Thursday, January 19, 2023

Sesak nafas lihat filem ini? Sesak di Tambak Johor & Britain..

 

Sesak nafas lihat filem ini? Antara babak panas dalam filem Pulau.

HALAMAN HIBURAN

1. MAPIM gesa LPF kaji semula kelulusan filem Pulau  

Filem Pulau mencetuskan kontroversi apabila mengandungi adegan panas, selain pelakon wanita tampil seksi dan berbikini.

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa Lembaga Penapis Filem (LPF) mengkaji semula kelulusan tayangan filem kontroversi, Pulau.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, trailer filem itu mengandungi adegan tidak senonoh.

"Kami menggesa agar LPF menyemak semula Syarat Wajib Tayang filem yang bakal menemui penonton pada 9 Mac depan.

"Dari trailer filem ternyata banyak adegan tidak senonoh ditayangkan, sekali gus tidak sesuai untuk tontonan awam," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan

Azmi turut mempersoalkan bagaimana LPF boleh meluluskan tayangan filem Pulau, sedangkan mempunyai unsur lucah. "Kami membantah kandungan yang menonjolkan unsur kelucahan melampau, sekali gus bercanggah dengan Rukun Negara iaitu kesopanan dan ketatasusilaan," ujarnya.

Filem Pulau diterbitkan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio arahan Euho mencetuskan kontroversi apabila mengandungi adegan panas, selain pelakon wanita tampil berbikini.

Ia menyebabkan orang ramai menggesa LPF mengkaji semula kelulusan tayangan filem itu.

Turut bersuara, pendakwah bebas Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed yang meminta filem ditapis semula kerana tidak sesuai untuk penonton beragama Islam.  

Azmi mempersoalkan bagaimana LPF boleh meluluskan tayangan filem Pulau, sedangkan mempunyai unsur lucah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik pendakwah, PU Syed mendapat sokongan pengikutnya apabila ada yang menyifatkan filem Pulau sebagai liberal, lebih lagi turut menampilkan pelakon beragama Islam.

Pulau mengisahkan percutian impian di pulau eksotik berubah menjadi mimpi ngeri dengan pertemuan kisah mistik menyeramkan dengan kehadiran makhluk ilmu hitam yang kejam.

Ia menampilkan Alif Satar, Amelia Henderson, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuar, Jazmy Juma, Mark O'Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi dan Vikar. 


2. Trafik sesak dijangka di pusat pemeriksaan darat Singapura - ICA 

Gambar fail menunjukkan kesesakan di Tambak Johor. - Foto BERNAMA

SINGAPURA: Warga republik ini yang mahu ke Malaysia melalui pusat pemeriksaan darat hingga Jumaat ini harus mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semalam.

Ini berikutan pihak berkuasa menjangkakan trafik sesak secara berterusan di kedua-dua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, dengan kesesakan lalu lintas dijangka dari Malaysia memandangkan Ahad ini adalah hari pertama Tahun Baharu Cina.

Dalam satu kenyataannya semalam, ICA berkata aliran trafik melalui pusat pemeriksaan darat kembali ke paras pra-pandemik semasa waktu sibuk, dan semasa kemuncak tempoh Tahun Baru Cina pada 2019 - sebelum penutupan sempadan akibat pandemik COVID-19.

Purata masa menunggu bagi pelawat yang berlepas atau tiba dengan kereta melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas adalah sekitar tiga jam.

Menurut ICA, lebih sejuta pelawat melalui pusat pemeriksaan berkenaan semasa musim cuti akhir tahun pada 2022, dengan sekitar 361,000 orang menyeberang setiap hari.

"Pemandu juga diingatkan untuk mengelak daripada memotong jalan kerana ia boleh menyebabkan kesesakan teruk dan menjejas keselamatan pemandu lain.

"ICA turut menggesa pemandu supaya mematuhi peraturan jalan raya, menjaga disiplin lorong dan bekerjasama dengan pegawai di lokasi," katanya.

Pihak berkuasa menasihatkan pemandu supaya memeriksa keadaan lalu lintas di kedua-dua pusat pemeriksaan melalui laman OneMotoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Mereka juga boleh merujuk Sistem Pemantauan dan Nasihat Ekspreswe yang dipasang di Lebuhraya Bukit Timah dan Lebuhraya Ayer Rajah, sebelum memulakan perjalanan mereka.

Keadaan trafik terkini juga akan disiarkan di akaun Facebook dan Twitter ICA, dan disiarkan di stesen radio tempatan Money FM 89.3, Kiss92, One FM 91.3, 96.3 Hao FM dan UFM 100.3.

Semua pelawat jangka pendek, termasuk pemilik kelulusan secara prinsip untuk pas jangka panjang, dikehendaki menghantar Kad Ketibaan SG mereka dengan pengisytiharan kesihatan dalam tempoh tiga hari sebelum ketibaan mereka di Singapura.

Disebabkan trafik yang tinggi dan orang yang berulang-alik setiap hari untuk pekerjaan serta belajar, warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang dikecualikan daripada menghantar pengisytiharan kesihatan jika mereka pulang ke Singapura melalui pusat pemeriksaan darat.

Mereka akan perlu melakukan pengisytiharan kesihatan jika mereka memasuki Singapura melalui pusat pemeriksaan laut dan udara. - AGENSI


3. Mogok di Britain bertambah teruk 

Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan rumah perdana menteri Britain di 10 Downing Street di tengah London, bagi membantah akta bagi mengekang kesatuan mengadakan mogok. - Foto AFP

LONDON: Kesatuan guru dan jururawat mengadakan mogok secara besar-besaran bagi memprotes gaji rendah yang diterima walaupun kerajaan kini sedang berusaha untuk mengekang tindakan mogok dengan memperkenalkan rang undang-undang (RUU).

Kesatuan Pendidikan Nasional (NUE) berkata anggotanya memilih untuk mengadakan mogok pada 1 Februari ini bagi menggesa kenaikan gaji serta menangani inflasi.

Pada minggu ini, jururawat di England, Wales dan Ireland dijangka meneruskan mogok esok dan lusa selepas mengadakan mogok pertama mereka Disember lalu.

Kolej Kejururawatan Diraja memaklumkan sekiranya tiada tindakan yang diambil, pihaknya akan mengadakan mogok pada 6 dan 7 Februari ini kerana membantah kadar gaji yang tidak adil. 

Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan rumah perdana menteri Britain di 10 Downing Street di tengah London, ketika Perdana Menteri, Minister Rishi Sunak, mahu membentangkan rang undang-undang (RUU) Mogok di Parlimen. - Foto EPA

Kerajaan Konservatif sudah membentangkan RUU kepada ahli Parlimen, menetapkan kerjaya yang mempunyai kesatuan perlu menyediakan tahap perkhidmatan minimum semasa mogok.

Menteri Perniagaan, Grant Shapps, semasa bacaan kedua petang semalam, memaklumkan kepada ahli Parlimen bahawa RUU itu diperlukan.

"Ini kerana kita melihat sejak beberapa bulan kebelakangan ini berlaku mogok yang membahayakan nyawa dan menjejaskan mata pencarian orang ramai," katanya.

Bagaimanapun, Pemangku Setiausaha Agung Kesatuan Ekuiti, Paul Fleming, menegaskan sebagai pekerja, mereka juga mempunyai hak kerana kebajikan terjejas akibat undang-undang yang zalim sejak 1980an lagi.

Pada musim panas lalu, pekerja sektor awam sudah mengadakan mogok berhubung gaji mereka selepas mengambil kira inflasi yang kini sudah mencapai dua angka. 

Seorang kakitangan perubatan membawa sepanduk ketika menyertai mogok di luar Hospital St Thomas di London. - Foto AFP

NEU mengumumkan hari mogok kebangsaan akan diadakan 1 Februari ini, diikuti dengan siri lebih banyak mogok selama enam hari pada Februari dan Mac, di mana setiap sekolah akan terjejas selama empat hari.

Namun, tindakan itu dikhuatiri menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa kerana pendidikan anak-anak mereka sudah pun terganggu sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat COVID-19.

Setiausaha Agung NEU, Kevin Courtney, berkata pihaknya percaya kerajaan tahu mengenai keperluan itu dan akan mengambil tindakan berhubung gaji guru.

"Kami amat berharap tidak akan perlu menyertai mana-mana mogok ini dan kerajaan menyedari kesungguhan kita dalam tuntutan dan kesediaan kita melindungi kerja, kadar gaji, kos dan keupayaan untuk terus kekal dalam kerjaya," katanya.

Ketua kesatuan guru akan bertemu dengan Menteri Pendidikan, Gillian Keegan, hari ini.

Menteri itu memberitahu Sky News bahawa tindakan mogok yang dirancang itu 'akan memberi kesan kepada kanak-kanak dan tindakan itu sangat mengecewakan ibu bapa. - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimSesak nafas lihat filem ini? Sesak di Tambak Johor & Britain..

Tapi mana yang lebih sesak terdesak? Sebagai seorang Islam sesak kita hendaklah mengasak ke arah kemakmuran, kebahagiaan dari dunia hingga akhirat. As-salamu 'alaikum? 

10 comments:

  1. Kalau nonton filem, sesak nafas ngan filem pulau. Kalau politik sesak nafas dengan parti kris. 60 tahun jadi kerajaan, orang melayu masih ketinggalan. Yang kaya raya,yang jutawan billiunwan banyak dalam kelompok pimpinan.

    Rasuahnya kuat. Songlapnya kuat. Mendarah daging semua duit haram tak halal.

    Bila dah kalah teruk, bukan nak berubah. Dicari kawan politik yang busuk juga. Dijadikan komunis jadi kawan. Yang rosak aqidah, faham liberal dijadikan kawan. Yang kaki temberang dijadikan kawan.

    Maka dipuji puji dapig yang dulu musuh utama. Dipuji puji liberal kaki temberang. Nak sua hidung kut boleh jadi sahabat. Dipeluk kucup komunis. Dipeluk kucup liberal luar tabii.

    Prinsipnya dapat jawatan. Macam mat tampan. Meloya tekak dengar bila bercakap tentang perjuangan.

    Patut sangat yang punya maruah segera hijrah. Selamatkan diri dari jadi pengikut komunis, liberal luar tabii, geng geng songlap.

    ReplyDelete
  2. SELEPAS bantuan banjir disalurkan melalui JPP di negeri pembangkang.

    Kerajaan PH-BN meneruskan pelanggaran demokrasi dengan hasrat menubuhkan JPKKP di negeri tidak sealiran dengan Kerajaan PH-BN.

    Sedangkan sudah ada JPKK di setiap negeri. Ada budak-budak PH buat tanya, kenapa tak boleh ke?

    Penyaluran JPP dan penubuhan kembali JPKKP ini menggambarkan Kerajaan PH-BN tidak menghormati pilihan rakyat di negeri-negeri.

    ReplyDelete
  3. Jangan dihairankan.
    Bila dah ada tabiat luar tabii.
    Berlarutan luar tabii.
    Hingga ke pentadbiran.
    Hingga ke pengurusan.
    Hingga ke politik.

    Rasionalnya.
    Pimpinan yang bebas luar tabii.
    Pentadbirannya bersih.
    Pengurusannya bersih.
    Politiknya bersih.
    Rakyat sejahtera, khazanah selamat.

    ReplyDelete
  4. Anjing Lee Kwan Yew disini dan nak tunjuk jalan dan berlagak tunjuk pandai...

    Kerajaan Singapura bersetuju untuk meminjamkan pakar mereka bagi berkongsi pengalaman dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kata Nga Kor Ming... pergi mampos dengan barua barua Lee Kwan Yew di Malaysia..!!

    http://kachipemas.blogspot.com/2023/01/nga-kor-ming-umum-berita-baik-pakar.html?m=1

    Sementara itu, di Singapura, keluarga super nepotisme ultra kiasu Lee Kwan Yew sangat kronik dengan kronisme dan nepotisme dalam semua bidang.

    Kerajaan Lee Kwan Yew sangat kronik kroni dan nepotisme dengan sikap kiasu yang sangat kejam.

    Orang Cina Malaysia tahu dasar meritokrasi Lee Kwan Yew adalah sistem 'meritokrasi' bodoh & berdarah bermakna, apabila membeli rumah HDB di Singapura, semua yuran guaman perlu dibayar kepada "Lee & Lee Associate", PM Lee & Syarikat keluarga. Dari zaman bapanya Lee Kuan Yew hingga ke hari ini.

    Jika S&P & legal dibayar ke atas syarikat kroni dan anak cucu Lee Kwan Yew , jika perkara ini berlaku di Malaysia sudah tentu PM Malaysia akan menjadi bom jangka kepada pembangkang di sini..!! Tapi 'barua' Melayu Lee Kwan Yew @ DAP buat bodoh aje tak kisah..!!

    Sila sebutkan sekor nama billionaire Melayu Made In Singapork atau Melayu Made In Singapork mengurus suatu GLC Singapork suma walaun barua DAP@Lee Kwan Yew tetiba jadi buta , pekak tuli dan bisu...

    Singapork... bila CEO Temasik Holding isteri Lee Tsian Long anak Lee Kwan Yew rugi lagi berganda ganda tiada seko pemimpin dan penduduk Singapura membantah dan desak letak jawatan.

    Akan tetapi dlm kes fitnah jijik 1 MDB semua barua Lee Kwan Yew @ DAP di sini terpekik terlolong baring atas jalan raya jerit tangkap Jho Low.. tangkap Jho Loh segera. Sampai sekarang pukimak Jho Loh lesap hilang..!! Zety, Taufik Ayman dan hakim Mazlan haramjadah yang depan lubang hidung pemimpin pun tak mampu ditangkap..!!

    Divert Isu Temasik Holding rugi beratus billion dng menghasut NGO dan Cina Singapura kempen BERSIH di Malaysia.. Melayu kena faham dari sekarang isu yg dibawa DAP sikit sebanyak utk kepentingan Singapura

    DAP hanya akan menang di kawasan majoriti besar Cina. Kawasan majoriti Melayu, DAP tidak laku, kecuali UMNO bersama DAP. Pastikan PN kuat di Semenanjung. Ultra kiasu cukup takut dengan kamu.

    ReplyDelete
  5. Tolak islam liberal ekstreme.

    Bantu bangsa lain.

    Tapi zalim bangsa sendiri.

    Guna duit persekutuan.

    Untuk ahli ph.

    Tidak pandai perintah.

    Persekongkolan luar tabii.

    Bersama hoi hoi ya hoi.

    Bersama komunis dapig.

    Pungkok penuh ulat mayat.

    ReplyDelete
  6. Mengapa liberal bahaya.
    Pimpinan nya bukan ulamak.
    Hanya sasterawan.
    Mencederakan Islam.
    Memberi suplemen kepada kuffar.

    ReplyDelete
  7. anon 9.73

    kalau Jho Low tak lesap dan tak jadi beruang dan dapat di tangkap dengan segera...dan juga Kalau anak taikun Vincent Tan nama Navin Tan di tangkap sebab tanam ladang ganja di kondo mewah nya sedangkan penyanyi Melayu tanam ganja hukum ganting sampai mati isu perkauman tak timbul... taikun tu milik barua Melayu paling renta yang bertuankan LeeKwanYew@DAP


    pada walaun sklian .. kau orang Faham ke atau tak boleh hadam utk fahamkan..!!

    9.73 jangan tunjuk barua sangat sikit sikit udah ler

    ReplyDelete
  8. Liberal ektreme pun tak mampu bertahan. Ulamak sastera. Macam tong kosong. Tolak rasuah. Tapi 2nd man ada kes banyak. Perkauman pada bangsa sendiri. 50 juta + 50 juta. Untuk ph jer.

    ReplyDelete
  9. 11.37 & 9.73

    Lee Kwan Yew dan DAP suka jadikan Melayu barua mereka mcm ni...

    Jho Low lesap ketawa terbahak tengok pemimpin barua Melayu Lee Kwan Yew @ DAP berbunuhan sesama sendiri walaun barua barua pemimpin ini masih bole riang ria terkinja kinja lagi tuu..

    #mamposlagihelok

    ReplyDelete
  10. Tok Mat jadi bodoh setelah diliwat Brother sambil puji DAP tapi Ahli DAP sendiri meluat dan mengutuk UMNO dan kepimpinannya.

    Agak agak lah Tok Mat nak bodek, ampu dan puja puji ni... DAP pun naik meluat..

    Dalam keghairahan Zahid dan Mad Hassan memuja tuhan politiknya DAP hingga Zahid menggambarkan bahawa UMNO akan menjadi sebahagian anggota kerajaan di Pulau Pinang dalam PRN yang akan datang.
    Rupanya orang kuat PH Pulau Pinang sendiri menolak Zahid.

    Timbalan ketua DAP Pulau Pinang itu, berkata Umno tidak boleh diremajakan tanpa membersihkan imejnya yang “dicemari rasuah” terlebih dahulu, sambil menambah bahawa Zahid nampaknya “pemimpin paling tercemar”.

    DAPig dan sekutunya sebenarnya tidak mahukan najis yang merata di tubuh Zahid terpalit ke muka mereka.

    Kenyataan ahli DAP, P Ramasamy yang menyifatkan pujian Tok Mat itu tak mendatangkan kegembiraan kem DAP bila Ahmad Zahid Hamidi terus menjadi ‘duri dalam daging’ selagi mana terus menjadi presiden parti itu.

    Kalau mereka mahu menggunakan UMNO dan BN pun hanya sekadar satu cabang biro Melayu dan islam kepada DAPig. Bukannya parti yang boleh menentukan tapi sekadar hamba sahya yang sekadar menjadi pak turut.

    Bagi Zahid pula ianya adalah kunci untuk terus memainkan peranan bagi kelansungan hidup politik cikgunya. Bagi Zahid hanya Anwar Aljuburi sahaja yang boleh memberikannya nyawa. Hanya Aljub sahaja yang mampu melepaskan dirinya dari penjara agaknya.

    #balikrayodentakngakuorgnesmilandoh

    ReplyDelete