HARI ini 3 Februari 2023, genap 2 bulan pembentukan Kabinet Kerajaan Anwar-Zahid.
Tempoh 2 bulan yang membuka mata rakyat mengenai keburukan yang ada di dalam kerajaan ini walaupun cuba disucikan dengan rasa takjub kepada Perdana Menteri ke-10.
Di sini disenaraikan hasil reformasi kerajaan dalam tempoh 2 bulan untuk menjadi peringatan dan pedoman bersama;
1. Mengkhianati prinsip parti dan menyia-nyiakan undi penyokong PH BN.
2. Lantik individu kluster mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
3. Anwar melanggar pendirian sendiri dengan memegang dua jawatan dalam Kabinet, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri serentak.
4. Ketepikan calon menang untuk beri laluan kepada calon kalah.
5. Batalkan projek tebatan banjir yang belum diluluskan?
6. Menyerang jutawan Melayu dan syarikat Bumiputera.
7. Buat perjanjian persefahaman yang melanggar Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.
8. Sekat penceramah dan pendakwah.
9. Bubar Majlis Pemulihan Negara.
10. Kenaikan 50 peratus harga makanan di kantin sekolah.
11. Ugut pengguna TikTok yang menyokong PN dan sekat lebih 2,000 akaun TikTok.
12. Ulang sejarah lama dengan menyalurkan bantuan banjir kepada Kelantan, Terengganu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
13. Harga bahan asas tak turun, isu telur tidak selesai.
14. ‘Import’ pakar daripada agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).
15. Lantik anak sendiri sebagai Penasihat Kanan
Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.
Dalam tempoh 2 bulan sahaja, Anwar selesai mengkhianati perjuangan reformasi beliau sendiri.
Inilah hasil persahabatan Anwar dan Zahid. Menteri lain pula setia menjadi lembu dicucuk hidung tanpa tali leher.
Tahniah dan terima kasih untuk 2 bulan ini. Sebarang soalan atau aduan, sila rujuk Bank Negara.
ZURK AHMAD
Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 2/2/2023
2. Harga sayur melonjak 160 peratus sejak sebulan lalu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata kerajaan akan mewujudkan sistem data raya untuk mendapatkan maklumat dalam masa sebenar mengenai bekalan sayur-sayuran di negara ini.
Sistem berkenaan, menurut Mohamad bertujuan memantau jenis sayuran yang sedang ditanam, jumlah pengeluaran, lokasi pengeluaran, jumlah import dan eksport, jumlah permintaan dan kos pengeluaran
"Saya bukanlah mahir dalam bidang IT tetapi jika saya boleh melihat ‘dashboard’ sistem itu melalui telefon pintar sahaja, bila-bila masa kita boleh membuat persiapan awal.
"Saya yakin ramai anak muda di luar sana mampu menghasilkan sistem ini.
“Saya rasa kementerian tidak ada halangan untuk memberikan dana yang sewajarnya untuk mereka membangunkan sistem ini demi kebaikan semua," katanya pada satu kenyataan hari ini.
Harga sayur-sayuran dilaporkan melonjak sehingga 160 peratus sejak satu bulan lalu.
3. Slogan ‘tiada politik dalam sukan’ perlu diperluas
HULU TERENGGANU: Kerajaan Terengganu berharap agar slogan ‘tiada politik dalam sukan’ diperluas serta diselaraskan kepada semua terutamanya membabitkan Kementerian Pendidikan supaya polisi itu terpakai di premis-premis kerajaan persekutuan termasuk sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia bagi mengelakkan insiden program yang dijadualkan dirasmikan olehnya telah dibatalkan hanya kerana terdapat perbezaan politik antara kerajaan negeri dan persekutuan.
Namun katanya, beliau telah diberi penjelasan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bahawa itu merupakan polisi lama yang ada dalam kementerian terbabit.
“Saya tidak menyalahkan Menteri Belia dan Sukan, mahupun kementerian berkenaan atas kegagalan program di Padang Midin bagi merasmikan Akademi Hoki Terengganu, jadi saya telah memaklumkan perkara ini kepada menteri agar dapat berbincang dalam kabinet supaya hasrat ‘tiada politik dalam sukan’ dikongsi bersama kementerian-kementerian yang lain.
“Kita telah sedia maklum bahawa Kementerian Pendidikan dan juga sekolah ini merupakan pemegang taruh yang paling utama untuk mencungkil bakat-bakat baru, kalau kita tidak boleh masuk ke sekolah kerana birokrasi yang diamalkan itu akan timbul masalah untuk membangunkan sukan, bukan sahaja untuk kepentingan negeri, tetapi untuk manfaat negara.
“Sebagaimana dua hari lepas di acara penganugerahan sukan negara, menyaksikan Dato’ Muhamad Azizulhasni Awang telah merangkul anugerah olahragawan jadi sebagaimana kita tahu banyak atlet berjasa dan berbakat dari Terengganu ini telah mengharumkan nama negara,” ujarnya.
Beliau berkata demikian, ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Program Lepak Santai Cergas (LEGASI) Belia Darul Iman 3.0, di Taman Rekreasi Kuala Berang, di sini.
Ujarnya lagi, ketika menghadiri mesyuarat pelarasan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Exco sukan di setiap negeri, Menteri KBS telah menegaskan komitmen kerajaan adalah untuk menguruskan sukan di negara ini secara profesional serta tidak melibatkan politik kepartian.
“Jadi kita harap komitmen untuk membangunkan sukan dalam negara dapat didukung bersama di antara Persekutuan dan kerajaan negeri untuk berkoborasi demi kebaikan bersama untuk terus melahirkan atlet yang bertaraf dunia,” ujarnya lagi. – TRDI.my
4. Armada Bersatu cabar PKR, DAP dedah perbelanjaan kempen PRU15
11 comments:
Hipokritnya pkr dapig. Bersatu disuruh dedah ac. Parti sendiri tak mahu dedah. Kurap betui.
Penyamun kawal penyamun. Cantiiiiik
B40 & M40 kini kian terduduk dengan harga makanan yang melambung2 naik. Seolah2 tiada kawalan dari menteri raja formula songsang?
Bala harga naik mula dr zaman pn, mn dan geng ana puas hati lagi
Nanti kerajaan perpaduan settle la.
Jgn jealous
Dulu kata kerajaan BN Barang Naik. Kini dah 2 bulan, barang tak juga turun2, semakin melambung2 naik, nascofe pula dikatakan nak naik harga lagi. Apa menteri raja formula songsang buat? Makan gaji buta ka?
Jangan jealous.
Dlu menteri pn makan gaji buta lg teruk.
Kasila peluang menteri perpaduan rilek2 dlu.
Ha ha
Rakyat kena berhati hati. Sebab mereka ni penuh dengan fitnah. Kata pas beri rasuah. Kata bersatu ada 650 billiun.
Perpaduan? Jujur?
Dulu pegang kerajaan 32 bulan.. Rakyat kibar bendera putih marah. Bila jatuh begitu byk suara.. Sabar.. Lantik anak beranak. Dalam pentadbiran sendiri ada gaji senyap je
Tunggulah sekejap..
Dulu bersama bn umno blh.. Org lain tak.boleh..
Post a Comment