Thursday, January 26, 2023

Sukar PKR bertapak di P/Timur.. & Hedonisme X patuh syariah.

 

PKR hanya mampu melepasi fasa ‘menyemai benih’ dan belum lagi berupaya menuai hasil kejayaan melalui rancangan lima tahun bagi membina kekuatan parti di Kelantan dan Terengganu - penganalisis politik. - Foto hiasan

1. Sukar untuk PKR bertapak di Pantai Timur, walau ada formula 5 tahun

KUALA LUMPUR: PKR hanya mampu melepasi fasa 'menyemai benih' dan belum lagi berupaya menuai hasil kejayaan melalui rancangan lima tahun bagi membina kekuatan parti di Kelantan dan Terengganu.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Muhammad Izmer Yusof, berkata PKR mungkin boleh membina tapak kekuatan untuk parti itu di Kelantan dan Terengganu dalam tempoh lima tahun ditetapkan itu.

Namun untuk PKR menakluki kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui pilihan raya, ia dilihat sukar dan hampir mustahil dalam tempoh terbabit.

"Sebaliknya ia mungkin boleh direalisasikan sekurang-kurangnya melalui lima pilihan raya lagi yang mengambil masa 25 tahun, ...seperti mana PAS mencipta kekuatan di Pahang yang juga kubu kuat UMNO sebelum ini.


"Kita ingin bercakap mengenai menukar tradisi dan ia bukan mudah. Ia memerlukan pelan jangka panjang bukan sekadar lima tahun sahaja, ..kekuatan PAS di dua negeri itu adalah kekuatan tradisi.

"Sedangkan AMANAH yang mempertaruhkan Husam Musa di Kelantan pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) juga gagal dengan PAS, ...maka PKR masih berdepan laluan sukar," katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa PKR akan melaksanakan rancangan lima tahun bagi membina kekuatan parti di Kelantan dan Terengganu.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi, berkata pendekatan itu adalah perancangan jangka panjang sebelum berdepan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dengan rancangan terbabit akan dilancarkan akhir Februari depan sebelum ia bermula pada 1 Mac nanti.

Pada masa sama, Muhammad Izmer berkata, dasar PKR yang bukan parti berasaskan Melayu, menjadikan usaha itu berdepan laluan lebih sukar malah UMNO sendiri 'gagal' memecahkan dominasi PAS khususnya di Kelantan.

Rafizi mungkin boleh mula membuat formula membina kekuatan di negeri Pantai Timur itu selepas melihat pola sokongan pengundi melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

"PRN akan menjadi buah mula atau indikasi sokongan pengundi di negeri Pantai Timur terhadap PKR dan Pakatan Harapan (PH) yang menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Ariff Aizuddin Azlan pula berkata lima tahun adalah tempoh yang disifatkan sangat singkat bagi melakukan perubahan khususnya membabitkan peralihan sokongan rakyat daripada PAS kepada PKR.

Walaupun ia bukan kerja yang mudah namun PKR mungkin berpeluang mengintai kekuatan itu jika kerajaan Perpaduan yang dibentuk sekarang mampu membuat perubahan drastik yang memberi kemenangan kepada rakyat khususnya dalam soal ekonomi.

"Identiti kepartian adalah sangat kuat di negeri Pantai Timur dan ia dilihat semakin menebal berdasarkan kejayaan PAS yang memenangi semua kerusi Parlimen di Kelantan dan Terengganu pada PRU15.

"Jadi dalam tempoh lima tahun yang digariskan itu, saya berasa terlalu awal untuk PKR lakukan kejutan di dua negeri itu, ...usaha itu memerlukan perancangan lebih lama dan panjang seperti mana mereka berjaya menakluki Selangor pada 2008." katanya.

Pada peringkat awal ini, perkara asas perlu dilakukan PKR ialah bagaimana untuk meyakinkan rakyat atau pengundi bagi mengalihkan momentum sokongan terhadap parti itu.

Namun dengan kedudukan PAS dan Perikatan Nasional (PN) yang semakin kukuh di Kelantan serta Terengganu, ruang baharu untuk PKR bertapak itu dilihat agak sukar.


2. Hentikan budaya hedonisme dan tidak patuh syariah 

DEWAN Pemuda PAS Negeri (DPPN) Perak mendesak pihak berautoriti kerajaan termasuk agensi-agensi pelaksana program mengambil cakna dan bertegas dalam aspek penganjuran program yang tidak terkawal khususnya hiburan melampau yang membawa kepada kemaksiatan.

Dalam keadaan negara Malaysia belum pulih sepenuhnya daripada wabak COVID-19, pelbagai program karnival dianjurkan bagi memberi peluang kepada para peniaga membangunkan ekonomi namun mestilah terhindar daripada budaya hedonisme dan tidak patuh syariah.

Sudah sampai masanya, Kerajaan Negeri Perak mengambil contoh pelaksanaan garis panduan hiburan yang dikuatkuasakan di Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam memastikan kesejahteraan hidup rakyat lebih-lebih lagi ke arah menjayakan Perak Sejahtera 2030.

Pihak kami juga melalui platform mesyuarat atau pertemuan tertutup telah beberapa kali menyatakan bantahan termasuklah melibatkan Mr Perak 2022, Karnival Starvendors hujung tahun 2022 dan terbaru yang berlangsung di pekarangan Mydin Meru Raya pada malam ini.

DPPN Perak menentang sekeras-kerasnya penganjuran program yang mendatangkan unsur kemaksiatan yang boleh mengundang bala kepada semua. Kembalilah kita kepada fitrah dengan mengamalkan cara hidup Islam yang berlandaskan syarak, Insya-Allah selamat di dunia dan di akhirat.

“Pemuda Generasi Sejahtera”
“Demi Ummah”

Sekian, terima kasih

YB USTAZ HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
Ahli Dewan Negeri Kawasan Manjoi – HARAKAHDAILY 21/1/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sukar PKR bertapak di P/Timur.. & Hedonisme X patuh syariah.

Memang sukar PKR bertapak di Pantai Timur, apa lagi bila hedonisme yang tidak patuh syariah dilaksanakan oleh PM10. Rakyat pun sudah tahu dan faham sifat mungkar kerajaan Persekutuan.

20 comments:

Anonymous said...

Selama itulah PAS akan menjadi pembangkang kalau hanya bertapak di pantai timur…

Anonymous said...

Jom pakat pakat sokong pas. Selepas pantai timur, pas boleh maju ke selangor, pahang, pulau pinang, perak, perlis, melaka dan negeri sembilan.

Pas ganti umno.

Anonymous said...

X bleh bayangkan pantai barat jadi mcm pantai timur.

Jalan rosak.

Air minuman mcm teh

Kawasan kotor.

Banjir besar tiap2 tahun sbb longkang/sungai x diurus

Tapi negeri Islam.

Hancusss

Anonymous said...

SPRM dah buka kertas siasatan. Jom kita lihat. Sapa yang kena.
Jangan lambat lambat. Pilihanraya dah dekat.
Siapa yang rasuah. Siapa yang fitnah.

Anonymous said...

Jom sokong pas.
Nanti kita buat 22 jadi 8.
8 jadi 0.
Berkat.
Jangan jadi ph.
Duit persekutuan.
Bagi kat ph kelantan dan trengganu.

Jangan lupa ya.
Politik ph sama macam politik umno.
Mundur.
Kaya tapi tak berkah.

Anonymous said...

Janji politik.
Dekat pilihanraya.
Janji bina jalan raya.
Janji bina jambatan.
Janji beri biasiswa.
Janji seribu janji.

Habis praya.
Batang hidung tak nampak.
Batu berlonggok tepi jalan.
Pasir bertimbun kat titi.

Manifesto bukanlah kitab suci.

Anonymous said...

PM disambut oleh anak sultan brunei.

Anonymous said...

Mentaliti Islam extreme

Harap persekutuan nak bina itu dan ini.

Tapi tak tahu jana ekonomi.!!! Pemimpin nak juga mewah merc. Tahunya tebang balak kasi kroni. Sampai banjir negeri..

Frderal juga tanggu repair kerosakan infra. Nasib le rakyat yg sokong Pas.

Islam amende?

Anonymous said...

Semoga pm jadi teladan dan ramai penyokong pas yg tertipu beralih ke parti lain.

zack said...

Salam hoi hoi ya hoi.. Buat barua2 dapigs yg hanya dgr keburukan pas yg nk perjuangkan islam, dampingi dulu jgn dgr fitnah.. Ini tidak duk asyik kata islam pende.. Sedekah pemimpin pas bagi tp pemimpin umno terima sedekah atau rasuah, yg mana nk duit yg mana kasi duit? Pas tak pelahap duit.. Ini satu contoh saja.. Dunia dah akhir zaman mau tolak ugama lagi? Nak negara tergadai? Anwar mmg PM tp boleh ke kawal dapigs yg rasis, ultra kiasu, komunis, perguna calun melayu haprak sebagai calun pru, tp bila menang mana hilang melayu itu.. Jadi alat je tak lantik apa2 jawatan penting, yg sebuk nk import cina PAP singapurr apa kejadah yg tindas melayu singapura, kampung2 melayu semua dipecahkan dibina flat kondo yg tak mampu melayu beli.. Jika mampu pun tak dibenarkan berkelompok mcm cina dikampung cina tak diganggu pun.. Hidup berkelompok puak2 dia saja..

zack said...

Hahaha tengok lah nanti siapa sedekah, siapa rasuah.. Pemimpin pas klau ada pun naik merc bkn duit hoi hoi ya hoi penyamun.. Anwar takkan mampu kawal dapigs yg mp 40 org.. Anwar yg jadi alat.. Tengok yg rasis dilantik jadi menteri nganga komeng yg pernah mengaku keturunan komunis, parti yg nk hapuskan Raja2 melayu..nk jadikan malaysia republik itu yg nk jadikan teman? Parti yg nk hapuskan hak istimewa org melayu yg tentang dasar pendidikan kebangsaan yg nk mencinakan segala galanya dimalaysia, maseh nk sokong? Siapa yg tertipu malaun, barua dapigs ke?

Anonymous said...

Bro an guna air liur jer. Petah bicara. Tapi parti kecik. Boleh cakap jer. Itu sebab ada geng penyamun.

Anonymous said...

Bolehker bro an majukan Islam. Sedangkan dia hanya sasterawan general degree. Sembang boleh lah. Nanti Islam jadi rosak bawah liberal. Macam rat baiki labu.

Punasihat pun terdiri dari kluster mahkamah. Kluster ni pastinya tak bersih. Pastinya punya kepentingan peribadi. Pastinya idea yang melingkupkan. Macam dirinya yang sudah lingkup.

Jangan bawa rakyat ride perahu yang dah banyak bocor. Tenggelam semua. Sapa yang nak selamatkan.

Jom ride perahu yang tidak bocor. Jom sokong pas.

Anonymous said...

Bro an sokong sangat wak menang tanpa bertanding. Sebab kalau wak tewas belum tentu pimpinan baru kris sokong bro an. Survival bro an tergugat. Jadi bro an perlu serap akhlaq rosak wak dalam gabungannya.

Bro an juga perlu bersama komunis dapig. Sedangkan dapig terkenal dengan lebel dapofobia. Bertindak ganas terhadap melayu pulau pinang dengan jarum halus.

Kerusi bro an bukanlah tulin dari dirinya sendiri. Tapi dari dua kain buruk yang dibubuh warna. Kan bro an pandai bersastera dengan bahasa yang lunak.

Jadi bro an adalah penerus budaya buruk dalam politik malaysia. Sudah terbukti hipokrasinya. Bila bantuan banjir 100 juta tak sampai kat kerajaan kelantan dan trengganu. Bunyinya molek. Bantuan banjir. Mewarnakan duit untuk songlap.

Anonymous said...

wahhh...meriahh

welcome walaun sklian baru meriah blog ni...

tapi fakta kureng.. cuba lagi cuba lagi.. fakta tak mengigit lansung stakat kumam mcm orang tak hado gigi...

masih tunggu kehadiran walaun walaun atok yg bodoh piang.. mcm Jon Doe, Budak Suman Singapork Pomen Bawah Tanah Cik Minah kikikiki ... sejak atok boboi melingkup rase rindu plak kat budak walaun atok bodoh piang ni.. rindu plak ase nya nak berpantun dng budak walaun bodoh atok boboi...


kikikiki...yg lain cuba lagi yerrr


kikikiki

Anonymous said...

Perkahwinan bawah umur. Allah menghalalkannya tapi ada manusia yg perasan bijak mengharamkannya. Itu adalah perbuatan SYIRIK, menidakkan undang2 Allah! Siapakah mereka yang telah menggubal undang2 tersebut? Mereka yg dahulu dan kini menduduki jawatan tertinggi negara, siapa penyokong mereka? Mereka adalah golongan chauvanis yang sangat anti kepada Islam... Kelak nanti rasakan balasan dari Allah!!!

Anonymous said...

PM yang sangat gilakan populariti? Kah..kah..kah.., tak dapat jumpa Erdogan, dapat jumpa anak dia pun dah bagi kepuasan tak terhingga? Kah..kah..kah.., hari2 cerita dia dan anak isteri, rasa nak termuntah tengok!!!

Anonymous said...

Umno kena sediakan bukti yg pas beri rasuah untuk beli undi. Pas tak perlu buat apa apa. Jika mereka kata ada bukti, kemukakan. Jika tidak ia adalah satu fitnah. Bolehlah buat saman malu kepada yg buat fitnah.

Dan kita faham, asal ada jer praya, pasti ada fitnah untuk pas.

Anonymous said...

Depa create satu isu. Lepeh tu depa tibai. Yang umno tibai. Yang pkr tibai. Yang pan tibai. Yang presiden tibai. Yang sayap sayap pun tibai. Penuh web dengan isu tu. Rasuah konon.

Tapi bukti takdak pun. Nanti bila habih prn, senyap sunyi. Macam kes kasa. Udah senyap. Ngapa tak bawak ke mahkamah. So rakyat tak perlu panik. Mereka ni pakar persepsi.

Anonymous said...

Aku tak mau PM kaki stor kunyit....lingkup Malaysia dibuatnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails