MENTERI Besar Selangor digesa mengambil cuti sementara menunggu siasatan salah guna kuasa dan konflik berkepentingan dengan menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar bagi menganugerahkan projek kepada syarikat secara runding terus bernilai RM700 juta.
Pemuda PAS Selangor berpegang bahawa keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi ia juga perlu tampak dan ditampilkan. SPRM harus diberi ruang untuk melakukan penyiasatan terhadap kes berkenaan dengan adil dan diberi kebebasan penuh berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang.
Menurut hantaran yang telah dimuat naik di halaman sosial Facebook Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan merangkap Speaker DUN Selangor dari DAP menyatakan bahawa RFP bagi projek itu melibatkan sebanyak 98 buah syarikat, namun kesemuanya telah ditolak dan tender telah diberikan kepada sebuah syarikat Landasan Berjaya, yang berkait rapat dengan taikun Cina secara rundingan terus.
Pada 1 Mac lalu, BERSATU Negeri Selangor telah membuat laporan polis berhubung isu ini dan pihak polis telah menyerahkan laporan ini kepada pihak SPRM untuk siasatan lanjut, namun tiada apa-apa maklumat setakat ini.
Ketirisan berlaku dianggarkan berjumlah lebih RM117 juta yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat Selangor melalui premium tanah yang telah dikecualikan dibayar oleh syarikat milik taikun Cina tadi.
Pemuda PAS Selangor komited menentang amalan rasuah dan telah terbukti tiada kes rasuah melibatkan pemimpinnya.
MUHAMMAD HANIF JAMALUDDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor – HARAKAHDAILY 16/3/2023
2. Tokoh agama, ulama patut diberi pengecualian tauliah mengajar
Itu antara syor dan cadangan diberikan ilmuan agama yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkait isu tauliah agama yang tular ketika ini.
Zulkifli berkata, tauliah khas itu perlu kerana sesuai kealiman serta kedudukan tokoh itu dalam sesebuah negara atau institusi oleh raja selaku Ketua Agama Islam atau mufti negeri berkenaan, apatah lagi di luar negara.
“Itulah adab yang sebaiknya kerana boleh jadi individu yang perlu ditemuduga untuk tauliah itu sendiri lebih alim daripada penemuduga tauliah,” katanya menerusi artikel terbaharu dikeluarkan menerusi portalnya, Maktabah Al-Bakri, hari ini.
Katanya, beliau juga mencadangkan agar tauliah khas turut diberikan kepada tokoh politik yang memegang jawatan dalam kerajaan Persekutuan dan negeri seperti Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri dengan syarat tiada isu politik kepartian disentuh.
Zulkifli berkata, ‘politik kepartian’ yang dimaksudkan adalah yang menyentuh mana-mana parti secara khusus, atau mana-mana individu dalam parti secara khusus, atau apa-apa perkataan yang dikira perlambangan mana-mana parti.
Selain itu, katanya, tauliah khas juga boleh diberikan kepada individu yang sudah dikenali akan keilmuannya dan diperkenankan oleh raja selaku Ketua Agama Islam atau diluluskan oleh mufti negeri berkenaan, ulama setempat dan masyarakat tanpa ada sebarang keraguan.
Pada masa sama, Zulkifli berkata, beliau juga mencadangkan supaya subjek pengajaran seperti al-Siyasah al-Syar’iyyah perlu dikekalkan untuk diajar di masjid dan surau oleh pemegang tauliah mengajar yang berkelayakan.
Katanya, beliau juga mengesyorkan supaya pemantauan berkala turut dibuat bagi memastikan apa yang disampaikan oleh pemegang Tauliah Mengajar selari dengan undang-undang dikuatkuasakan, terutama dari sudut kualiti ilmu yang disampaikan.
Jelasnya lagi, pemantauan itu penting bagi memastikan masjid dan surau tidak menjadi medan untuk memecah-belahkan ummah, pentas jenaka (walaupun tidak menjadi kesalahan untuk sesekali bergurau), atau sekadar periwayatan kisah-kisah tanpa sandaran.
Dalam pada itu, katanya, beliau juga melihat ada ruang untuk standard ujian permohonan Tauliah Mengajar diselaraskan di seluruh negara agar kualiti ilmu pemegang Tauliah Mengajar di seluruh negara boleh disetarakan atau hampir kepada kesetaraan. – UTUSAN
3. Ini adalah riba! – Dr Halimah Ali
“Dalam sistem Islam, apa yang kita pinjam, itu sahaja yang apa kita perlu bayar. Namun, jika ada sahaja tambahan yang wajib dibayar dalam pinjaman termasuklah yang dipanggil sebagai kadar faedah atau bunga, itu semua riba!” tegas beliau kepada HarakahDaily.
Beliau yang merupakan Naib Yang Dipertua PAS kawasan Kapar sehubungan itu, menyarankan agar kerajaan perlu berusaha ‘membersihkan’ wang rakyat daripada belenggu riba.
“Ia adalah supaya sumber pendapatan menjadi lebih berkat; dan kerajaan wajib memfokuskan penggunaan sistem kewangan yang benar-benar mematuhi syariah Islam,” katanya lagi.
Terdahulu, dalam sidang Dewan Rakyat pada 6 Mac 2023 di Parlimen, Dr. Halimah telah menyentuh tentang perkara tersebut, dan menegaskan bahawa belenggu riba merupakan isu yang perlu dibincangkan oleh setiap ahli parlimen di negara ini.
“Bagaimana kerajaan mahu mengeluarkan negara daripada belenggu riba yang membarah ini? Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk melepaskan diri daripada amalan riba?
“Kita (Malaysia) yang sudah 66 tahun merdeka daripada penjajahan British sepatutnya diwujudkan pasukan ilmuan daripada pelbagai kepakaran bagi memerdekakan negara kita daripada sistem riba,” hujah beliau.
Beliau menegaskan bahawa sistem perbankan negara perlu meningkatkan pelaburan berasaskan risiko, bukannya tertumpu kepada penjanaan keuntungan berasaskan produk menerusi hutang atau sistem riba.
“Menurut pensyarah Profesor Dr. Mohd Nazari Ismail, sistem yang tertumpu kepada keuntungan melalui hutang dan mengakibatkan kemelesetan ekonomi, sekali gus memberikan kesan terhadap kos sara hidup masyarakat,” katanya.
Andai diperhalusi dan dikaji kenyataan Dr. Halimah itu ternyata ada kebenarannya. Sesungguhnya riba dalam Islam hukumnya haram, merujuk kepada beberapa ayat dalam al-Quran yang menjelaskan tentang riba.
Berikut sedutan kajian HarakahDaily tentang dalil al-Quran tentang riba dan bahaya riba dari pandangan Islam.
Antaranya ialah Surah Ar-Rum ayat 39 Allah SWT berfirman:
وَمَآ اٰتَيْتُمْ مِّنْ رِّبًا لِّيَرْبُوَا۟ فِيْٓ اَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُوْا عِنْدَ اللّٰهِ ۚوَمَآ اٰتَيْتُمْ مِّنْ زَكٰوةٍ تُرِيْدُوْنَ وَجْهَ اللّٰهِ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْمُضْعِفُوْنَ
Terjemahannya bermaksud: “Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar harta manusia bertambah, maka tidak bertambah dalam pandangan Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk memperoleh keredaan Allah, maka itulah orang-orang yang melipatgandakan (pahalanya).”
Dalam surah Ali Imron ayat 130 pula Allah SWT berfirman:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَأْكُلُوا الرِّبٰوٓا اَضْعَافًا مُّضٰعَفَةً ۖوَّاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَۚ
Terjemahannya bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.”
Penjelasan daripada atas ayat tersebut memberikan sebab kenapa riba diharamkan oleh Allah SWT. Dari ayat tersebut di atas, boleh difahami beberapa alasan akan keharaman riba, seperti berikut:
Pertama, riba dapat menghilangkan sikap saling tolong-menolong. Sebagaimana pada awalnya, bahawa Islam adalah agama yang terkenal dengan amalan tolong-menolong sesama manusia. Islam menuntut kita untuk memberikan kelebihan harta kepada orang lain yang kekurangan. Sementara riba tidak demikian, kerana ia memusnahkan sikap saling menolong menolong sebab menuntut orang lain membayar lebih atas apa yang dipinjamnya.
Contohnya, jumlah diberikan pinjaman adalah sebanyak RM1,000, namun jumlah wang yang perlu dibayar semula mencecah RM1,100. Maka RM100 itu adalah riba, tidak kira sama ada wujud rasa tertindas atau tidak terhadap peminjam wang berkenaan. Contoh paling popular sekarang ini adalah pinjaman wang di bank konvensional untuk membeli kenderaan, rumah, pinjaman peribadi atau modal perniagaan dengan faedah.
Penalti tambahan yang dikenakan bank akibat lewat bayar juga dikira riba. Contohnya, peminjam perlu membayar RM3,000 dalam tempoh lima bulan. Namun, jika peminjam tidak membayar dalam tempoh itu, dan bank membenarkan penangguhan bayaran tetapi dikenakan syarat daripada RM2,000 menjadi RM2,050 kerana lewat bayar. Lebihan RM50 itu adalah riba.
Riba juga boleh berlaku dalam pertukaran barang dengan barang yang diklasifikasikan sebagai ribawi, termasuklah penukaran emas lama seberat dua gram dengan emas baharu dua gram. Namun, dalam proses itu, jika berlaku ertambahan atau pengurangan, maka ia adalah riba.
Bahaya kedua riba menurut Islam adalah ia bersifat merampas kekayaan orang lain dengan cara yang batil. Riba diharamkan oleh Allah SWT kerana sedar atau tidak telah menbenarkan dari segi undang-undang akan amalan perampasan kekayaan terhadap golongan yang berhutang. Biasanya peminjam adalah golongan yang memerlukan bantuan kewangan tetapi riba menyebabkan mereka ditindas.
Satu lagi bahaya riba dalam perspektif Islam adalah ia menjadikan individu bersikap malas. Riba boleh membentuk orang menjadi malas, dengan hanya menggandakan wang tambahan daripada hasil riba. Pihak yang memberikan pinjaman berkemungkinan tidak lagi berusaha mencari nafkah, tetapi cukup hanya dengan meraih keuntungan daripada penggandaan wang haram hasil tuntutan riba terhadap peminjam. – HARAKAHDAILY 16/3/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ajar saja perasuah MB S'gor? Tauliah mengajar & riba.
Insya Allah, semuanya akan al-hamdulillah. Yang penting sokong atau undilah parti Islam. Bukan parti 'anti Islam' atau barua-baruanya.
Apa kata wak jowo pasai kes rasuah ahli parti kat selangor. Takkan nak tibai abah jer. Jangan permainkan hukum.
ReplyDelete2x5 wak jowo dan abam lewat. Kena perpaduan sendiri buat rasuah dok senyap.
Mana ada teloq bm nak cekop honey yeoh dan ngak kok pit. Satu pasai isu Islam satu pasai bawak spy masuk. Teloq dah jadi lato lato. Eng guan main.
ReplyDeleteNi nasib bumiputera dan Islam. Bawah bm baru.
Yang kononnya maju tapi spritual tak maju. Rompak lanun rasuah sama naik. Tibai Islam dan bumiputera, sama naik dengan liberal dan komunis dapig.
ReplyDeleteSempoi ayat Dr Zul.. "..munkin orang yg hendak ditemuduga itu lebih alim (berilmu) dari orang yg menemuduga.."
ReplyDeletehahahaha l, memang power lah ayat tu...
dengar cerita mana ada pegawai² penemuduga tauliah mengajar yg berani pergi mengajar dimasjid2 & surau pun..
Pernah ke dengar atau ada tengok poster yg menyebut contohnya = "malam ini ceramah agama atau kuliah agama dari encik ABCD pegawai ugama merangkap penemuduga dan pemberi kelulusan temuduga tauliah agama negeri A.."
hahahahaha.
dan nanti kalau ada sesi debat lah pasal dispute hal ehwal agama maka disarankan la mereka ni keluar la sertai debat boleh tengok camana orangnya ..hehe.
hahahaha...
Dengar cerita ramai pekerja dijabatan ugama yg takbberapa reti baca alQuran dgn elok tajwik dan makrajnya, temasuklah pegawai² agama yg kunun ada sijil ugama.
Tu yg basic mcm tu dah boleh dipersoalkan jadi camana yg lain.
apa la jabatan ugama nih.
Note: Aku secara peribadi tabik dgn Sultan Johor, sebagai ketua ugama negeri baginda bersedia hadir di mesjid berbicara soal agama dengan jamaah masjid.
Sebagai bukan rakyat Johor terasa jugak aku nak tengok Sultan kami hadir memberi bicara agama di mesjid bermesra bersama rakyat secara sedemikian.
DeleteHok yang buat lawak sikit2 tu la yang dapat membawa anak2 muda berderu2 bergelombang2 kemasjid2, surau2 dan majlis2 ilmu.
ReplyDeleteNak harapkan yang lain meme kelaut la... kah..kah..kah..
Kepada yang tiada tauliah tu teruskan berdakwah, gunakan tik tok atau media2 digital yang lain. Kami anak2 muda sentiasa bersama2 anda! Teruskan berdakwah, legasi Nabi SAW.
Betul kata ulama kat atas tu, yang tiada tauliah tu la ilmunya lebih tinggi, lebih alim dari penemuduga!
ReplyDeleteYang tinggi ilmu tu yang puak liberal tuduh ekstreme.
ReplyDeleteBM tu tinggi ilmu sastera. Ekstreme sasterawan.
Orang pertama yang telah dilarang mengadakan kuliah agama tampa tauliah diTerengganu adalah Almarhum Hj Abdul Rahman, dan oleh itu beliau telah berhijrah dari Kuala Terengganu ke kg limbong kemaman untuk mengajar agama disitu hence beliau dipanggil hj Abd Rahman Limbong.
ReplyDeleteBeliau juga telah telah dilarang berkebun kerana tidak mempunyai permit untuk berkebun.
Semua itu adalah bilamana inggris telah memasuki kuala terengganu dan konon menjadi punasihat sultan terengganu.
Adalah diriwayatkan bahawa beliau dilarang mengajar dimasjid dan surau kerana pehak inggris berpendapat beliau kemunkinan turut bercakap soal politik di masjid dan itu boleh memecahbelahkan masyarakat menurut inggris.
Perbuatan beliau yg terus mengajar & berkhutbah jumaat itu telah dilaporkan oleh pegawai agama negeri kepada pehak inggris.
Mengetahui yg beliau akan diambil tindakan maka beliau telah membawa diri ke Kuala Berang dan disana dia telah berkoliasi dengan sekumpulan petani yg sedang merancang pemberontakan menentang inggris yg mana mereka turut tidak dibenarkan berkebun sebab tidak mempunyai permit.
Susulan dari itu berlakulah serangan yg mereka buat keatas ketumbukan penjajah inggris dan mereka berjaya membebaskan pekan kuala berang dari pihak inggris.
susulan dari itu Hj Abd Rahman telah pergi mengadap sultan memohon supaya baginda membatalkan undang2 baru tersebut.
Akibat dari kekalahan di K.Brang tersebut pehak inggris telah memanggil bantuan dari negeri2 selat dengan jumlah yg ramai dan mereka telah berjaya mengalahkan pasokan Abd Rahman yg cuma sedikit dan dia telah ditangkap dan telah dijatuhkan hukuman buang negeri dimana beliau telah dihantar ke pulau maldive,
disana beliau telah berjaya melepaskan diri dan dengan bantuan nelayan disana beliau berjaya berhijrah ke Makkah.
Disana beliau telah bekerja dikebun kurma (tampa permit)dan diwaktu senggang beliau mengajar agama di satu ruang Masjidil Haram Makkah (tampa perlu tauliah) kpd kebanyakan nya masyarakat yg menunaikan haji dan umrah yg datang dari kepulauan Melayu.
Beliau ada bercadang untuk pulang ke Terengganu tetapi usia telah tidak mengizinkan kerana telah meninggaldunia sebelum sempat hasrat itu dicapai.
(sebahagian kisah hj Abd Rahman Limbong versi orang tua2 dahulu yg mengenali beliau).
Abam sangat takut akan kebangkitan Islam. Seboleh mungkin nak sekat dari mengajar Islam. Banyak professional yang mahukan agama. Termasuk politik Islam.
ReplyDeleteSedangkan abam di kelilingi komunis dapig dan hoi hoi ya hoi. Masih lagi dalam kelompok jahiliah tegar yang mengamal liberal ala barat.
Sebagai ketua agama, adalah lebih mesra rakyat jika sekali sekala sultan2 memberi kuliah agama, majlis2 ilmu dimasjid2.
ReplyDeleteIni adalah cadangan sahaja.
RIBA adalah satu DOSA2 BESAR yang pernah disarahkan oleh ustaz2 yang sekali sekala buat lawak tersebut. Mereka yang terlibat RIBA akan dicampakkan didalam neraka jahanam!
ReplyDeleteAgaknya ada yang terasa panas sehingga sanggup menyekat2 kuliah2 agama ustaz2 tersebut?
Dulu ada satu pembangkang nak rampas kerajaan, ajak orang lompat parti. Langkah taiwan. Ada lagi, langkah port dikson. Langkah kajang.
ReplyDeleteSekarang dah jadi tokeh saman.