Mohd Syahir Che SulaimanKUALA LUMPUR: Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tidak mencerminkan semangat Federalisme yang matang dalam pimpinan kerajaan pada hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman, negeri Kelantan dan Terengganu seperti dianaktirikan dengan pemberian wang ehsan.
“Di samping pendirian terbaru Kerajaan Persekutuan berkenaan hak royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu yang dinafikan.
“Malah agihan Perbelanjaan Pembangunan (DE) kepada negeri-negeri pembangkang tidak menunjukkan petanda yang positif,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Mohd Syahir yang juga pengkaji ekonomi turut mempersoalkan, sejauh mana Belanjawan 2023 boleh melonjakkan pertumbuhan ekonomi, mencipta peluang pekerjaan, dan meringankan beban hidup rakyat.
Beliau turut mempersoalkan, sama ada strategi yang diambil menepati sasaran serta inisiatif baharu yang diambil kerajaan mencukupi atau tidak.
Ujar Mohd Syahir, apa yang penting adalah kualiti penyampaian dan keberkesanan segala bantuan dan projek yang diumumkan, diikuti proses pemantauan berterusan, dipandu oleh kecekapan dan integriti yang tinggi di pihak kerajaan, tanpa sebarang unsur pilih kasih dan ‘sabotaj ekonomi’ yang tidak melambangkan agenda perpaduan dan slogan madani.
“Manakala akses dan kecaknaan rakyat terhadap segala bantuan kerajaan perlu dipertingkatkan, bagi memastikan Belanjawan 2023 dapat diagih secara saksama, dan dikongsi secara bersama.
“Perlu diingatkan, matlamat utama sesebuah perancangan pembangunan adalah untuk memberi nilai tambah dan limpahan berganda bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dan daya saing negara, seterusnya memastikan kemakmuran ekonomi dinikmati secara lebih adil dan saksama,” tambah beliau
Selain itu katanya, pemulihan ekonomi perlu menjadi ‘batu lonjakan’ kepada pembaharuan ekonomi.
Ujarnya, inilah peluang keemasan untuk penyusunan semula struktur ekonomi negara, khususnya bagi menangani permasalahan kemiskinan, pendidikan dan kemahiran tempatan, kelestarian alam, sekuriti makanan, keupayaan globalisasi, dan ketinggian integriti.
“Adalah amat mendukacitakan sekiranya kita mampu memulihkan semula ekonomi negara, namun hanya kembali ke tahap sosio-ekonomi sebelumnya, tanpa membawa sebarang ‘perubahan struktural’ dan ‘budaya ekonomi baharu’ bagi mendepani cabaran mendatang yang pastinya lebih mencabar,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/2/23
2. Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Selangor diarah batal
Kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong pada 26 Februari ini dibatalkan. - Foto ihsan FB Ustaz Azhar IdrusSHAH ALAM: Kuliah maghrib penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong pada 26 Februari ini, dibatalkan.
Menurut facebook rasminya, Kuliah Maghrib Perdana UAI itu terpaksa dibatalkan atas kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
"Mohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliyah di negeri anda.
"Oleh kerana itu Kuliah Maghrib pada tarikh 26 Februari 2023 ditukarkan ke Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Mohon sebaran seluasnya," katanya dalam satu hantaran hari ini.
Sementara itu, pihak JAIS ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara itu. Gambar fail - Program ceramah Ustaz Azhar Idrus sering menarik perhatian umat Islam di mana jua ia diadakan. - Foto ihsan FB Ustaz Azhar Idrus
3. Menu Rahmah : Hulu Langat vs Kapar Menu Rahmah : Hulu Langat vs Kapar
Hari ini terlihat video Ahli Parlimen Hulu Langat YB Mohd Sany Hamzan mencelah Padang Serai membahas Ucapan Titah YDPA. Hulu Langat menyerang Kapar kononnya Kapar memfitnah menu rahmah pembawa kanser.
Saya telah merujuk kepada ucapan Kapar pada hari tersebut. Bagi menjelaskan perkara ini, saya letakkan disini apa yang Kapar sebut :
1. "Saya takde masalah dengan istilah Rahmah ke apa, tapi jangan sampai rakyat marhaen B40, diberikan dengan bekalan makanan yang low quality"
2. "Dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah dengan kanser, autoimmune disease, autisme dan sebagainya"
Kalau diamati ucapan Kapar, beliau menyebut 2 perkara, pertama beliau kata "jangan sampai". Maksudnya ia satu peringatan kepada pihak Kerajaan agar menjaga kualiti menu rahmah agar tiada peniaga yang mengambil kesempatan dengan bekalkan makanan yang berkualiti rendah. Sebagai contoh, bahan mentah yang tidak fresh atau portion yang sedikit, tidak seimbang.
Bila peringatan, maknanya kerajaan perlu cakna dan pastikan pemantauan dibuat. Tak perlu nak over triggered sangat. Biasa terjadi depan Menteri, kualiti sangat terbaik sebab Menteri turun pelancaran. Tapi lepas Menteri balik, akan berlaku pengurangan kualiti dan kuantiti sebab nak jaga kos.
Kedua Kapar menyatakan kebimbangan kepada makanan kualiti rendah yang "mungkin" akan menjadi penyebab kepada kanser, auto-immune disease dan juga autisme. Sekali lagi beliau memberikan peringatan dan paling penting Hulu Langat kena faham Kapar sebut "mungkin". Saya ulang "mungkin-mungkin-mungkin" (style Hulu Langat).
Okey mungkin Hulu Langat akan tanya mana bukti menu kualiti rendah boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit tersebut. Nak bagitau Kapar ni bekas Doktor Perubatan dan pernah berkhidmat sebagai Doktor dibeberapa Hospital Kerajaan dalam negara. Kapar sebut mungkin merujuk kepada kajian akademik dalam bidang perubatan.
Hulu Langat boleh merujuk kepada satu kajian akademik bertajuk "The effect of diet on risk of cancer" oleh Timothy J Key, yang mengkaji mengenai kesan diet terhadap risiko cancer. Ini menunjukkan bahawa ada sarjana yang melihat kepada aspek ini. Bukan cakap kosong mahupun satu fitnah.
Jadi saya harap Hulu Langat dapat faham dengan jelas apa yang diutarakan oleh Kapar dan berhenti terjerit-jerit dalam Parlimen “fitnah,fitnah,fitnah”. Kalau Hulu Langat ada sebarang kajian yang membuktikan sebaliknya, boleh utarakan dan sanggah hujah Kapar. Kita mahu wujudkan perbahasan yang berkualiti dalam Parlimen kan?
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Belanjawan 2023 Anwar X cermin Federal.. Azhar Idrus & Menu Rahmah.
Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tidak mencerminkan semangat Federalisme yang matang dalam pimpinan kerajaan pada hari ini. Negeri Kelantan dan Terengganu dianaktirikan..
5 comments:
Jangan suka fitnah pm. Nanti bila dia tak tahan dia hantar saman fitnah. Bila dia tak boleh jawab dia kata fitnah.
Belanjawan kali ni memang disukai oleh komunis dapig. Sebab belanjawan ini tak mesra kelantan dan trengganu.
Kalau komunis dapig berjaya hilangkan kampung melayu. Belanjawan ini rompak hak kelantan dan trengganu. Maknanya unsur komunis dapig telah menyerap jiwa presiden. Madani dan rahmah versi komunis dapig.
Memang patut belanjawan kena tumpukan negeri yg boleh jana duit.
Negeri Islam extreme, pemimpinnya hanya pandai beli.merc dan galakkan bawa pedang plastik. Kemajuan yg ada skrang pun bnyak disumbang pemimpin penyamun dlu.
Penyamun dah terbahagi dua.
Satu dah nak insaf atau x brani... boleh dikawal. Dlm perpaduan.
Satu lagi penyamun tegar susah dikawal. Ada dlm pn.
Pilih kerajaan perpaduan pru nanti.
Penyamun kawal penyamun. Penyamun insaf. Penyamun nak pulun lagi. Satu penyamun pun dah parah. Dua penyamun lagi parah. Budget serimuka.
Dah check ker ac parti politik yg lain. Khabarnya berbelanja besor. Dapat dana dari luar negara. Kononnya. Bagi rakyat puas. Madani madani juga. Dana mesti sohih dan halal.
Post a Comment