Thursday, February 16, 2023

Amaran Muhyidin kepada Anwar.. tapi menteri lari..

 

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - BERNAMA

1.  '...jangan fikir yang Tambun (Anwar) akan kekal abadi'

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa tindakan Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 'mencipta' pelbagai tuduhan terhadap Perikatan Nasional (PN) berisiko untuk memakan diri.

Pengerusi PN itu berkata, impak tindakan itu akan mengundang tindak balas melalui gelombang PN yang sudah terbentuk ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan kemuncaknya akan dilihat melalui keputusan enam pilihan raya negeri (PRN) yang bakal dihadapi tidak lama lagi.

"Apa hal pun biarlah (tuduhan dibuat itu) berasas, jangan salah guna kuasa. Mungkin kerana nak ada PRN di enam negeri, kalau boleh nak dihitamkan muka saya dan kata kita ni semua perompak dan lanun supaya rakyat tak percaya kepada kita.

"Ini saya nak katakan, gelombang PN yang sudah kita lihat akan terus melanda negara, di mana enam negeri (Pakatan Harapan) akan kalah (kerana) 'backlash' (makan diri).

"Saya beri amaran ini (supaya) jangan main-main kerana ini sentimen rakyat," katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri mengingatkan Kerajaan Perpaduan supaya berhenti bermain daripada politik dan menggerakkan tindakan jahat, sebaliknya menumpukan kepada kerja untuk membantu rakyat.

"Berhentilah bermain politik dan membuat keputusan cakap tak serupa bikin. Misalnya, tiba-tiba ada dasar menteri-menteri boleh lantik anak beranak sebagai pegawai.

"Walaupun tidak mengambil gaji, pelantikan ini boleh menimbulkan percanggahan kepentingan dan berbaur nepotisme.

"Untuk apa dasar ini diperkenalkan? Ia tiada kaitan langsung dengan keperluan rakyat yang mendesak ketika ini. Rakyat bukan nak lihat anak menteri (atau) anak perdana menteri memegang jawatan dalam kerajaan, mereka nak lihat menteri dan perdana menteri buat kerja untuk rakyat," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengingatkan bahawa kedudukan Perdana Menteri disandang Anwar bukanlah bersifat kekal.

"Allah kata Dia boleh naikkan kita, dan boleh juga turunkan kita...jadi jangan fikir yang Tambun (Anwar) akan kekal abadi untuk selama-lamanya (sebagai perdana menteri).

"Selepas Tambun akan ada orang lain, jadi jangan menganiaya dan buat sahaja ketika waktu susah ini kerana rakyat tak ada duit nak makan," katanya. (BH)


2. Kerusi menteri lengang ketika Ketua Pembangkang berbahas 

KUALA LUMPUR: Malaysia Madani sepatutnya mengetengahkan politik segar dan matang, namun petang tadi lain pula apabila kerusi saf menteri kosong ketika Ketua Pembangkang membahas Titah Diraja.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pada jam 4.16 petang tadi ketika Ketua Pembangkang Dato’ Seri Hamzah Zainuddin berbahas kerusi blok menteri dan timbalan menteri lengang.

“Hari ini saya berkongsi gambar dalam Dewan Rakyat,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Suasana itu dapat dilihat mereka yang menyaksikan siaran langsung melalui RTM dan live media sosial milik ahli parlimen.

Dr Mohd Radzi juga berkata, pemimpin utama PERIKATAN NASIONAL (PN) termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut hadir sesi parlimen sejak pagi tadi.

“Saya berada sebaris dengan mereka dalam Dewan Rakyat dan melihat sendiri mereka hadir pagi tadi. Mudah sebenarnya nak buat cerita daripada sekeping gambar dalam Dewan Rakyat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/2/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Amaran Muhyidin kepada Anwar.. tapi menteri lari..

Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa tindakan Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 'mencipta' pelbagai tuduhan terhadap Perikatan Nasional (PN) berisiko untuk memakan diri.

Malaysia Madani sepatutnya mengetengahkan politik segar dan matang, tetapi lain pula apabila kerusi saf menteri kosong ketika Ketua Pembangkang membahas Titah Diraja. Takut berhujjah ke? ..belah...

No comments:

Post a Comment