PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah menerima surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 16 Januari 2023 berhubung notis kekosongan kerusi empat Ahli Dewan Rakyat di Negeri Sabah yang telah gugur keahlian mereka dalam BERSATU.
Yang Dipertua Dewan Rakyat memutuskan empat Ahli Dewan Rakyat tersebut tidak perlu mengosongkan kerusi masing-masing menurut Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan kerana mereka bukan ahli BERSATU ketika bertanding dalam PRU15.
Alasan yang diberikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat ialah empat Ahli Dewan Rakyat tersebut telah menjadi ahli langsung Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 27 Oktober 2022. Dengan mentafsir Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU, Yang Dipertua Dewan Rakyat mendapati keahlian mereka dalam BERSATU telah gugur serta-merta pada waktu itu, iaitu sebelum mereka bertanding dalam PRU15 pada 19 November 2022.
Saya percaya Yang Dipertua Dewan Rakyat telah terkhilaf dalam membuat tafsiran Perlembagaan BERSATU dan dengan itu keputusannya juga adalah terkhilaf. Yang Dipertua Dewan Rakyat bukanlah pihak yang mempunyai kuasa untuk mentafsir Perlembagaan BERSATU.
Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU menyatakan seorang ahli gugur keahliannya secara serta-merta apabila menyertai mana-mana parti politik lain. Fasal ini tidak terpakai kepada empat Ahli Dewan Rakyat tersebut kerana mereka adalah ahli BERSATU dan BERSATU adalah pengasas serta parti komponen GRS pada masa itu.
Justeru, GRS tidak boleh ditafsirkan sebagai ‘parti politik lain’ mengikut semangat dan intipati Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU.
Selain itu, surat daripada Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah bertarikh 3 November 2022 jelas menyenaraikan empat Ahli Dewan Rakyat tersebut adalah calon GRS dari parti BERSATU. Ini bermakna, penyertaan mereka sebagai ahli langsung GRS tidak menjejaskan keahlian mereka dalam BERSATU ketika mereka bertanding dalam PRU15 yang lalu. Surat tersebut telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk membantu beliau membuat keputusan.
Jika pun terdapat perselisihan dalam mentafsir Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU, Fasal 27 Perlembagaan BERSATU memperuntukkan kuasa untuk memberikan tafsiran yang muktamad terletak pada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU. Maka, dalam hal ini hanya MPT BERSATU boleh menentukan sama ada empat Ahli Dewan Rakyat tersebut telah gugur keahlian mereka serta-merta apabila mereka menyertai GRS.
Yang Dipertua Dewan Rakyat membuat keputusannya berdasarkan tafsiran beliau mengenai Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU.
Oleh kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk mentafsir Perlembagaan BERSATU, keputusannya bahawa empat Ahli Dewan Rakyat berkenaan tidak perlu mengosongkan kerusi mereka adalah terkhilaf.
Fakta juga jelas menunjukkan bahawa mantan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor hanya mengisytiharkan keluar parti pada 10 Disember 2022. Tindakan menyeberang lantai (crossing the floor) empat Ahli Dewan Rakyat berkenaan juga berlaku pada 19 Disember 2022 yang mana kedua-dua perbuatan ini mengakibatkan keguguran keahlian mereka dalam BERSATU di bawah Perkara 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan BERSATU selepas PRU-15.
Adalah jelas Yang Dipertua Dewan Rakyat telah membuat tafsiran khilaf berkenaan Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan kuasa mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang terletak pada mahkamah, maka BERSATU akan merujuk perkara ini ke mahkamah supaya keluhuran undang-undang sentiasa terpelihara.
Saya percaya mahkamah adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan keadilan dalam hal ini memandangkan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada parti Pakatan Harapan adalah pihak yang berkepentingan.
Jom pakat pakat sokong parti yang benar benar memberi khidmat kepada masyarakat.
ReplyDeleteJom tolak parti yang perkauman.
Yang hanya pilih bulu.
Kerajaan bro an telah khianat kepada demokrasi.
Melantik mp yang berdepan dengan mahkamah.
Memberi bantuan banjir hanya kepada bangsa pakatan hancing.
Yang songlap wang persekutuan.
Yang tidak pandai memerintah.
Yang ekstreme liberal.
Yang membawa politik kuno.
Yang banyak memberikan harapan kepada peribumi tapi hampas.
Yang mengumpul dana politik dari cukai judi.
Jom sokong pembaharuan bersama pas.
Jom sokong pimpinan yang bersih dan bebas mahkamah.
Jom sokong kerajaan yang berkah.
Jom bertindak bijak seperti rakyat kelantan, trengganu dan kedah.
Berubah segera sebelum terlambat.
Tiada pembaharuan oleh kerajaan bro an. Masih guna kwsp untuk tambah flow cash dalam putaran ekonomi. Jelas bro an bukan pakar ekonomi. Sembang keras tapi hampas.
ReplyDeleteMajlis Peguam hanjing DAP dah mula meroyan dengan UMNo..Ahli UMNo dah tegur pH jangan tegur cara terbuka..UMNo Sabah pula sudah tunjuk lagak..!!
ReplyDeleteMajlis Peguam Ambiga Sreenevasan dan peguam Siti Kasim (liberal LGBT) mempersoalkan sama ada terdapat motif politik di sebalik siasatan berhubung bekas peguam negara Tommy Thomas.
Saya ingin bertanya kepada kerajaan reformis PH - adakah ini salah satu tuntutan Umno berhubung penyiasatan Tommy Thomas?
Adakah ia mempunyai kaitan dengan dakwaan terhadap beberapa pemimpin Umno? Dan saya ingin tahu daripada PH, apa lagi yang anda sudah berikan (kepada Umno)?" tambah Ambiga.
Sementara itu, Siti berkata bahawa dia bersetuju dengan semua yang dikatakan oleh Ambiga. Forum itu Ambiga berkata "Tomy Thomas didakwa kerana menggesa pembangkang bertanya kepada pengundi sama ada "kerajaan Melayu" akan menjadikan negara lebih baik dan lebih cekap". Adakah siasatan terhadap Tommy Thomas Itu atas tuntutan Umno?
Umno hari ini menegur tindakan segelintir pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang suka menyerang secara terbuka sesama sendiri meskipun bersama dalam satu kerajaan.
Padang mass yang Samantha Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Ahmad Shabery Cheek mengingatkan mereka bahawa kerjasama yang terjalin adalah ibarat jambatan besi yang menggunakan banyak skru dan bukannya jambatan konkrit.
“(Kerajaan hari ini ibarat) jambatan segera pakai besi. Banyak skruu. Kalau tercabut, cepatlah runtuh.
Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masing-masing juga akan berebut kerusi. Sabah sudah tunjuk suri teladan kerajaan minoriti Brother Anwar Bin Ibrahim. UMNO Sabah sudah buat dinding pemisah dengan kerajaan negeri.. lu fikir lah sindiri...
Apa jasa Taufik Ayman pada negara..!?
ReplyDeleteBila nak tangkap rampas harta Zety.
Hakim Nazlan telah dipanggil oleh SPRM baru-baru ini untuk kenyataannya direkodkan," kata Bossku dalam afidavitnya, sebelum meneruskan untuk apa yang dikatakan hakim itu kepada pegawai rakaman SPRM.
Bossku berkata beliau juga "difahamkan" apa jawapan Nazlan apabila ditanya oleh pegawai SPRM mengenai perkara yang berkaitan dengan pinjaman Maybank.
Tak perlu untuk menghuraikan bagaimana dia mempunyai pengetahuan yang kononnya tentang cara hakim bertindak balas.
Sebelum ini, Bossku berkata beliau sekitar 9 Mei semasa tempoh Hari Raya "menemui sampul surat tanpa nama /annoymus " yang mengandungi dokumen Maybank lepas dalam tempoh 2010 hingga 2012 yang dihantar ke rumahnya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur.
“Bossku yakin dan tahu averment ini adalah benar dan bossku mencabar sama ada SPRM atau pendakwa raya untuk menafikan perkara ini dalam rekod dan melalui sebarang afidavit sebagai jawapan,” kata Najib.
Sambil kes ini direka untuk membenarkan fitnah Pakatan Harapan dan Tun Mahathir terhadap Bossku. Sekiranya kes Zeti Akhtar Aziz juga masih belum dibuka , dimana ia pasti dapat merungkai siapa dibelakang Zeti dan mungkin boleh meruntuhkan seluruh Pakatan Harapan jika didapati mereka tahu berkenaan wang RM700 juta di Singapura tetapi ‘bersubahat’ menutupinya.
Tidak dapat dibayangkan jika kedua kes kuncu Tun Mahathir ini dibuka sebelum PRU15
Apa jasa Taufik Ayman pada negara mungkin Tun Mahathir Mohamad boleh jawab bagi pihak Taufik Ayman dan keluarganya..
#RakyatAymantakkisahyer