Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan menghadiri sesi pada mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos pada 17 Januari 2023. - Foto AFP
1. Arab Saudi menolak normalisasi Israel tanpa penyelesaian dua negara
RIYADH: Arab Saudi tidak akan menormalisasikan hubungan dengan Israel sekiranya tiada penyelesaian dua negara dengan Palestin, kata diplomat tertinggi kerajaan itu dalam satu hantaran di twitter oleh kementerian luar negara itu.
Putera Faisal Farhan Al Saud berkata demikian di luar Forum Ekonomi Dunia di Davos susulan perjumpaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, Jake Sullivan di Baitulmaqdis untuk membincangkan normalisasi dengan Arab Saudi semalam.
"Penormalan sebenar dan kestabilan sebenar hanya akan dicapai apabila rakyat Palestin diberikan sebuah negara," kata Putera Faisal kepada Bloomberg pada sidang kemuncak itu.
Arab Saudi, pengeksport minyak terbesar dunia, adalah rakan rapat Amerika Syarikat (AS) tetapi ia berulang kali enggan menormalkan hubungan dengan sekutu AS, Israel kerana penjajahannya di wilayah Palestin.
Perjanjian Abraham yang diuruskan oleh AS pada 2020 menyaksikan negara jiran kepada kerajaan Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain itu menjalin hubungan diplomatik penuh dengan Israel.
Netanyahu telah berulang kali menyatakan hasratnya untuk melihat Arab Saudi menyertai senarai itu.
Dalam perbincangan mereka, Netanyahu dan Sullivan membincangkan "langkah-langkah untuk memperkukuhkan Perjanjian Abraham dengan memberi penekanan pada kejayaan dengan Arab Saudi," kata pejabat pemimpin Israel itu.
Tebing Barat dan Semenanjung Gaza serta Baitulmaqdis timur yang dikuasai Israel telah lama disebut-sebut sebagai asas negara Palestin dalam penyelesaian "dua negara" kepada konflik yang telah lama berlarutan.
Namun, matlamat itu menjadi semakin jauh, dengan Tebing Barat yang diduduki berpecah-belah oleh penempatan Yahudi.
Netanyahu merancang untuk meneruskan dasar peningkatan pengembangan penempatan di Tebing Barat, dengan parti-parti Yahudi ultra-Ortodoks dalam gabungannya menyokong pengilhakan beberapa wilayah itu. - AFP
2. India enggan lantik hakim gay
NEW DELHI: Kerajaan India enggan melantik peguam kanan sebagai hakim kerana beliau seorang gay dan mempunyai pasangan warga asing.
Mahkamah Agung negara itu berkata, New Delhi hanya menyahjenayah seks gay pada 2018, dan penentangan terhadap hak gay meluas di negara yang mempunyai populasi 1.4 bilion orang dan sebahagian besarnya adalah konservatif.
Layanan terhadap homoseksualiti agak diterima dalam kalangan kelas pertengahan bandar, tetapi ramai orang India yang mengamalkan gaya hidup gay masih berisiko dipulaukan oleh keluarga, rakan atau di tempat kerja jika mereka mengakui secara terbuka.
Pada November, panel Mahkamah Agung termasuk ketua hakim sebulat suara mengesyorkan Saurabh Kirpal, yang mengaku secara terbuka sebagai seorang gay, untuk dilantik sebagai hakim mahkamah tinggi di Delhi.
Bagaimanapun, kerajaan telah menolak pencalonannya kerana agensi perisikan dalaman dan kementerian undang-undang negara itu telah membantah atas alasan orientasi seksualnya dan "hubungan intim" beliau dengan seorang warga Switzerland, kata panel itu di laman web mahkamah.
Pentadbiran dipimpin Perdana Menteri Narendra Modi telah menentang percubaan untuk mengiktiraf hubungan sejenis secara rasmi dalam kes yang dibicarakan di mahkamah rendah.
Kirpal dicalonkan atas meritnya, kata panel itu lewat semalam, yang memuji keterbukaannya mengenai orientasi seksualnya dan mengatakan bahawa menolak kenaikan pangkatnya akan melanggar "hak yang diiktiraf oleh perlembagaan."
Menurut kenyataan itu, menteri undang-undang India menunjukkan "kesungguhan dan semangat Kirpal terhadap hak golongan gay" dan berkata ia menimbulkan kemungkinan berat sebelah dan prejudis.
"Homoseksualiti telah didekriminalisasi di India, namun perkahwinan sejenis masih tidak mendapat pengiktirafan sama ada dalam undang-undang statutori yang dikodifikasikan atau undang-undang peribadi yang tidak dikodkan di India," tambah menteri itu.
Beberapa pempetisyen memohon perbicaraan Mahkamah Agung dengan harapan membenarkan perkahwinan sejenis.
Mahkamah dan kerajaan nasionalis Hindu Modi terbabit dalam perebutan penamaan hakim.
Sebanyak 20 pencalonan telah dihantar semula tahun lalu dan panel telah menyerahkan semula nama Kirpal untuk pelantikan.
"Tiada sebab untuk mengandaikan bahawa kekasihnya yang berasal dari Switzerland itu akan berlaku secara tidak adil kepada negara kita kerana Switzerland adalah negara yang mesra, tambah panel itu," katanya.
AFP tidak dapat menghubungi Kirpal bagi mendapatkan komen beliau.
Panel itu berkata, ia telah menasihatkannya supaya tidak bercakap dengan media. - AFP
3. Undang-undang saksama jantina Scotland julang hak transgender
Nicola Sturgeon (FOTO: The Times)
Nicola Sturgeon telah dituduh melampaui kuasanya dengan memperkenalkan pembaharuan tentang hak asasi transgender yang memungkinkan undang-undang kesaksamaan jantina di seluruh United Kingdom dirangka semula.
Di bawah rang undang-undang ‘pengenalan diri’ (‘self-ID’) atau ‘undang-undang jantina Sturgeon’ yang dicadangkan oleh Menteri Pertama dan Ketua Parti Kebangsaan Scotland (SNP) itu sebelum ini, sesiapa yang menukar jantina mereka secara sah di Scotland akan diiktiraf sebagai jantina yang bertentangan di seluruh Britain, lapor Daily Mail UK.
Ini bermakna seorang lelaki secara biologikal seawal 16 tahun akan mempunyai hak untuk bersekolah di sekolah perempuan, dan seorang banduan lelaki boleh menuntut untuk ditempatkan di penjara wanita walaupun mereka tidak hidup sebagai seorang wanita.
Seld-ID pula bermaksud apabila seseorang pekerja secara sah mendedahkan identiti kepelbagaian mereka kepada majikan mereka, termasuk bangsa/etnik; golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ); status veteran; atau hilang upaya.
Kajian oleh kumpulan badan pemikir pemikir konservatif British yang berpangkalan di London, Policy Exchange menyimpulkan pada Rabu (11 Jan) bahawa pembaharuan yang dirancang Sturgeon adalah sangat serius, dan menggesa kerajaan UK agar mengambil bahagian dan menghentikannya daripada dijadikan undang-undang.
Dalam kata pengantar, bekas Ketua Peguambela Scotland, Lord Keen dari Elie menulis: “Ia (undang-undang ‘self-ID’ Sturgeon) bukan sahaja tidak praktikal tetapi dari segi perlembagaan tidak wajar bagi kerajaan UK untuk membenarkan badan perundangan dicadangkan untuk menggubal peruntukan yang mempunyai kesan material ke atas operasi undang-undang di seluruh United Kingdom.”
Terdahulu, Rang Undang-undang Pembaharuan Pengiktirafan Jantina (Scotland), yang diluluskan sebelum Krismas 2022, membenarkan orang ramai menukar jantina mereka dengan mendapatkan Sijil Pengiktirafan Jantina (GRC) dalam masa tiga bulan sahaja dan tanpa memerlukan diagnosis perubatan dysphoria jantina.
Dalam kes mahkamah berkaitan bulan lalu, hakim memutuskan bahawa memperoleh GRC telah mengubah jantina seseorang untuk tujuan Akta Kesaksamaan.
Laporan Policy Exchange pada Khamis (11 Jan) sehubungan itu memberi amaran bahawa perubahan dicetuskan Sturgeon itu akan menjejaskan undang-undang kesaksamaan di seluruh UK – lebih jauh daripada kuasa yang diturunkan kepada Scotland.
“Sesiapa sahaja boleh berpindah ke Scotland buat sementara waktu untuk mendapatkan GRC pantas kemudian berpindah kembali ke England, Wales atau Ireland Utara dan diiktiraf secara sah sebagai jantina yang bertentangan.
“Oleh kerana rang undang-undang Scotland menghapuskan keperluan untuk didiagnosis dengan dysphoria jantina atau mengenal pasti sebagai jantina yang bertentangan untuk mendapatkan GRC,” tegas laporan Policy Exchange itu sambil menambah seseorang individu hanya perlu menukar jantina mereka secara sah untuk mematuhi keperluannya.
“Akibatnya, banduan lelaki ‘tanpa identiti transeksual’ juga boleh dan bebas untuk membuat ‘keputusan strategik’ bagi menukar jantina yang sah semata-mata untuk keluar dari penjara lelaki yang berbahaya bermatlamat agar ditempatkan di penjara perempuan.
Di samping itu, Policy Exchange khuatir bahawa mana-mana lelaki biologi berumur di bawah 18 tahun yang memperoleh GRC boleh ‘menuntut akses ke sekolah perempuan sahaja’, kerana mereka tidak boleh didiskriminasi berdasarkan penugasan semula jantina di bawah Akta Kesaksamaan.
Laporan tersebut juga menggesa Setiausaha Scotland, Alister Jack, sepertimana ahli parlimen dan kumpulan hak wanita, untuk menggunakan perintah Seksyen 35 untuk memveto pembaharuan radikal Sturgeon itu.
“Adalah boleh dipertikaikan bahawa Rang Undang-undang ini tidak berada dalam kecekapan Parlimen Scotland, memandangkan kesannya terhadap aspek terpelihara Akta Pengiktirafan Jantina 2004.
“Walaupun itu tidak benar, sudah pasti syarat yang diperlukan untuk membuat perintah Seksyen 35 telah dipenuhi,” tambah laporan Policy Exchange berkenaan.
Sementara kerajaan Scotland dalam kenyataannya berkata bahawa sebarang percubaan oleh kerajaan UK untuk menjejaskan kehendak demokrasi Parlimen Scotland akan dicabar untuk ditandingi dengan bersungguh-sungguh oleh kerajaan Scotland.
“Kami sentiasa jelas bahawa Rang Undang-undang itu tidak memberi kesan kepada Akta Kesaksamaan, dan Rang Undang-undang yang diluluskan meletakkan kedudukan itu tanpa keraguan,” tegas kenyataan itu.
Sementara itu, tidak terkecuali terdapat gesaan agar Wales turut menggunakan sistem yang sama seperti Scotland.
Menteri Pertama Wales, Mark Drakeford berkata Wales akan mengiktiraf sesiapa sahaja yang memperoleh GRC yang dicadangkan Scotland itu.
Beliau mengakui kerajaan Wales tidak mempunyai kuasa yang sama seperti Scotland, tetapi akan mendapatkan pengesahan dari Westminster, UK.
“Kami akan mencari kuasa dan, jika kami memperoleh kuasa itu, kami akan meletakkan kuasa itu untuk berfungsi di sini, di Wales, dan kami akan mengemukakan cadangan di hadapan Parlimen Wales ini,” katanya.
Secara geografi dan sejarah politik, United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) sejak 1922, terdiri daripada empat negara konstituen – England, Scotland, dan Wales (yang secara kolektif membentuk Great Britain), serta Ireland Utara.
Laman web Perdana Menteri UK telah menggunakan frasa ‘negara dalam negara’ untuk menggambarkan UK.
Walaupun UK adalah sebuah negara berdaulat kesatuan, namun Ireland Utara, Scotland, dan Wales telah memperolehi darjah autonomi melalui proses penurunan kuasa.
Parlimen UK dan kerajaan British berurusan dengan semua perkara terpelihara untuk Ireland Utara, Scotland, dan Wales, tetapi bukan dalam perkara umum yang sebaliknya telah diserahkan kepada Perhimpunan Ireland Utara, Parlimen Scotland dan Welsh Senedd.
England, yang terdiri daripada majoriti penduduk dan kawasan UK tetap menjadi tanggungjawab sepenuhnya Parlimen UK yang berpusat di London.
England, Ireland Utara, Scotland dan Wales sendiri tidak tersenarai dalam senarai negara Pertubuhan Antarabangsa untuk Standardisasi (ISO).
Bagaimanapun senarai ISO bagi subbahagian UK, yang disusun oleh British Standards dan Pejabat Statistik Kebangsaan United Kingdom, menggunakan istilah ‘negara’ untuk menggambarkan England, Scotland, dan Wales, namun Ireland Utara sebaliknya, digambarkan sebagai ‘daerah’ dalam senarai yang sama. – HARAKAHDAILY 12/1/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Saudi tolak normalisasi Israel.. Hakim gay, transgender menggila.
Kini, Nicola Sturgeon telah melampaui kuasanya, memperkenal pembaharuan hak asasi transgender.. Yang memungkinkan undang-undang kesaksamaan jantina di seluruh United Kingdom dirangka semula.
Langkah menjajah, menjahannam manusia semula, supaya kembali ke zaman kaum Nabi Lut AS. Umat Islam wajib menolaknya!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
BERITA LANDAK:
Bera: Seseorang memberitahu saya, beliau telah menyelamatkan sepasang Landak Raya beserta 3 ekor anaknya dari banjir sekitar kawasan rumahnya. Apa dia patut buat?
Maklumat, lanjut, sila hubungi:
Ibnu Hasyim, Pengerusi Sementara Penaja Persatuan Penternak Landak W/P. Tel 014-400 2015
Pulau Pulau akan dapat kan khidmat Nasihat Singapura pembangunan perumahan tempatan.
ReplyDeleteRakyat sedanb perhatikan dan mengawasi apa yang Brother Anwar Bin Ibrahim akan lakukan terhadap negeri kelahiran nya sendiri di Pulau Pinang..
Berani kah Brother, Otak otak, Rafidi dan PKR membantah rancangan DAP. Inilah bahana bila barua Lee Kwan Yew@DAP dijadikan kawan. Pelik pemimpin Melayu Timbalan Presiden UMNo seperti Tok Mat Hasan lebih rela sanggup berkawan dengan DAP dari Pakatan Nasional...!!
18 Januari lalu, Kor Ming mengumumkan kerajaan PH-BN akan menerima bantuan pakar HDB dari Singapura iuntuk berkongsi pengalaman mereka dalam pembangunan perumahan di negara republik itu dengan KPKT.
Menteri DAP KPKT secara terang dan terancang menjemput HDB Singapura masuk. Apa akan jadi dengan Tanah Rizab Melayu di Tanah Melayu?”
Polisi perumahan di Singapura tidak membenarkan mana-mana kaum mendominasi satu kawasan.
“Kampung Melayu diambil tanahnya oleh kerajaan di bawah HDB dan diberikan tender kepada pemaju-pemaju swasta. Kemudian apabila terbinanya flat atau kondominium, tidak dibenarkan satu kaum apatah lagi orang Melayu untuk mendominasi satu kawasan.
Agenda DAP adalah membina terowong atau jambatan ke tiga dengan menghala dari George Town terus ke Seberang Perai Utara di mana terletaknya kawasan Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugur.
Beliau menjelaskan bahawa perkampungan Melayu di dua kawasan Parlimen itu bakal diranapkan, namun agak susah kerana kedua-duanya kini dikuasai Perikatan Nasional (PN).
Sekiranya keadaan sekarang berterusan untuk 10 hingga 20 tahun lagi, Kampung Warisan Melayu di pinggir Pulau Pinang akan menjadi seperti di Geylang Serai (di Singapura).
“Di Penang sebelah pulau, SPS (Seberang Perai Selatan) dan SPT (Seberang Perai Tengah) sudah ranap. Majoriti orang Melayu sudah lari dan kini jadi minoriti
Ini lah masa kempen secara besar besaran dan menasihatkan anak muda Melayu Pulau Pinang supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Singapura dan Pulau Pinang, sekiranya DAP terus memerintah.
Jangan harap pada Brother Anwar Bin Ibrahim PKR PAN PejWang UMNo untuk membantu menyedarkan tindakan anjing Lee Kan Yew@DAP. Mereka semua adalah barua barua terbaru Lee Kwan Yew@DAP setelah barua lama mereka iaitu barua paling renta sudah tidak berharga ladi dan sudah dibakul sampahkan apabila Pulau Batu Putih diserahkan pada anak Lee Kwan Yew..!!
“Penyelamatnya adalah ‘gelombang tsunami hijau’ dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
“Gelombang hijau harus menjadi realiti dan menumbangkan kerajaan DAP Pulau Pinang.
Rakyat sedang memerhati apa tindakan reaksi dari Brother Anwar Bin Ibrahim terhadap rancangan DAP ini...!!