KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan telah menetapkan 7 April ini bagi mendengar rayuan bekas pembantu penyelidik, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Muhammed Yusoff Rawther berkaitan kes saman membabitkan dakwaan serangan seksual oleh Perdana Menteri itu lima tahun lalu.
Dalam pengurusan kes yang dijalankan secara atas talian, peguam yang mewakili Anwar mengesahkan Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh pendengaran tersebut.
Pada 28 September tahun lalu, Muhammed Yusoff telah memfailkan rayuan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pembelaan serta keseluruhan tuntutan balas Ahli Parlimen Tambun itu.
Untuk makluman, pada 14 Julai 2021, Muhammed Yusoff memfailkan saman mendakwa serangan seksual pada 2 Oktober 2018 di kediaman Anwar di Segambut.
Dakwa lelaki itu, Anwar melakukan serangan seksual dan pencerobohan ke atas dirinya manakala beliau menolak perbuatan defendan serta memintanya berhenti melakukan perbuatan itu.
Ini juga dakwa Muhammad Yusoff dirinya dituduh berkomplot untuk menjatuhkan dan merosakkan karier politik defendan selain memberi impak kepada kesihatan mentalnya kerana mendapat kritikan daripada pemimpin politik yang menyokong Anwar serta orang awam.
Muhammed Yusoff menuntut ganti rugi khas, umum, teruk, teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Anwar memfailkan tuntutan balas terhadap Muhammed Yusoff dengan menyatakan dakwaan salah laku seksual itu tidak benar dan berunsur rekaan semata-mata.
Anwar yang kini Perdana Menteri mendakwa serangan seksual yang didakwa tidak mungkin berlaku kerana pada tarikh yang dikatakan serangan itu berlaku, beliau sedang melayani keluarga dan rakan di kediamannya di Bukit Segambut. – MalaysiaGazette
2. PM perlu kaji semula formula industri minyak, gas Kelantan
TERLEBIH dulu saya bagi pihak Metra ingin menyucapkan tahniah kepada Dato’ Seri yang telah diberi amanah sebagai PM yang ke-10 Malaysia.
Metra percaya di atas semangat dan.prinsip keadilan sebenar, Dato’ Seri boleh membawa halatuju baru kepada Malaysia dari segenap aspek terutama pengurusan ekonomi negara seterusnya membela golongan yang tertindas.
YAB Dato Seri,
Melalui kenyataan ini saya menggesa supaya Dato’ Seri selaku Perdana Menteri yang mengetuai Kerajaan Malaysia dan merangkap Pengerusi kepada Petronas iaitu pihak yang mengurus semua sumber gas dan minyak di pesisir pantai Kelantan yang telah bermula pada sekitar tahun 1988 membuka lembaran baru tahun 2023 dengan menilai semula kedudukan Kelantan dalam dua keadaan berikut:
1. Mengembalikan hak pendaratan gas di pantai Bachok Kelantan
Umum mengetahui bahawa sumber gas di pantai Kelantan telah dibawa ke selatan Thailand melalui paip untuk diproses di Songkla dan disambungkan ke negeri Kedah. Perkara ini amat merugikan negeri Kelantan dan telah menyekat potensi negeri dalam membangunkan indusrti gas di pantai Bachok. Rakyat Kelantan juga telah dinafikan untuk mengaut semua limpahan aktiviti industri ini (spill out effect).
Saya percaya perkara ini telah berlarutan lama tanpa penyelesaian yang memihak kepada rakyat Kelantan kerana semua formula yang dilaksanakan adalah berasaskan dendam dari perseteruan politik sempit pada masa tersebut dan Dato’ Seri perlu berlapang dada dengan pilihan rakyat serta tidak perlu menyambung niat songsang ini.
Saya percaya Petronas mempunyai pelbagai pilihan untuk membuat realignment dan reengineering dalam komponen pengeluaran untuk memastikan kerajaan negeri diberi sumber tenaga bagi keperluan indusri dan rakyat Kelantan mendapat manfaat terbanyak dalam perkara ini atas asas bahawa sumber gas adalah dari Pantai Kelantan. Perkara ini juga selaras dengan penyiapan semua infrastruktur utama seperti lebuh raya, pelabuhan, airport antarabangsa, ECRL dan lain yang bakal menjadi enjin penggalak (boster engine) kepada potensi pengembangan industri di Pantai Timur Semenanjung.
2. Memberi hak pengurusan telaga minyak di pantai Kelantan kepada kerajaan negeri
Semua telaga minyak di pantai Kelantan sememangmya diurus oleh Petronas sejak sekian lama. Malangnya bayaran royalti telah tertunggak sebanyak lebih daripada RM20 bilion gagal dibayar sehingga detik.ini
Metra percaya, dalam keadaan kedudukan industri semasa dunia dan rekod pengeluaran industri dari Petronas serta kedudukan kewangan negara semasa yang terus menyusut, maka pelbagai alasan boleh diberikan untuk menafikan hak kerajaan negeri dan rakyat untuk mendapat bayaran royalti ini.
Justeru, Metra merasakan bahawa sudah tiba masanya Dato’ Seri perlu mempertimbangkan untuk memberikan kerajaan negeri hak mengurus sendiri bagi semua atau sebahagian dari telaga minyak dari pantai Kelantan ini sebagai solusi segera dari kemelut bayaran royalti yang tidak berkesudahan sekian lama.
Saya percaya kerajaan negeri mempunyai tenaga pakar untuk mengurus keperluan ini dan perlu membuat persediaan ke arah itu.
Pihak Petronas boleh dirunding untuk menjadi penasihat bagi memulakan industri ini supaya kerajaan negeri dan rakyat Kelantan akan mendapat manfaat terus dan cepat tanpa menunggu polemik royalti yang panjang tanpa kesudahan.
Metra sangat berharap di atas prinsip keadilan sejagat yang menjadi jiwa dan roh baru bagi tatakelola pentadbiran Dato’ Seri selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, cadangan ini perlu dipertimbangkan untuk menemui solusi segera dan manfaat berpanjangan bagi kerajaan dan rakyat Negeri Kelantan.
Metra juga berdoa supaya Dato’ Seri sentiasa dilimpahi dengan hidayah dan berkah yang berpanjangan serta diberi maunah dalam melayari bahtera kuasa seterusnya membawa Malaysia yang lebih adil dan gemilang.
IR ARIFFAHMI AB RAHMAN
Pengerusi,
Malaysian Executive and Technocrat Alliance (Metra)
2 Januari 2023 – HARAKAHDAILY 2/1/2023
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
BERITA LANDAK:
Bera: Seseorang memberitahu saya, beliau telah menyelamatkan sepasang Landak Raya beserta 3 ekor anaknya dari banjir sekitar kawasan rumahnya. Apa dia patut buat?
Maklumat, lanjut, sila hubungi:
Ibnu Hasyim, Pengerusi Sementara Penaja Persatuan Penternak Landak W/P. Tel 014-400 2015
21 comments:
Orang lgbt ni pandai bermuka muka. Cakap lain di belakang buat lain. Kalau tidak masakan sanggup merogol fitrah. Melanggar hukum. Kemudian pura pura warak.
Alamak ni kes kasi sudah calar imej Malaysia di mata dooonia woooo....!!!
Kat jepun sudah harikiri. Tapi kat sini muka selumberland. Pandai makeup muka.
Tak habis2 nk fitnah org. Ada 4 saksi ke.. Baca buku yg tuan guru hj hadi ttg qazaf
Masa pegang 32 bulan tak sibuk ttg pendaratan minyak pun..
Serangan seksual : Mahkamah tetapkan 7 April bagi Yusoff Rawther batal pembelaan Anwar.
Kita lihat nanti. Fitnah atau tidak. Mahkamah tu. Bukan sembang kedai kopi pagi hari.
Dua kali mohon diampunkan. Juga bukan sembang kedai kopi.
Wak jahit tidak mewakili masyarakat umum dalam parti. Dia berada dalam dunia tersendiri. Masyarakat umum tidak rela harga haiwan hidung penyek dibincang dalam kabinet.
Ini bukan kisah membawang. Tak caya tanya pakar membawang. Menteri kebun.
Semoga rakyat kedah berbelanja dengan sumber yang halal.
Apalah sangat 22 ke 8, tetap tidak halal. Alternatif Islam tapi ada kes lewat ke mahkamah.
Kera jaan skrg pakar dlm nk stabilkan daging babi je, harga ayam atau telor tak tahu pun, tak ada formula,buntu,tp babi ni makanan bos besar yg ramai mp 40 org, menteri yg jaga babi direndahkan taraf, diperalatkan, nama mcm tokoh pejuang islam tp pejuang daging babi je.. Elok klau tuhan tunjuk muka mcm babi.. Yg haram nk dibela tak ada dah yg bkn islam nk handle isu remeh temeh bln selesai dlm dewan perniagaan cina seluruh malaysia je, tak wajar yg haram bawa kabinet!
Apa perkembangan hasil mesyuarat pertama menteri PH bekenaan harga BABI dipasaran? Saje nak tahu.
Bagus lah mendengar rayuan pada april ni. Boleh lah terbukak nanti dalang di belakangnya haha.
Nak bagi negeri darul assobiah ambil alih dari petronas. Tak payah lah.
Tempat liwat dgn tertuduh kes liwat 2 di Villa Trivoli. Tempat liwat belum siap dalam tuduhan tarikh liwat. KIta jangan gatal nak ulas jika tak tahu mendalam sebab takut ianya FITNAH, Lainlah Ibnu Hasyim, posmen penyebar FITNAH.
Tu kena tanya atok pasai villa. Sebab time tu atok yang bawak.
Yang saiful kena tanya bossku. Sebab bossku yang bawak.
tivoli villa itu wujud sebenarnya dan disiap berfasa dan berperingkat peringkat...
Mungkin pm yg berdegar2 cakap psal islam dah tersedar, supaya tak jadi isu, bincang slow2 jgn heboh dan bangga mcm menteri salah tu din, bangga tak bertempat dicucuk hidung kapiaq, koman wat malu kaum je..
Geng ni bagi pitih beli mercedes dulu, pemimpin didahulukan rakyat dibelakangkan. lagi satu kalau setahun buat 1km lebuhraya patut dah ada lebuhraya. oh ye boss mung kata sengaja nak lambatkan pembangunan supaya rakyat bersyukur. 33 bulan apa kejayaan terbesar pn selain naik 22 kali dan turun 2 kupang.
Geng ni ada kes kat mahkamah. Baik yang jadi ketua darjah. Yang penolong ketua darjah pun banyak kes.
Setakat beli mecidis. Tak pun jadi kes mahkamah.
Ada beza tu. Yang kes mahkamah dengan yang sembang kat kedai kopi.
Kes bunuh guna bom remote boleh tangkap, takkan judi on line tak boleh tangkap.
Nampaknya menteri PH kena buat mesyuarat tergempar untuk membincangkan berkenaan selsema babi africa yang dikatakan telah menyerang babi2 di PP?
Post a Comment