Wednesday, February 15, 2023

DAP pemetik api.. Lucut rakyat dia ni..

 


1. DAP ‘pemetik api’ sensitiviti perkauman dan agama

RASIS dan ekstrem dijadikan modal tuduhan berkaitan perkauman dan agama oleh pihak-pihak dalam Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) pasca-PRU15. Kononnya ia juga adalah kandungan kempen PN sepanjang PRU15 dan mempengaruhi sentimen orang Melayu-Islam menyokong gabungan itu.

Pihak-pihak tersebut sengaja memarakkan api tersebut untuk dilihat sebagai jaguh keharmonian dan perpaduan yang sedang dicanang ketika ini. Mereka juga cuba meluap-luapkan emosi dengan adu-domba seperti ini sebagai menarik perhatian pihak yang mahu diampu bodek demi meraih suatu habuan. 

Bahkan untuk mengalihkan perhatian ramai kepada tekanan tertimpa mereka sendiri yang lemas dan perlu segera melepas keluar dari kubang lumpur tersebut. Maka, memekik bisinglah mereka umpama sang pencuri menjerit kepada orang lain pencuri agar ia segera dapat meloloskan diri.

Dari ucapan beberapa politikus PH yang emosional, jelas tuduhan sentimen perkauman dan agama sempit itu disasarkan kepada PAS dan BERSATU atau PN serta para pemimpinnya. Walhal, mereka sebenarnya menjadikan tuduhan itu sebagai perisai membentengi pihak yang diketahui umum berperibadi rasis.

Kerana ‘membela’ sekutu, mereka meremehkan sensitiviti yang diungkit, biadab, celupar, mencabar dan menggugat ketenteraman. PH sebenarnya menggunakan kedudukan di posisi kuasa itu untuk menekan rakyat majoriti negara ini iaitu orang Melayu-Islam dan Bumiputera. 

Menjadikan orang Melayu-Islam-Bumiputera apologetik dan melankolik untuk bersuara mengenai hak sendiri atau menyanggah pertikaian yang dicetuskan. Mereka mahu menimbulkan rasa bersalah dan menggesa berjiwa besar serta memaafkan sebagai kompromi kepada pihak dibela. 

DAP adalah pelampau sebenar

Hakikatnya, isu ini disumbunyalakan DAP di belakang tabir untuk semua semburan panas berkaitan perkauman dan agama di negara ini dibakar ke khalayak masyarakat. DAP adalah pelaku sebenar yang tidak pernah mengendur berpolitik secara perkauman dan agama ekstrem dibawa parti itu selama ini.

Kerana itu DAP ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia disebabkan isi perut mereka jelas bersifat busuk hati yang sentiasa mengembangkan agenda anti-Bumiputera, anti-Melayu dan anti-Islam. Ketika sama DAP meninggikan cauvinisme dalam kalangan kaum lain dan membangkitkan jiwa ultra kiasu pelampau.

Inilah sebenarnya gagasan ‘Malaysian Malaysia’ yang digerakkan DAP dari awal kewujudan atau penubuhannya di Persekutuan Tanah Melayu sejak sekian lama. DAP tidak pernah melunakkan, apatah lagi membatalkan agenda tersebut yang diangkat parti itu sejak lebih 50 tahun dahulu.

Dengan gagasan tersebut, DAP mencabar hak-hak dan keistimewaan serta peruntukan telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk kaum Melayu dan Bumiputera. DAP seringkali membuat tuntutan atas nama kesamarataan yang dijadikan rencah rempah politik dengan kaum lain.

Oleh itu, DAP sentiasa berada dalam keadaan memusuhi Bumiputera negara ini dan menanamkan perasaan kebencian terhadap Melayu kepada kaum lain. Bahkan kebencian disemarakkan itu turut diheret hingga menyinggung hal ehwal agama Islam dan Raja-raja Melayu yang tidak sepatutnya mereka campuri. 

Walhal sebenarnya DAP tidakpun memperjuangkan kepentingan bangsa lain khususnya kaum Cina dan India termasuk peribumi Sabah dan Sarawak. DAP sebaliknya bertindak menabur racun prejudis dan prasangka yang secara halus memecah-belah serta menjurangkan antara kaum masyarakat majmuk Malaysia. 

Ia langkah ‘pecah perintah’ dan usaha meraih sokongan undi bagi kepentingan politik DAP semata-mata, namun membayar harga mahal dengan merosakkan perpaduan rakyat. Mana-mana pihak yang terpedaya dengan watak talam dua muka DAP dan memberi sokongan kepada parti itu, mereka pasti diperalatkan.

DAP gagal sembunyikan wajah

DAP tiba-tiba menjadi ‘pendiam’ menjelang PRU15 dan sepanjang tempoh kempen PRU15 yang lalu. Termasuk ketika tempoh perundingan parti-parti politik untuk membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri. Malah, hingga ke hari ini juga masih berselindung dari khalayak awam.

Kerana setiap kali memunculkan diri, pasti ada sahaja keterlanjuran ulasan atau ucapan keterlaluan yang menggugat terpacul dari mulut politikus parti itu. Realitinya DAP boleh terus berpura-pura dan bertopeng menutup wajahnya, tetapi tidak akan mampu menyembunyi atau berubah dari sifatnya.

Tidakpun bertahan lama, rasisme yang cuba disimpan DAP tersembul keluar juga sebagaimana kenyataan terkini pemimpin kanan parti itu, Dr Ramasamy Palanisamy. Isu disentuhnya menunjukkan DAP masih bercita-cita merombak perkhidmatan awam dan kekal prejudis serta membenci kaum Melayu.

Susulan daripada keangkuhan bongkak Ramasamy itu, muncul pula pertikaian, kecaman serta tindakan penghinaan yang juga menyentuh perkauman dan agama. Iaitu oleh bekas pelatih percubaan badminton negara, Bong Guang Yik dan individu dikatakan seorang peguam di Johor.

Apakah api sentimen perkauman dan agama sebagaimana yang membarah semasa pentadbiran PH selama 22 bulan dahulu bakal berulang? Malangnya tidak pula politikus hero PKR dan PAN tampil berdemonstrasi atau mengadakan laporan polis dan sidang akhbar mengecam hal itu.

Ironinya, komen usikan nakal pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn di Instagram pula dibebankan dengan dakwaan perkauman. Sedangkan komennya itu masih bersifat spekulatif dan boleh diperdebatkan serta dibicara secara lebih matang. Hanis bahkan segera mengajukan permohonan maaf.

Di mana ada kekesalan dan mengakui kekhilafan yang tidak terjangka serta tidak dimaksudkan atau menjadi tujuan beliau mengguris sedemikian. Malah, Hanis juga dikenali jurulatih dan rakan sepasukan lain dengan watak yang bukan sebagaimana didakwa kepadanya.

Segera tangani dan tamatkan

Malang sekali atlet berbakat dan telah 10 tahun menceburi sukan itu tetap dihukum dan sekali gus mengakibatkan masa depannya kabur. Beliau dilucutkan daripada pasukan dan tidak akan dibenarkan mewakili negara dalam sebarang kejohanan. Ia keputusan yang amat berat dan memusnahkan.

Sedangkan selama ini isu-isu perkauman dan agama yang disentuh politikus DAP atau individu tertentu terutama pro-DAP tidak pula diambil tindakan tegas. Walhal singgungan mereka bukan sahaja bersifat mengejek atau memperolokkan, tetapi jelas terang nyata mencabar, menghina dan menggugat.

Oleh itu apa ertinya perpaduan dan keharmonian serta madani yang dilaungkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Jangan dijaja semua usaha kebaikan itu sebagai produk murahan dan retorik politik tanpa diterjemahkan ke hakikat sebenar kanvas kehidupan masyarakat majmuk negara Malaysia ini.

Anasir yang boleh mencetuskan ketegangan, pergaduhan atau rusuhan kaum dan agama mesti segera dibanteras. Semua jenis hasutan dan kebencian berkaitan perlu dibendung tanpa lengah dan lewa agar keresahan awam oleh tindak tanduk sedemikian tidak terus membarah dan merebak.

Segala noda dosa dan pertikaian terhadap tonggak-tonggak tanah air meliputi Rukun Negara dan Perlembagaan yang perlu dipertahan maruah dan martabatnya wajib ditangani. Jika tidak impian perpaduan, keselamatan dan keamanan akan goyah dan membawa kepada ketidakstabilan.

Berawas, berwaspada dan berhati-hatilah dengan permainan politik DAP yang penuh muslihat dan agenda tersembunyi itu. Selama ini perkauman dan agama di dalam negara  hanyalah mangsa kepada parti itu yang rakus mahu mencapai tujuan penguasaan politik sempit mereka.

IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my – HARAKAHDAILY 14/2/2023


2. Hina Islam, Melayu: hak kerakyatan Bong Guang Yik mesti dilucutkan 

MELAKA: Tindakan tegas termasuk melucutkan hak kerakyatan perlu diambil terhadap pemain badminton negara, Bong Guang Yik yang secara terbuka menghina kesucian Islam dan Melayu.

Ketua Pemuda UMNO Jasin, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata tindakan Guang Yik adalah perbuatan biadab, keterlaluan dan sukar dimaafkan.

Beliau berkata ia bukan sahaja melampaui batas, malah boleh membawa kepada permulaan ketegangan kaum.

"Sebagai seorang atlit yang pernah mewakili negara, Guang Yik pastinya sedar bahawa hal berkaitan Islam dan bangsa Melayu bukanlah sesuatu yang boleh dipertikaikan apatah lagi menjadi bahan cacian dalam apa jua alasannya.

"Sekiranya tidak dihentikan segera, ia mampu mengakibatkan malapetaka yang kita semua tidak inginkan," katanya.  

Dr Muhamad Akmal Saleh (depan) selepas membuat laporan di Balai Polis Merlimau, malam tadi. - Foto NSTP/Nuraliawati Sabri

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau, malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, isu ini tidak hanya cukup dengan permohonan maaf dan peringatan tetapi ia perlu disusuli dengan pelaksanaan hukuman dengan segera.

"Maka satu ketetapan dan tindakan yang keras perlu segera diambil sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia bahawa soal Islam dan Melayu bukanlah satu topik yang boleh dijadikan bahan hinaan atas apa alasan sekalipun.

"Jika hanya dengan satu muat naik 'nakal' di media sosial oleh seorang atlit kita baru-baru ini menyebabkan dia digantung dari menyertai skuad negara, maka apa yang dilakukan oleh Guang Yik perlu dihukum dengan hukuman lebih berat," katanya.

Beliau berkata walaupun pernah diberikan peluang menyumbang bakti kepada negara, jasanya langsung tidak setanding dengan tingkah laku peribadinya.

"Negara tidak memerlukan rakyat yang sikapnya mampu mencetuskan ketegangan dan kacau bilau antara agama serta kaum," katanya. 

Sumber I BH Online

Komen Weblog Ibnu HasyimDAP pemetik api..  Lucut rakyat dia ni..

'Pemetik api' adalah pemusnah, maka wajib dimusnah! Termasuk 'barua-barua'nya sekali.

1 comment:

  1. Hina Islam sepatutnya mesti dihukun gantung sampai mampus dikhalayak ramai dan bukanya sekadar dibuang kerakyatan.
    Islam itu kan agama rasmi negara jadi hukuman mesti lah yg selayaknya bagi pesalah dalam kategori sedemikian.

    ReplyDelete