Friday, February 10, 2023

Siti Nurhaliza & AR Rahman Live in Malaysia, malam tadi..

 

Siti Nurhaliza membuat persembahan bersama penyanyi dan komposer, AR Rahman sempena Konsert AR Rahman - Secret of Success - Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

HALAMAN HIBURAN

1. 60,000 saksikan AR Rahman di Stadium Nasional Bukit Jalil

KUALA LUMPUR: Konsert mega penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman iaitu Konsert AR Rahman - Secret of Success - Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlangsung dibanjiri 60,000 peminat, malam ini.

Ia sekali gus membuktikan kemasyhuran penyanyi legenda itu, lebih lagi, apabila laluan trafik di perkarangan Bukit Jalil juga sesak dengan kenderaan berpusu-pusu masuk ke kawasan Stadium Bukit Jalil.

Penyanyi dan komposer dari India, AR Rahman membuat persembahan sempena Konsert AR Rahman - Secret of Success - Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

Ternyata, ramai yang tidak melepaskan peluang mengubati kerinduan terhadap AR Rahman menerusi konsert anjuran DMY Creation Sdn Bhd , tak kira peminat berbangsa India mahupun Melayu.

Terdahulu, BH Online melaporkan kira-kira 50,000 tiket konsert itu habis dijual oleh pihak penganjur tiga hari lalu.AR Rahman membuka tirai konsert pada jam 8.30 malam dengan lagu popularnya, Jai Ho dan Muqabala.Tidak dapat disangkal, konsert AR Rahman berdurasi lebih kurang tiga jam tidak ubah seperti konsert bertaraf antarabangsa apabila peminat dapat menonton persembahan menerusi paparan 14 skrin yang disediakan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menonton persembahan penyanyi dari India, AR Rahman sempena Konsert AR Rahman - Secret of Success - Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

Lebih istimewa, konsert itu turut menampilkan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berduet bersama AR Rahman menerusi sebuah lagu Tamil. Stadium Bukit Jalil bergema dengan jeritan peminat sebaik sahaja Siti tampil atas pentas.

Siti juga sempat meluahkan perasaan gembiranya dapat berkongsi pentas dengan AR Rahman.

Penyanyi dan komposer dari India, AR Rahman membuat persembahan sempena Konsert AR Rahman - Secret of Success - Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

"Saya berbangga dapat menyanyi bersama penyanyi legenda. Ia seperti mimpi menjadi kenyataan," katanya.

Turut memeriahkan konsert, penyanyi popular dari India, Hariharan.

Selain itu, antara selebriti tempatan yang dilihat hadir menonton termasuklah Harith Iskandar dan Fatin Afeefa serta suami.


2. Siti Nurhaliza nyanyi lagu Tamil di Konsert AR Rahman 

Penyanyi, Siti Nurhaliza hadir ketika sidang media Konsert Malam Bulan Bintang. FOTO Aziah AzmeeBintang. FOTO Aziah Azmee

Kuala Lumpur: Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menyangka apabila penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman bakal menampilkannya sebagai penyanyi jemputan pada Konsert AR Rahman - Secret of Success - Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Siti berkata, pertemuan bersama AR Rahman di kediamannya beberapa tahun lalu mengeratkan hubungan persahabatan antara mereka sekali gus berpeluang untuk membuat persembahan pada konsert penyanyi yang cukup disegani ramai itu.

"Sebenarnya beberapa tahun lalu saya pernah menjemput AR Rahman untuk datang ke rumah selepas dimaklumkan beliau berada di Malaysia. Jadi saya ada menghubungi pihak penganjur dan tak sangka dia menyambut baik pelawaan itu.

"Bermula dari situ, kami saling berbalas emel untuk berkongsi segala perkembangan dan terbaru saya dapat tahu dia akan buat konsert di sini. Beliau juga ada maklumkan dan bertanya mengenai jadual seni saya.

"Bagaimanapun saya beritahu yang saya bercuti panjang di luar negara, kemudian beliau mempelawa saya untuk berkolaborasi dengannya pada tarikh yang diberikan. Saya pun apa lagi, ibarat pucuk dicita ulam mendatang, saya terus bersetuju," katanya.

Menurut Siti, pada konsert terbabit beliau bakal menghiburkan peminat dengan sebuah lagu Tamil ciptaan AR Rahman dan sedang giat melakukan persiapan untuk konsert itu.

"Saya agak gementar untuk menjayakan persembahan ini kerana pertamanya saya bekerjasama dengan idola saya selain perlu memastikan sebutan lagu ini disampaikan dengan betul.

"Mujur ada kawan baik Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) yang berbangsa India sudi mengajar dan membantu saya. Hari pertama dengannya, saya hanya belajar sebutan, kemudian saya ambil masa dua hingga tiga hari untuk menghafal lirik.

"Lagu yang bakal disampaikan ini adalah sebuah lagu lama yang cukup terkenal ciptaan AR Rahman. Jadi setiap hari saya berlatih dan pastikan sebutannya jelas dan betul," katanya.

Disiarkan pada: Januari 26, 2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siti Nurhaliza & AR Rahman Live in Malaysia,malam tadi..

Di bawah PM10, patuh syariahkah?

No comments:

Post a Comment