Sunday, February 19, 2023

Ini, rakyat perlu tahu! Baru 4 pekara, akan terdedah lagi..

 


1. Penduduk tak tahu projek ECRL di rumah mereka

MEMANDANGKAN beberapa surat bantahan rasmi yang dihantar sebelum ini tidak mendapat sebarang maklum balas, penduduk Taman Sungai Sireh membuat perhimpunan aman untuk menyatakan bantahan mereka.

Mereka tidak tahu menahu langsung mengenai projek tersebut sehinggalah Ogos tahun lalu apabila media massa melaporkan berita mengenai pembinaan ECRL dan melalui portal rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Tidak ada juga mana-mana pihak berkepentingan yang datang memaklumkan secara berjumpa terus atau melalui surat rasmi bahawa Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) iaitu Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) akan mengenai rumah mereka.

Projek ECRL yang bermula sejak 2017 ini sedang berlangsung dan akan disiapkan mengikut jadual. Kontraktor projek juga sudah mula membuat kerja mengukur tanah dan penandaan di kawasan taman.

Pewartaan tanah pun telah dikeluarkan dan kediaman mereka akan diambil pihak MRL dan kerajaan negeri, namun penduduk masih tidak dipanggil dan dimaklumkan dengan baik oleh mana-mana wakil.

Bahkan penduduk taman menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk membuat usaha pertemuan dengan pihak MRL. Hanya setelah itu, penduduk tahu bahawa jajaran projek ECRL ini melalui taman mereka dan jumlah rumah yang akan terkesan. Tiada sebarang maklum balas.

Jika perhimpunan dan memorandum yang dihantar melalui YB Kapar, Dr Halimah Ali ini juga tiada maklum balas, pihak jawatankuasa akan menghantar pula surat bantahan kepada Kementerian Pengangkutan dan kerajaan negeri.

Jika tidak berhasil juga, satu perhimpunan aman akan dibuat di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sebelum isu ini lebih menyusahkan dan membuat penduduk lebih kecewa, perlu ada ruang untuk pihak kerajaan dengar suara hati rakyat dan perhalusi semula isu ini jika masih ada harapan kediaman penduduk Taman Sungai Sireh tidak diambil untuk projek ECRL ini.

Rakyat tidak akan membantah sebarang usaha pembangunan dan kemajuan negara, namun kehidupan dan kebajikan rakyat tidak patut dikorbankan tanpa ada pembelaan dan ruang untuk bersuara.

USTAZ MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 17/2/2023


2. B40, M40 menjadi semakin miskin 

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberikan perhatian serius terhadap usaha untuk mengurangkan jurang kadar kemiskinan di negara ini secara menyeluruh.

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN), Tan Sri Muhyiddn Yassin, berkata kumpulan B40 dan M40 antara golongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Malah katanya, Laporan Global Economic Prospects yang diterbitkan pada bulan Januari 2023 oleh Bank Dunia mendapati kumpulan B40 menerima kesan kehilangan pendapatan paling ketara.

“Ini menunjukkan bahawa pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia memberikan kesan yang besar pada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

“Negara kita juga tidak terkecuali, kumpulan B40 bukan lagi kekal B40 tetapi telah pun meningkat kepada kadar 61 peratus dan ini bermakna kumpulan tersebut sebelum ini menjadi lebih miskin dan sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan M40 sebelum ini juga telah jatuh miskin,” katanya

Ujar Ahli Parlimen Pagoh itu, negara akan berdepan situasi yang lebih parah dan sukar untuk dipulihkan sekiranya kerajaan gagal menangani isu kemiskinan ini dengan baik.

“Sekiranya langkah-langkah segera tidak diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah kos sara hidup, membasmi kemiskiann dan menambah pendapatan rakyat, mesti juga ada program dan insentif khusus yang disediakan kerajaan unnuk menangani keadaan yang amat genting ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/2/23


3. Penoreh getah perlu terima bantuan bulanan 

KUALA LUMPUR: Terma bayaran ‘ansuran bulanan’ kepada penoreh getah yang dimaksudkan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang, tidak jelas dan mengelirukan.

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) berkata, Timbalan Menteri berkenaan tidak memberi penyelesaian terbaik kepada penoreh getah yang terjejas teruk akibat musim tengkujuh sepertimana bantuan yang diperolehi golongan nelayan.

Katanya, kerajaan yang belum lagi membincangkan soal alternatif bagi membantu golongan tersebut disebabkan isu peruntukan yang amat terhad tidak realistik.

Oleh yang demikian, beliau mempersoalkan apakah insiatif kerajaan untuk menambah pendapatan penoreh getah sebagaimana golongan nelayan yang mendapat manfaat yang lebih banyak.

“Adakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan bantuan khas bulanan kepada para penoreh bagi menambah pendapatan mereka sebagaimana yang diberikan kepada nelayan-nelayan sebanyak RM300 sebulan, bukan RM800 setahun,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Dalam soalan lisan asal, Besut meminta kerajaan menyatakan sebarang usaha untuk memberi wang tunai secara one-off kepada penoreh getah yang terjejas teruk akibat hujan turun hampir sepanjang tahun ditambah harga getah yang sangat rendah.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim turut meminta kerajaan memberikan penjelasan mengenai terma berkenaan.

Dalam masa yang sama, Che Mohamad Zulkifly turut meminta kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan harga syiling getah sekerap daripada RM2.50 kepada RM3.50. – HARAKAHDAILY 15/2/23


4. Teruskan menyokong RUU355 

PERJUANGAN ke arah pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) atau RUU355 sejak Mac 2015 akan terus digerakkan oleh PAS dan seluruh umat Islam yang memahami agamanya.

Usul yang pertama kali dibacakan oleh Tuan Guru Presiden PAS pada Mei 2016 ini hakikatnya hanya tinggal selangkah ke Parlimen pada hujung sidang Oktober 2022 lalu.

Pastinya, usaha ini tidak mudah. RUU355 ini melibatkan syariah yang berada di bawah kuasa Raja-raja Melayu. Negerilah yang akan buat pertimbangan dan pindaan susulan sama ada untuk mengekalkan atau meminda hukuman bagi kesalahan jenayah syariah di negeri masing-masing selepas RUU355 diluluskan. 

Alhamdulillah. Hasil komitmen Dr. Zulkifli, Ustaz Idris, YB Marzuk serta semua pihak yang bersama, draf RUU 355 telah berjaya dibentangkan kepada negeri-negeri pada 11 hingga 12 Oktober 2021. 

Cadangan yang dikemukakan oleh negeri-negeri ini juga telah diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal pada 29 Mac 2022. 

Akhirnya, pada 26 Ogos 2022, Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggubalan RUU355. Draf tersebut telah disemak dan diluluskan oleh Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober 2022. Alhamdulillah.

Kini, RUU355 sudah siap dan sedia dibawa oleh mana-mana parti politik yang memegang kerajaan selepas PRU15.

Justeru, besar harapan PAS serta umat Islam agar RUU ini dapat diluluskan.

Dan pastinya ia akan menjadi kejayaan serta kemenangan buat rakyat yang telah menyokong perjuangan RUU355 sejak sekian lama. Himpunan kita di Padang Merbok membuahkan hasil! Teruskan menyokong RUU355.

MUNA ADILA CHE RIME
Exco Penerangan Ameerah Malaysia – HARAKAHDAILY 17/2/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, rakyat perlu tahu! Baru 4 pekara, akan terdedah lagi..

(i) Penduduk tak tahu projek ECRL di rumah mereka (ii) B40, M40 menjadi semakin miskin  (iii) Penoreh getah perlu terima bantuan bulanan (iv) Teruskan menyokong RUU355  

Insya Allah akan terus dibongkar lagi, biar tumbang kerajaan PM10 ini..

1 comment:

Anonymous said...

Senjata HAARP diguna gempa bumi di Turkey dan Syria. (Lihak Link2 Video)

GEMPA BUMI 7-8 DENGAN ROD TITANIUM 10 METER”

Dakwaan Presiden Agensi Angkasa Turki bahawa "gempa bumi dengan magnitud 7-8 telah dicipta dengan 10 meter batang aloi titanium yang dibuang dari angkasa" menjadi agenda.

Selepas gempa bumi yang berlaku di Anatolia Tenggara dan memusnahkan 11 wilayah, kenyataan gempa bumi yang dibuat lama dahulu oleh Presiden Agensi Angkasa Turki, Serdar Hüseyin Yıldırım, menjadi viral. HAARP Senjata penyebab gempa bomi di Turkey n Syria

https://youtu.be/wUXZcu40wxY

Dalam ucapan yang dikongsi di media sosial dan menerima ribuan komen, Yıldırım berkata, “Terdapat satelit pahlawan yang boleh menghantar kayu aloi titanium 10 meter dari angkasa ke dunia ke mana-mana sasaran! Joran ini menembusi 5 kilometer jauh ke dalam tanah, mewujudkan gempa bumi dengan magnitud 7-8. Ia tidak mungkin untuk mengesan mereka."

Gempa di Turki dan Syria adalah buatan manusia..

Saya akan mengatakan ini telah dilakukan ke Turki dengan sengaja. Sejahat-jahat Kerajaan Amerika Syarikat...adakah kita akan melakukan sesuatu seperti ini?

Oh ya. Perhatikan langit pada kira-kira pukul 4 di awan?

https://www.bitchute.com/video/UkErNj7rR0g2/

Awan ini muncul hasil daripada senjata AS HAARP yang memberi tenaga kepada ionosfera untuk mencipta gempa bumi buatan pada 2 Februari 2023. Ingin mencipta gempa bumi buatan di Istanbul, dalam masa yang sama mereka sengaja menutup konsulat masing masing."

HAARP': Adakah gempa bumi di Turki dicipta oleh Amerika Syarikat? gempa bumi di Turkiye kelihatan seperti operasi hukuman (HAARP) oleh NATO atau AS terhadap Turki.

Adakah NWO memggunaan HAARP untuk menguhukum negara Turki.!?

Januari 2023, perbincangan antara Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Kerajaan Sweden meletup. Untuk diterima masuk ke dalam NATO, Sweden dan Finland memerlukan undi dari Turki.

Tetapi perbincangan terputus selepas Sweden-Denmark memutuskan menjadi negara NATO untuk menghadai perang Russia - Ukraine. Memanaskan keadaan lagi Quran sengaja di bakar di Sweden..!!

Jepun telah dihukum oleh Tsunami Fukushima kerana mereka enggan menghentikan penapisan uranium untuk Iran. Selepas tsunami, mereka berhenti melakukannya, secara kebetulan!

Jadi adakah NWO menghukum Turki dengan alat gempa bumi? Ya, mereka pasti melakukannya!

Sambaran petir ini bukan perkara biasa dalam gempa bumi, tetapi selalu berlaku dalam operasi HAARP.

https://www.geo.tv/latest/469778-haarp-was-earthquake-in-turkey-created-by-united-states

Gempa bumi Turki adalah buatan manusia sepenuhnya. Mungkin menolak Erdogan kerana tidak membenarkan Finland & Switzerland menyertai NATO... Malah negara anggota NATO bergaduh sesama sendiri

USA pun tak peduli nasib rakyat nya.. masakan nak pedulikan rakyat negara lain.. link bawah ni haah.. Pada pejuang human tugar tajaan US di Malaysia US pun tak peduli nasib rakyat sendiri..

https://youtu.be/Zw0ZzC8KjL0

Lu fikir lah sendiri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails