Thursday, March 02, 2023

Hasil bumi dikebas, getah merudum, tarik balik sangka jahat..

 


Tuan Guru Abdul Hadi Awang

1. ‘Hasil bumi dikebas, bahagi peruntukan dibeza-bezakan’

KUALA LUMPUR: Pembangkang dalam sebuah negara demokrasi selepas pilihan raya dianggap sebagai penasihat bagi melakukan muhasabah terhadap kerajaan, kata Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini, katanya supaya kerajaan jangan syok sendiri dengan tidak menyedari kelemahan-kelemahan yang berlaku dan mestilah bertindak membetulkannya.

Menurut beliau, Khalifah Abu Bakar RA menegaskan dalam satu ucapannya yang bermaksud: “Wahai tuan-tuan semua! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal aku bukanlah orang yang terbaik dalam kalangan kamu. Oleh itu, sekiranya aku berlaku baik, maka tolonglah aku. Dan sekiranya aku ada melakukan salah silap, sila perbetulkan aku. Benar itu amanah dan bohong itu khianat. Orang yang lemah daripada kalangan kamu adalah kuat di sisiku, lalu aku kembalikan kepadanya apa yang menjadi haknya. Dan orang yang kuat daripada kalangan kamu (yang merampas hak orang lain) pula menjadi lemah di sisiku, nescaya aku bertindak merampas daripadanya untuk dikembalikan kepada yang berhak”.

Tambahnya, tindakan melengahkan peruntukan di kawasan pembangkang dan kerajaan negeri yang dikuasainya adalah tidak tepat dengan prinsip Islam dan demokrasi.

Bahkan, kata beliau ia terlalu jauh daripada ajaran Islam yang menjadi agama negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan sangat mencalarkan imej Islam.

“Selepas pilihan raya, semua pihak menjadi rakyat kepada mana-mana kerajaan yang memerintah, inilah konsep demokrasi yang betul.

“Janganlah dalam bab cukai diambil daripada semua, bab hasil bumi pula dikebas daripada semua negeri termasuklah negeri pembangkang dan rakyat pembangkang, tetapi dalam urusan mentadbir dan membahagikan peruntukan, dibeza-bezakan,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL.

Katanya, perlu disedari bahawa berlaku banyak ketinggalan terhadap orang Melayu dan bumiputera yang banyak berada di kawasan pedalaman, luar bandar, di Pantai Timur, Utara Semenanjung dan Malaysia Timur (Sarawak dan Sabah).

Menurut beliau, perkara tersebut berlaku sejak zaman penjajah lagi mengikut penyusunan masyarakat yang telah dibentuk oleh mereka bagi mewujudkan ketegangan pada masa hadapan, melalui kesempatan memeras semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Selain itu, ujarnya ia dilakukan bagi mengadu domba dalam kalangan mereka dengan meletakkan kaum Cina di kawasan bandar dan lombong, kaum India di kawasan estet dan membiarkan Melayu dan bumiputera di kawasan luar bandar, dengan mewujudkan jurang ekonomi dan sosial.

“Malah, tidak boleh dinafikan ramai juga masyarakat Cina di kampung yang dibentuk oleh penjajah dahulu dan kaum India di estet, berada dalam keadaan yang sangat miskin, bukan Melayu sahaja,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 28/2/2023


2. Harga getah merudum, penoreh duka lara 


KUALA LUMPUR: Hassan Saad (PN-Baling) meminta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan sama ada pihak kementerian bercadang untuk meningkatkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram.

Menurutnya, ini bagi membantu penoreh yang pendapatan mereka terjejas akibat kejatuhan harga getah ketika ini.

Hassan ketika mengemukakan soalan tambahan berkata, kenaikan harga lantai getah hanya 20 sen pada pembentangan Belanjawan 2023, Jumaat lepas.

“Kalau harga getah hanya dinaikkan 20 sen, jika dibahagi dua dengan tauke getah penoreh akan dapat RM1.35 sen.

“Jadi purata sebulan, mereka akan dapat RM162 sahaja. Apa yang penoreh boleh buat dengan jumlah pendapatan sebegini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Jika sebelum ini, Hassan membangkitkan soal guru duka lara, tetapi pada minggu ini beliau menyuarakan perihal penoreh pula duka lara.

“Jadi, apakah kerajaan bercadang untuk menimbang semula harga lantai getah kepada RM3 atau lebih tambahan lagi, situasi terkini mereka berhadapan dengan harga barang yang mahal,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 28/2/2023


3. Ahli Parlimen Kota Melaka cetus kekecohan 

Muhyiddin Yassin jadi sasaran Ahli Parlimen Kota Melaka

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, diarahkan menarik balik kenyataannya terhadap mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat putuskan sebagai sangkaan jahat.

Alice Lau Kiong mengarahkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) itu menarik balik semula kenyataannya yang mencetuskan kekecohan pada permulaan sesi perbahasan usul Belanjawan 2023 di Dewan rakyat, hari ini.

“Yang Berhormat Kota Melaka, memandangkan Peraturan-Peraturan Mesyuarat 36(6), seseorang ahli tidak boleh memulakan sangkaan jahat ke atas ahli yang lain, jadi saya minta Yang Berhormat Kota Melaka tarik balik (kenyataan terhadap) Yang Berhormat Pagoh.

“Kota Melaka boleh sebut mana-mana pihak, tetapi jangan sebut YB (Yang Berhormat) Pagoh sahaja,” katanya.

Sebelum itu, Poay Tiong membangkitkan beberapa projek kontroversi seperti Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

Katanya, skandal demi skandal dibongkarkan dalam tempoh tiga bulan lalu sambil mendakwa projek bernilai berbilion ringgit diberikan kepada ahli keluarga.

Ini menyebabkan Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL (PN), termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut), Datuk Awang Hashim (PN-Pendang), Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) dan Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) bingkas bangun membantah kenyataan wakil rakyat DAP itu.

Ahli Parlimen PN menyatakan bahawa kenyataan itu seperti sudah menjatuhkan ‘kesalahan’ terhadap menantu Muhyiddin yang didakwa terbabit dengan projek NIIse.

Ini berikutan dakwaan itu sudah dijawab oleh Muhyiddin yang juga Pengerusi PN pada 9 Februari lalu. 

Datuk Awang Hashim lantang membalas kenyataan Khoo Poay Tiong.

Presiden Bersatu menafikan sekeras-kerasnya beliau terbabit dalam pemberian kontrak NIISe kepada IRIS Corporation Berhad yang dikaitkan dengan menantunya.

Muhyiddin yang turut bangun menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah yang sengaja direka untuk mencalar maruahnya dan keluarga.

Poay Tiong ketika perbahasannya membangkitkan isu pendanaan politik dan rasuah yang disentuh oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023, Jumaat lalu.

“Kita lihat dalam masa tiga bulan yang lepas, skandal demi skandal dibongkarkan, antaranya kita boleh lihat projek Jana Wibawa babit RM7 bilion, projek tebatan banjir RM7 bilion juga, Sistem Bersepadu Nasional melibatkan RM1 bilion. Semuanya kes telah dibongkarkan. Kita semua tahu ini adalah untuk tujuan politik,” katanya.

Ini menyebabkan Hamzah bangun mencelah dan menggesa Ahli Parlimen Kota Melaka itu mengulangi semula kenyataannya di luar Dewan Rakyat supaya tindakan undang-undang dapat diambil.

Ahli Parlimen PN turut menggesa Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat supaya mengarahkan Poay Tiong menarik semula kenyataannya, selain dihalau keluar dari Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pendang berkata: “Mengikut Peraturan 36(6) seseorang ahli (Dewan Rakyat) tidak dibenar mengeluarkan sangkaan jahat. Yang disebut (Poay Tiong) adalah Pagoh secara individu. Minta tarik balik atau minta maaf, kalau berani tuduh di luar, kita jumpa di mahkamah.” – HARAKAHDAILY 28/2/23

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hasil bumi dikebas, getah merudum, tarik balik sangka jahat..

Begitukah rakusnya kepimpinan yang tidak berasaskan agama di Malaysia? Tiada agama, tiada kebenaran dan keadilan.. 

5 comments:

Anonymous said...

Hebat pakatan hancing. Cukai judi 8 cabutan, cukai halal. Tak cukup income cukai judi, depa samun hasil negeri. Sumber haram dah jadi darah daging. Tambah korum dengan gerombolan hoi hoi ya hoi.

Sarjan sahab said...

Anonymoussemua!!!!Kita bertindak sepenuhnya PRN nanti. Jangan bagi satu kerusi pun pada mereka. Kita tak mahu Adun-adun muka melayu..hati yahudi/komunis jadi wakil kita. Jangan melakukan kesilapan berkali-kali.

Anonymous said...

Dah puluhan tahun bercakap berkenaan kemiskinan Baling. Sampai la ni tak nampak lagi formula bagaimana nak ubah nasib penoreh getah... kah..kah..ka.. harap hebat sembang kari je, penyokong2 pakatan hancing ada yang sampai meleleh air liur basi dengar ceramah berapi2 berbunga2 raja2 formula songsang tu..

Anonymous said...

Kelantan kaya dengan gas. Reservoirnya berlapis2 bertingkat2 bergitu luas sekali. Tapi malang sekali hasil buminya berjumlah trillion kaki padu itu dibahagi2 difaraid kenegeri2 Selangor, P Pinang dan N Sembilan?
Jom semua anak muda dan tua sama2 kita berikan undi kepada PAS dalam PRU negeri tak lama lagi..

Anonymous said...

nah engkorang tgk walaun2 phumdap.. sekor pun tak gila2 bila filem mentiga madani terbang disiarkan yg sah merupakan serangan untuk memurtadkan umat islam lebih2 lagi ada kalimat2 dlm filem tu seiring dengan pandangan nurulijah aka lijah.
aritu masa dppas pakai cosplay kamain lagi mcm kera kena belacan meroyan,

kena ingat semua perkara nih yg anwar bro syekh al.. tu cakap.. perhati baik2.

turunkan harga minyak = tak akan turunkan.
tak akan bekerjasama dgn umno = maknanya bekerjasama dengan umno.
nak bagi royalti 20% pada negeri pemilik sumber petroleum = rampas hasil tu kalau tak sokong dia.
janji nak hapus hutang peneroka = ertinya tak akan hapuskan malah yg dihapuskan pun ditarik balik dan yg munkin lagi tanah felda akan dirampas dari peneroka.

terbaru janji tak akan iktiraf lgbt dan komunis maka kena sama2 faham tu apa yg dia sebetunya maksudkan tu...
ukurlah dengan apa yg lepas yg diperbuat oleh dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails