Foto fail NSTP
1. 'Mudarat besar menanti UMNO jika sekat pertandingan dua jawatan utama'
KUALA LUMPUR: UMNO berisiko berdepan mudarat lebih besar jika menyekat demokrasi dalam parti itu dengan menghalang dua jawatan tertinggi parti daripada dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Yusof Ismail, menegaskan alasan memelihara kestabilan yang digunakan pihak tertentu bagi menyekat pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden, tidak berasas dan 'memualkan'.
Katanya, alasan sama turut digunakan ketika menangguhkan pemilihan parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), namun ia jelas tidak memberi sebarang kesan pada kekuatan UMNO apabila parti itu mencatat kekalahan terburuk dalam sejarah.
Beliau mendakwa mudarat lebih besar akan menanti parti itu jika dua jawatan berkenaan tidak dipertandingkan, yang mana UMNO akan ditolak ahli parti dan rakyat secara keseluruhan.
"Alasan sama sebelum PRU15. Konon untuk pastikan parti kuat dan menang. Menang apanya? Kalah teruk lagi ada. Paling teruk dalam sejarah, hanya 26 kerusi sahaja berbanding 54 kerusi pada PRU14.
"Paling tidak, sebelum PRU15 UMNO kuasai kerajaan. UMNO Perdana Menteri. Pergi desak PRU15 diadakan atas alasan kestabilan, sudahnya lagi porak peranda.
"Sekarang nak sekat demokrasi dengan alasan kestabilan lagi? Hanya yang gila kuasa dan kemaruk jawatan serta kepentingan sahaja tak tahu malu guna alasan konon suci macam ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
Menjelang pemilihan UMNO yang perlu dilaksanakan sebelum pertengahan tahun ini, beberapa pimpinan parti tampil mendesak supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan untuk menjaga kestabilan.
Ada juga pimpinan berpendapat pertandingan dua jawatan itu berisiko menjejaskan kestabilan kerajaan, khususnya jika Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi gagal mempertahankan jawatan Presiden UMNO.
Pada masa sama, beberapa pemimpin lain mendesak proses demokrasi dan pemilihan dalam parti yang memerlukan pembaharuan selepas kekalahan teruk dalam PRU15.
Sementara itu, Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar, menegaskan sekatan atau halangan untuk bertanding, khususnya bagi jawatan tertinggi parti akan menafikan suara dan kemahuan perwakilan akar umbi dalam memilih pemimpin yang dirasakan mampu memulihkan imej UMNO di mata rakyat.
Selain itu, katanya, perebutan jawatan Presiden UMNO memberi peluang kepada Ahmad Zahid untuk membuktikan sokongan dan keabsahan dimilikinya, sekali gus mampu memimpin parti dengan lebih baik.
"Kalau mungkin ada yang ingin bertanding, ini peluang baik kepada presiden untuk membuktikan beliau mempunyai keabsahan dan sokongan majoriti daripada ahli akar umbi untuk terus menerajui parti.
"Ini seterusnya membolehkan beliau melakukan program transformasi parti dengan mandat yang jelas dan berwibawa daripada ahli akar umbi. Beliau akan menjadi Presiden yang telah teruji dan lulus semua ujian dengan cemerlang," katanya.
(BH)
2. Pengaruh PAS meningkat sekali ganda di Pahang
KUANTAN: PAS Pahang berjaya melebarkan pengaruh lebih sekali ganda pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 berbanding PRU 2018 apabila berjaya menguasai 17 Dewan Undangan Negeri (Dun).
Sedangkan pada PRU14 PAS menang di lapan kerusi Dun iaitu Tanjung Lumpur, Damak, Luit, Beserah, Jengka, Chenor, Panching dan Tahan.
Pada PRU15 PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) menawan Dun Cheka, Pulau Tawar, Sungai Lembing, Lepar, Pulau Manis, Kuala Sentul, Semantan dan Ibam, di samping mengekalkan lapan Dun yang dimenangi pada PRU14.
Peningkatan pengaruh PAS ada hubungkait dengan peranan wakil rakyat PAS sebelum ini yang bekerja untuk rakyat tanpa mengira masa dan ketika.
Situasi itu diteruskan wakil-wakil rakyat baharu yang menang pada PRU lepas.
Antaranya Adun Sungai Lembing Ayub Ashri yang sentiasa berada di tengah-tengah masyarakat berkongsi susah senang bersama penduduk.
Semalam beliau menziarahi lebih 12 penduduk yang terlantar sakit di pelbagai kampung, di samping hadir pada program anjuran penduduk tempatan.
Antaranya beliau menziarahi Pakcik Idris yang mengidap penyakit kanser paru-paru di Kampung Batu 6, Sungai Lembing.
Kataya, kos ubat-ubatan yang ditanggung penduduk terbabit sebanyak RM5,800.
“Saya menyerah borang zakat untuk meringankan beban yang ditanggung Pakcik Idris. Selepas itu kami melawat seorang lagi penduduk Azizan Awang, 65 di Felda Bukit Goh.
“Pakcik Azizan diuji dengan penyakit strok di sebelah kiri. Semoga Pakcik Azizan diberi kesembuhan atas penyakit yang ditanggungnya,” kata beliau pada kenyataan di laman sosialnya.
Adun Sungai Lembing juga menghadiri Program Majlis Yassin dan Tahlil Perdana di perkarangan Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Goh.
Program itu dianjurkan Persatuan Aspirasi Komuniti Bukit Goh dihadiri ramai penduduk tempatan.
Selain itu Ayub menghadiri majlis bacaan Yassin dan doa selamat Pakcik Zainal sempena sambutan tahun baharu di Kampung Kolek Sungai Lembing.
“Saya bertegur sapa dan bertanya khabar penduduk yang menghadiri program tersebut,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 2/1/2023
3. Antara telur, ayam dan babi
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
BERITA LANDAK:
Bera: Seseorang memberitahu saya, beliau telah menyelamatkan sepasang Landak Raya beserta 3 ekor anaknya dari banjir sekitar kawasan rumahnya. Apa dia patut buat?
Maklumat, lanjut, sila hubungi:
Ibnu Hasyim, Pengerusi Sementara Penaja Persatuan Penternak Landak W/P. Tel 014-400 2015
6 comments:
Kerajaan tidak akan mendiskrimasi mana-mana negara termasuk China daripada memasuki Malaysia susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.
Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan memperketatkan pemeriksaan COVID-19 di pintu masuk utama negara termasuk melakukan ujian suhu.
Ini bukan soal diskriminasi, tapi soal keselamatan.
Diskriminasi dengan keselamatan adalah dua hal yang berbeza.
Ini dasar luar negara, bukan kepompong politik dalaman.
Kera di hutan dipangku dan disusukan...anak dirumah mati terbongkang dan terbeliak mata kebuluran.
Kalau sesuatu kerajaan tidak memperjuangkan keselamatan rakyat sendiri...kerajaan apakah ini????. "Kerajaan syaitan gamaknya"
Nanti bila kes mencanak rakyat jadi mangsa, paksa vaksin, pkp, dharurat la.. Wabak dibuat mudah..rakyat dah serik 2 tahun dlm kesulitan tp kerajaan maseh bengong tak ambik pengajaran..
Seluruh malaysia ni pemakan babi ke hingga penting sangat perlu bawa kabinet? Dah la penternakan babi yg sumbang kepada sungai2 tercemar dimalaysia, pencemaran bau lgi.nk bertegas mp dapigs 40 org, pm hanya boneka saje, gila nk jawatan tp kuasa dapigs pegang..
Post a Comment