jho Loh sebelum PRU 14.

Ingat lagi tak si Barua paling tua renta DAP@LeeKwanYee sebelum PRU 14 yang menyaksikan UMNO kalah dan Kerajaan BN tumbang sambil hadiahkan Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew itu..!?

Hari hari isu fitnah jijik 1MDB dan yang dijerit terpekik terlolong, guling guling Bersih atas jalan raya tangkap Jho Loh..tangkap Jho Loh dimainkan..!?

Sambil anak cucu acah acah Power Melayu Islamik terkinja kinja angkat poskad LGBT COMANGO di Jalan TAR dan semua artis suam suam kuku pun naik sama menyerang UMNO/Bossku..!!

Sekarang duit 92.5 bilion pula dinyanyikan, terpekik terlolong barua Lee Kan Yew@DAP tuduh dan fitnah Muhyiddin Yassin menyifatkan dakwaan penyelewengan dana kerajaan sebanyak RM92.5 bilion yang dikaitkan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai rekaan dan ‘pembohongan maha dahsyat’.

https://mykmu.net/2023/01/10/seleweng-rm92-5-bilion-dan-makan-komisyen-5-peratus-ini-komen-muhyiddin/

Sama tak pattern fitnah jijik dengan kes Jho Loh yang barua Lee Kwan Teh mainkan dolu dolu.. Pattern fitnah jijik masih sama cuma mangsa mereka saja yang lain..!!

Dalam kes Jho Low kesemua PM bermula dari barua DAP@LeeKwanYew paling celaka si tua renta buat bodoh bangang buat2 buta mata lansung tak tangkap Jho Low yang sedang tepok tangan ketawa terbahak barsama kaum DAP@ Lee Kwan Yew lihat betapa bodoh bangang kesemua PM ini tak ada telo utk memangkap nya..!!

Kes AMLA songlap RM700 juta Zety hakim hakim yang ada depan lubang hidung orang tua bodoh pun tak mampu ditangkap mereka..!! Ni lah yang dikatakan bila kuali ngata bontot periok hitam legam... sila pergi mampos legasi sial tak guna ini..!!

Sampai sekarang Jho Low lesappp... saya ulanggg... Jho Low lesap sampai sekarangg..!! Bila la nak tangkap haramjadah haramjadah nihh..!?

So ulanngg tayang fitnah jijik rekayasa barua barua Lee Kwan Yew dengan pattern yang sama seperti kes 1MDB sedang dimainkan semola...sama ada orang Melayu sedar atau tidak sedar saja Melayu sedang dilaga lagakan dibatu apikan supaya berbunuhan sesama sendiri..

Cukup cukup lah kita dimainkan, dibantu apikan dan dilaga lagakan.. Enough is enough now...!!!

#sudahsudahlahjadibaruaLeeKwanYee@DAP

Anonymous said...

Abis tu.
Liberal tak ekstremist.
Komunis tak ekstremist.
Kombine ngan kluster tak ekstremist.

Anonymous said...

Terimakasih Hj Hadi diatas artikel diatas, ianya banyak memberi ilmu dalam hal2 berpolitik. Secara tak lansung ianya membimbing anak2 muda dan tua. Lepas ni siarkan pula artikel berkenaan denga RIBA, mungkin ramai yang akan kantoi! RIBA salah satu dosa2 besar yang dipandang mudah oleh orang2 sekarang...hu hu

Anonymous said...

Orang agama ada dua.
Satu Islam.
Satu lagi Islam liberal.
Islam guna Quran dan sunnah.
Tokoh Islam pandai berbahasa arab.
Liberal guna aqal dan nafsu.
Tokoh liberal pandai berbahasa sastera.

Anonymous said...

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak lawan telah menggunakan kaedah itu secara konsisten di ruangan maya untuk menyebarkan sentimen jahat terhadap parti itu.

“Secara konsisten menggunakan ruang maya, sebagai lubuk untuk menanam sentimen jahat, terhadap UMNO bahawa UMNO itu rasuah, UMNO itu kotor, gila kuasa dan segala kata nista yang menjengkelkan.

“Tidak cukup dengan itu, mereka melabel pemimpin kita kleptokrat, tidak bermoral dan segala macam lagi tohmahan lain yang mampu mencemar kepimpinan kita.

Anonymous said...

Hihihihi. Tok mat sedang menceritakan sisi sebenar pimpinan kris. Loya tekak bila salahkan pn.

Anonymous said...

HarakahDaily
NASIONAL
KOLUMNIS
DAKWAH
RENCANA
GLOBAL
TV
EHARAKAH
SEMUA BERITA

Nasional
Kerajaan Kelantan tidak terima bantuan banjir RM50 juta
January 12, 2023
Share

TUMPAT: Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob memaklumkan kerajaan Kelantan tidak menerima bantuan banjir RM50 juta sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Namun sebaliknya, bantuan banjir itu disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.

“Jika mengikut janji Perdana Menteri ketika dalam lawatannya ke Kelantan baru-baru ini beliau nak beri bantuan banjir kepada Kelantan RM50 juta dan Terengganu RM50 juta.

“Tetapi sekarang bantuan itu disalurkan kepada JPP, manakala mengenai kaedah JPP nak agih kepada rakyat Kelantan, itu kita tidak tahu,” katanya.

Anonymous said...

Bergegar sampai runtuh siling Dewan Merdeka UMNo dengan pekikan lolongan putri, pemoda UMNo pecat 10 pengkhianat ,lucut, ambil tinfakan tegas, sapu bersih suma pengkhianat

Ari ni dongar kat radio Wak kata tiada tindakan akan di ambil pada pengkhianat..

Sejak UMNo kena liwat dng pH otak pemimpin UMNo dah macam tak betul


kikikiki...

#liwatUMNojangantakliwat

Anonymous said...

Bila Cikgu ajar Murid kencing berlari ...Gebang aja lebih...!!

UMNO boleh memecat pemimpin veteran seperti Datuk Seri Shahidan Kassim dan Tan Sri Annuar Musa tetapi kenapa kini takut pula hendak memecat 10 MP yang didakwa menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sudah memaafkan tindakan 10 MP tersebut tetapi adakah ahli UMNO masih mahu mempercayai kata-kata Presiden UMNO itu yang sudah banyak kali cakap berbelit-belit.

Penipuan terbesar dilakukan adalah apabila Zahid sendiri melanggar ketetapan parti yang memutuskan ‘No Anwar, No DAP’, sebaliknya kini bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga DAP untuk membentuk kerajaan campuran.

Cikgu dan murid kencing berlari... jaga jaga silap ari bolan bontot pula di liwati

Anonymous said...

Asyraf tak bertanding ketua pemuda kerana ambil tjawap pengundi muda beralih ke PN.

Wak pulak macam mana. Takde ker rasa bersalah sebab dapat 30 kerusi.

Anonymous said...

Sudah terbongkar sudah siapa 10 Ahli Parlimen UMNO-Barisan Nasional (BN) yang menandatangani surat akuan berkanun (SD), tetapi mengapa tidak berani pecat pula?

Jika sebelum ini UMNO boleh memecat pemimpin veteran seperti Datuk Seri Shahidan Kassim dan Tan Sri Annuar Musa tetapi kenapa kini takut pula hendak memecat 10 MP yang didakwa menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sudah memaafkan tindakan 10 MP tersebut tetapi adakah ahli UMNO masih mahu mempercayai kata-kata Presiden UMNO itu yang sudah banyak kali cakap berbelit-belit.

Anonymous said...

bagi kat pemimpin takut melencong ke lain la. dulu 400 juta ingat ko nok setel masaloh air eh diordernya mercedes dulu... kalu duit mercedes tu campur dgn 400 juta setel doh sesetngah kawasan masalah air tu. tapi tu la.. takkan pemimpin nok naik biba..

Anonymous said...

hihihi fitnah lama. mechedish. selangor pun ayir kotor. siap banjir. rakyat paham. hoi hoi ya hoi masih ujud.

Anonymous said...

tiap tiap tahun selangor banjir tmpt yg sama... klu ko org perasan semua tmlt banjir 90% kawasan Melayu...

#klukoorangperasancubafahamkan

Anonymous said...

banjir kat tempat melayu. tektik supaya jual tanah. macam penyamun.
hoi
hoi ya hoi

Anonymous said...

Beratus kali tempat yg sama banjir di Selangor... PBT dapat bonos 3 bulan.. Trmpat yg banjir 90% kawasan Melayu... MB species Melayu Liberal (PKR), PBT suma kaum Melayu... tapi banjir paling banyak tiap tiap tahun kawasan yg sama suma ramai org Melayu....

#kludahfahamcubatekaangkarasapa

Anonymous said...

Cukuplah fitnah. Baik ko suruh tpm kau letak jawatan. Malukan negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails