Gambar tidak bertarikh yang diedarkan KKB menunjukkan mereka di samping Philip Mark Mehrtens yang diculik di Paro, Papua New Guinea pada 7 Feb 2023. (FOTO: Sydney Morning Herald)
1. Tiga tebusan masih ditawan di Papua New Guinea
PAPUA NEW GUINEA: Seorang tebusan wanita yang merupakan salah seorang daripada empat individu yang diculik oleh kumpulan bersenjata di tanah tinggi terpencil Papua New Guinea, telah dibebaskan dan rundingan diteruskan untuk membebaskan baki tiga lagi tebusan.
Pesuruhjaya polis negara pulau Pasifik dalam kenyataannya pada Khamis (23 Feb) berkata, ketiga-tiga tawanan itu berada dalam keadaan sihat tetapi ditahan di kawasan sukar, yang mana komunikasi adalah mencabar sangat mencabar, lapor Reuters.
Terdahulu, sekumpulan penyelidik arkeologi, termasuk seorang profesor yang bekerja untuk sebuah universiti Australia, dua graduan universiti tempatan dan seorang penyelaras program telah dijadikan tebusan oleh lelaki bersenjata itu menuntut wang tebusan pada Ahad (19 Feb).
Profesor arkeologi (kanan) di luar kediamannya di kampung Fpgoma’iu, Papua New Guinea sebelum diculik 20 lelaki bersenjata pada 19 Feb 2023. (FOTO: Dailymail.co.uk)Polis berkata pada Isnin (20 Feb) bahawa pasukan keselamatan khas melakukan perjalanan melalui udara ke kawasan itu dan akan menggunakan kekerasan terhadap kumpulan penjenayah itu jika perlu untuk membebaskan tebusan.
Identiti profesor berkenaan bagaimanapun dirahsiakan daripada laporan media atas sensitiviti keselamatan. Profesor tersebut sebelum ini telah menetap di Fogoma’iu untuk menjalankan penyelidikan dan bekerjasama dengan penduduk kampung itu untuk mengkaji tentang sejarah dan budaya lokasi berkenaan yang telah wujud sejak lebih 50,000 tahun lalu.
Penculikan profesor itu berlaku selepas seorang warga asing kelahiran Christchurch, New Zealand, juruterbang syarikat penerbangan Indonesia, Susi Air, Philip Mark Mehrtens diculik pada Selasa, 7 Feb lalu.
WASHINGTON: Keluarga aktivis hak asasi Amerika Syarikat (AS) terkenal Malcolm X akan memfailkan saman AS$100 juta terhadap Polis Bandaraya New York, CIA dan FBI kerana “menyembunyikan bukti” membabitkan pembunuhannya 58 tahun lepas.
Pengumuman itu dibuat pada sidang akhbar pada Selasa oleh peguam hak asasi Ben Crump serta anak perempuan Malcolm X, Qubilah Shabazz dan Ilyasah Shabazz di Pusat Memorial dan Pendidikan Malcolm X dan Dr. Betty Shabazz, menurut Anadolu Agency.
“Kami juga akan mendapatkan keadilan untuk lelaki muda — baharu berusia 39 tahun — yang terkorban ketika memperjuangkan hak asasi manusia,” kata Ilyasah Shabazz.
Shahbaz menuduh agensi persekutuan dan tempatan New York senjaga menyembunyikan bukti konspirasi dan perancangan untuk membunuh Malcolm X.
Crump berkata anak perempuan Malcolm X berhak mengetahui semua fakta tentang kematian bapa mereka.
“Atas ketidakadilan yang teruk ini, kami akan memfailkan saman terhadap entiti kerajaan sebanyak $100 juta bagi pihak anak perempuannya”, kata Crump.
Malcolm X dibunuh semasa memberi ucapan di Harlem pada 21 Feb 1965. – BERNAMA
3. Remaja Singapura, individu termuda ditahan ISA
2 comments:
Jangan lupa yang komunis dapig cadangkan saham petronas dijual kepada orang asing. Macam harta tabung haji yang dijual mereka atas alasan rugi.
Budget masih punya jiwa yang lama. Royalti jadi wang ehsan. Suci bunyinya. Bantu rakyat miskin. Sedangkan royalti itu untuk kerajaan. Orang sastera tak kan tak arif beza royalti dan ehsan. Tapi sebab ada hoi hoi ya hoi, jiwa ikut jadi semangat rambut gerbang. Macam zombie. Kerajaan perpaduan kerajaan madani hanya pada nama.
Post a Comment