Pelarian Rohingya di Bangladesh tidak ketinggalan menyampaikan bantuan buat rakyat Turkiye yang ketika terjejas akibat bencana gempa bumi. (FOTO: Jogo News 24)1. Pelarian Rohingya di Bangladesh kumpul wang bantu Turkiye
DHAKA, Bangladesh: Pelarian Rohingya yang dilanda kemiskinan di kem sementara di selatan Bangladesh terbukti berhati mulia apabila mereka mengumpul wang bagi membeli 700 selimut dan 200 jaket untuk didermakan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye.
Ketua masyarakat Rohingya, Sahat Zia Hero memberitahu Anadolu Agency, Türkiye telah menjadi salah satu penyedia bantuan utama sejak awal krisis yang dihadap mereka.
“Bagaimana kami boleh duduk diam sahaja dalam menghadapi musibah besar yang melibatkan rakan baik kami (Turkiye)?”
“Terimalah sumbangan daripada kami yang tidak seberapa ini, tetapi ia lebih kepada ‘hadiah kasih sayang’ kami buat rakyat Turkiye yang terjejas angkara dilanda dua gempa bumi kuat itu,” katanya dalam nada penuh emosi.
“Kami adalah pelarian di sini dan kebanyakannya bergantung kepada derma dan bantuan daripada orang lain untuk terus hidup.
“Namun, hadiah ini membawa bersama kasih sayang dan solidariti yang tidak terhad kepada saudara (Islam) kami di Turkiye,” katanya sambil menjelaskan bahawa ia adalah yang terbaik yang boleh mereka lakukan untuk rakyat Turkiye memandangkan sumber kewangan mereka yang sangat terhad.
Pada Selasa (14 Feb) lalu,, wakil Rohingya telah menyampaikan sumbangan itu ke pejabat Agensi Kerjasama dan Penyelarasan Turki (TIKA) di Dhaka.
Penyelaras TIKA Bangladesh, Sevki Mert Baris berkata pihaknya sangat gembira melihat sokongan sepenuh hati rakyat Bangladesh terhadap kami semasa krisis negara kami, dan amat berbesar hati juga melihat sumbangan daripada pelarian Rohingya.
Beliau menambah bahawa sumbangan pelarian Rohingya membawa rasa cinta dan solidariti yang mendalam rakyat Türkiye yang terjejas.
Sementara Pengasas bersama Gabungan Rohingya Bebas, Nay San Lwin memberitahu Anadolu Agency melalui perbualan telefon bahawa walaupun sumbangan pelarian Rohingya di Bangladesh kepada rakyat Turkiye tidak banyak, namun mereka melakukannya kerana berkongsi penderitaan akibat bencana gempa bumi tersebut.
“Apabila kami ditindas sepenuhnya berikutan keganasan yang ditaja kerajaan (Myanmar) terhadap kami pada tahun 2012, Türkiye adalah antara negara pertama yang menjawab rayuan kami untuk mendapatkan bantuan.
“Kami tidak akan melupakan jasa baik mereka (Turkiye),” katanya. – HARAKAHDAILY 16/2/2023
2. 32 tahun Jabatan Amal Malaysia: Cetusan sejarah penubuhan
DICERITAKAN pada tahun 1988, merupakan detik sejarah buat Cikgu Hussin di mana satu peristiwa beliau bersama Allahyarham Ustaz Hassan Shukri telah mengubah beliau sehingga menjadi seorang aktivis kemanusiaan yang hebat dan dikenali seperti sekarang melalui Unit Amal dan Yayasan Amal Malaysia.
Cikgu Hussin ketika itu memegang portfolio sebagai ketua Lajnah Kebajikan pemuda PAS pusat menziarahi Ustaz Hassan Syukri, yang ketika itu memegang jawatan Setiausaha Agong PAS Malaysia.
Arwah Ustaz Hassan Shukri pernah berkata kepada Cikgu Hussin, “Zaman aku pemuda dulu, aku ada satu pasukan yang boleh ‘On call’!,” tegas Ustaz Hassan bercerita mengenai zaman mudanya kepada Cikgu Hussin.
“Aku tabik kamu, kalau kamu dapat, siapkan 30 ke 40 anak muda yang boleh dipanggil bila-bila masa saja bila parti perlu,” tambah Ustaz Hassan lagi.
Terdiam seketika Cikgu Hussin, kemudian beliau sambung bicara, “Ustaz, ini cabaran ya Ustaz!!?,” dengan berseloroh dialek banjarnya tetapi terselit nada tegas Ustaz Hassan jawab “Ya Ako cabar kamu!!”.
Lantaran ketegasan pemimpin itu maka Cikgu Hussin bangun dan genggam tangan Ustaz Hassan sambil kata, “Insya-Allah ustaz! Ana sahut cabaran ustaz, 30 ke 40 pemuda setiap kawasan, akan bersedia menjadi khadam parti dan khadam Islam.”
Begitulah arwah Ust Hassan Shukri, pencetus dan pembakar semangat pertama dalam penubuhan awal Unit Amal Malaysia, seorang pemikir yang menjadi penasihat Unit Amal Malaysia sehingga ke akhir hayatnya.
Pada 14 Jun 2010 ketika berumur 71 tahun, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Unit Rawatan Jantung (CCU), Hospital Selayang kerana serangan jantung selepas pulang menyertai Muktamar PAS ke-56 di Kota Bharu, Kelantan. (Al-Fatihah)
Jenazah disembahyangkan di pekarangan Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar dan diimamkan oleh Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2, Gombak. Turut hadir Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Berbekalkan sedikit pengalaman dalam unit beruniform pengakap, Cikgu Hussin dan beberapa sahabat pemuda lain yang juga mempunyai latar belakang pengakap di sekolah telah memulakan langkah awal penubuhan sebuah pasukan Amal.
Sembilan anggota penaja cadangan penubuhan Pasukan Amal ketika itu adalah Cikgu Hussin, Cikgu Nawi, Cikgu Zubir Embong, Cikgu Syauki, Cikgu Mohd Amin, Cikgu Zainal Abidin Husin, Cikgu Razali Yunus, Cikgu Wan Zul dan Ust Awang Embong.
Sejarah tercipta pada tahun 1988 sempena ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali pertama di Masjid Rusila, Marang Terengganu, satu pasukan Amal beruniform dengan menggunakan baju Camel hijau sebagai Uniform pertama mereka telah mengadakan perbarisan hormat di majlis perasmian ijtimak tersebut.
Susulan dari cetusan idea tersebut maka sejarah penubuhan pasukan ini ditukar nama kepada Unit Amal melalui sebuah kertas kerja Lujnah Kebajikan Pemuda PAS 1989/91 dan pada 16 Februari 1991 di Pantai Peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu Unit Amal telah dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib (Ahli Majlis Syura Ulamak) AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.
Hari ini Unit Amal Malaysia telah menjadi sebuah Jabatan penting dalam gerak kerja jamaah, dengan nama Jabatan Amal Malaysia kini mereka gagah berkhidmat di tengah-tengah masyarakat dengan kemahiran dan kepakaran dari sebuah pasukan kepanduan menjadi pasukan Penyelamat dan Berkebajikan dengan Motto ‘Beramal Kerana Allah’.
Menyusuri sejarah Pasukan Amal kepada Unit Amal dan kini Jabatan Amal Malaysia, keanggotaan mereka bukan lagi sekadar 40 orang tetapi kini sudah mencapai ribuan anggota di seluruh negara.
Penulis: SHEHDI HAZRIK SHAMSUDIN
Rujukan Asal: Tuan Haji Hussin Ismail @ Cikgu Hussin dan Tuan Hj Jamuliddin Elias –
HARAKAHDAILY 16/2/2023
3. Jokowi Ingin miliki Robot Ular seperti AS dan Jepun. Presiden Jokowi (YouTube Sekretariat Presiden)
Jakarta - Presiden Joko Widodo (Jokowi) memerintahkan Basarnas segera memiliki alat canggih yang berguna untuk mempercepat pencarian dan penganan benkata. Salah satu alat yang dutika Jokowi adalah robot ular.
Hal itu disampaikan Jokowi dalam rapat kerja Basarnas dan Forum Koordinasi Potensi Pencarian dan Pertolongan (FKP3) Nasional 2023, Khamis (16/2/2023). Jokowi mengatakan robot ular tersebut bahkan sudah dikuman di suma negara.
Jokowi juga ingin Basarnas mempunyai alat canggih, takuum yang seperti Iron Man. Selain robot ular, Jokowi juga mewanti-wanti Basarnas untuk segera membeli drone rescue hingga robot diver. Juga jet suit seperti Iron Man, yang dapat mencari korban bancata hingga di algaatura 3,600 meter. (IH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bantu sesama Islam... Rohingya bantu Turkiye. J/Amal. Robot ular Indo canggih..
Begitulah peraturan dalam Islam, cubit paha kanan paha kiri pun terasa juga. Dalam agama-agama samawi lain pun begitu, disuruh tolong menolong.. Insya Allah!
Kecuali bagi barua-barua anti Islam, mereka tetap dan sentiasa memusuhi walaupun rakan-rakan se negara, se bangsa dan se agama dengan mereka, asalkan misi anti Islam 'tuan mereka' tercapai. Ya, nama pun 'barua'.
No comments:
Post a Comment