Saturday, January 28, 2023

Ulang sejarah, UMNO kalah, projek ini batal.. & Barang naik..

 

Lawak, sejarah lama berlaku lagi.. selepas PAS menguasai Kelantan pada PRU 1959. Sebelum PRU 1959 kerajaan Perikatan melulus projek membina jambatan merentangi Sungai Kelantan. Tapi, bila kalah..

1. Projek jambatan dipindah selepas Umno rebah ‘PRU59’

ISU politik semakin rancak ketika Malaysia sedang melangkah ke arah Madani. Lebih-lebih lagi kerajaan baharu tidak penat mengeledah apa sahaja berkaitan Perikatan Nasional (PN).

Sekarang berlegar isu sedekah pengundi. Biarpun diagenda sedemikian rupa, ia dipercayai tidak membekas di jiwa rakyat. Apa yang rakyat tunggu sekarang solusi turunkan harga barang.

Menteri tidak boleh sekadar mengertak penjual. Sedangkan mereka mendapat bahan mentah pada harga mahal. Tiba-tiba menteri minta turunkan harga makanan. Makcik Kiah yang berniaga pisang goreng pun tersenyum. Apa kelas menteri sekarang.

Sedangkan isu pokok perlanggaran normal demokrasi mahu disapu di bawah karpet. Federalisme dilanggar sesuka hati. Maka pihak yang didiskriminasi tentunya akan bangkit. Mereka akan menuntut hak. Maka gegerlah suasana.

Diskriminasi sekarang berlaku di negeri diterajui PN. Isu itu dikesan selepas bantuan banjir ke Kelantan diagih semula menggunakan kaedah lama. Agihan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Mengulangi semula apa yang pernah dilakukan Umno sebelum 2018.

Apabila agihan banjir sesuatu perkara mudah jadi berliku-liku, tentunya ia lambat sampai ke bawah. Contohnya daripada Kementerian Kewangan ke JPP, kemudian dari Ibu pejabat JPP ke JPP jajahan.

Sedangkan mekanisma sedia ada sudah lengkap. Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) mempunyai data berkaitan banjir. Begitu juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kalau wang bantuan banjir terus diagih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), tentunya urusan lebih lancar.

Tidak perlu tunggu sehingga berbulan-bulan baru mangsa banjir mendapat bantuan. Namun, kerajaan PH-BN tetap memilih semula stail lama biarpun ia ketinggalan zaman.

Umno dalam kerajaan

Ia berlaku kemungkinan besar kerana kerajaan campuran ada Umno. Sedangkan ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir Putrajaya tanpa Umno selepas PRU 2018, bantuan pusat disalur terus ke SUK.

Begitu juga ketika era kerajaan PN dan Keluarga Malaysia. Sepanjang tempoh kira-kira tiga tahun, tiada isu politik berkaitan agihan dana dari pusat.

Namun, selepas Umno diberi ‘nyawa’ semula, kaedah lama dihidup semula. Ramai bimbang perdana menteri tidak perasan.

Umno tanpa sedar sedang melaksanakan agenda ‘divide and rule’ dalam kerajaan campuran. Perangai lama yang menjadi amalan era sebelum 2018 diulang semula.

PKR, DAP dan Amanah pastinya akan terkena tempias hasil tindakan ‘bijaksana’ Umno. Deraan politik seperti itu tidak mampu memancing jiwa rakyat. Sebaliknya tentangan bertambah hebat.

Contohnya pada era awal 1990-an diskriminasi bantuan baja subsidi cap dacing berleluasa di Kelantan. Begitu juga memaksa ibu bapa mendapat tandatangani JKKKP buku teks sekolah anak.

Apa itu JKKKP. Ia adalah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan. Siapa ahlinya. Semua ahli pemimpin cawangan Umno. 

Hubungan antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri mesti berlandaskan prinsip Federalisme

Ada orang tanya mengapa perlu diwujudkan JKKKP, sedangkan di Kelantan sudah ada penghulu sejak zaman sebelum merdeka.

Inilah yang disebut sebagai diskriminasi politik. Biarpun diberi tekanan terhadap rakyat, Umno gagal misi menguasai Kelantan lebih 30 tahun.

Ini sepatutnya kabinet kerajaan campuran tahu. Kalau Anwar Ibrahim membiarkan agenda Umno segar semula, ramai bimbang kerajaan sekarang akan disebut orang kerajaan sepenggal.

Politik diskrimasi sebenarnya sudah tiada dalam teori politik moden. Lebih-lebih lagi di era Membangun Malaysia Madani.

Tanya Pak Mat di Permatang Pauh, madanikah kalau hak negeri di bawah PN dinafikan. Situasi itu sedang berlaku sekarang. Bukan sekadar peruntukan cuba dinafikan, sebaliknya kehadiran menteri tidak dimaklumkan kepada tuan rumah.

Seperti kata ahli parlimen Pendang Awang Hashim, datang ke rumah tanpa memberi salam. Situasi itu menjadi amalan sebelum 2018.

Kedatangan pemimpin pusat ke Kedah, Terengganu dan Kelantan tidak lagi dimaklumkan. Jauh sekali hendak bertandang ke SUK.

Amalan itu berpuluh tahun berlaku sebelum ini, namun reda selepas 2018. Tiba-tiba kerajaan PH-BN mengulangi lagi teori yang dijuarai Umno.

Oleh itu ada baiknya pasukan komunikasi pejabat perdana menteri belek sejarah lama. Ia tidak sukar dicari. Ada kajian sarjana dan catatan di laman akhbar.

Sejarah lama berlaku selepas PAS menguasai Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1959. Sebelum PRU 1959 kerajaan Perikatan melulus projek membina jambatan merentangi Sungai Kelantan. Ia menghubungkan Kota Bharu-Pasir Pekan.

Segala peralatan sudah ada. Namun selepas Perikatan kalah pada PRU tersebut, projek itu dibeku. Segala peralatan membina jambatan kemudian dipindahkan ke Temerloh Pahang.

Banyak lagi contoh yang kita temui. Pengkaji Malaysia Madani perlu ambil tahu, sekiranya mahu usia kerajaan campuran tidak sekadar sepenggal. – HARAKAHDAILY 25/1/23


2. Lebih banyak barang naik harga, hanya sedikit turun 

BAGAN SERAI: Harga barangan basah termasuk ikan masih lagi trend menaik biar pun menteri kerajaan PH-BN mendakwa kos bahan mentah di pasaran sudah stabil.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, berdasarkan tinjauan di Pasar Pagi Simpang Empat, Semanggol hari ini harga barangan keperluan harian masih lagi mahal.

Malah katanya, peniaga buah mangga memaklumkan harga buah-buahan akan naik minggu hadapan.

“Terdapat juga peniaga yang maklumkan penurunan harga namun sangat sedikit, barang yang naik lebih banyak.

“Saya turut beramah mesra bersama pengunjung yang datang membeli-belah. Di sini memang jadi tumpuan ramai kerana harga yang dijual berpatutan,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Hadir sama bersama menyantuni pengunjung yang datang membeli-belah di pasar terbabit ialah Adun Selinsing, Sallehuddin Abdullah.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini dilapor mengesa pengguna menggunakan kuasa pasaran untuk menurunkan harga makanan dan minuman di restoran dan kedai makan.

Menurutnya, data menunjukkan harga yang dikenakan peniaga makanan, terutama restoran dan hotel terus meningkat walaupun kos bahan mentah di pasaran telah stabil. – HARAKAHDAILY 25/1/23

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ulang sejarah, UMNO kalah, projek ini batal.. & Barang naik..

12 comments:

  1. Orang turki marah kat paludan, mereka bakar gambar paludan. Tapi paludan marah kat erdogen, dia bakar Quran.

    Siapa sebenar terrorist. Paludan atau erdogen.

    ReplyDelete
  2. Masa pas dalam kerajaan bab bab harga brg senyap sunyi

    ReplyDelete
  3. Paludan dok bakar Quran. Satu tindakan tak bertamadun.

    Abam pun tak bertamadun. Dok tibai para ustaz. Berpeluk pelukan dengan dapig komunis. Takkan senyap sunyi jer.

    Abam sokong pakar perumahan Temasek bawaan komunis dapig. Abam senyap jer.

    ReplyDelete
  4. Ha ha Mengaku juga sedikit harga barang turun.

    Masa PN semua naik.

    ReplyDelete
  5. Anjing Lee Kwan Yew dari DAP Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan perundangan kepada ahli politik yang membuat tohmahan, fitnah dan cubaan menghasut rakyat susulan membawa masuk pakar dari HDB Singapura untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman berhubung isu perumahan.

    Lawatan sambil belajar ke Singapura lain dari menjemput pegawai HDB Singapura. Malaysia pandang ke timur Jepun lain dari menjemput pegawai HDB dari Singapura.

    Kalau setakat nak implimemt system Kulasik dan Konkuas haramjadah baik tak payah import pegawai HDB Singapork tu...

    Kerajaan Singapura bersetuju untuk "meminjamkan pakar" mereka bagi berkongsi pengalaman dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kata Nga Kor Ming... Pinjam pegawai Singaork kerja bodoh bangang membazir wang rakyat. Kepakaran rakyat tempatan lebih kurang sama saja dengan pegawai Singapura.

    di Singapura, keluarga super nepotisme ultra kiasu Lee Kwan Yew sangat kronik dengan kronisme dan nepotisme dalam semua bidang.

    Kerajaan Lee Kwan Yew sangat kronik kroni dan nepotisme dengan sikap kiasu yang sangat kejam.

    Orang Cina Malaysia tahu dasar meritokrasi Lee Kwan Yew adalah sistem 'meritokrasi' bodoh & berdarah bermakna, apabila membeli rumah HDB di Singapura, semua yuran guaman perlu dibayar kepada "Lee & Lee Associate", PM Lee & Syarikat keluarga. Dari zaman bapanya Lee Kuan Yew hingga ke hari ini.

    Jika S&P & legal dibayar ke atas syarikat kroni dan anak cucu Lee Kwan Yew , jika perkara ini berlaku di Malaysia sudah tentu PM Malaysia akan menjadi bom jangka kepada pembangkang di sini..!! Tapi 'barua' Melayu Lee Kwan Yew @ DAP buat bodoh aje tak kisah..!!

    Pergi mampus dengan HDB Singapura.. idea bodoh anjing Lee Kwan Yew dari DAP..

    ReplyDelete
  6. Hihihi betui ka dapat royalti. Bukan pm dah rampas rompak. Sejak zaman atok lagi. Ada berani ker abam beri balik royalti ikut perjanjian.

    Abam ikut cara hukum rimba hoi hoi ya hoi.

    ReplyDelete
  7. Wak Jahit dlm UMNo boleh arah LHDN semak dan siasat cukai pendapatan Boboi, Mohkzani, Mirzan, Marina Mahathir dan anak penakan Tun skali...

    Bailout ratus billon tak kena cukai ke...!?

    Tak kan suma nampak bersih...? Bole caye ke...!?

    Reply

    ReplyDelete
  8. Hihihi. Ko dari planet of the apes. Rimba.
    Kan royalti dah tukar ke wang ihsan. Cara nak rampas hasil mahsul negeri yang ada minyak.

    ReplyDelete
  9. Bila atok pecat abam, umno makin sado.
    Bila ajib pecat udin, umno dapat 79 kerusi.
    Bila wak pecat winnable candidates, tinggal 26 kerusi.
    Bila wak pecat kj dan hisham, mungkin umno tinggal kulit jer.

    Nazak sangat.
    Talian hayat bersama kelompok liberal dan komunis dapig.

    ReplyDelete
  10. Seketul ayam dan sayur harga dalam RM7-8, itu kata menteri ikan kembong. Mana lagi dapat harga tu kat Selangor ni, kalau tak percaya pergi le makan kat kedai2 mamak atau gerai tepi2 jalan tu..kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  11. Hakim mahkamah pilihan Pakatan Hancing dah timbang dan putuskan Najib tidak membunuh Analtunya! Sesiapa yang telah termakan hasutan GODFATHER sebuah parti chauvanis, eloklah meminta maaf kepada Najib dengan segera. Dosa memfitnah seseorang membunuh ni amat besar. Takut2 nanti Allah bayar CASH kat dunia ni lagi... kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  12. Apa kelas mau ambil pakar dari Singapura? Kalau pakar dari UK boleh juga dipertimbangkan. Dah berpuluh tahun anak2 watan tempatan telah berjaya memajukan syarikat2 gergasi seperti Petronas, Maybank, PNB, Renong, TNB dan beribu2 lagi syarikat lain... Atau Mamat tu ada agenda penuh muslihat yang tersirat???? Kah..kah..kah..

    ReplyDelete