“Hal demikian kerana ia merupakan kawasan punca sungai empangan yang membekalkan 90 peratus bekalan air di Kedah, 80 peratus di Pulau Pinang dan 70 peratus di Perlis untuk pengairan sawah padi, sumber air bersih dan sebagainya.
“Seramai 4.2 juta orang yang tinggal di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sangat bergantung kepada air mentah di Ulu Muda,” katanya ketika membahaskan usul Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Dr Ahmad Fakhruddin berkata, perkara ini berdasarkan pengorbanan Kedah bagi mengekalkan kawasan hutan yang menyebabkan kehilangan hasil yang agak tinggi demi negeri Pulau Pinang dan Perlis.
Menurutnya, Kedah juga memohon agar pampasan padi diberikan secara setimpal dengan kos melepas.
Beliau berkata, jika tiada usaha bagi mengekalkan penggunaan tanah sawah padi, sudah tentu segala perancangan ke arah menjamin keselamatan makanan tidak dapat direalisasikan dan bakal menjejas nilai maqasid syariah penjagaan nyawa itu sendiri.
“Jika tanah sawah padi negeri ini ditukar kepada tanah komersial, nilai kutipan cukai tanah yang diperolehi adalah RM1.7 bilion. Permohonan ini mengambil kira 10 peratus daripada kos melepas RM1.7 bilion tadi, iaitu sekitar RM170 juta sahaja,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/3/2023
3. Generasi tanpa rumah membimbangkan
KUALA LUMPUR: Generasi tanpa rumah pada masa akan datang dibimbangi akan menyumbang kepada krisis sosial di negara ini.
Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) berkata, keadaan yang membimbangkan itu adalah akibat majoriti rakyat tidak mampu mempunyai rumah akibat pendapatan tidak seimbangan.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, keadaan yang membimbangkan itu kerana secara majoriti, pendapatan rakyat tidak seimbang dengan harga rumah.
“Adakah kerana wujudnya spekulator yang berperanan menaikkan harga rumah dan jika benar, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan untuk mengatasi perkara tersebut,” katanya bertanyakan soalan tambahan ketika sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata pemilikan rumah bergantung kepada faktor pendapatan dan harga rumah itu sendiri.
Katanya, seramai 15,024 orang mendapat manfaat dengan jumlah nilai pembayaran sebanyak RM1.91 bilion selepas kerajaan mengumumkan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk membantu mereka memiliki rumah pertama.
“Walaupun harga rumah meningkat dan pendapatan tidak seiring, namun inilah intervensi yang berlaku,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/3/2023
4. Isu milik tanah dan rumah kritikal untuk diselesaikan
PENDUDUK asal negara ini dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera hakikatnya hidup tak ubah umpama ‘Menang sorak, kampung tergadai’. Lebih 65 tahun merdeka dari penjajah dan berpemerintahan sendiri, namun masih ramai hidup seperti pendatang.Kerana bukan sahaja tidak memiliki tanah, tetapi juga tidak mampu mempunyai rumah kediaman untuk diduduki menjalani kehidupan. Mengikut data yang ada, tidak sampai 8 peratus penduduk Melayu dan Bumiputera memiliki rumah sendiri, selainnya banyak menyewa.
Sedangkan bumi Malaysia yang dahulu namanya adalah Tanah Melayu ini masih terlalu luas biarpun telah dikongsi bersama kaum-kaum lain. Bahkan bangsa asal negara inilah pemugar dan peneroka tanah yang telah menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi.
Malangnya, orang Melayu dan Bumiputera hanya memegang jawatan politik selama ini, tetapi ternyata seperti tidak menjulang kuasa. Pemerintahan politik yang diterajui bukan memberdaya dan memperteguhkan bangsa, sebaliknya sekadar dijadikan alat meraih kepentingan.
Para pemimpin dan parti Melayu sendiri yang selama ini mengkhianati bangsanya hingga mengakibatkan ketidakpastian masa depan tersebut. Sedangkan kaum penghijrah lebih kukuh serta terjamin pemilikan tanah mereka, selain mempunyai kediaman yang jauh lebih selesa dan mewah.
Bahkan warga asing yang sekadar bekerja di negara ini turut ada meraih kekayaan serta mampu menduduki rumah besar. Lebih mengharukan, terdapat pegangan asal kaum Melayu dan Bumiputera yang telah berpindah milik menjadi aset bangsa lain.
Selain ia berlaku kerana jual-beli, terdapat juga banyak kes bersifat manipulasi memperdaya dan kes ‘ajaib’ bertukar nama di geran tanpa melalui sebarang proses pertukaran. ‘Rompakan senyap’ ini dicurigai didalangi politikus dan pentadbir tanah secara salah guna kuasa.
Paling patut dirintihkan, apabila peruntukan hak untuk peribumi ini hanya terpampang dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi wasiat Raja-raja Melayu. Hakikatnya, pemilikan sepatutnya iaitu Tanah Rizab Melayu (TRM) semakin berkurang dan ‘hilang’.
Siapa yang mencabul dan melarikan TRM ini sedang ia bahagian telah wujud semasa British keluar meninggalkan pertiwi ini? Malah, para pemimpin awal negara ini juga telah berusaha memperkukuhkan kaum peribumi menerusi kewujudan tanah-tanah rancangan.
Tetapi kemudiannya, ‘bumi dipijak milik orang’ dan generasi beranak-pinak beberapa keturunan peneroka tanah rancangan kekal seperti pengemis. Geran Tanah pula dijadikan mekanisme politikus untuk dibuat modal ugutan mencengkam perolehan undi setiap kali PRU.
Ironinya, tanah atau premis diduduki dan dimiliki kaum lain pula hingga boleh terjamin menerusi pengiktirafan badan Antarabangsa yakni peruntukan UNESCO. Malah, para penceroboh juga boleh dirundingi, walhal veteran tentera yang pernah menggadai nyawa diabaikan
Oleh itu satu kebangkitan ummah amat diperlukan dan mendesak bagi melakukan perubahan segera dan menangani serta membetulkan kepincangan sempit ini. Jangan dibiarkan lebih banyak pemilikan tergadai, sedang rakyat sendiri terkontang-kanting dan merempat.
Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang dipacu jangan sehingga meminggirkan apatah lagi menyebabkan kaum asal ini terusir. Sebaliknya segala muslihat kritikal secara polarisasi terancang dan menumpukan pemilikan lain termasuk mengimport pakar luar mesti diwaspadai.
Juga jangan biarkan segala pegangan negara ini ditentukan para pemaju spekulator dan kapitalis yang hanya mementingkan kekayaan sekelompok. Para pemimpin Melayu dan Bumiputera yang sayangkan tanah air ini serta anak cucu cicit bakal pewaris akan datang mesti mengadakan penyelesaian tegas.
Jaminkan kependudukan dan pemilikan tersebut serta tamatkan kemungkinan Malaysia menjadi senasib tanah Palestin. Pemilikan tanah adalah bukti kedaulatan dan aset utama serta strategik untuk menikmati erti kehidupan di alam dunia yang sementara ini.
“Malaysia Sejahtera”
DATUK HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Pengerusi
Lajnah Pembangunan Tanah, Perumahan dan Hal Ehwal Orang Asal
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 2/3/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jepun minat labur RM140 juta. 100 juta Kedah, & milik tanah-rumah..
Al-hamdulillah, insya Allah. Allah Maha Pembentang Rezeki..
Semua keluar bab bumiputera, melayu bila tak dapat tubuh kerajaan.. Entahlah.. Masa 32 bulan semua ni tak nampak
ReplyDeletesebab masa 32bln perkara ni tak berbangkit.
DeleteTu lah. Masa tu sebuk dengan uec. Tulisan jawi. Rasuah. Komunis dapig. Liberal. Lgbt. Banyak sangat problem. Sekarang ni ada istilah penyamun kawal penyamun. Bukan sprm kawal penyamun.
ReplyDeleteada yg kata la nih ni penyamun kawal sprm kot..
Deleteentahla aku pun tak tau.
Jom pakat sokong pas. Dah banyak pengalaman menolak rasuah. Perasuah tidak mampu tembus pertahanan pas dari sudut rasuah.
ReplyDeleteTerbukti kelantan kekal sifar rasuah.
Kerajaan perpaduan punya satu parti yang presidennya banyak terbabit rasuah. Kerusi pun tak berani dipertandingkan. Banyak ketua bahagian menang tanpa bertanding w/pun dibenarkan. Beza presiden buat arahan tiada pertandingan.
Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) berkata, pemberian penggunaan ubat profilaksis pra-pendedahan (PrEP) kepada pengamal seks songsang yang negatif HIV seolah-olah menggalakkan dan tidak menghalang untuk aktiviti seks songsang.
ReplyDelete