Thursday, February 23, 2023

Produk seks S'pura, Salman Rushdie Iran, & mabuk lagi..

 


1. Produk rangsang seks, kecergasan lelaki, paling kerap dirampas di Singapura

SINGAPURA: Perangsang seksual dan kecergasan lelaki adalah antara produk kesihatan haram yang paling kerap dirampas Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada 2022.

Produk sedemikian membentuk kira-kira 39 peratus daripada 737,000 unit yang dirampas secara keseluruhan pada 2022, yang bernilai SGD$640,000 (RM2.12 juta) dan 55 peratus produk dikeluarkan dari wadah dalam talian, kata agensi itu semalam, menurut laporan The Straits Times.

Nilai barang yang dirampas pada 2022 adalah SGD$200,000 (RM663,000) lebih banyak berbanding pada 2021.

Produk yang paling kerap dirampas ialah sirap batuk 'codeine' yang membentuk 46 peratus daripada jumlah produk yang dirampas.

HSA menambah bahawa 'codeine' dan sedatif bertujuan untuk dijual kepada penyalah guna rekreasi.

HSA telah mendakwa 15 individu pada 2022 kerana menjual dan membekalkan produk kesihatan haram termasuk seorang penjual, lelaki berusia 59 tahun, dipenjarakan enam bulan dan dua minggu kerana menjual 'codeine' dan ubat penenang secara haram.

Produk topikal, yang dipasarkan untuk merawat alahan dan ekzema, membentuk 43 peratus daripada penyenaraian yang dikeluarkan daripada wadah dalam talian, manakala produk penghilang sakit dan penurunan berat badan masing-masing membentuk satu peratus.

Selain itu, sejumlah 477 penyenaraian dalam talian yang menyalahi undang-undang dikeluarkan oleh HSA, di samping mengeluarkan 192 amaran kepada penjual pada 2022.

HSA turut mengeluarkan amaran awam mengenai 12 produk yang mengandungi ramuan perubatan dan bahan terlarang, seperti steroid kuat dalam produk melegakan kesakitan dan produk untuk masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis.

Ini menyebabkan 10 orang, termasuk tiga kanak-kanak kecil, mempunyai kesan buruk yang serius, atau kesan yang luar biasa cepat selepas mengambil atau menggunakan produk terbabit.

"Pengguna harus mengelakkan produk kesihatan yang menyalahi undang-undang kerana ia boleh menimbulkan ancaman kepada kesihatan dan keselamatan awam.

"Pengguna harus berhati-hati kerana produk sedemikian boleh muncul semula dengan nama atau pembungkusan yang berbeza untuk mengelakkan pengesanan oleh pihak berkuasa," kata HSA. - AGENSI


2. Yayasan di Iran tawar tanah kepada penyerang Salman 

Hadi Matar dari Fairview, New Jersey, Amerika Syarikat, yang mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan cubaan membunuh dan menyerang penulis, Salman Rushdie. - Foto REUTERS

DUBAI: Yayasan Pelaksanaan Fatwa Imam Khomeini memuji tindakan remaja lelaki yang menyerang Salman Rushdie hingga menyebabkan novelis itu cedera parah tahun lalu.

Stesen televisyen kerajaan menerusi saluran Telegram melaporkan, yayasan berkenaan turut menawarkan tanah pertanian seluas 1,000 meter persegi kepada lelaki terbabit.

Setiausaha yayasan itu, Mohammad Esmail Zarei, menegaskan pihaknya berterima kasih atas tindakan berani warga Amerika Syarikat (AS) itu, yang menyebabkan Salman hilang keupayaan, selain menyifatkannya perbuatan itu sebagai menggembirakan umat Islam.

"Salman kini ibarat mayat hidup dan bagi menghormati tindakan berani remaja terbabit, tanah pertanian seluas kira-kira 1,000 meter persegi akan didermakan kepada dia atau mana-mana wakil sah," katanya.

Salman, 75, buta sebelah mata dan lumpuh sebelah tangan akibat serangan di pentas acara sastera yang diadakan berhampiran Tasik Erie di barat New York, dilakukan oleh remaja berusia 24 tahun dari New Jersey, Ogos lalu.

Ia berlaku 33 tahun selepas pemimpin tertinggi Iran ketika itu, Ayatollah Ruhollah Khomeini, mengeluarkan fatwa, menggesa umat Islam membunuh Salman, beberapa bulan selepas buku 'The Satanic Verses' diterbitkan.

Sebahagian umat Islam melihat petikan dalam novel mengenai Nabi Muhammad itu sebagai kufur.

Salman yang dilahirkan dalam keluarga Islam di India itu hidup dalam perlindungan polis British selama sembilan tahun.

Tawaran bernilai jutaan dolar bagi tindakan membunuh Salman sentiasa meningkat, biarpun Kerajaan Iran diterajui Presiden Mohammad Khatami pada akhir 1990-an tidak mematuhi fatwa yang tidak pernah ditarik balik itu.

Akaun Twitter pengganti Khomeini, Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei, digantung pada 2019 susulan kenyataan mengenai fatwa terhadap Salman 'tidak boleh ditarik balik'.

Remaja yang didakwa menyerang novelis itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan percubaan membunuh dan menyerang tahap kedua ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya. - REUTERS


3. 3 anggota polis maut ditikam pemandu mabuk di China 

BEIJING: Seorang lelaki yang ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan tidak memiliki lesen menikam mati tiga anggota polis selepas berpatah balik ke balai polis.

Pihak berkuasa Daerah Shangli di wilayah Jiangxi, China dalam satu kenyataan, berkata suspek yang hanya dikenal pasti dengan nama keluarga, Huang, ditahan selepas serangan itu dan akan didakwa di bawah undang-undang.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai mengapa Huang tidak ditahan sebelum ini dan bagaimana dia boleh kembali ke balai polis dengan pisau.

Jenayah kekerasan jarang berlaku di China, pemilikan senjata api persendirian adalah dilarang dan polis mempunyai kuasa yang luas untuk menahan suspek.

Jenayah menggunakan pisau kerap berlaku dalam kalangan suspek yang mempunyai masalah kesihatan mental dan ketagihan.

Polis di daerah terpencil juga kurang terlatih, kurang bersenjata dan sering bergantung kepada bantuan pengawal keselamatan sambilan untuk meningkatkan bilangan mereka.

Malah, salah seorang pegawai yang maut dalam kes ini adalah pekerja keselamatan sambilan. - API

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Produk seks S'pura, Salman Rushdie Iran, & mabuk lagi..

(i) Produk rangsang seks, kecergasan lelaki, paling kerap dirampas di Singapura. Memang ia suatu kesalahan.

(ii) Yayasan Pelaksanaan Fatwa Iran itu mengucapkan terima kasih atas tindakan berani warga AS peyebab Salman hilang upaya. Bahkan  menyifatkan perbuatan itu sebagai berita gembira umat Islam kerana Salman menghina Nabi Muhammad SAW.

(iii) Lagi, mabuk punya hal. 3 anggota polis maut ditikam pemandu mabuk di China. Pemabuk ialah pembuang akal sihatnya yang waras. Mabuk membuka kunci kejahatan. Itulah bahayanya, tak kira apa agama sekali pun.


Lihat juga..

BAYAN LINNAS SIRI KE-117:HINDARI BAHAYA ARAK

1 comment:

Anonymous said...

Botak lagi lah kepala bro an. Nak madani, tapi hoi hoi ya hoi ada jarum. Suntik jarum pelali. Telinga pekak suara rakyat.

Jarum fitnah overdose. Tak rasa apa apa. Hikmahnya bila dengar celoteh komunis dapig. Rasa terubat jiwa.

Ramai lagi bumiputera dalam barisan. Tunggu panggil nama. Yang komunis dapig dah nampak suci. Sesucinya tamadun madani.

Kesian bila kesumat membara. Bangsa sendiri jadi mangsa. Bangsa komunis dapig dijunjung cemara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails