Saturday, February 18, 2023

Turkiye: Wanita ini lelong tali pinggang, Anwar lelong apa?

 

Seren berharap dapat menjual tali pinggang kemenangannya itu pada harga sekurang-kurangnya satu juta lira Turkiye (kira-kira RM224,300). - Foto Facebook/Alanya Alaaddin Keykubat Universitesi

1. Gempa bumi Turkiye: Petinju wanita lelong tali pinggang kejuaraan demi bantu mangsa

ANKARA: Seorang petinju wanita sanggup melelong tali pinggang kejohanan yang dimenanginya demi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye.
Juara gelaran Majlis Tinju Dunia (WBC) 2022, Seren Ay Cetin, 26, berkata dia akan meletakkan tali pinggang gelaran WBC Silver Bantamweight miliknya untuk lelongan.
Dia berharap dapat menjual tali pinggang kemenangannya itu pada harga sekurang-kurangnya satu juta lira Turkiye (kira-kira RM224,300).  
Dalam satu hantaran di Twitter, Seren juga berjanji untuk memberikan semua hasil kepada Ahbap, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Turkiye yang membantu mangsa gempa bumi.....
Cetin merupakan petinju wanita Turkiye pertama yang memenangi gelaran WBC selepas menewaskan Eva Voraberger dari Austria, juara dunia WBC dua kali, dalam pertarungan yang diadakan Mei lalu di Istanbul. .
2. Gempa bumi Turkiye: Anwar cerita pengalaman melihat keadaan sebenar di 'Ground Zero' 
Anwar berkata kehancuran yang berlaku amat luar biasa berserta musim sejuk memberi cabaran hebat buat pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Malaysia. - Bernama
ISTANBUL : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menceritakan pengalamannya berada di ground zero di Gaziantep, Turkiye baru-baru ini.
Jelas Anwar, kehancuran yang berlaku amat luar biasa, serta musim sejuk memberi cabaran hebat buat pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Malaysia.
"Ia hancur secara fizikal, saya sendiri berasa benar-benar terkesan melihat tahap kerosakan (yang berlaku) terhadap rakyat Turkiye.
"Kami menontonnya di televisyen dan media tetapi kesannya tidak sama, pada masa sama, kita juga menggalakkan orang ramai yang berjuang untuk bertahan dalam keadaan ini.
"Kepada pelbagai agensi penguatkuasaan telah bekerja keras dan diberi tempoh yang sangat sukar. Kami menghantar tiga pasukan... kami tidak pernah mempunyai pengalaman bekerja dan bencana seperti itu dan semasa musim sejuk. Kerana kami datang dari rantau yang tidak mempunyai pengalaman musim sejuk, itu sukar," jelasnya.
Anwar ketika ditemu bual agensi antarabangsa TRT World berkata, beliau berbangga dengan dedikasi serta semangat ditunjukkan petugas mencari dan menyelamat Malaysia di bumi Turkiye itu.
"Mereka penuh semangat, penuh dedikasi, saya gembira dan saya dapat pergi ke sana... Secara peribadi mengagumkan. Penghargaan saya yang mendalam terhadap kerja mereka yang cemerlang," jelasnya lagi.
Mengulas lanjut tambah Anwar, meskipun peluang untuk mangsa hidup di bawah runtuhan semakin tipis, namun ia tidak mematahkan semangat pasukan SAR Malaysia.
"Sekarang daripada semua laporan yang saya kumpulkan di lapangan, ada sedikit harapan (buat mangsa) yang masih hidup, memandangkan keadaan cuaca dan kerosakan yang berterusan.
"Tetapi mereka (pasukan SAR Malaysia) berkata mereka akan mengejar untuk mencari mayat mangsa jika mereka boleh, mereka telah melakukan kerja yang hebat, peralatan, mereka telah melakukan dengan baik," katanya lagi.
Sehingga kini, lebih 300 pasukan SAR pelbagai agensi antara Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dihantar ke Nurdagi, Gaziantep untuk misi itu. (astro AWANI)
Komen Weblog Ibnu HasyimTurkiye: Wanita ini lelong tali pinggang, Anwar lelong apa?
DAP Malaysia dan barua-baruanya ada lelong apa? 

9 comments:

Anonymous said...

Rescue team ni buat kerja ikhlas. Tak kira siapa pm. Tapi ada pm yang perasan lebih.

Anonymous said...

Ni komen win nih,

Anonymous said...

Hebat Dsai berucap dgn pemimpin Jerman.

Agak2 apa jadi klau pemimpin pn end yg berucap?...,Kapir... Kapir....lgbt...Melayu Tertindas...itu jelah modalnye.

Anonymous said...

Hebat anoar... ringgit merundum lagi pagi ni selepas jumpa nazi jerman

Anonymous said...

Part 1 : Tun Daim di siasat SPRM. Battle of barua barua Melayu Lee Kwan Yew @DAP is begin..

Orang Melayu lain jangan termakan hasutan dan terkinjakinja turut serta. Biar kan barua barua Melayu LeeKwanYew@DAP berantakan sesama sendiri...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mengesan jejak kewangan dan aset bekas menteri dan taikun perniagaan yang didakwa disembuyikan di empat negara.

Bekas menteri itu dipercayai Tun Daim kroni Tun Mahathir

Aliran kewangan dan aset berkenaan disyaki dihantar melalui Singapura sebelum dialihkan kepada empat negara terbabit. Seperti biasa Singapura akan membantu siasatan sambil ambil kesempatan membatu api dan melaga lagakan umat Melayu Malaysia supaya bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri.

Seperti kes Jho Low dan Zety Singapura akan membantu siasatan sambil menbatu ai dan melaga lagakan pemimpin Melayu berbunuhan.

Beberapa ‘taikun perniagaan’ (ingat yakin yakin mata sepet dan mafia mata sepet ini akan bebas tidak didakwa sama sekali seperti memfitnah dan mengenakan kes Bossku) terkemuka dipanggil SPRM dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Pandora Papers.

Battle of barua Lee Kwan Yew@DAP in power iaitu Brother Anwar Bin Ibrahim VS Barua LeeKwanYew@DAP yang sudah dibakulsampahkan oleh LeeKwanYew iaitu Tun Daim dan Tun Mahathir Legacy sudah bermula.

Peringatan...

Orang Melayu PN PAS dan yang lain lain jangan termakan hasutan dan terkinjakinja turut serta. Biar kan barua barua Melayu bertuankan LeeKwanYew@DAP berantakan sesama sendiri...

PRN Mei 2023 nanti semua saki baki barua barua LeeKwanYew@DAP kasi lingkupkan secara total...!!!

Setakat ini tiada pembekuan akaun Tun Daim dan Tun Mahathir dilakukan.

Anonymous said...

Anwar boleh derma jam omega..
NED bangga sangat macai mereka jadi pm dan menteri duit,.... oh ya .. khabarnya dari cerita bloger² caipigs pmx dah jumpa formula untuk menjadikan rakyat mesia jutawan semuanya.. iaitu ringgit mesia ditukar jadi rupiah mesia...
Apa dia tu.. "kebijakan"? meng-indonesiakan bahasa melayu la katakan, pastu meng-indonesia-kan rm pula, jadi nantinya bayakler tambahan angka zero pada duit mesia.

Anonymous said...

Jom sokong pn. Harapkan ph, gaji tiada, kerja tiada. Dewan kosong, harga mencanak. Pi luar negara naik jet percuma. Kos terbang rakyat tanggung. Modal air liur, babydoll intai trowong.

Anonymous said...

Ph macam ayam jantan. Kuat kokok ekor penuh tahi. Busuk.

Madah mirip Islam, tapi berlambak kes mahkamah.

Tiada pertandingan, rasa macam jaguh. Tiada pertandingan kuat dayus tapi pingin jadi ahli parlimen.

Anonymous said...

Otak pun luar tabie ....hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails