Sunday, January 15, 2023

UMNO jayakan DAP.. YB biadap perlekeh solat. & gelombang hijau.

 


1. Umno jayakan agenda DAP?

“APAKAH Umno akan jayakan agenda DAP?” demikian soal Haji Razman Zakaria yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak. Beliau mengulas kenyataan Dato’ Mohammad Hassan atau Tok Mat dalam perasmian serentak Persidangan Umno. 

“Umum mengetahui agenda perjuangan DAP dan mereka melaksanakan semaksima mungkin dalam tempoh 22 bulan berkuasa.

“Namun agenda itu tersekat apabila perubahan kerajaan yang berlaku kerana parti BERSATU dan beberapa pimpinan PKR tidak lagi sanggup bersekongkol menjayakan agenda DAP yang jelas merugikan Melayu dan membahayakan integrasi kaum di Malaysia.

“Di Perak, Datuk Seri Mohd Faizal Azumu yang menjadi Menteri Besar berterusan ditekan terutamanya menuntut hak milik tanah 999 tahun. 

“Jika bersama BERSATU yang telah ada hubungan sebelum PRU pun mereka tak peduli, apakah Umno yang dilihat cuba berpaut dengan mereka akan diikuti?

“DAP sedar bahawa Umno diheret oleh Zahid dan beberapa pimpinan kluster mahkamah untuk menyelamatkan diri sendiri dan bukan perjuangan parti.

“Apatah lagi DAP sedar Zahid tiada pilihan selain berpaut dengan PH setelah PN dari awal menolak penyelesaian kes beliau sepertimana didedahkan TS Muhyidin Yasin,” ujarnya yang juga ADUN Gunung Semanggol.

Haji Razman turut menjelaskan pandangan beliau tentang perjuangan Melayu Umno ketika diminta mengulas perkembangan.

“Melayu apa yang diperjuangkan Umno jika sanggup menolak gabungan bersama parti Melayu dan memilih bersama DAP dan PKR? Sebelum PRU15 Umno berjuang menolak DAP dan Anwar.

“Dalam PAU dinobatkan slogan ‘No DAP No Anwar‘. Dalam persidangan kali ini boleh pula berubah serta merta. Umno sudah tiada perjuangan. Umno yang dulunya mengingatkan bahaya anak kecil bermain api tetapi sekarang pemimpin mereka mengajak terjun ke dalam api,” bidasnya.

Beliau juga yakin perjuangan Umno kini hanya untuk menyelamatkan kluster mahkamah yang sedang nazak. Jika Umno ingin terus relevan dengan Melayu, pemimpin mereka mesti ditukar. Umno masih ada pejuang Melayu dan Umno boleh bangkit bersama parti Melayu. 

Ditanya mengenai persaingan kerusi yang mungkin menjejaskan Umno jika bersama PN seperti didakwa Mat Hasan, Razman menjelaskan seperti berikut:

“Keutamaan kita ialah memperkasakan kuasa Melayu Islam. Kita boleh membetulkan kesilapan lampau Umno dalam persempadanan semula kerusi yang meninggalkan negeri Melayu dan menambah kerusi bukan-Melayu sebelum ini. Kita ibarat adik beradik dan diikat akidah yang sama. Keutamaan kita adalah perjuangan agama dan bangsa dan bukan peribadi kita.

“Pak Teh berpegang dengan nasihat Ibn Abbas yang merupakan antara pemimpin bumi Sepanyol ketika berbincang menjemput Sultan Yusuf dari Kerajaan Murobithun menghadapi Raja Alfonso. Katanya, “Saya lebih rela menjadi gembala unta kepada Sultan Yusuf daripada menjadi gembala babi kepada Raja Alfonso,” ujar Haji Razman mengakhiri temubual ringkas kami.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik 
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 12/1/2023

2. Teng Chang Khim pertahan arak, kami pertahan Fawwaz  

PEMUDA PAS Negeri Selangor membidas YB Teng Chang Kim atas hantaran beliau di facebook yang menunjukkan kebiadaban apabila mengaitkan isu arak dengan memperlekehkan solat secara langsung.

Hantaran di facebook milik YB Teng Chang Kim jelas biadab apabila sengaja memainkan sentimen agama dengan memperlekehkan umat Islam serta solat. Menerusi hantaran tersebut ditulis:

“Kalau kamu tak minum tapi tengok pun boleh mabuk, itu masalah kamu, bukan masalah arak. Sia-sia kamu sembahyang.” 

Pemuda PAS Negeri Selangor menyokong dan mempertahankan tindakan YB Ustaz Muhammad Fawwaz tersebut kerana itulah juga antara apa yang dilakukan oleh Pemuda PAS Negeri Selangor selama ini di Negeri Selangor dalam isu-isu berkaitan arak dan kes-kes mabuk sama ada membantah, mengkritik serta memberikan solusi. 

YB Teng Chang Kim nampak gaya, ‘banyak masa kosong’ dengan menyibukkan diri dalam isu berkaitan arak sekalipun ia di luar Negeri Selangor. Sedangkan isu arak ini jelas perkara yang mendatangkan kerosakan yang lebih besar ditambah lagi dengan isu-isu kemalangan jalan raya sehingga ada yang terkorban disebabkan kes mabuk. 

Isunya ialah penjualan terbuka dan inilah yang kita tentang. Sama ada berbentuk penjualan mahupun pesta yang dianjurkan. Sebab itu Pemuda PAS Negeri Selangor malah seluruh negara pasti akan bangkit menentang hal yang sama. 

Sebagaimana YB Teng Chang Kim sanggup ‘merentas negeri’ dengan hantaran yang biadab lagi celupar kerana ‘sayang sangat’ pada arak, maka kami Pemuda PAS Negeri Selangor juga bangkit mempertahankan YB Muhammad Fawwaz atas tindakannya dan akidah yang satu. 

Malunya Negeri Selangor kerana sikap YB ini yang celupar, biadab serta memperlekehkan solat. Mana pergi Exco lain yang beragama Islam dalam Kerajaan Negeri Selangor yang lain untuk tegur? 

Sudah jelas dalam banyak kali kenyataan media sama ada tulisan atau lisan sebelum ini bahawa betapa arak hanya lebih membawa kemudaratan sama ada moral syakhsiyah, nyawa malah ekonomi negara. Akal yang waras pasti tidak menerima arak itu sesuatu yang membawa kebaikan yang banyak.

USTAZ MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 11/1/2023

3. Gelombang Hijau semakin sukar disekat  

USAHA untuk menafikan dominasi Umno-Barisan Nasional (BN) mulai berputik pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Gerakan itu dimulakan Pakatan Rakyat (PR).

Ketika itu PR disertai PAS, PKR dan DAP. Amanah, Bersatu, Pejuang dan aneka parti baharu belum wujud. Bermula dari detik itu pengaruh Umno semakin merosot.

Pada PRU tersebut BN menguasai 140 kerusi parlimen, manakala PR pula menang di 82 kerusi. Sedangkan pada PRU11 BN menguasai 198 kerusi, paling cemerlang dalam sejarah BN.

PRU-11 diadakan pada 2004 dinahkodai Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). PRU12 juga diketuai Pak Lah. Biarpun BN masih menguasai majoriti dua pertiga di parlimen pada PRU12, namun Pak Lah mengambil tanggungjawab.

Pak Lah menyerah tugas sebagai perdana menteri kepada Najib Razak pada 3 April 2009. Pak Lah ternyata berjiwa besar mengambil tanggungjawab selepas Umno merosot teruk. Berbeza jauh berbanding Umno era sekarang.

BN hilang 58 kerusi ke tangan PR pada PRU12. Harapan penyokong Umno, Najib boleh mengembalikan semula pengaruh BN. Di era Najib, ramai masih ingat bermula jenama 1Malaysia.

Kewibawaan Najib boleh diukur pada PRU13. PRU13 diadakan pada 5 Mei 2013. Harapan Umno dan BN, Najib mampu mengembalikan kegemilangan seperti Pak Lah pada 2004.

PRU 2004 merupakan PRU pertama di bawah Pak Lah. Ternyata Pak Lah berjaya dan cemerlang. Mengatasi kejayaan presiden Umno lain sebelum itu. Ia dianggap sebagai rekod baharu Umno.

Maka, tidak hairanlah ramai berharap Najib mengulangi kejayaan 2004. Namun, harapan tinggal impian. Pada PRU 2013 BN terus merosot sehingga hilang majoriti dua pertiga di parlimen.

BN mengekalkan 133 kerusi, merosot 7 kerusi berbanding PRU 2008. Manakala PR pula bertambah kepada 89 kerusi. Peratusan undi popular pembangkang (PR) mengatasi BN.

PR mendapat 50.87 peratus, sedangkan BN (47.38 peratus). Najib terus menerajui kerajaan sehingga menghampiri genap tempoh parlimen penggal ke-13.

Malangnya Najib tidak berupaya mengesan pengaruh Umno terus merosot di mata rakyat. Keadaan tambah parah dengan kemunculan kemelut 1MDB.

Gambaran kemewahan isteri perdana menteri disebar meluas di media sosial.
Dalam tempoh hampir lima tahun itu, prestasi Umno terus menjunam.

Kerajaan BN berakhir

Akhirnya PRU-14 pada 9 Mei 2018 Umno dan BN dinokhtahkan sebagai kerajaan Malaysia. Jumlah kerusi BN pada akhir penggal ke-14 hanya tinggal 40 kerusi. Pakatan Harapan (PH) yang menggantikan PR pula mendapat 139 kerusi.

Ini bermakna PR dan PH mengambil tempoh dua pengggal selepas tsunami politik menjatuhkan BN. Dan luka BN lebih parah apabila hanya tinggal 30 kerusi pada PRU15.

Petunjuk di atas memperlihatkan pembangkang cepat bangkit. Berdasar perkembangan tersebut kemungkinan PRU16, teraju Putrajaya berubah lagi.

Namun, tidak dapat ditolak kemungkinan mengulangi sejarah penggal ke-14. Perdana Menteri boleh bertukar dengan mudah. Situasi itu mulai diperkatakan berikutan gempak Langkah Jakarta dan Langkah London. Ia mulai riuh sekarang.

Sebagai testimoni PRN enam negeri akan menjadi medan terbaik. Enam negeri terbabit dikuasai PH dan PAS (PERIKATAN NASIONAL). Kebimbangan yang kelihatan muncul sekarang di sebelah PH.

Gelombang hijau ternyata berjaya di Perlis, Perak dan Pahang pada PRU15.
Di Perlis pengaruh Shahidan Kassim berjaya membantu PN merampas negeri itu daripada BN.

Begitu juga di Pahang, tidak dinafikan juga pengaruh Ismail Mutalib di Maran menular ke tempat lain. Kedua-dua pemimpin terbabit bekas ahli parlimen BN.

Di Selangor ramai kenal siapa Noh Omar. Beliau juga disingkirkan pada PRU lepas. Biarpun di Dun Selangor, PAS sekarang hanya bertapak di Sijangkang, namun pengaruh PN cepat menular.

Ia diakui turut Dr Awang Azman dari Universiti Malaya. Beliau tidak menolak PN akan menggunakan individu berpengaruh dalam BN Selangor untuk kerjasama menawan Selangor.

“Noh tokoh popular seperti Azmin Ali. Mereka boleh memain peranan penting dalam usaha tersebut. PN berjaya menggunakan pengaruh Shahidan di Perlis,” katanya seperti dilapor portal berita.

Pada PRU 2008 PAS pernah menguasai lapan kerusi Dun di Selangor. Dun terbabit iaitu Gombak Setia, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Chempaka, Bangi, Meru, Selat Kelang dan Sijangkang.

Ramai menjangka situasi di Selangor boleh mengulangi apa yang berlaku di Perak dan Pahang pada PRU15. PH dan BN semakin resah sekarang.

Di Selangor Umno juga awal-awal lagi diketepikan PH. Tiada senarai pemimpin Umno dilantik sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan tahun ini.

Situasi terbabit boleh membantu Gelombang Hijau menghampiri Selangor. Gelombang itu seperti semakin sukar dikawal sekarang. – HARAKAHDAILY 9/1/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: UMNO jayakan DAP.. YB biadap perlekeh solat. & gelombang hijau.

Biadap! Perlekeh solat berlaku di negara umat Islam Malaysia, di bawah PM10?

7 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah gelombang hijau akan mencipta sejarah di Selangor, N Sembilan dan P Pinang.

Anonymous said...

Bukan islang jer yang tolak umno. Ribu ribu tolak umno. Udah jadi khadam dap. Sama level pkr dan pan.

Anonymous said...

Mat indera komunis tu jawa kejawen rupanya... Baru tahu nih..
Tan Malaka barua Soekarno komunis tu orang Minang rupanya... Baru tahu jugak nih..
Oh ya.. wak komidi tu jawa keturunan sekampung Amangkurap saudara Pinang Kerapu raja mojopahit yg jadi alat Belanda untuk kalahkan Diponegoro Lombok rupanya, .. baru tahu jugak nih..

Anonymous said...

Kalau tak mampu beri tenaga atau wang ringgit, pertahankan aqidah adalah lebih mulia. Sangat buruk akhlaq jika bersama kuffar melawan aqidah.

Jom bersama pn.

Anonymous said...

Bro an kata, dia tak mahu ungkit kisah lama dengan atok. Nak berdamai. Mungkin takut kut. Tentang rahsia akhlaq bro an, ada dalam tangan atok.

Anonymous said...

Berdasarkan jumlah kerusi parlimen, rakyat tidak memilih Non sbg PM. Yg memilih beliau adalah YDPA. Harap Non janganlah perasan sangat!!!

Anonymous said...

Di Sabah sudah tunjuk suri teladan kerajaan minoriti Brother Anwar Bin Ibrahim.

“Porak-peranda antara parti dijangka berlaku apabila PH dan BN membahagi-bahagi kerusi untuk ketiga-tiga negeri ini. DAP mungkin tertumpu pada satu atau dua kerusi, tetapi itupun terpaksa mengambil kira MCA dan MIC.

“Bagaimana pula kerusi-kerusi Melayu? Adakah UMNO akan mengalah dan memberi laluan pada PKR atau PAN? Pasti UMNO mahu menjadi teraju di Kelantan, Terengganu dan Kedah jika menang.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata
"Berdasarkan dapatan (awal) PRU15 lalu, PH kuasai dalam 40 kerusi. Tetapi jika PH dan BN bergabung dan adanya kestabilan undi antara parti ini, kita mampu untuk menang di 53 daripada 56 kawasan DUN".

“Persoalannya, apakah PKR dan PAN akan beri lebih kerusi pada UMNO? PAN dahulu bercita-cita mahu gantikan PAS, takkanlah dapat sekadar 10 ke 15 peratus kerusi di sana.

Sementara itu di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masing-masing juga akan berebut kerusi. Sabah sudah tunjuk suri teladan kerajaan minoriti Brother Anwar Bin Ibrahim. UMNO Sabah sudah buat dinding pemisah dengan kerajaan negeri.. lu fikir lah sindiri...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails