KUALA LUMPUR: Kartunis dan penyedia kandungan digital Malaysia diminta untuk memberikan reaksi terhadap karikatur jelik terhadap mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria seperti dihasilkan akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo.
Charlie Hebdo dalam akaun Twitternya memuat naik karikatur dihasilkan Pierrick Juin menggambarkan bangunan rosak, kereta terbalik dan puing-puing runtuhan dengan kapsyen dalam bahasa Perancis bermakna: 'Tidak perlu hantar kereta kebal.'
Karikatur berasal Palestin, Mahmoud Abbas, berkata karya karikatur dihasilkan termasuk dalam bentuk digital itu sebagai reaksi balas terhadap Charlie Hebdo itu, dapat mengukuhkan solidariti bersama mangsa gempa bumi yang kini mengorbankan lebih 21,000 nyawa.
"Solidariti itu juga tidak kira sama ada bersama mangsa gempa bumi, peperangan dan konflik seperti di Palestin, Syria dan lain-lain," katanya kepada BH di sini, hari ini.
Dalam karikatur dimuat naik di akaun Twitter, Mahmoud menggambarkan seekor anjing menemani seorang mangsa di bawah runtuhan bangunan sedangkan watak babi memakai baju kuning tertera perkataan Charlie
Hebdo di belakangnya hanya melihat dengan rupa penuh muslihat.
Mahmoud turut memuat naik karikatur lain dalam akaun Twitternya, Mahmoud3bbas yang memuji usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam operasi mengesan mangsa gempa bumi.
Mahmoud yang juga Penerbit Kandungan Digital Al Jazeera berkata, beliau berharap kartunis di seluruh dunia tidak menerima tindakan Charlie Hebdo itu yang hanya mahir menerbitkan kartun menjijikkan.
Katanya, tindakan Charlie Hebdo sangat menjijikkan apabila mendakwa mereka memperjuangkan hak kebebasan berekspresi tetapi memperolok-olokkan mangsa gempa.
"Ketika serangan terhadap pejabat akhbar Charlie Hebdo berlaku (pada Januari 2015), seluruh dunia bersimpati kerana mereka dianggap sebagai mangsa walaupun sebelum itu mereka melakukan kesalahan kepada Nabi kita.
"Adalah tidak boleh diterima tindakan menyerang idea atau kepercayaan orang lain, lebih-lebih lagi memperolok-olokkan mangsa atas nama hak kebebasan berekspresi," katanya.
Tindakan Charlie Hebdo itu turut dibantah pereka grafik dan animasi Turkiye, Abrar Sabbah dengan 'mengajar' pelukis karikatur akhbar satira kontroversi berpangkalan di Paris terbabit bagaimana menghasilkan lukisan lebih manusiawi.
Dalam video dimuat naik itu, Abrar menunjukkan bagaimana beliau memadamkan sebahagian lukisan dan kata-kata keji dalam karikatur itu, sebelum melukis tangan yang menggenggam bendera Turkiye.
Malah, tindakan Charlie Hebdo turut dikecam ramai tokoh Muslim seperti ulama dan pemimpin hak sivil di Amerika Syarikat (AS), Omar Suleiman; Profesor Undang-Undang dan penulis The New Crusades: Islamophobia and the Global War on Muslims, Khaled Beydoun dan Editor Laman Web Muslim British, 5Pillars serta pengarang Confessions of a Muslim Journalist, Roshan M Salih.
Karikatur itu tidak hanya menerima bantahan tokoh Muslim, bahkan turut dicemuh tokoh bukan Islam seperti ahli politik dan wartawan Jerman, Jurgen Todenhofer yang menyifatkan tindakan Charlie Hebdo menjijikkan kerana mempersendakan penderitaan orang lain.
2. Bukan kali pertama, karikatur Charlie Hebdo kembali menghina Islam khusunya rakyat Turki
KUALA LUMPUR: Akhbar mingguan satira kontroversi Perancis, Charlie Hebdo, menerima kritikan bertalu-talu daripada pelbagai pihak kerana menyiarkan karikatur tragedi gempa bumi kuat di selatan Turkiye dan Syria dengan kapsyen: 'Tidak perlu hantar kereta kebal.'
Karikatur dilukis kartunis, Pierrick Juin itu dan disiarkan di akaun Twitter akhbar berkenaan, menampilkan bangunan runtuh, kereta terbalik dan puing-puing runtuhan.
Antara tokoh Muslim mengkritik karikatur itu ialah ulama dan pemimpin hak sivil di Amerika Syarikat (AS), Omar Suleiman yang menganggap penerbitan keji kerana mengejek kematian ribuan mangsa gempa bumi, sekali gus menjadi isyarat kemuncak bagaimana Perancis menyahmanusiakan umat Islam dalam semua hal.
Sementara itu, Profesor Undang-Undang dan penulis The New Crusades: Islamophobia and the Global War on Muslims, Khaled Beydoun, menegaskan ia sebagai keji, perkauman dan sangat tidak sensitif.
Wartawan dan koresponden perang CNN, Bilal Abdul Kareem turut mencemuh akhbar mingguan itu kerana menyifatkan artis Charlie Hebdo itu mentertawakan mereka yang kehilangan nyawa dan harta benda rumah serta kanak-kanak dalam bencana berkenaan.
Bagi Editor Laman Web Muslim British, 5Pillars dan pengarang Confessions of a Muslim Journalist, Roshan M Salih, akhbar mingguan Perancis yang rasis dan Islamofobia itu menjadikan tragedi di Turkiye sebagai bahan jenaka.
"Jika beribu-ribu rakyat Perancis mati, orang Yahudi, LGBT atau mana-mana kumpulan lain, maka Charlie Hebdo tidak akan menyentuhnya. Namun, apabila ia hanya membabitkan umat Islam, jadi tiada isu (memperolok-olokkannya)," katanya.
Karikatur itu tidak hanya menerima bantahan tokoh Muslim, bahkan turut dicemuh tokoh bukan Islam seperti ahli politik dan wartawan Jerman, Jurgen Todenhofer yang menyifatkan tindakan Charlie Hebdo menjijikkan kerana mempersendakan penderitaan orang lain.
Ini bukan kali pertama, akhbar satira itu menghina Islam dan umatnya, sebaliknya banyak kali menyiarkan karikatur termasuk mencerca Nabi Muhammad SAW.
Pada 9 Februari 2006, Charlie Hebdo menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad SAW termasuk menerbitkan kembali 12 kartun lukisan penghinaan itu yang pernah disiarkan akhbar Denmark.
Tidak serik dengan tindakan keji itu, akhbar satira terbabit sekali lagi menyiarkan kartun bersiri menghina Nabi Muhammad SAW yang lebih menjijikkan pada 2012.
Pada 2020, sekali lagi Charlie Hebdo menyiarkan kartun menghina Rasulullah SAW, sekali gus membawa kepada serangan di luar pejabatnya yang mengakibatkan dua cedera parah.
Reaksi ganas itu bukan kali pertama kerana pada Januari 2015, pejabat akhbar satira itu diserang pengganas yang mengorbankan 12 orang yang dikaitkan dengan tindakan akhbar menghina Islam atas kebebasan bersuara.
Pada November 2011 pula, pejabat akhbar satira itu pernah dilempar bom dan dibakar tetapi tiada yang terkorban.
Sumber I BH Online
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Charlie Hebdo: 'Karton lwn karton', wajarkah?
Cukupkah hanya 'Karton lwn karton'? Lihat PAS atau Harakah, bukan saja membela kebenaran dan keadilan, bahkan berusaha menyalorkan bantuan dan lain-lain.
3 comments:
DAJALnya si TERORIS Bangkai PENJAJAH Nazi Hindu-PENAJA Tamil Eelam S. Lanka ni, Ramasamy ni - punya mengHINA/GERTAK bangsa PRIBUMI Islam/Melayu kita & nak HAPUSkan Undg2 Perl. 153! Kepala BANGKAI lu! UMNO - mesti KELUAR segera dr. rejim Gabungan SIAL ni!
https://www.astroawani.com/berita-politik/ramasamy-gesa-anwar-pecahkan-dominasi-melayu-dalam-sektor-awam-405989
Twit - @MelayuKeris32
Patutlah Speaker Parlimen PKR dajal yg. lantik dgn. HARAM mcm. Anwar homoh, Anak dia jadi Pegawai Khas dia kat Parlimen bwh. rejim2 Anwar/Kapir2 DAP-PKR ni - nak HAPUS & RAMPAS Kuasa dr. YDPA bubar Parlimen bila2 masa -maka juga nak HAPUS Undg2 Perl. 55!
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1061004/perkara-yang-boleh-jejas-kuasa-agong-perlu-dapat-perkenan-baginda
Charli hebdo ditaja oleh NED,
Suaram kata NED jugak yg bagi belanja hidup ph
Post a Comment