Monday, January 16, 2023

Sabah, dikejar X dapat, dikendung cicir. & Perlembagaan minda daif.

 


1. Siapa ‘pengarah’ drama politik di Sabah?

SEBELUM ini desakan Umno Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 disegerakan demi kestabilan politik, namun ia tidak ke mana-mana. Kata orang kampung sekadar syok sendiri.

Akhirnya berlaku tragedi politik seperti penggal ke-14. Ia masih berulang. Mengapa tidaknya. Dalam keadaan masih longlai, Umno tiba-tiba cuba membuat kejutan pula di Sabah, mencipta drama baharu.

Mengulangi agenda pada 2021 apabila parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin. Ia bukan babak yang tidak sengaja. Pastinya sudah diagenda sedemikian rupa.

Sehingga sekarang sudah tiga kali agenda sama berulang. Ia bermula di Perak ketika usaha menyingkirkan Faizal Azumu di kerusi menteri besar (MB).

Faizal gagal memperolehi sokongan majoriti usul ‘keyakinan’ majoriti Adun terhadap menteri besar. Pada pengundian yang dijalankan secara sulit, usul itu mendapat sokongan 10 undi.

Manakala 48 tidak menyokong dan satu berkecuali. Usul terbabit dibawa Adun BN Pengkalan Baru Abd Manap. Akhirnya kerusi MB bertukar kepada Saarani Mohamad daripada Umno.

Umno berjaya dalam misi tersebut. Kemudian diterus pula dengan agenda menyingkirkan Muhyiddin Yassin. Itu agenda kedua Umno. Agenda itu bermula pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno 3 Ogos 2021.

Menurut laporan media Zahid Hamidi menyebut Umno sebulat suara menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

Seramai 14 ahli parlimen Umno (BN) menarik sokongan terbabit. Mereka iaitu Zahid (Bagan Datuk), Najib Razak (Pekan), Ahmad Maslan (Pontian), Dr Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong), Abdul Azeez (Baling), Azalina Othman (Pengerang).

Selain itu Bung Moktar Radin (Kinabatangan), Jazlan Yaakob (Machang), Nizar Zakaria (Parit), Ahmad Nazlan (Jerantut), Ramli Md Noor (Cameron Highlands), Mohamad Alamin (Kimanis), Noh Omar (Tanjung Karang) dan Tengku Razaleigh (Gua Musang).

Segala agenda itu untuk membolehkan Umno membolot kuasa politik. Dua agenda di Perak dan Putrajaya menjadi kenyataan.

Ramai menganggap isu terbabit terhenti di situ. Lebih-lebih lagi Umno jelas ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Cuba bayangkan daripada 132 kerusi parlimen pada PRU13, sekarang tinggal 30 kerusi. Di mana maruah Umno. Daripada menguasai kerajaan, sekarang hanya menumpang Pakatan Harapan (PH) untuk bertenggek di dahan kerajaan.

Dahan rapuh

Dahan tempat Umno berpaut belum tentu kuat. Bila-bila masa boleh patah. Ketika Umno berada di tahap paling lemah, tiba-tiba agenda di Perak dan Putrajaya diulangi pula di Sabah.

Siapa yang hendak dipersalahkan. Adakah Umno Sabah semata-mata? Ia agak tidak munasabah. Ia tidak mungkin berlaku tanpa restu Umno Pusat. Ia perkara besar dan bukan main-main. Ia menyebabkan maruah dan masa hadapan Umno.

Ramai melihat Bung tidak keseorangan tindakannya menarik sokongan terhadap Hajiji Noor. Ketika rakyat Sabah mual dengan politik divide and rule, Umno masih lagi mengulanginya.

Umno masih lagi tidak serik. Pada 6 Januari lalu sebahagian Adun BN Sabah menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sabah dan kerajaan negeri. Ia dikatakan berkuat kuasa serta merta.

Malangnya ‘Langkah Kinabalu’ diketuai Bung tidak mendapat sokongan solid. Lima Adun BN Sabah mengecam tindakan Bung.

Mereka marah Bung menarik balik sokongan terhadap Hajiji. Bukan setakat itu, sebaliknya mendesak Bung letak jawatan sebagai Pengerusi Umno Sabah.

Adun terbabit iaitu Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Dr Yusof Yacob (Sindumin) dan Mohd Arsad (Tempasuk).

Nampaknya agenda dibawa Umno Sabah mengulangi apa yang berlaku di Putrajaya. Ketika itu agenda Zahid juga tidak disokong ramai ahli parlimen Umno.

Sekarang siapa yang dirundung malang. Bung semakin hilang kredibiliti di sisi rakyat Sabah. Kepimpinannya dipertikai pemimpin Umno Sabah.

Mengulas perkembangan yang berlaku itu Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Dr Jeffrey Kittingan dilapor berharap rakyat Sabah tidak merebut kuasa politik.

Hajiji masih mendapat sokongan 44 daripada 79 Adun Adun Sabah. Majoriti mudah di Dun Sabah sebanyak 40 Adun.

Malah, Menteri Perdana Anwar Ibrahim juga mahu kerajaan Sabah kukuh di bawah Hajiji. “Kita mahu Sabah kukuh di bawah pimpinan Hajiji,” kata menteri perdana seperti dilapor media.

BN Sabah dan Warisan dikatakan menyokong cadangan PM untuk membentuk kerajaan perpaduan di Sabah. Maksudnya semua parti berada dalam kerajaan Sabah.

Namun, Hajiji tidak bertindak begitu. Dia masih ada sokongan. Akhirnya Bung hilang jawatan Timbalan Ketua Menteri 1. Warisan pun masih di saf pembangkang.

Ramai hendak tahu siapa ‘pengarah’ drama ‘Sabah Januari 2023’. Apa pun tak salah kalau ada orang sebut tindakan Bung seumpama yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. – HARAKAHDAILY 12/1/2023

2. Minda daif tolak Perlembagaan versi bahasa Melayu 

Dr Zulkeflee Yaacob

KOTA BHARU: Komitmen Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun mahu Perlembagaan Persekutuan edisi bahasa Malayu menjadi versi muktamad (autoritatif) bagi menggantikan versi bahasa Inggeris sudah lama dipejuangkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Saranan itu disuarakan pelbagai pihak terutamanya NGO-NGO Islam melalui pelbagai siri penerangan, program, memorandum dan sebagainya.

Pakar Psikososio dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Zulkeflee Yaacob berkata, umat Islam dan Melayu serta warga negara yang patriotisme perlu menyokong usaha tersebut.

Katanya sokongan padu semua pihak diharap dapat merealisasikan agenda tersebut kerana impaknya sangat besar kepada perundangan negara termasuk kedudukan perundangan Syariah.

“Sebagai contoh, kes murtad Indira Gandhi sebelum ini ‘kita kalah’ kerana tafsiran yang dibuat atas teks Perlembagaan bahasa Inggeris yang menjadi teks sahih.

“Bukan saja teks bahasa kolonial yang perlihat hilang maruah negara berdaulat tetapi prinsip undang-undang dan keluhuran perlembagaan bawah fasal 152 perlu direka yasa bagi membina jati diri bangsa Malaysia,” katanya di sini.

Baru-baru ini Peguam Negara mencadangkan edisi Perlembagaan Persekutuan yang diterjemah ke bahasa Melayu menggantikan teks asal dalam bahasa Inggeris sebagai versi rasmi.

Menurutnya bagi tahun 2023, Jabatan Peguam Negara (AGC) bercadang untuk mencetak semula Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan pindaan perlembagaan bersejarah terkini.

Dr Zulkeflee juga berkata, pihak yang menolak dengan hujah teks asal mesti dikekalkan kerana tafsiran makna kata seperti kata jamak ‘ibu bapa’ banding bahasa Inggeris ‘ibu atau bapa’ memperlihatkan minda daif dalam disiplin bidang morfologi bahasa khususnya bahasa Melayu. (Sumber ASLANI M)

Komen Weblog Ibnu HasyimSabah, dikejar X dapat, dikendung cicir. & Perlembagaan minda daif.

Perlembagaan Malaysia, nama saja merdeka tetapi kepala otak masih dijajah Inggeris!

3 comments:

Anonymous said...

PejWang ni ada value ke idok..!?

DSU Mukhriz Mahathir tidak menjelaskan secara jujur dan lengkap isu perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi PEJUANG. Apa yang beliau nyatakan mungkin sebahagian daripada faktanya, tetapi bukan fakta penuh yang mendorong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan Pengerusi parti PEJUANG.

Yang Benar

Kidin

Anonymous said...

Bro an kata beri bantuan kat kelantan dan trengganu 50 juta setiap satu. Tapi bantuan tak sampai kat kerajaan negeri. Sampai kat kaki tangan ph jer. Faham faham jer lah, kalau dah macam tu caranya. Sama macam umno ketika berkuasa, menganaktirikan negeri yg bukan kerajaan umno.

Tidak ada reformasi dari bro an utk yang sebangsa dengan nya. Atok dulu pun begini caranya.

Jom pakat pakat bersatu bawah PN. Mulakan langkah baru dengan meninggalkan kelompok yang rakus jawatan. Kelompok yang merobek janji. Kelompok yang berkluster. Individu yang mengamalkan diktator.

Kita sokong yang zero rasuah. Yang bijak memerintah. Yang sentiasa tunai janji. Yang bebas kluster mahkamah. Pimpinan sihat, rakyat sejahtera.

Anonymous said...

Diharap raja2 Melayu juga berperanan untuk mempromosi dan menyegerakan projek membahasa Melayukan perlembagaan persekutuan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails