Sunday, March 19, 2023

Inilah pesta kezaliman di M'sia.

 


1. ‘Kita sedang menyaksikan pesta kezaliman yang nyata’

KUALA LUMPUR: “Kita sedang menyaksikan pesta kezaliman yang nyata,” kata Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, berlaku tindakan menyiasat, menahan, dan mengheret ke mahkamah sesiapa sahaja secara tergesa-gesa dan terpilih.

“Perkara ini berlaku disebabkan agenda politik bagi meneguhkan kuasa yang salah, bukan berkonsepkan keadilan yang wajib ditegakkan dengan proses yang betul tanpa gangguan yang salah,” ujarnya dalam tulisan terbaharu beliau yang bertajuk ‘Apabila pemimpin tidak bersifat adil’.

Beliau menegaskan, haram bertindak terhadap seseorang berpandukan berita tuduhan yang disiarkan dahulu melalui media, tanpa berhati-hati mengikut proses penyiasatan serta prosedur kehakiman yang betul dan beradab.

Lebih malang lagi, katanya apabila mereka sengaja mencipta tuduhan dengan pemberitaan yang penuh dengan putar belit fasiq dan fitnah, selain saksi yang dicipta bagi menjatuhkan sesiapa sahaja kerana alasan permusuhan.

Tambahnya, terang lagi bersuluh bahawa berlaku tindakan zalim dengan mengheret kalangan mereka yang dianggap lawan ke mahkamah secara terpilih, sehingga digali habis-habisan bagi mencipta kesalahan.

Kemudiannya, kata beliau mereka bertindak menghentikan perjalanan mahkamah terhadap kawan yang akrab atau penyokongnya, walaupun sudah layak diheret ke mahkamah dan sedang dalam proses perbicaraan mahkamah.

“Ketika dibawakan bukti secara bertali arus dan belum selesai proses perbicaraannya, tiba-tiba kes tersebut dihentikan,” ujaranya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau menjelaskan, Islam menggalakkan penyelesaian secara damai tanpa melalui prosedur mahkamah yang terdapat banyak syarat dan adabnya, supaya tidak terdedah kepada berlakunya kezaliman melainkan kalangan mereka yang dipelihara Allah dengan hidayah-Nya.

Menurut Tuan Guru, hanya perkara yang benar-benar layak dibawa ke mahkamah sahaja yang diambil tindakan kehakiman.

Katanya lagi, kadang-kadang, nasihat yang benar dianggap salah kerana mempertahankan kezaliman yang nyata.

“Nasihat yang diberikan bagi membetulkan kesalahan dan menginsafkan golongan yang zalim adalah kewajipan orang-orang yang beriman,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 18/3/2023


2. Kalau Umno kalah, bekalan air kembali zaman kuno?  


KELANTAN diunjurkan mencapai permintaan terhadap penggunaan air bersih bagi kegunaan awam dan industri serta komersial sebanyak 860 juta liter sehari (JLH) pada tahun 2030 iaitu 7 tahun lagi.

Setakat akhir tahun lalu (2022), keperluan atau penggunaan air bersih di negeri ini adalah sebanyak 239 JLH melibatkan 271,235 akaun pengguna di kawasan bandar dan luar bandar.

Namun, keupayaan memproses air bersih telah mencapai sehingga 488 JLH menerusi 39 loji rawatan air (LRA) yang beroperasi bagi perbekalan meliputi 73.1 peratus di seluruh negeri ini.

Pun begitu, Kelantan masih mengalami kadar air tidak terhasil (NRW) setinggi 52.6 peratus, di mana sebab terbesarnya kerana infrastruktur yang sudah terlalu usang dan uzur.

Jajaran paip adalah sepanjang 7,201 kilometer di negeri ini di mana 4,491 kilometer memerlukan penukaran, tidak termasuk jajaran baharu kerana pembukaan kawasan yang dibangunkan.

Demikian itu, ia memerlukan intervensi sangat tinggi bagi mengatasi masalah lapuk tersebut, selain pembinaan dan pendekatan terkini dalam memenuhi keperluan perkhidmatan perbekalan.

Walaupun pernah diberikan harapan oleh Perdana Menteri (PM) Ke-6, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, tetapi usaha lebih meyakinkan berlaku semasa pentadbiran PM Ke-9, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Juga semasa PM Ke-9, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menerusi Kementerian Air dan Alam Sekitar (KASA) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Beberapa LRA dinaik taraf dan empat LRA baharu sedang dibina, selain penggantian paip lama kepada paip asbestos cement (AC) telah disusun untuk jangka pendek kepada beberapa fasa.

Semua yang dijangka siap sekitar tahun 2025 ini adalah termasuk juga dari peruntukan Kerajaan Negeri Kelantan sendiri di mana akan meningkatkan liputan perkhidmatan sehingga 80 peratus.

Bagi memenuhi keperluan jangka panjang, KASA telahpun mengemukakan cadangan dan permohonan di bawah Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 yang dijangka meningkatkan rizab margin air Kelantan.

Iaitu pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di mana daripada 0 peratus kepada 30 peratus rizab margin, manakala pembinaan LRA Bersepadu bakal menambah kapasiti 500 JLH lagi.

Pembinaan di Labok, Machang itu selain bagi keperluan jajahan tersebut, ia juga akan memenuhi hampir keseluruhan Kelantan terutama Kota Bharu, Pasir Puteh, Tumpat, Bachok, Pasir Mas dan Tanah Merah.

Tiba-tiba Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merayu partinya diberi peluang pada PRN nanti untuk menang memerintah Kelantan 5 tahun dengan berjanji selesaikan masalah air.

Kini Umno selaku komponen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sedang bersama mentadbir Kerajaan Persekutuan. Apakah dengan kuasa ini ‘tidak cukup’ untuk menyelesaikan perkara itu?

Adakah jika Umno terus gagal mendapat mandat di Kelantan, negeri ini akan terus didiskriminasi atau dikunokan? Apa jaminan sekiranya Umno mendapat mandat, janji itu benar-benar ditunaikan?

Nampaknya politikus Umno kembali bermain dengan tawaran gula-gula pembangunan seperti ‘zaman dulu-dulu’. Ingatkan Umno lepas kalah teruk PRU15 akan maju minda menjangkau ‘zaman ke depan’.

Jangan ingat rakyat Kelantan kebulur dan mudah tertipu dengan penipuan oleh penipu. Janji Presiden Umno itu boleh ‘memundurkan’ kembali Kelantan kerana khianat disebabkan dendam tidak diundi.

Sedangkan jika jujur dan bertanggungjawab, Ahmad Zahid yang kini Timbalan Perdana Menteri tidak perlu menunggu partinya menang di negeri inipun, ia boleh disungguhkan sekarang.

Apatah lagi untuk menyelesaikan masalah tersebut sebenarnya telah berada ‘di masa depan’ dan di atas landasannya, hanya menunggu disempurnakan. Ahmad Zahid nanti hanya perlu ‘claim’ itu adalah usaha beliau.

Kerana dari berjanji yang belum pasti seperti mengejar bayang, ada baiknya Dato’ Seri selesaikan masalah bekalan air tertunggak berpuluh-puluh tahun di Pahang; bentangkan pelan pembangunannya.

Tambahan pula Dato’ Seri memegang portfolio pembangunan luar bandar dalam Kabinet, dan selayaknya guna kuasa Timbalan Perdana Menteri itu ajak juga PH cari penyelesaian masalah air yang membelenggu Lembah Klang.

Dato’ Seri sudah sedia? Jangan nanti yang dicari tak dapat, yang dikendong keciciran.

NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 16/3/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah pesta kezaliman di M'sia.

Pemimpin wajib bersifat adil atau ‘adalah (عدالة) mengikut takrif Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul mengikut petunjuk Allah dan tidak bersifat fasiq. 

Fasiq adalah bermaksud melakukan dosa besar atau dosa kecil secara berterusan, serta tidak bermaruah tinggi, beriman, dan budiman.

Rasulullah SAW telah memberikan amaran bahawa akan berlaku perkara buruk kepada umatnya, khususnya apabila mereka melantik pemimpin daripada kalangan penipu dan pembohong kerana kedua-dua golongan itu bersifat fasiq. Dinyatakan dalam hadis Baginda SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: سَيَأْتِي ‌عَلَى ‌النَّاسِ ‌سَنَوَاتٌ ‌خَدَّاعَاتُ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda, “Manusia akan berdepan tahun-tahun yang menggoda atau menipu. Pembohong dianggap benar, manakala orang yang benar dianggap bohong. Pengkhianat diberikan amanah, manakala orang yang benar-benar amanah pula dikhianati. Ruwaibidhah (orang-orang yang bebal) bercakap.”

Para sahabat meminta penjelasan dengan pertanyaan:

وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ؟

“Siapakah itu, al-Ruwaibidhah?”

Rasulullah SAW bersabda:

الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ.

“Orang-orang yang jahil agama bercakap berkenaan perkara besar (perkara menyentuh soal kepentingan umat).” (Riwayat Ibn Majah no. 4036, Ahmad no. 7912, dan lain-lain dengan perbezaan lafaz dan sanad; hadis berstatus hasan)

Itulah ramalan yang benar daripada Rasulullah SAW, pilihan Allah SWT yang tidak bercakap mengikut hawa nafsu agar menjadi teladan kepada manusia dan membawa petunjuk daripada Allah SWT. 

Sekian.

16 comments:

Anonymous said...

Kenyataan Media Syed Mokhtar

Tokoh perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, hari ini mengeluarkan kenyataan media seperti berikut:

“Sebagai ahli perniagaan yang berkecimpung lebih 40 tahun dalam dunia perniagaan di Malaysia, saya berharap tidak ada mana-mana pihak “mengaitkan diri saya dengan mana-mana parti politik atau sebarang pertubuhan yang membawa maksud sama.”

Sebelum ini dilaporkan Yayasan Al Bukhary telah memberi dana politik kepada parti tertentu.

Ade sekor pukimak ni selalu sebut nama taikun Melayu'.. taikun Cina tokey Judi , tokey Judi online, anak tokey Judi bebas dari hukumb tanam ladang ganja, Kartel mafia Mata Sepet lansung dia tak berani sebut... Jho Low smpi skg lepas bebas sekor Melayu' tak buat apa apa..Dh mcm pukimak pemimpin Melayu' kat atas sana

Apa masalah pukimak seko nih...!?

Anonymous said...

Bahasa apa ini? Ibu bapak tak ajar dari kecik ke? Keluarga yg memang jenis suka gunakan bahasa kesat ke? Islam tak ajar perangai mcm ni

Anonymous said...

Rilek 937 am.

Pn dan Islam extreme dah mengelabah biawak. Bahasa sebenar dah keluar.

Mencarut dan fitnah dah menjadi halal dlm Islam extreme nampaknya.

Ha ha

Anonymous said...

Taikun Melayu cerdik.

Minta duit....dia bagi.

Samada kepada parti. Macam pertuduhan mahkamah skrng.

Atau terus kpd rakyat susah. Macam DSAI lakukan.

Tapi masuk parti tu, orang yg minta berjawablah di mahkamah.

Ha ha ha

Anonymous said...

Ada walaun tanya....

Sekarang. Klau saja2 seseorang nak bagi duit hadiah kat orang atas sesuatu kerja....salah ke?

Aku jawab...bergantunglah kepada samada ada kepentingan atau tidak dan juga undang2 yg ada.

Walaun pun terdiam.

Kunun2 nak salahkan kerajaan sekaramg lah.

Ha ha ha

Anonymous said...

Itu semua cakap cakap kosong. Yang penting tidak rasuah dan tidak zholim.

Ada mamat tu dah digelar khinzir. Versi arab. Tak tahu sebab apa dapat gelaran tersohor. Makanan komunis dapig.

Bagi yang mahu membangun bersama Islam serta bebas dari komplot samun, rasuah, liberal, komunis, mabuk, jom bersama pas.

Biarlah mereka gelar ekstreme atau seumpamanya. Sebab mereka tak mahu Islam. Lalu mereka create islamofobia. Mereka serang jutawan melayu. Mereka serang ulamak.

Yang menyerang ulamak tu pun bukan ulamak pun. Mereka cuma liberal yang latar belakang pendidikan yang follow pendidikan barat. Bukan pondok atau sekolah ugama. Sekolah biasa jer. Termasuklah yang khinzir tu.

Anonymous said...

BROTHER ANWAR DAH PANDAI UGUT DENGAN KRIS..

Sebelum hunus kris helok cari jam omega dolu lah brother..!! Telo Omega pun susah nak jumpa Kat pasar skg ni

Kamu cuba rampas (kerajaan) silakan…. Tetapi, kami (ahli PKR) siap dengan keris, membujur lalu, melintang patah,” katanya.

“Ini gelanggang saya, sebagai presiden PKR, empat bulan saya bersabar. Saya bicara cara teratur sebagai perdana menteri.

“Hari ini saya bicara sebagai presiden PKR, sebuah gerakan reformasi. Mahu ugut kita dengan perhimpunan, ugut bahawa kita takut bertindak kepada orang rasuah.

“Saya tak makan ugutan itu. Ada kuasa kita laksanakan.

Ucapan dasar di Kongres Khas PKR di Shah Alam hari ini, Anwar berkata, dia selaku presiden parti itu tidak akan berdiam diri dengan ancaman pembangkang untuk menumbangkan kerajaan perpaduan yang diterajuinya.

Kalau lalu membujur dan melintang Cinadoll macam mana dengan Kris bengkok itu pulak yer..!? Cer cite cer cite..

Kalau membujur lalu dan melintang Cinadoll lu fikir lah sindri... Kikikikiki..

#krisbengokomanatausopanwoiii

Anonymous said...

Gerakan Tanah Air (GTA) diterajui Tun Mahathir setelah melingkup wang deposit PRU 15 dulu bakal mengambil pendirian membentuk pakatan bersama Perikatan Nasional (PN) sebagai satu usaha membentuk gabungan kekuatan parti Melayu terbesar di negara ini

Kah kah acah acah power Melayu' Islamik' baru lepas bagi Pulau Batu Putih Kat anak Lee Kwan Yew... Pastikan Boboi tidak jadi calon mana mana PRU atau PRN.

Anak anak dia bukan Melayu' lebih pun julang plakad COMANGO LGBT Dan Gay kat Jln TAR..

Udah lupa ke anak beranak julang plakad Sksuality Merdeka LGBT Lisbo politik toksik bersama DAP@ Hanna Yeoh..

Berambossss la kau Tun jadi warga negara Lee Kwan Yew mana tahu anak Lee Kwan Yew jadi wakli Parti Melayu'.kat Pulau Batu Putih nanti... Silap ari bulan.mengenang jasa jadi barua DAP@ LeeKwanYew Pulau Batu Putih tukar nama pada Pulau Mahathir..

Berambossssss kauu

Anonymous said...

Kris tu senjata tajam dan menikam. Mana ada orang guna kris dah. Simboliknya ialah fitnah dan makamah. Kata kata adalah sama tajam dengan kris. Dan mahkamah itu membunuh.

Unknown said...

Cadangan harga brg setakat tubuh je badan2 berkenaan

Unknown said...

Move onlah. Pru 16 lawan balik

Anonymous said...

UMNO dah melingkup PRU 15 .. ahli Masih nak bergadoh.. Bodoh lah UMNO nih

Mesyuarat UMNO Bahagian Lahad Datu di Sabah hari ini dicemari dengan insiden pergaduhan yang melibatkan beberapa individu dipercayai penyokong calon-calon yang bertanding dalam pemilihan.

Kekecohan yang berlaku akibat insiden tersebut dapat disaksikan melalui rakaman video yang tular dalam media sosial.

Anonymous said...

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan tidak mencampuri urusan pendakwaan apabila diajukan soalan berkenaan skandal LCS. Skandal LCS sebelum ini mendapat perhatian apabila dikaitkan dengan urusan tatakelola yang tidak telus.

43,000 engagement dikumpulkan di Facebook dengan Sinar Harian dan Astro Awani menerajui engagement terbanyak. Hanya 4,000 engagement didapati di Twitter. Kenyataan Perdana Menteri mendapat 95 peratus komen negatif di Facebook.

Netizen meragui kenyataan Perdana Menteri apabila rentetan janji-janji sebelum ini yang masih lagi belum dapat ditunaikan. Netizen juga menyatakan Perdana Menteri sangat sensitif dan sentiasa mahu menyaman seteru politik.

Anonymous said...

Ini cara Lee Kwan Yew Saman semua musuh nya sampai masuk penjara...

Barua LeeKwanYew@DAP saki Baki barua mereka ini perlu di lingkupkan PRN June 2023 ini secara total

Anonymous said...

Abu jahal dulu seorang sasterawan. Banyak tulis syair. Juga seorang yang pandai bercakap. Dapat pengaruhi ramai orang quraisy. Suka bercakap dan confident yang besar. Dan sangat menentang Islam. Banyak memfitnah Rasul dan Islam. Serta sangat jahil tentang kebenaran.

Hari ini kita ada seorang sosok yang punya karaktor yang hampir sama. Mungkir janji. Dan berpesta dengan saman.

Anonymous said...

Kelantan dah selesai bayar pinjaman projek bekalan air. Bukan macam kris. Pinjam tapi bayaran balik masuk poket. Habis tu, bila nak beres.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails