Wednesday, February 01, 2023

PM10 silap lagi -Muhyiddin. Miskin bandar. Lantik rahsia. Bongkar!

 

Tan Sri Muhyiddin Yassin

1. Belum sampai 100 hari memerintah, satu lagi kesilapan Anwar 

KERAJAAN PH-BN pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak bermula dengan langkah yang betul dari awal lagi. Janji tatakelola yang baik telah dikhianati apabila Anwar melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berhadapan dengan tuduhan jenayah di mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ini dilakukan semata-mata kerana membalas “budi” Zahid yang berjaya memaksa ahli-ahli Parlimen BN memberi sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.

Segala janji pilihan raya mengenai prinsip integriti ditolak ke tepi. Yang ada hanyalah sebuah transaksi politik yang berlandaskan amalan “you scratch my back, I scratch your back”.

Bukan setakat itu sahaja, janji Perdana Menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan juga dibuang ke laut apabila Anwar melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Kewangan. Ini satu lagi kesilapan Anwar yang tanpa segan silu bercakap tak serupa bikin.

Yang terbaharu apabila beliau melantik anaknya sendiri sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri melantik anak sebagai penasihat. Pelantikan ini menjadikan slogan Reformasi yang dilaungkan oleh Anwar sejak lebih 20 tahun lalu sebagai omongan kosong.

Belum sampai 100 hari memerintah, Anwar telah mengkhianati semangat perjuangan Reformasi yang didukung oleh penyokong-penyokongnya sendiri.

Sebagai pemimpin parti pembangkang saya boleh saja mengambil kesempatan daripada kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh Anwar dan kerajaannya. Tetapi sebagai rakyat biasa, saya tidak rela melihat maruah negara tercalar kerana keterlanjuran Perdana Menteri.

Masih belum terlambat untuk Anwar memperbaiki keadaan. Letak jawatan sebagai Menteri Kewangan. Fokus kepada tugas sebagai Perdana Menteri lebih-lebih lagi ketika rakyat dan negara sedang menghadapi waktu yang sukar.

Lagipun skandal 1MDB tercetus apabila Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib, adalah juga Menteri Kewangan. Anwar tidak patut mengulangi kesilapan yang sama.

Arahkan Zahid Hamidi supaya mengambil cuti sehingga kesnya selesai. Malulah rakyat Malaysia jika beliau ke luar negara bertemu pemimpin dunia atas tugasan rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri sedangkan kesnya masih dibicarakan di mahkamah. Apa agaknya tajuk berita di negara yang dilawatinya.

Akhir sekali, nasihatlah Nurul Izzah supaya meletak jawatan sebagai Penasihat Perdana Menteri. Saya percaya beliau seorang pemimpin wanita muda yang berbakat dan berpotensi besar. Janganlah pelantikan kecil yang tidak kena pada tempatnya ini menjadi titik hitam dalam perjalanan politiknya menuju masa hadapan yang mungkin lebih cerah.

Ini pandangan saya sebagai rakyat biasa.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia – HARAKAHDAILY 30/1/2023


2. Selangor negeri miskin bandar 

DIANGGARKAN jumlah individu miskin di negeri ini dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya setengah juta orang termasuk isi rumah apabila sebanyak 157,000 keluarga asnaf diramal menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjelang 2030. – Utusan.

Miskin bandar hakikatnya lebih bergelut demi meneruskan kelangsungan hidup kerana hidup di kawasan dengan purata pendapatan yang sama namun menanggung kos sara hidup dan persaingan yang lebih besar di bandar.

Namun, tidak cukup dengan menilai kemiskinan bandar ini meliputi soal pendapatan keluarga sahaja malah ia merupakan suatu keadaan yang bersifat multidimensional.

Dalam satu kajian, Surwayati (2005) mentakrifkan kemiskinan multidimensional sebagai suatu keadaan kemiskinan yang meliputi beberapa aspek kehidupan yang lain seperti; kemiskinan harta, ketidakberdayaan (kuasa), kesukaran menghadapi situasi darurat, kebergantungan dan pengasingan.

Pembangunan yang rancak di Selangor sebagai pusat dan tumpuan ekonomi negara menunjukkan kepada pembangunan modenisasi yang baik dan seimbang.

Namun adakah pembangunan dan modenisasi yang rancak di Selangor ni disusuli dengan peluang pekerjaan yang banyak dan jika wujud peluang pekerjaan adakah gaji purata yang diperoleh seimbang dengan kos sara hidup di Selangor?

Adakah modenisasi yang wujud di Selangor membantu semua rakyat mendapat akses yang sama rata kepada pekerjaan, kediaman dan kehidupan yang baik?

Sayang sekali apabila Selangor yang sudah lama diperintah oleh parti yang mempunyai pakar formula ekonomi masih belum mampu memberi sesuatu kelainan yang dapat dibanggakan oleh rakyat Selangor.<

ZURK AHMAD
Naib Yang Dipertua
PAS Kawasan Hulu Langat – HARAKAHDAILY 31/1/2023


3. Miskin bandar bakal membuatkan Rafizi terduduk 

KEGAGALAN Rafizi selaku Menteri Ekonomi memberi kesan besar kepada masyarakat bandar yang menjadi pengundi teras kepada Pakatan Harapan selama ini.

Derita hidup masyarakat miskin bandar yang terseksa dengan kos sara hidup selama ini telah meletakkan harapan kepada PH untuk menyelesaikan masalah mereka.

Kehidupan miskin bandar ini terjerat dengan hutang-piutang seperti komitmen rumah, kenderaan, dan sebagainya. Bagi mereka, mempunyai simpanan yang mencukupi hanyalah mimpi dan angan-angan sahaja.

Namun, kegagalan Rafizi pada hari ini membuatkan mereka kecewa dan putus harapan kepada PH. Slogan politik selama ini tinggal retorik, harapan bertukar kepada kekecewaan dan mencetuskan kemarahan yang membuak-buak dalam kalangan mereka.

Pengkhianatan PH terhadap prinsip asas perjuangan mereka khususnya melantik ahli politik yang terpalit dengan kes mahkamah telah menambahkan lagi rasa kecewa mereka.

Pengundi teras PH kini sedang dalam keadaan yang rapuh sama ada terus memberikan sokongan kepada PH atau beralih arah kepada blok politik yang lebih praktikal, bersih dan stabil.

Teori Ekonomi Manusiawi versi Madani Perdana Menteri ke-10 lenyap ibarat debu di atas batu yang ditiup angin akibat daripada kegagalan Rafizi.

Malang nasib PH, diserang oleh ahli sendiri dan kini pengundi teras mereka bakal beralih pergi.

DR FIRDAUS AZIM
Ketua Penerangan Pemuda Selangor – HARAKAHDAILY 31/1/2023


4. Anwar mesti jelaskan siapa lagi lantikan rahsia 

Datuk Wan Saiful Wan Jan

KALAU tidak kerana Nurul Izzah terlepas cakap, satu Malaysia termasuklah penyokong Pakatan Harapan tidak tahu mengenai pembohongan Anwar Ibrahim, yang kononnya menentang kronisme, tetapi secara rahsia melantik anaknya sendiri sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Padahal, Malaysia ini negara yang kaya dengan kepelbagaian dan telah melahirkan ramai pakar-pakar ekonomi dan kewangan tersohor tanah air. Kita ada anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Kadazan, anak Iban dan pelbagai lagi. Tapi rupa-rupanya yang dipilih ialah anak Anwar! Untung jadi anak Papa!

Apa juga alasan Anwar dah tak relevan. Hakikatnya Anwar mengamalkan nepotisme.

Rakyat bukan mempersoalkan pro bono atau berbayar. Tetapi rakyat mempertikaikan kenapa lantik anak sendiri?

Rakyat pun tahu kuasa “Anak Perdana Menteri” apabila dilantik sebagai Penasihat rasmi, adalah kuasa yang besar. Rakyat persoalkan kuasa dan kedudukan yang diberi. Sama ada bergaji atau tidak adalah tidak relevan.

Saya menuntut Anwar segera nyatakan berapa ramai lantikan rahsia yang telah dibuat dan siapa lagi yang telah dilantik secara senyap-senyap

Saya juga menuntut Anwar jelaskan kenapa pelantikan Nurul Izzah dirahsiakan.

Selain itu, Anwar mesti jelaskan apa bidang kuasa yang diberi kepada Nurul Izzah.

DATUK WAN SAIFUL WAN JAN
Ketua Penerangan Bersatu Malaysia
Ahli Parlimen Tasek Gelugor
31 Januari 2023 – HARAKAHDAILY 31/1/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PM10 silap lagi -Muhyiddin. Miskin bandar. Lantik rahsia. Bongkar!

"Saya menuntut Anwar segera nyatakan berapa ramai lantikan rahsia yang telah dibuat dan siapa lagi yang telah dilantik secara senyap-senyap

Saya juga menuntut Anwar jelaskan kenapa pelantikan Nurul Izzah dirahsiakan." Tanya Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Ketua Penerangan Bersatu Malaysia.

7 comments:

Anonymous said...

Era pn.

Orang agama extreme hanya pandai cakap.

Satu pun negara luar x respect

Negara sendiri mundur

DSAI terbaik. Penyamun terkawal. Pemimpin jiran dan dunia respect. Negara semakin kukuh

Anonymous said...

Satu dunia kenal. Bekas banduan aljubri.

Anonymous said...

Janji nak lawan rasuah. Tapi orang ada kes rasuah diberi jawatan.
Janji tak nak berpadu dengan umno. Tapi sebab umno boleh beri sokongan, terpaksa jilat ludah.
Janji tak nak pegang kewangan. Tapi cengkam kewangan bersama anak.
Janji nak bantu melayu. Tapi tuan syed kena tibai.
Janji nak turun harga barang. Tapi menteri formula bikin sakit hati.
Janji nak turun harga petrol. Tapi dah duduk kerusi pm, masih tiada apa apa.
Janji tak nak kencing rakyat. Tapi dah banyak kali rakyat kena kencing.

Anonymous said...

Kata ustaz. Kalau dah tiga kali janji. Tapi tak tunai. Dah kira munafiq.

Apa komen abam.

Anonymous said...

Kak nurul tu bidang nya kejuruteraan. Tapi nak jaga kewangan negara. Hebatnya. Bimbang tikus baiki labu. Bukan bidang nya. Kewangan masuk sikit ke akaun negara. Masuk banyak ke akaun abah dan anak.

Dulu orang kampung kerinci dah hilang kampung. Dikerjakan oleh yb nurul satu masa dulu.

Puak puak ni diketuai oleh dua beranak ni, boleh ganggu ketelusan keputusan. Negara dalam bahaya.

Anonymous said...

abis tu ada lebai ahli surga lulus agama tp jada alam sekitar...tak ke lebih dr bangang namanya..lebai ni kaki kencing jer pandai..lu pk la sendiri

Anonymous said...

Satu dunia kenal abam.

Negara Islam ada ker jemput abam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails