KAMI menelaah ucapan Perdana Menteri di CTCORP Leadership Forum di Indonesia baru-baru ini yang berbicara mengenai soal kelansungan bagaimana rakyat hari ini khasnya anak muda kurang membaca dan tidak ada nilai ada apatah lagi dengan merujuk kepada suara hati anak muda di TikTok sebagai contoh.
Kenyataan itu sedikit sebanyak mengguris dan merendahkan daya intelektual rakyat khasnya anak muda ketika ini yang secara majoritinya menolak kepimpinan PH-BN mengikut keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
Generasi TikTok yang telah sebulat suara menolak PH-BN ini sebenarnya adalah mereka yang intelektual namun cara mereka mengekspresi luahan mereka dengan menggunakan TikTok amat tidak disenangi oleh PH-BN yang gagal menjawab persoalan dibangkit TikTokers khasnya mengenai isu rasuah juga skandal moral pemimpin PH-BN.
Malah apabila PM berbicara soal adab kononnya, ia sebenarnya satu tamparan kepada beliau sendiri yang mana meninggalkan jauh adab apabila pernah menuduh Tuan Guru Presiden PAS fitnah beliau kononnya akan bersama BN selepas PRU15, sedang hakikatnya pasca pilihan raya benar-benar kleptokrat yang digelar sebagai penyamun ‘hoi ya hoi’ itu menjadi gabungan bagi membentuk kerajaan pusat.
Di mana nilai adab PM bila mana terlalu banyak berbohong? Inikah yang mahu beliau tunjuk kepada rakyat yang dikatakan sebagai beradab? Malah janji sebelum PRU15 mahu mengutamakan kebajikan rakyat hingga kini masih tinggal janji walau lebih sebulan kerajaan PH-BN dibentuk.
Kami menyarankan agar PM belajar adab dan belajar mengotakan janji mengurangkan beban ekonomi rakyat selain hormat kepada orang yang pernah membela beliau semasa beliau kononnya difitnah dalam skandal peribadi walau selepas itu dibuktikan bersalah di mahkamah dan dijatuhkan hukuman.
Usah berkokok di padang lain (di negara jiran) sedang ekor bergelumang najis di negara sendiri.
YB IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut
13 Januari 2023 – HARAKAHDAILY 13/1/2023
2. Lawatan kukuhkan hubungan PAS dan Jamaat Islami Pakistan
PADA 9 dan 10 Januari lalu, saya berpeluang bermusafir ke Pakistan bersama YB Ustaz Shahril Azman Abdul Hamid, ADUN Jengka, Pahang kerana dijemput untuk menghadiri serta menyampaikan ucapan di Seminar Antarabangsa Imam Al-Maududi bersempena sambutan 75 tahun Jamaat Islami Pakistan.
Di seminar tersebut, ucapan saya menyentuh tentang peranan al-Maududi dalam memberi kesedaran kepada umat Islam tentang kefahaman Islam yang syumul khususnya tentang politik Islam. Al-Maududi terkenal melalui pemikirannya yang sederhana yang diterjemahkan dalam penulisannya yang banyak diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa khususnya bahasa Arab dan Inggeris.
Antara pendekatannya ialah menggunakan dalil aqli khususnya kitab tafsirnya yang terkenal iaitu Tafhim Al-Quran yang sebaris dengan Fi Zilal al-Quran karangan al-Syahid Syed Qutb.
Sayyid Abu A’la Maududi adalah pengasas dan pemimpin pertama Jamaat Islami Pakistan. Beliau adalah ulama, ahli falsafah, sejarawan, wartawan dan aktivis yang terulung ketika zaman penjajahan British di India serta digelar sebagai tokoh pemikir Islam moden yang paling sistematik oleh Wilfred Cantwell Smith, pengasas Institut Pengajian Islam Universiti Mcgill, Kanada yang juga Pengarah Pusat Pengajian Agama Dunia, Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
Beliau memainkan peranan besar dalam pemerkasaan Islam ketika Jeneral Muhammad Zia ul-Haq menjadi Perdana Menteri Pakistan dengan memperkenalkan syariat Islam dalam pentadbiran Pakistan dan beliau bersama-sama Jeneral Muhammad Zia ul-Haq menjadikan Pakistan ketika itu sebagai “global center“ kepada politik Islam.
Sayyid Abu A’la Maududi adalah penerima pertama “King Faisal International Award“ daripada Kerajaan Arab Saudi pada 1979 di atas jasa beliau terhadap Islam dan memainkan peranan penting dalam penubuhan serta perjalanan Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Beliau diiktiraf dan disanjungi oleh banyak pertubuhan dan organisasi Islam antaranya Jamaat e-Islami, Ikhwanul Muslimin, Hamas, Pertubuhan Islam Amerika Utara dan banyak lagi.
Sayyid Abu A’la Maududi meninggal dunia pada 22 September 1979 di Buffalo, New York, Amerika Syarikat. Jasa beliau amat besar kepada umat Islam terutamanya berkaitan politik Islam, serta memainkan peranan besar dalam politik Pakistan ketika hayatnya.
Seterusnya, saya berpeluang bertemu dengan Maulana Sirajul Alhaq, Amir Jamaat Islami Pakistan dan pemimpin-pemimpin Jamaat Islami Pakistan di Mansoorah, Lahore, Pakistan. Peluang yang amat berharga ini disulami dengan dialog dan bertukar pandangan terutamanya mengenai perihal Dunia Islam ketika ini.
Dalam masa yang sama, saya turut menyampaikan sumbangan dan bantuan untuk mangsa banjir besar yang melanda Pakistan hujung tahun lalu daripada NGO PAS Relief yang disampaikan kepada KHIDMAT, sebuah NGO di bawah Jamaat Islami Pakistan dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu warga Pakistan yang ketika ini sedang berhadapan dengan situasi yang amat mencabar.
Peluang untuk membantu dan menderma masih terbuka, justeru saya menyeru warga Malaysia agar kita sama-sama dapat membantu Pakistan dan warganya yang ketika ini sedang berada dalam yang amat sukar dalam mengharungi kehidupan seharian. Samada banyak atau sedikit, ia sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh mereka ketika ini.
Insya-Allah NGO PAS Relief akan menerajui usaha murni ini dan anda boleh menyalurkan sumbangan anda kepada NGO PAS Relief. Sama-samalah kita membantu Pakistan dan warganya agar mereka mampu mengharungi situasi yang mencabar ketika ini dan seterusnya bangkit kembali membina kehidupan mereka sebagaimana sedia kala.
Semoga Pakistan dan warganya tabah dan cekal mengharungi dugaan dan cabaran seterusnya dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT.
Malaysia Sejahtera
YB DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 15/1/2023
3. Perjuangan isu tanah di Perak
ISU TANAH di Perak belum ada penjelasan tuntas. Pendedahan audit mengenai penukaran status Tanah Rizab Melayu ini sangat mengejutkan banyak pihak. Ia bukan isu politik semata-mata tetapi ia isu masa depan hak dan keistimewaan ketuanan Melayu di Perak.
YB Haji Razman Zakaria sebagai Pesuruhjaya PAS Perak dan juga Ketua Pembangkang DUN Perak telah berkali-kali membangkitkan isu ini di DUN dan di luar DUN. Asas pendedahan audit itu sangat membimbangkan PAS Perak.
YB Razman mengambil kesempatan atas kedudukan sebagai Ketua Pembangkang untuk menuntut jawapan dan tindakan kerajaan negeri terutama Menteri Besar.
Sejurus isu ini didedahkan, beliau telah mengarahkan pegawai beliau mendapatkan maklumat untuk didedahkan yang berbetulan ketika sidang DUN Perak berjalan. Sebagai Ketua Pembangkang juga beliau telah mengarahkan semua ADUN mengambil serius isu tersebut.
Lontaran ini disambut oleh semua ADUN dan pimpinan PAS serta BERSATU. Ahli Parlimen PAS dari Bagan Serai yang juga Naib Presiden PAS turut menyambung isu ini di peringkat nasional.
Isu tanah adalah isu utama di Perak apatah lagi DAP dilihat berperanan secara terbuka atau di belakang tabir merungkai hak pemilikan tanah di Perak.
Isu tuntutan pemilikan tanah 999 tahun adalah antara isu yang merungkai hubungan DAP dan BERSATU semasa DS Faizal menjadi Menteri Besar.
Dengan pendedahan isu ini, seolah-olah ada satu perancangan rapi, tersusun dan senyap dilakukan DAP menjadikan Perak seperti Pulau Pinang ke dua yang telah hampir pupus hak milikan tanah bumiputera.
Semoga isu ini diberi perhatian oleh semua pihak khasnya parti Melayu dan orang Islam di Perak. Semoga perjuangan ini disambut NGO demi mempertahankan sesuatu yang telah dilindungi perlembagaan dan undang-undang negara.
Semoga PAS yang dipimpin YB Razman dan ADUN-ADUN PN Perak terus berjuang tanpa lelah dan kecewa.
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
BERITA LANDAK:
Bera: Seseorang memberitahu saya, beliau telah menyelamatkan sepasang Landak Raya beserta 3 ekor anaknya dari banjir sekitar kawasan rumahnya. Apa dia patut buat?
Maklumat, lanjut, sila hubungi:
Ibnu Hasyim, Pengerusi Sementara Penaja Persatuan Penternak Landak W/P. Tel 014-400 2015
5 comments:
Pm 10 ni pm untuk ph dan dap.
Dulu dia tibai pak syed.
Kat indon dia tibai anak muda tak cerdik.
Dia tibai pulak rakyat kelantan dan trengganu.
Dia masuk negeri orang ikut pintu belakang.
Dia angkat pulak penyamun jadi kerajaan.
Langsung tak beradab.
Patutlah kerajaan sesuai dengan nama kerajaan luar tabii.
apa pencapaian besor razman semasa jadi exco selain wujudkan banyak jawatankuasa.. yang ni ko menahan diri.. patut senang kene tipu.. jam dia je berapa puluh ribu... bagi satu je pencapaian terhebat selama 33 bulan ko jadi exco.. apa. yg sikairil ni yang dulu bukan main marah sebab dapig nak tukar alpat tetiba bila geng ko naik terus dituloalpat apa kata dia memang patut,, kena orang haram kena sendiri halal..
Yang mudah kena tipu, yang sokong bro an. Nyata hoi ya hoi, nyata no anwar no dap. Ini bukan fitnah. Tapi keluar dari mulut bro an.
Sebab IQ rendah, mudah kena tipu. Jadi bahan. Alahai. Insaflah.
dolu brother kan ada anok ikan kat Indonesia sana... meh kita bongkar
klas 3 pengajian melayu.. ada kleass keeeeww tuuee
Post a Comment